Ahad, 15 Februari 2015

Dakwa Babiga Ni Cepat..!


Puak puak pelampau ni dah semakin menjolok..! apa lagi yang AG tunggu..!

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili kerajaan dalam pendakwaan rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mahu bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan didakwa menghina mahkamah kerana mengkritik badan kehakiman.
Bercakap kepada akhbar Mingguan Malaysia, peguam Umno itu berkata, Ambiga  salah apabila mengatakan Barisan Nasional (BN) salah langkah dalam memenjarakan Anwar.
Kenyataan itu menghina mahkamah kerana ia seolah-olah menyatakan kehakiman dan mahkamah sebahagian daripada BN, yang merupakan gabungan parti pemerintah kerajaan persekutuan, katanya.
"Sepatutnya Ambiga didakwa menghina mahkamah kerana dia menyabitkan mahkamah seolah-olah sebahagian BN. Saya cadangkan Peguam Negara ambil tindakan.
"Kalau perkara-perkara begini dikeluarkan, takkan kita tidak boleh jawab? Kalau kita tidak jawab, rakyat masih percaya," beliau dipetik berkata oleh akhbar milik Umno itu.
Ambiga pada 13 Februari mengkritik Shafee kerana terus menyerang Anwar walaupun selepas kes itu selesai dengan keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari.
Mahkamah tertinggi itu mengekalkan sabitan kesalahan terhadap Anwar dan hukuman 5 tahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini.
Ambiga pada Jumaat berkata Shafee melakukan sesuatu yang tidak pernah dibuat apabila beliau menyerang seorang tertuduh selepas mahkamah menyampaikan penghakiman.
Sejak penghakiman dibuat, Shafee dilihat mengeluarkan kenyataan dan mengadakan temu bual dengan media berhubung kes itu.
Dalam satu temu bual dengan New Straits Times pada Jumaat, peguam Umno itu berkata, sekiranya Anwar memberi keterangan dari kandang saksi, beliau akan pengsan apabila dikemukakan soalan yang bertubi-tubi kerana beliau tidak akan mampu menjelaskan banyak persoalan.
Bercakap kepada Berita Harian pula, Shafee berkata sebagai seorang yang dianiaya, pengadu kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, berhak mendapat keadilan memandangkan mahkamah sejak dari mula konsisten mengatakan beliau seorang saksi yang berwibawa dan boleh dipercayai.
Di dalam Mingguan Malaysia hari ini, Shafee berkata beliau berani melafazkan sumpah di masjid atau di tanah suci Mekah berhubung kes itu kerana beliau yakin Anwar sememangnya bersalah meliwat Saiful.
Pengerusi biro undang-undang DAP Gobind Singh Deo berkata Peguam Negara harus menghalang Shafee meneruskan komentar dan kritikan terhadap kes itu kerana ia dianggap melampaui apa yang dikehendaki daripadanya sebagai Pendakwa Raya, baik dari segi undang-undang, mahu pun etika. 
Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. 1. Gani Patail.....are you going to close your eyes, plug your ears and say nothing on shafee's call to charge ambigs for contemp of court?

    2. Do you have cold feet when facing indian lawyers?

    3. Had it been zulkifli nordin who blurted it out, he could have bern hauled up.

    Apa nak jadi dengan AG malaysia ni.....please be proactive and act fast like in the us, uk, singspore ...... their AGs are superb abd strong


    BalasPadam
  2. Who is this Gani Patail ??? Never heard of him.

    BalasPadam
  3. An equivalent of najib, zahid, hishamuddin and khairy.....RHETORICISTS

    BalasPadam
  4. Perkara ini hanya melibatkan saekor spesis manusia yang tidak sedar diri. Paling mengherankan kenapa AG terlalu kecut bila berhadapan dengan kem pembangkang. Tetapi bila yang melibatkan marhean terus diambil tindakan. Kenapa eh AG..tolong tanya diri sendiri siapakah kamu dan perlukah lagi kamu berada di tempat itu. Kalau dah rasa diri dah tak tertanggung dengan beban dan tanggungjawab...Baiklah letak jawatan dengan cara terhormat. Kedudukan kewujudan kamu sebenarnya sudah tidak relevan lagi sebagai AG.

    BalasPadam
  5. Mungkin ada kes2 lama, e.g pernah beromen dgn ambiga as ex girlfriend, ada video pulak..so pihak2 tertentu takut bertindak, khuatir rahsia bakal diaibkan

    BalasPadam
  6. Who is Ghani pak tail..Is he penjual rokok

    BalasPadam
  7. Takkan berlaku! Sebab pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL adalah PENAKUT-BANGANG; yg. sungguh MENJELIKkan! Aku berdoa ALLAH SWT balas PENGKHIANATAN pemimpin DAYUS mcm. ni - dan biaq keturunan mereka yg. juga JAHAT, jadi PAPA KEDANA! Kerana itulah yg. sebenaqnya paling diTAKUTI depa - kehilangan KUASA dan KEMEWAHAN anak-beranak serta keturunan depa!

    Kalau dah tak mampu jln.kan TANGGUNGJAWAB MEMBELA Islam/umatnya (ini juga termasuk pemimpin-pemimpin NGO-NGO Islam/Melayu PENAKUT), BERHENTI sajalah kerja tu! Jgn. TAMAK sgt. nak terus PEGANG KUASA - takutlah pd. ALLAH SWT! Jadi pemimpin Islam bukan benda KACANG - boleh main-main sewenangnya!

    Nek Tempoyak.

    BalasPadam