Isnin, 23 Februari 2015

Akhirnya Telesidang Mahfoz - Sirul Berjaya..~ Apa Perlu Kerajaan Malaysia Buat..!


Mampoz pun boleh gegarkan satu negara..! walau percubaan pertamanya pagi tadi gagal namun diberitakan telesidang Mampoz dengan Sirul berjaya tengahari tadi..!

Soalnya apa tindakan susulan Kerajaan Malaysia kepada pihak berkuasa Australia yang jelas menghina keputusan Mahkamah di Malaysia.

Mahpoz mungkin seperti mana ramai orang sebut bodoh..! tapi kenapa pulak kita pun turut sama jadi bodoh..! Apa yang boleh, perlu dan mesti kerajaan Malaysia lakukan..! pegang telor ajer ke..!

Telesidang Kedua PAS: 'Saya Dalam Keadaan Selamat' - Sirul
KUALA LUMPUR: Pas akhirnya berjaya mengadakan telesidang dengan Koperal Sirul Azhar Umar yang kini berada di Australia selepas melarikan diri kerana didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Walaupun cubaan pertama yang dilakukan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pada pukul 11.30 pagi Isnin gagal, namun cubaan kedua pada pukul 1.31 petang berjaya dihubungkan kepada Sirul.
Pada telesidang itu, Sirul yang kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney berkata, dia berada dalam keadaan baik dibawah jagaan kerajaan Australia.
Sirul memberitahu, dia perlu menghormati kerajaan Australia dan tidak akan membuat kenyataan lanjut kerana mendakwa berada di bawah perlindungan negara itu.
Bagaimanapun jelasnya, satu kenyataan berhubung kes yang dihadapinya akan dibuat pada waktu yang sesuai.
"Saya menghormati sepenuhnya pemerintahan kerajaan Australia kerana saya sekarang berada di bawah perlindungan pihak Australia.
"Saya tak berhasrat membuat kenyataan pada masa dan ketika ini, walaubagaimanapun akan cuba membuat kenyataan apabila tiba waktu yang sesuai," katanya.
Perbualan tersebut berlangsung selama kira-kira tiga minit.
Sementara itu, Mahfuz selepas telesidang berkata, beliau terkejut menerima panggilan daripada Sirul selepas telesidang yang dijadualkan pada sebelum itu gagal.
"Sirul telefon saya selepas itu dan kata dia 'tertunggu-tunggu' panggilan daripada saya.
"Dia rasa sedih apabila saya beritahu ramai media sudah menunggu tetapi ada masalah untuk menghubunginya seperti yang dijanjikan dan bila saya turun ke lobi saya dapati ada beberapa media yang mahu saya melakukan telesidang sekali lagi apabila mendapat tahu Sirul telah berjaya menghubungi saya," katanya.
Mahfuz menjelaskan, melalui perbualan itu beliau percaya Sirul sebak dan sedia menjadi pendengar setia terhadap luahan hati Sirul.
"Bagi saya jika dia berada di luar (tahanan) risiko dirinya amat tinggi...mungkin ada yang rasa terancam dengan pendedahannya," katanya sambil menambah beliau percaya akan diberi pertimbangan oleh pihak berkuasa Australia untuk Sirul membuat kenyataan selanjutnya pada masa akan datang.
Katanya, tiada bantuan lain yang ditawarkan kepada Sirul setakat ini selain akan berusaha membawa ibu kepada bekas komando polis itu untuk bertemu dengannya di Australia dalam masa terdekat.
Jelasnya, tarikh pertemuan dan nama misi itu akan diumumkan kepada pihak media pada Jumaat.
Selain ibu Sirul, beliau juga akan berangkat bersama peguam dan pegawainya.
"Saya tak beri apa-apa bantuan. Cuma membantu dari segi pembelaan dan memberi tekanan supaya siasatan semula dijalankan.
"Selain bantu Sirul saya juga membantu dalam kes yang terus menjadi kontroversi dan menimbulkan kekusutan dari segi motif pembunuhan," katanya.
Ditanya kesahihan sama ada yang bercakap dengannya itu adalah Sirul, beliau berkata 'pasti bercakap dengan Sirul'.
Tambahnya, pengesahan bahawa beliau selama ini berhubung dengan Sirul yang sebenar akan dapat disahkan sepenuhnya apabila rombongan PAS bertemu Sirul di Australia Kelak.
Sirul dan bekas Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh Altantuya pada 2006 dan disabitkan dengan kesalahan jenayah oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.
Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul, berikutan rayuan dikemukakan.
Bagaimanapun pada 13 Januari baru-baru ini, Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka.
Sirul bagaimanapun tidak hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu. Dia dipercayai telah ke Australia menggunakan visa pelancong dan pasport yang sah tahun lalu.
Sirul kemudianya ditahan oleh pegawai imigresen Australia pada 20 Januari, sebaik sahaja Interpol mengeluarkan notis merah.
Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Ingat lagi PI Bala. Apa kesudahannya? Kalau dulu Pengarahnya daripada PKR
    Ini drama baru dan Pengarahnya daripada PAS.
    Sudah...sudahlah.

    BalasPadam
  2. Kalau Sirul nak bongkar buat dgn cepat, tak perlu buat2 gempak..Mcm perangai Nuar ,& Family.


    Mcm biasa..
    Perangai pakatan Main2 dgn Najis & Tahi..

    BalasPadam
  3. Yg bercakap dengan mahfuz bukan sirul.....orang lain yg diatur awal2 lagi. Pangilan pertama was just a show to give the taste of drama. I am apolitical..anything coming from pas or pkr are all drama minggu ini......

    BalasPadam
  4. Yg bercakap dengan mahfuz bukan sirul.....orang lain yg diatur awal2 lagi. Pangilan pertama was just a show to give the taste of drama. I am apolitical..anything coming from pas or pkr are all drama minggu ini......

    BalasPadam