Selasa, 17 Februari 2015

23 Ke 24 Pertubuhan Haram..!


Yang kat atas ni tak termasuk ke..!

PUTRAJAYA - Sebanyak 23 pertubuhan di negara ini diisytiharkan sebagai pertubuhan kongsi gelap yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 355), menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.
   
KDN dalam kenyataan menyebut pengisytiharan itu dibuat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini, dengan nombor pewartaan P.U.(A) 34/2015.
   
Pertubuhan kongsi gelap tersebut adalah Geng 3821; Geng Ngo Sek Kee; Geng Gee Hor Sia; Geng Chong Woh; Geng Gee Long San; Geng Gee It Leng; Geng Gee Hon San; Geng Guat Sam Sia; Geng It Tiam Ang; Geng Lian Heng Siah dan Geng Ang Mor Low.
   
Turut disenaraikan ialah Geng Sio Or Leng; Geng Loong Foo Thong; Geng 969 (Kow Lak Kow); Geng 32 Sar Jee; Geng Chaun San; Geng Fong Hong San; Geng Jin Jee Tong; Geng Gee Lam Kok; Geng Hong Fah; Knight Right Keepers @ Kappa Rho Kappa (KRK); Malin Kundang (Sandakan) dan Special Force (Lahad Datu).
   
Semua pertubuhan berkenaan didapati menjalankan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam di negara ini, seperti sindiket pengedaran dadah, pelacuran, perjudian dan mencuri kereta, menurut kenyataan itu.   
   
Pertubuhan terbabit turut memeras ugut, menimbulkan pergaduhan di antara pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap, melakukan huru-hara dan penyeludupan.
   
Selain itu, terdapat pertubuhan yang dikenal pasti memberi bantuan logistik dan maklumat persembunyian pihak berkuasa di negara ini, kepada kumpulan penculik dari selatan Filipina seperti kumpulan KRK.
   
Selaras dengan pengisytiharan tersebut, maka tiada sesiapa boleh menggunakan semula nama, simbol, lambang atau logo pertubuhan terbabit berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 7(3)(b) Akta Pertubuhan 1966.
   
Selain itu, tiada seseorang boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan kongsi gelap yang disenarai itu.
   
Pihak yang didapati menjalankan sebarang aktiviti pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap yang disenarai akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 355.
   
"Sebagai contoh Seksyen 6(2) dan 6(3), Seksyen 42 dan Seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 serta Seksyen 142 Kanun Keseksaan," menurut kenyataan itu.
   
Sehubungan itu, masyarakat diminta memberi kerjasama dalam membantu usaha kerajaan membanteras jenayah dan pertubuhan kongsi gelap yang bercanggah dengan undang-undang sedia ada demi ketenteraman awam. - Bernama.

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Senaraikan saja? Apa tindakkan pihak berkuasa dah buat?Sudah ka kepala kepala gangster ini ditangkap dan disumbat kedalam

    BalasPadam
  2. Biasala KDN kan nak main wayang make keluarkan senarai aje. Yang lain belakang kira.

    BalasPadam