Bagus la kalau tahu dan memahami bahawa kita adalah dua negara yang serumpun dan bersaudara..! Maka nya PAk..! jangan bakar bakar bot nelayan la lepas ni..!
Kuala Lumpur – Presiden Indonesia, Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi melahirkan keterujaannya terhadap pemanduan Pengerusi Eksekutif Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu beliau berkunjung ke Proton sempena lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.
Dalam kunjungan pertamanya ke negara ini, Jokowi menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Proton dan PT Adiperkasa Lestari. Menerusi MoU itu, Proton bakal membantu Indonesia dalam menghasilkan kereta nasional milik republik itu.
Jokowi juga dibawa melawat ke sekitar kawasan kilang Proton di mana selain diberi taklimat, beliau melihat sendiri kehebatan teknologi R&D serta kepakaran syarikat pengeluar kereta tempatan yang menjadi kebanggaan Malaysia.
Paling menarik apabila Jokowi merasai pengalaman manaiki salah sebuag kereta terbaru keluaran Proton iaitu Proton Iriz yang dipandu sendiri oleh Pengerusi Eksekutif Proton yang juga mantan Perdana Menteri Tun Mahathir di litar pandu uji Proton.
Selesai sesi pandu uji, Presiden Indonesia itu memberikan reaksi positif tentang kehebatan model terbaharu Proton malah berkongsi keterujaan beliau terhadap pemanduan Dr. Mahathir yang dikhabarkan memandu pada kelajuan 150km/j.
“Kalau di Indonesia, kelajuan yang paling tinggi saya pandu hanyalah 60km/j tetapi Dr. Mahathir bawa mencecah 150km/j dan usia beliau sudah mencapai 90 tahun!” kata Jokowi kepada beberapa delegasi yang hadir.
Presiden Indonesia itu turut memuji Iriz: “Iriz adalah sebuah kenderaan yang hebat, walaupun lelajuan mencecah 150km/j, namun pemanduannya sangat lancar dan stabil tanpa sedikit pun gegaran yang terasa dan inilah antara teknologi Proton yang mahu dipelajari oleh Jakarta.”
Dr. Mahathir menjelaskan setiap model kereta Proton kini dipandu uji sendiri oleh beliau bagi memastikan kualiti jentera kebanggan negara itu.
Dalam sidang media yang berasingan pula, bekas Perdana Menteri memberitahu, Proton akan membantu Indonesia melalui PT Adiperkasa Citra Lestari dalam mengikuti jejak langkah Proton yang kini mempunyai kepakaran dan teknologi 100 peratus buatan tempatan.
Ditanya adakah Proton sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu, Dr. Mahathir sambil berseloroh menjawab: “Dulu kita bayi, sekarang kita sudah dewasa!”
Itu la negarawan negara Tun Dr Mahathir..! sentiasa membuatkan pemimpin negara lain dan dunia teruja dan menghormatinya..!
Pemimpin dalam negara...macam mana pula..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
dari dulu saya tlh memerhatikan betapa 'sincere' nya pak jokowi memberi penhormatan yg amat tinggi terhadap tun m. ini jelas kelihatan apabila tun tlh membuat kunjungan hormat terhadap ibu mega. pak jokowi dlm kesebokan nya berkempen tlh bergegas dtg utk berjumpa dan memberi hormat kpd tun. kalau tidak salah saya beliau mengatakan tidak mungkin mahu melepas peluang keemasan berjumpa dgn pemimpin yg amat beliau sanjung.
BalasPadammari lah kita doakan agar pak joko kekal sebagai ketua Negara Indonesia hingga 10 thn kedepan.
insya'allah jv dgn proton akan berhasil. jgn lah pemimpin lain mahu tumpang 'sekaki' kerana sebahagian besar kejayaan nya adalah kerana Mahathir....Mahathir......Mahathir.
sgt setuju...setuju...setuju....
Padamjangan anwar kata proton dia buat sudah....kamu tu menjubo je tahu!!!!
BalasPadamKan Anwar ditawarkan penasihat Agama Islam di Turki!
BalasPadam