Hampir setahun..! kini teori baru pula didendangkan kepada kita..! hakikatnya ada pihak yang mengambil untung dari kesengsaraan dan kehilangan nyawa orang lain..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
KUALA LUMPUR: Kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dan misteri pencarian yang hampir memasuki tempoh setahun pencariannya mendapat perhatian pihak National Geographic untuk menghasilkan sebuah dokumentari khas, lapor portal Mirror.co.uk.
Dalam dokumentari tersebut, pembikin kandungan saintifik dan pendidikan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu mengetengahkan sebuah teori baharu.
Haluan penerbangan pesawat MH370 menurut mereka melalui rujukan pakar, telah sengaja dilencongkan oleh seseorang di dalam kokpit yang mahu membawanya ke Antartika.
Pengisian dokumentari itu juga mahu mendedahkan bahawa data satelit menunjukkan pesawat berkenaan telah terbang selama berjam-jam selepas hilang hubungan dengan pihak kawalan penerbangan.
Pakar-pakar penerbangan dipercayai melihat lebih jauh daripada bukti yang sedia ada dan membentangkan teori mereka sendiri dalam dokumentari berjudul ‘Malaysian 370: What Happened?’ tersebut.
Mereka percaya bahawa pesawat malang yang hilang pada 8 Mac tahun lalu itu telah membuat tiga lencongan selepas hilang dari hubungan, dan menuju ke arah Barat iaitu ke Antartika.
Salah seorang daripada mereka, Malcolm Brenner, memberitahu bahawa insiden itu telah menarik perhatian dunia dan dia sendiri tidak pernah mengalami pengalaman itu sepanjang kerjayanya selama 40 tahun.
Sementara itu, Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) Martin Dolan yang mengetuai pencarian pesawat tersebut berharap dan menjangka akan ada penemuan terbaru menjelang bulan Mei.
“Perkara ini sangat menghairankan dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini – bukan saja kerana misterinya, malah atas segala usaha besar yang dilakukan untuk mencarinya.
"Seperti yang saya sering katakan, kami tidak ada kepastian tentang apa-apa, cuma ada keyakinan bahawa ia akan ditemui suatu hari nanti,” katanya.
Dokumentari ‘Malaysian 370: What Happenned?’ itu dijadual akan ditayangkan pada hari Ahad, 8 Mac nanti.
Walau bagaimanapun, ia hanya akan ditayangkan di AS manakala penonton di Malaysia dan seluruh Asia tidak dapat menyaksikannya.
“Kandungan tersebut tidak lulus untuk tayangan di negara ini (Malaysia) kerana sifat kandungan yang melanggar sensitiviti pihak yang terlibat dalam insiden tersebut,” ujar jurucakap dari saluran National Geographic ketika dihubungi Astro AWANI.
Pada 29 Januari lalu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dengan rasminya mengisytiharkan bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 satu kemalangan dan kesemua 239 penumpangnya dianggap terkorban.
Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam satu pengumuman khas mengenai pesawat MH370 tersebut di stesen Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan