Kuda belang yang menafikan kuasa Raja Raja..sila baca dan fahamkan..!
KUALA LUMPUR: Walaupun petisyen pengampunan Diraja telah difailkan, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipaksa untuk memulakan mesyuarat pengampunan atau membuat keputusan kerana ia merupakan budi bicara baginda.
Pakar perlembagaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, berdasarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara untuk memanggil orang yang dirasakan berkenaan untuk menghadiri mesyuarat pengampunan itu.
"Jika Yang di-Pertuan Agong tidak berkenan mendengarnya, tidak ada sesuatu yang boleh menggesanya atau memaksa baginda.
"Katalah dalam kes (permohonan untuk pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim) ini, Yang di-Pertuan Agong tidak bersetuju, atau enggan hadiri mesyuarat itu, tidak ada apa yang boleh dibuat...(kerana) ini hak Tuanku, dan hak kemanusiaan yang pokok untuk baginda," katanya ketika dihubungi Bernama, Khamis.
Rabu lepas, isteri Anwar Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berserta anak-anaknya Nurul Nuha dan Nurul Izzah, menfailkan petisyen permohonan pengampunan Diraja kepada Istana Negara dan turut menghantar satu salinan kepada pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Jika diberi pengampunan, kedudukan Anwar sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang kekal, walaupun beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan kerana meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lalu.
Dalam pada itu, Rais, yang juga Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia turut menerangkan bahawa komposisi penubuhan sesuatu Lembaga Pengampunan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong berserta Peguam Negara atau wakil Peguam Negara, dan Menteri yang menjaga Hal Ehwal Wilayah Persekutuan.
Dan bagi konteks negeri pula ialah ketua negeri masing-masing iaitu Sultan, Raja (bagi Perlis), Yang Dipertuan Besar (bagi Negeri Sembilan) atau Yang Dipertua Negeri (bagi negeri-negeri yang tidak beraja), berserta wakil daripada Jabatan Peguam Negara.
Mengenai kaedah dan tempoh masa yang ditetapkan sebelum sesuatu keputusan dapat dicapai, beliau menegaskan bahawa tidak disebut dalam Perkara 42, atau mana-mana peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan mengenai hal itu.
"Peruntukan (Perlembagaan Persekutuan) ini tidak menyebut langsung tentang kaedahnya atau prosedur yang harus diguna pakai dalam menerima atau menimbangkan sesuatu rayuan atau petisyen," kata Rais, yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang Undang-undang Sivil, Perlembagaan dan Hak Asasi Manusia dari King's College, University of London.
"Dalam perlembagaan atau undang-undang sedia ada, juga tidak disebut tempoh (keputusan pengampunan perlu dicapai). Ini adalah disebabkan peranan pengampunan, adalah di luar bidang undang-undang biasa," katanya.
Rais berkata, keadaan ini adalah berdasarkan keputusan kes Juraimi Hussin pada 2001 yang Mahkamah Agung (kini dikenali sebagai Mahkamah Persekutuan) ketika itu memutuskan tiada tempoh masa yang ditetapkan untuk Lembaga Pengampunan Pahang membuat keputusan.
"Di situ pihak perayu meminta supaya ditentukan tempoh pengampunan didengar, mahkamah di situ (Mahkamah Agung) memutuskan ia tidak terikat dengan tempoh yang dipertikaikan sebab ia merupakan tindakan kemanusiaan atas budi bicara pihak yang mengampunkan," katanya lagi.
Pada 12 September 2001, pembantu bomoh, Juraimi yang dihukum mati kerana membunuh seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada 1993, gagal dalam usahanya mendapatkan pengesahan Mahkamah Persekutuan bagi persoalan perlembagaan berhubung penolakan petisyen pengampunannya oleh Sultan Pahang.
Panel lima hakim, yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Wan Adnan Ismail, dalam keputusan mereka secara sebulat suara memutuskan untuk menolak isu perlembagaan yang dibangkitkan Juraimi.
Berikutan keputusan itu, Juraimi, 31, tidak lagi mempunyai ruang perundangan untuk mengetepikan hukuman mati yang dikenakan terhadapnya dan pasangan bomoh Maznah Ismail, yang lebih dikenali sebagai Mona Fandey, 45, dan Mohamed Affandi Abdul Rahman, 44, kerana membunuh ADUN Batu Talam Datuk Mazlan Idris di sebuah rumah di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, antara 2 Julai dan 18 Julai, 1993.
Sementara itu, pensyarah kanan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, keputusan keluarga Anwar memfailkan petisyen ke Istana Negara wajar dijadikan satu contoh untuk menyedarkan rakyat mengenai kepentingan institusi yang memayungi kedaulatan negara itu.
"Rakyat Malaysia yang buat komen mengenai institusi diraja, tak faham kepentingan institusi itu. Jelas (dalam kes ini) bahawa institusi itu penting apabila dalam keadaan susah sahaja. Selama ini bila dalam keadaan senang, kita ingat tak berguna.
"Tetapi kalau kita faham semangat perlembagaan dengan kekalkan kedudukan raja-raja, dalam konteks ini raja adalah payung kepada semua orang, sama ada seseorang itu bersalah, atau seorang Melayu, bukan Melayu, raja masih ada belas ihsan dan hak ini diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Ditanya sekiranya Yang di-Pertuan Agong, setelah mendengar nasihat daripada anggota Lembaga Pengampunan yang lain, bersetuju untuk memberi pengampunan kepada Anwar, adakah mangsa dalam kes itu boleh mencabar keputusan itu, Shamrahayu berkata proses berkenaan akan terhenti di situ sahaja.
"Dalam kes ini, kita sudah mencapai tahap yang tertinggi dalam proses keadilan. Sekiranya masih ada orang tidak puas hati, maka undang-undang masih juga beri ruang (melalui Lembaga Pengampunan dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong.
'Malah ruang pengampunan itu pun masih lagi dipersoalkan, apakah ruang lagi yang tinggal? Ia perlu berhenti di situ, kalau tidak keseluruhan sistem akan rosak," tegasnya lagi. - Bernama
Lu Fikir La Sendiri!!!
Jika saya seorang Raja yang mempunyai takhta : akan kuatkuasakan perintah seperti ini (lebihkurang lahh) sebab saya bukan raja cuma berangan jika raja
BalasPadam1. Sesiapa yang ingin berhubung secara fizikal hendaklah menggunakan bahasa percakapan dalam bahasa melayu
2. jika melalui surat atau apa saja media yang digunakan atas tujuan memaklumkan sesuatu perkara , juga hendak lah tulisan nya dalam bahas melayu.
3. Dalam setiap perjumpaan, jika diistana , untuk rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama mesti lah bersongkok sewaktu bertemu dengan seorang raja, jika tidak jangan dibenarkan masuk. Peraturan ini dengan jelas mestilah meliputi setiap orang, dari PM , TPM, Menteri atau ahli parlimen.
Dengan sebahagian cadangan diatas , akan menjadikan panduan dan pengajaran bagaiman mahu menghormati raj raja melayu
Daulat Tuanku
Lembaga Pengampunan yang meneliti kes ini patut mengambil kira fakta-fakta berikut:
BalasPadam1) DSAI tidak mengaku bersalah - jadi kalau tak bersalah kenapa minta ampun. Dia juga tidak menyatakan kekesalan dan tidak akan mengulangi perbuatan itu. Ini adalah pra-syarat untuk pengampunan.
2) Ini adalah kali kedua dia dilibatkan dengan liwat - ini menunjukkan kecenderungannya kepada perkara songsang ini
3) Petitisyen tidak datang dari peminta ampun tapi dari keluarganya. Setiap proses undang-undang ada peraturan-peraturannya, jangan dilayan kalau tidak mengikut peraturan, tidak kira siapa dia
4) Petisyen itu menuduh sistem kehakiman adalah tidak adil. Dengan meluluskan petisyen ini, implikasinya ialah DYMM Seri Paduka Baginda bersetuju dengan tuduhan itu terhadap badan kehamikan yang dia menjadi penaungnya. Umum tahu kes ini berjalan selama 7 tahun dan DSAI telah diberi peluang untuk membela dirinya tapi dia melepaskan peluang ini kerana tidak mahu disoal oleh peguam-peguam. Sebaliknya dia menggunakan kesempatan ini untuk meroyan meraban terhadap kerajaan.
Saya harap Baginda DYMM Yang di Pertuan Agung menggunakan kebijaksanaannya untuk menyelamatkan negara tercinta ini dari orang yang rakus dengan kuasa ini.
Saya benar-benar berharap baginda bersikap tegas seperti Baginda Sultan Selangor yang melucutkan gelaran Datuk Serinya...