Rabu, 4 Mac 2015

Banduan Tetap Banduan..!


Dah namanya banduan tentu lah hilang segala hak dan keistimewaan sebagai manusia bernegara..! Dah namanya banduan hilang la jawatan sebagai Ahli Parlimen..! Banduan tetap banduan..! jangan jadi bangang..!

Layanan semua banduan sama, ikut prosedur penjara

PUTRAJAYA - Jabatan Penjara hari ini menjelaskan layanan serta kemudahan bagi semua banduan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sama selaras dengan ketetapan akta, peraturan penjara dan prosedur penjara.

Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Supri Hashim berkata, pelbagai tuduhan dan spekulasi terus dibuat sejak Penasihat PKR itu menjalani hukuman mulai 10 Februari lalu walaupun penjelasan telah diberi.

"Keputusan, tindakan serta langkah yang diambil oleh Jabatan Penjara adalah berasaskan ketetapan akta, peraturan dan prosedur penjara yang diguna pakai untuk menguruskan semua banduan.

"Mana-mana kakitangan yang didapati melayan banduan secara berbeza di luar daripada ketetapan akta, peraturan dan prosedur berkenaan akan diambil tindakan," katanya dalam kenyataan di sini.

Terdapat kira-kira 50,000 banduan menjalani hukuman di seluruh penjara Malaysia.   

Berhubung perjumpaan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dengan Anwar, Supri menjelaskan Azmin ada membuat permohonan untuk berjumpa Anwar atas urusan kerajaan negeri berkaitan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Katanya, Jabatan Penjara telahpun meneliti permohonan itu menggunakan peruntukan Peraturan-peraturan Penjara 2000 serta prosedur penjara dan atas urusan penting yang berkaitan, ia boleh dibenarkan.

Beliau menjelaskan lawatan sebegini yang dinamakan 'Perjumpaan Khas' mengikut Peraturan-peraturan Penjara 2000, juga diberi kepada ramai banduan lain bagi urusan penting antaranya berkaitan keluarga, kerja, pembahagian harta, wasiat, serta urusan mendapatkan khidmat peguam.

Beliau berkata, Perjumpaan Khas itu bukan perjumpaan mengikut sistem peringkat serta tidak menghalang perjumpaan-perjumpaan lain antaranya perjumpaan permulaan, perjumpaan peringkat, perjumpaan dengan polis dan perjumpaan dengan peguam.

Supri berkata, penempatan Anwar di Hospital Penjara Sungai Buloh adalah hasil pemeriksaan dan syor pakar perubatan.

Katanya, penempatan Anwar di fasiliti itu dilaksanakan sebelum perjumpaan dengan Azmin pada 25 Februari lalu.
 
Berhubung pertukaran pegawai penjara yang turut dikaitkan dengan layanan terhadap Anwar, Supri menjelaskan bahawa pertukaran berlaku hampir setiap bulan atas kepentingan perkhidmatan dan turut mempertimbangkan kebajikan pegawai terlibat.

Katanya, pengarah sesebuah penjara tidak mempunyai sebarang kuasa berhubung pertukaran tersebut.  - Bernama

Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Beza antara banduan dan pegawai penjara adalah satu sahaja iaitu yang satu duduk dalam yang satu lagi duduk luar. Cara bertindak, berfikir, emosi dan lain2 semuanya sama....sebab itu ramai pegawai penjara mengidolakan anwar. Kalau tidak.....mana ada kontroversi bangang sebegini

    BalasPadam
  2. Kita pun pelik .Kenapa orang melayu ni masih nak sanjung seorang yang menjadi banduan.Ini banduan kali kedua. Kes yang sama ia itu bantai lubang tahi jantan lain.
    Dengar pun jijik. Budak tadika di kampung hulu pun sekarang dah boleh sebut LIWAT.
    Maluuuu!!!

    BalasPadam
  3. Butolah Supri .. Aku masih tak setuju dengan 'Peruntukan Khas' tu ko guna utk ketua Penipu dan Peliwat...atas dasar penasihat ekonomi Negri Selangor.Kalau aku seorang Penyelia Ladang ..katakan aku bersalah dan di Penjara ..pekerja aku buat permohonnan nak jumpa aku sebab kunci traktor aku tersimpan...boleh ke??? suka suka lu aje beri alasan.

    BalasPadam