Sabtu, 21 Februari 2015

Bangsat Anwar Belajar Bercakap..!


Kes Liwat Anwar: Presiden Majlis Peguam Diminta Tarik Balik Kenyataan


Christopher Leong
KUALA LUMPUR: Sekumpulan ahli Majlis Peguam Malaysia menuntut presidennya, Christopher Leong menarik balik kenyataan yang mempertikaikan sistem penghakiman Mahkamah Persekutuan terhadap kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap mewakili 100 ahli pertubuhan, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata kenyataan Christopher tidak mewakili pandangan majoriti pengamal peguam.

"Kita bimbang apabila Presiden Majlis Peguam membuat kenyataan mengenai mahkamah dan badan kehakiman negara di atas nama Majlis Peguam.

“Beliau boleh mengeluarkan kenyataan itu tetapi tidak boleh menyatakan pandangan berkenaan mewakili kami semua," katanya pada sidang akhbar di sini, Sabtu.
Pada 11 Februari, Christopher berkata Anwar telah 'dianiaya, bukannya didakwa' dan pemimpin pembangkang itu sepatutnya didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana liwat tanpa kerelaan.

Justeru, Abd Aziz menggesa Christopher meminta maaf kepada hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, yang telah mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar bagi pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Hentikan semua serangan tidak munasabah ke atas badan kehakiman dan minta maaf, bukan kepada kami tetapi kepada hakim-hakim yang secara terang-terangan diburuk-burukkan beliau dan tarik balik kenyataan itu.

"Saya percaya jika beliau melakukan ketiga-tiganya, kami gembira dan tiada lagi isu. Kita lihat sama ada beliau bersedia untuk menarik balik kenyataannya. Jika beliau kata bahawa ia adalah pandangan peribadi, kita boleh menerimanya, " kata Abdul Aziz.

Peguam, Datuk Mohd Noor Amin berkata mereka memberikan Christopher tempoh 14 hari untuk menarik balik kenyataan beliau.

"Jika tidak, kita akan  mengambil langkah yang perlu untuk menggesa beliau meletak jawatan sebagai Presiden Majlis Peguam Malaysia serta-merta dan memanggil Peguam Negara untuk mengenakan tindakan terhadapnya," katanya.

Ditanya sama ada ideologi mereka mewakili 15,000 ahli Majlis Peguam, memandangkan hanya kira-kira 100 ahli menyokong panggilan yang dibuat oleh mereka, Abd Aziz berkata angka itu akan berkembang setiap masa.

"Lagi pun kita bukannya parti politik yang memberi perhatian untuk merekrut ahli.

"Hakikat terdapat 100 anggota yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dalam tempoh hanya dua hari jelas menunjukkan kenyataan Christopher tidak mewakili keseluruhan Majlis Peguam," katanya.

Percubaan untuk mendapatkan komen Christopher tidak berjaya.
Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. Tgk nama pun tahu jenis perasan mat salih!!!!!jubo pun berkerak tahi apa lancau cina!!!!!puihhhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul bro. Ini semua spesis Red Babi Army ...

      Padam
  2. Yang babi tu korang. Jgn kata aku red bean plak. Bapak aku penyokong totok umno. Tapi bapak akulah

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa kena mengena dgn bapak ko plak..kalau bapak ko tau yg ko ni penyokong liwat..silap2 ko kena babikan dgn bapa ko..

      Padam
    2. Agaknya apa yg ko makan sampai boleh minat dan sokong puak lgbt. Naluri tak normal begini timbul sebab salah makan atau salah didik. Ko sokong pembangang..eh, pembangkang takpe, jangan la sokong peliwat. Teruk sangat dh moralnya. Cari la benda lain yg lebih senonoh utk ko sokong...

      Padam