Rabu, 4 Februari 2015

Cina Ni Tolak Bangsanya Demi...!


Layan...

Sebangsa tidak seagama


Nomy Nozwir menulis surat terbuka kepada saya, Tee Chuan Seng, disiarkan laman web ultra kiasu, pada 24 Januari 2014. Biar saya jawab, agar semua faham, mudah-mudahan kendur sedikit ultra kiasunya. 

Memang nama asal Tee Chuan Seng. Bila saya memeluk Islam pada tahun 1985, saya terpaksa menurut arahan pejabat agama, agar hanya mengekalkan surnamesahaja, menjadi Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah. 

Tee, menunjukkan saya Cina. Kini, hasil perjuangan kami, orang Cina atau sesiapa sahaja yang memeluk Islam, boleh mengekalkan nama lamanya, asalkan tidak ada konotasi dengan unsur-unsur ketuhanan dan keagamaan mereka. Dalam makna, saya boleh mengekalkan nama saya dan berbinkan bapa saya.

Namun, perlu juga diingat, tidak salah meletakkan nama-nama Islamik, malah ianya digalakkan. Berbinkan Abdullah, bukan bermakna menukar nama bapa, Abdullah itu bermakna hamba Allah. Tidak salah, kerana bapa saya adalah juga hamba Allah. 

Sebaik-baik nama dalam Islam adalah yang menuruti nama-nama mereka yang disanjungi oleh agama seperti nama para Nabi, para sahabat atau ulamak atau nama dengan makna-makna yang baik. Dalam satu hadis yang diriwayat oleh Muslim, nama yang paling disukai oleh Allah adalah Abdullah dan juga Abdul Rahman. Saya cadangkan saudara tukar nama lebih baik dari Nomy kepada Karomi. Lebih comel.

Rasulullah sendiri pernah meminta seorang sahabat yang masuk Islam menukar namanya dari Abd al-Syams bin Sakhr kepada Abd Rahman bin Sakhr kerana nama Abd Syams bermaksud hamba kepada matahari. Rujuk e-fatwa.

Apakah kita lupa, apabila orang Melayu memeluk Islam 600 tahun dahulu, nama-nama mereka yang pelik seperti Buyung, Melati, Kencana dan sebagainya, telah bertukar menjadi Umar, Osman, Ali, dan lain-lain. Jika saudara faham Islam, ini bukan soal nama-nama Arab, tetapi agama kita galakkan. Nama yang pelik-pelik, kadang kala boleh merosakkan akidah.

Nyatakan sekali saudara agak jahil dalam memahami Islam, undang-undang dan cara hidup di Malaysia. Kami bukan seperti Indonesia yang boleh menukar agama dan berkahwin dengan bukan Islam sesuka hati.


Saya labelkan peguam ultra kiasu sisepet, supaya kita lebih faham siapa yang saya rujukkan. Panggilan ini lebih mesra daripada ultra kiasu yang menyerang peribadi saya dalam laman sosial mereka.

Saudara tidak mengenali atau membaca penulisan saya selama ini. Label ultra kiasu adalah kajian PhD saya merujuk kepada mereka yang tidak mahu kalah, asyik mahu menang dalam segala hal. Ia sudah jadi trademark saya.

Saya merujuk kepada mereka yang berada dalam PKR dan DAP, dan sesiapa sahaja yang menentang Islam, Melayu dan Raja serta perlembagaan, termasuk mereka yang berada dalam BN. Orang Melayupun boleh menjadi ultra kiasu jika mereka menentang Islam atau menjadi liberal dan pluralis.

Mereka ini adalah musuh-musuh Islam dan mahu menghancurkan Islam. Fakta saya, umat Islam tidak pernah mencampuri hal ehwal agama lain amat jelas. Tindakan pihak penguasa agama terhadap ultra kiasu seperti  rampasan bible di Selangor adalah dalam bidang kuasa Jabatan Agama. Baca undang-undang dan peraturan itu.

Berkaitan supaya masuk ke gereja hanya untuk mendapat maklumat. Bagaimana maklumat boleh diperolehi, jika tidak berbuat demikian. Selama ini maklumat diberi oleh kawan Kristian saya yang pro Islam. 

Ultra kiasu tidak perlu menyamar masuk masjid kerana mereka boleh ikuti khutbah JAKIM secara langsung di TV. Bukankah Islam agama persekutuan. 

Ultra kiasu yang mengatakan khutbah JAKIM ekstrem, sila nyatakan bila dan di para mana. Biar saya jelaskan sama ada ia ekstrem ke tidak. Setakat mana ilmu Islam dia ada, untuk mengatakan khutbah tersebut ekstrem. Dari cara saudara berhujah, Nampak sangat pengetahuan saudara tentang Islam amat cetek. Elok juga saudara datang belajar dari saya.

Sejak dahulu saya sudah tulis, saya tidak pernah membenci bukan Islam atau kaum saya. Bagaimana Islam boleh berkembang jika kita bermusuh. Musuh saya adalah ultra kiasu yang menentang Islam dan undang-undang negara ini.

Negara ini asal usul dan akar umbinya berasaskan Islam. Sebab itu, agama Islam mendapat tempat dalam perlembagaan. Maka tidak salah, jika Islam dilebihkan sedikit berbanding agama lain. Tetapi realitinya tidak berlaku. Rumah ibadat Islam ada 50 ribu, bukan Islam ada 500 ribu.

Jika saya membenci bukan Islam bermakna saya membenci ciptaan Allah SWT. Saya Cuma benci sikap dan perangai mereka yang tidak pernah bersyukur.

Saya tidak pernah mendakwa saya orang Melayu atau menghina bangsa dan keturunan saya. Saya dilihat seolah-olah lebih Melayu dari Melayu, kerana orang Melayu sendiri takut untuk bersuara, hanya kerana untuk kuasa politik.

Prinsip saya, apabila berlaku pertembungan antara agama vs bangsa. Maka, agama mesti diutamakan, berbanding bangsa. Sebangsa tidak segama vs seagama tidak sebangsa, pilihan saya adalah seagama tidak sebangsa. Saya minta saudara dan ultra kiasu yang lain menulis surat terbuka kepada pelukis Cina ultra kiasu yang menterbalikkan pemimpin tertinggi negara, tugu negara dan keris. Jika tidak, saudara tidak ada bezanya dengan musuh saya. Setakat ini ultra kiasu senyap sepi. Adakah mereka tidak jahat?

4 ulasan:

  1. "Jika saya membenci bukan Islam bermakna saya membenci ciptaan Allah SWT. Saya Cuma benci sikap dan perangai mereka yang tidak pernah bersyukur."

    Woii bukan Islam mana ada cerita "syukur".

    Kita kena bentuk mereka cara lain.

    Baguslah bee end bela mamat ni.

    Kasi be end cepat bungkus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau umno bungkus siapa Nak Bantu Kelantan??

      Hukum hudud?Nik Aziz?.....

      Padam
    2. Sekurang kurangnya dia cuba pertahankan islam. Engkau buat apa bangkang je lebih. Bodoh tahap baghal

      Padam
  2. contoh org cetek agama dan cetek akal --->Tanpa Nama4 Februari 2015 10:25 PG

    BalasPadam