Bagi yang mengenali YAB Menteri Besar Johor Dato Seri Mohd Khaled Nordin...pasti akan berkata itu lah budaya Khaled bekerja..! Tak payah banyak cakap..tak payah banyak bunyi..! Buat kerja..! laksana dan jayakan..! Itu sebab sejak menerajui Johor selepas PRU13 dua tahun yang lalu, budaya kerja warga Johor sudah mula diresapi dan diwarnai dengan budaya kerja MB nya..!
Dalam mengatur langkah dan menjayakan dasar...Khaled dilihat terus melangkah gagah walaupun pihak lawan malah pihak yang dikatakan kawan makan kawan pun turut menghentam pentadbiran beliau. Namun Khaled berbekalkan naungan Baginda Sultan dan kepercayaan rakyat tetap tegas dalam mendepani nyamuk nyamuk politik yang sengaja mahu melemahkan kerajaan yang dipimpinnya..!
Itu sebab Akta LPHJ, rumah mampu milik, tanah rezab Melayu, pengharaman penebangan kayu balak dan banyak lagi dasar dan perancangan dilakukan secara kolektif bahu membahu diantara Khaled dan kakitangan kerajaan..! Kerana apa? kerana Khaled sebagai MB tahu apa yang diperlukan oleh rakyat dan negerinya sementara kakitangan awam juga memahami dan menjiwai aspirasi yang telah, sedang dan akan terus dibawa oleh Menteri Besar mereka dalam memajukan Johor dan mengharmonikan warganya..!
Terbaru, Khaled di dalam satu majlis di Johor Bahru berkata...
JOHOR BAHRU 3 Feb. - Kos hidup yang tinggi di Johor Bahru adalah perkara biasa namun kerajaan negeri menggariskan tiga langkah supaya bebanan yang dirasai penduduk di ibu negeri ini dapat dikurangkan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, situasi tersebut berlaku kerana bandar ini terletak berhampiran dengan negara jiran dan kebanjiran pelawat dari Singapura dengan nilai matawang lebih tinggi.
“Sampai bila-bila pun itulah keadaannya, soalnya apakah tindakan untuk kurangkan kesan kos hidup yang tinggi ini. Yang pertama, kita pastikan rakyat mempunyai akses kepada rumah mampu milik dan kemudahan seperti pasar tani.
“Ketiga, kerajaan negeri akan usahakan dengan IRDA (Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar) untuk menubuhkan koperasi yang menyediakan kedai-kedai harga patut, ia memang dalam perancangan di peringkat akhir untuk dilaksanakan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Malam Gemilang Sempena 30 Tahun Pasar Tani (1985-2015) di Hotel M-Suites, di sini semalam.
Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed; Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin; Pengarah FAMA negeri, Faridul Atrash Md. Mokri dan Pengerusi Jawatankuasa Peserta Pasar Tani negeri, Sapawi Johari.
Terdahulu dalam ucapannya, Mohamed Khaled mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk kerja penambahbaikan pada tapak pasar tani kekal yang akan dibina di Jalan Taruka bagi menempatkan semula peserta Pasar Tani Mega Larkin di kawasan letak kereta Stadium Larkin.
“Bayaran kepada pihak berkuasa tempatan juga saya tidak nampak kenapa tidak boleh diberi pengecualian kerana saya faham cabaran yang dihadapi selain kita menghargai peranan pasar tani.
“Kerajaan negeri menyokong perpindahan ke lokasi baru dan kita akan usahakan bantuan supaya ia menjadi kebanggaan kita.
“Bukan itu saja, ia diharap akan menjadi tarikan pelancong sama seperti pasar terapung di Thailand,” katanya lagi.
Khaled tahu bahawa warga Johor Bahru sudah lama terbeban dengan kemasukan warga Singapura yang menumpang 'nikmat' berbelanja kerana tukaran wang yang berpihak kepada mereka..! Seperkara lagi Khaled juga tahu bahawa wujudnya penyangak dan lintah darat yang sentiasa mengambil untung dan kesempatan dengan bongkak menyusukan kera di hutan hingga sanggup membiar warga kelaparan..!
Khaled tahu bahawa perkara ini begitu lama merenggut kocek warga Johor Bahru yang kebanyakkan bangsanya..! dan Khaled juga mengerti bahawa masanya sudah tiba bagi Khaled membalas jasa dan budi baik bangsanya yang sejak dahulu berani dan berjaya mengekalkan Johor Bahru sebagai satu satunya bandaraya yang masih lagi dimiliki oleh Barisan Nasional..!
Khaled sudah menggorak langkah..! Khaled tahu beliau boleh melakukan dan menjayakannya...!
Kalau Khaled boleh...kenapa tidak Menteri Besar yang lain..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan