Selasa, 3 Mac 2015

Gila Apa Ni..!



Berhentikan la kegilaan ni..!

Hakikatnya Anwar dah hilang kelayakan sebagai Ahli Dewan Rakyat..! Mahkamah dah menjatuhkan hukuman..! hukuman sudah disabitkan.! Anwar telah dibuktikan bersalah..! Maka penjara 5 tahun itu telah menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat..! Apa yang susah sangat nak faham..!

Soal dia merayu..itu soal lain..! DIa nak merayu kemana planet pun ianya perkara lain..! Rayuan yang  dikemukakan tidak menyebabkan Anwar kekal sebagai Ahli Parlimen lagi..!

Status permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat hanya akan diketahui selepas Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan berhubung petisyen pengampunan yang dikemukakan keluarga ketua pembangkang itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau  menerima surat permohonan daripada peguam Anwar, S. Sivarasa mengenai perkara itu dan telah merujuk kepada Jabatan Peguam Negara serta Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Sebagaimana yang diketahui, ia tertakluk kepada interpretasi perundangan tetapi yang lebih penting ialah Lembaga Pengampunan belum bersidang maka tentunya keputusan kita juga tertangguh.

"Lembaga Pengampunan hanya akan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila ditanya mengenai status permohonan Anwar, yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh, untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat yang bermula 9 Mac ini.

Ahmad Zahid berkata Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal penjara hanya boleh membuat keputusan mengenai kedudukan seseorang anggota Parlimen mengikut interpretasi perundangan.

"Terutama perkara 48 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Penjara serta undang-undang berkaitan dengan anggota Parlimen," katanya.

Pada 23 Feb lepas, isteri Anwar Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha, mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pihak ketua pembangkang itu berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada 10 Feb lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun dihadapinya bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari pada 26 Jun, 2008.



Bongok tau bongok..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Melayu atasan semakin mengarut ! Mereka sudah lupakan akar umbi ! Mereka lupakan undang-undang.. illuminati call ?

    BalasPadam
  2. siapa yg berani benar anuar suka suka keluar...kita tengok sama-sama....ataupun PR saja nak buat kacau fikiran pihak berkuasa...selagi tiada wakil dari pihak berkuasa kata' tak bole' selagi tu isu ni berpanjangan...ini menunjukkan kerajaan kita lemah...kalau org awam mcm kita kena penjara...fuhh bukan main garang cikgu2...tapi kena anuwar...semua pelir termasuk...

    BalasPadam