Apa dah jadi..! Jangan pulak takde beban batu digalas..! Apa yang sebok nak mengatur parti orang..!
Lantak dia la nak baling kerusi ke meja ke..! Bukan kah ini akan menyebabkan ahli MIC akan terasa hati dengan UMNO..! Pasti ada yang marah dan tidak puas hati..! buat apa UMNO nak terpalit dengan kekotoran orang lain???
UMNO sendiri pun masih tak pernah selesai isu pemutihan..! Itu sebab ketua ketua cawangan hangin jer satu badan bila Ibu pejabat minta buat pemutihan..! sebab dah bertahun tak pernah update pun..!
Jadi apa yang sebok sangat? Siapa sebenarnya dalang disebalik ini..! Anda mungkin boleh mengagak nya...!
Lantak dia la nak baling kerusi ke meja ke..! Bukan kah ini akan menyebabkan ahli MIC akan terasa hati dengan UMNO..! Pasti ada yang marah dan tidak puas hati..! buat apa UMNO nak terpalit dengan kekotoran orang lain???
UMNO sendiri pun masih tak pernah selesai isu pemutihan..! Itu sebab ketua ketua cawangan hangin jer satu badan bila Ibu pejabat minta buat pemutihan..! sebab dah bertahun tak pernah update pun..!
Jadi apa yang sebok sangat? Siapa sebenarnya dalang disebalik ini..! Anda mungkin boleh mengagak nya...!
PUTRAJAYA: Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk mengambil alih pentadbiran MIC yang kini bergelut dengan krisis dalamannya mendapat tentangan Presiden parti itu, Datuk Seri G Palanivel.
Perkara yang diputuskan dalam pertemuan bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam di Pejabat Perdana Menteri, pagi Isnin.
Bagaimanapun pertemuan itu tidak dihadiri Palanivel yang juga Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli dengan alasan terpaksa menguruskan masalah kesihatan isterinya dan beliau menghantar wakilnya iaitu ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, Datuk S Sothinathan.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media berkata, BN akan membentuk sekretariat untuk campur tangan bagi mengelak kemelut dalaman MIC berlarutan.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan perjalanan MIC lancar sehingga pemilihan semula, selain membantu mengatasi masalah cawangan yang diisytiharkan tidak sah oleh ROS.
Bagaimanapun, kata Tengku Adnan, BN masih menunggu maklum balas Palanivel berhubung perkara itu.
Susulan itu, Palanivel mengeluarkan kenyataan dengan nada tegas memaklumkan bahawa beliau tidak bersedia untuk membiarkan pihak ketiga iaitu BN untuk mengambil alih MIC.
"Timbalan Presiden MIC (Subramaniam) mungkin bersedia untuk membenarkan pihak ketiga mengambil alih MIC dan kehilangan maruah dan kehormatan, tetapi tidak bagi saya.
"Kita mempunyai Perlembagaan parti dan undang-undang yang relevan untuk mengurus dan menjalankan pilihan raya parti, jika perlu dan sebarang tindakan lain seperti yang dicadangkan akan menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah," katanya.
Beliau juga mengulangi kata-katanya pada Sabtu lalu bahawa Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk bertindak atau membuat keputusan serta memberi arahan seperti yang dilakukan terhadap MIC baru-baru ini.
Malahan, tambahnya lagi, pegawai ROS juga tidak mempunyai keperluan untuk menghadiri mesyuarat yang diadakan secara tidak sah pada Jumaat lepas.
"Sekarang, diumumkan bahawa kononnya sebuah sekretariat yang dipanggil Sekretariat Barisan Nasional akan mengadakan pilihan raya parti MIC.
"Ini sama sekali tidak boleh diterima.
"Saya masih terkejut bahawa Timbalan Presiden boleh bersetuju, ketika ketiadaan saya, untuk membiarkan orang lain mentadbir MIC.
"Ia betul-betul meletakkannya di tahap menjijikkan di mana seseorang boleh pergi sejauh itu agenda politik," katanya sambil menyatakan rasa tidak berpuas hati kerana wakilnya tidak dibenarkan menyertai pertemuan itu.
Sebaliknya, kata Palanivel, Sothinathan hanya dimaklumkan mengenai cadangan tetapi keputusan selebihnya adalah seperti yang diumumkan Tengku Adnan selepas pertemuan dengan Subramaniam.
Presiden MIC itu juga menegaskan bahawa BN tidak mempunyai bidang kuasa, sekali pun untuk mengambil alih pentadbiran atau mengendalikan pilihan raya parti kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan MIC serta Akta Pertubuhan 1966.
"Walaupun MIC merupakan parti komponen dalam BN, MIC masih parti politik yang mempunyai haknya tersendiri dan ditadbir oleh Perlembagaan parti.
"BN harus menghormati Perlembagaan MIC dan tidak menceroboh dalam pentadbiran MIC seperti yang dicadangkan," katanya.
Beliau juga mengingatkan bahawa pemilihan MIC 2013 dijalankan oleh CWC yang sama pada 2009, di mana ia dicabar oleh pelbagai pihak dan telah membawa kepada keadaan semasa parti.
Katanya, Tan Sri K Kumaran adalah Pegawai Pengurus Jawatankuasa Pilihan Raya parti yang menjalankan pilihan raya 2013 dan kembali melantik CWC sama pada 2009 tentunya suatu penghinaan.
"ROS tidak boleh dalam apa-apa cara untuk membatalkan pemilihan saya sebagai Presiden MIC yang tidak diadakan pada Mesyuarat Agung tetapi oleh Pengerusi Cawangan mengikut Perlembagaan MIC.
"Yang paling penting, saya menang tanpa bertanding dan ia tidak boleh dipersoalkan oleh ROS," katanya sambil menambah kuasa beliau seperti yang termaktub dalam Perlembagaan MIC juga tidak boleh diambil oleh sesiapa termasuk ROS.
Tambahnya lagi, walaupun 17 Februari, 2015 ditetapkan untuk ROS menarik balik semua arahannya, tetapi pengumuman Tengku Adnan pada Isnin membuatkan ia tidak perlu menunggu sehingga tarikh itu.
"Saya telah mengarahkan peguam untuk memfailkan dokumen mahkamah yang perlu untuk mencabar keputusan dan tindakan ROS," katanya.
Pada 5 Disember lalu, ROS mengarahkan MIC supaya melaksanakan pemilihan semula untuk tiga jawatan naib presiden dan 24 CWC selepas memutuskan keputusan pemilihan parti pada 2013 tidak sah.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kemudiannya mengumumkan bahawa MIC akan melaksanakna pemilihan semula itu antara April dan Julai ini untuk menangani krisis yang dihadapi dan mengelak parti itu daripada didaftarkan semula.
Bagaimanapun, Palanivel mendesak ROS menarik balik arahan itu sebelum Selasa ini dan jika gagal pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang.
Ada lauk enak didalam MIC tu bro jika segala perancangan berjalan lancar..!
Jika jalan lancauuu pulak???
Jika jalan lancauuu pulak???
Lu Fikir La Sendiri!!!
Sementara tu dilaporkan...
Sementara tu dilaporkan...
PETALING JAYA: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam menafikan beliau bersetuju untuk membenarkan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran parti itu.
"Saya menafikan sama sekali bahawa adanya persetujuan untuk membenarkan Barisan Nasional (BN) mengambil alih MIC sepenuhnya seperti mana kenyataan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengelirukan.
"Sebagai pemimpin MIC, saya ingin menegaskan, walaupun berhadapan masalah, kami tidak akan bertolak ansur dalam hal membabitkan integriti dan maruah parti.
"Apa yang berlaku hanya perbincangan mengenai BN yang akan bertindak sebagai fasilitator dalam menyelesaikan pertikaian yang berlaku. Tiada cadangan untuk Barisan mengambil alih MIC," kata Dr Subramaniam dalam kenyataan di sini, Isnin
Umno juga bukanlah contoh yg baik kpd masyarakat..betulkan diri sendiri dulu..
BalasPadamPakat2 minum todi
BalasPadamPakat2 mabuk....
bukan sahaja pendatang dari china memberi masalah pada org melayu, pendatang dari india tak kurang hebatnya. tapi nasib baik golongan ini tak seramai dari china.
BalasPadamnampaknya org melayu begitu seronok dengan kemasukan pendatang ini sebagai sebahagian dari warga negara ini walau pun sebahagian besar dari mereka tidak mahu menerima kebaikan yang telah diberi kepada mereka.
bagi mereka negara ini hanyalah tempat untuk mencari rezeki sepertimana kedatangan tok nenek mereka terdahulu.
Gaduh be end.. jangan tak gaduh.. hu.. hu..
BalasPadamBaru tau siapa kuat geng 007 atau samseng kampung dusun.