Khamis, 24 September 2015

Najib Juga Perlu Berkorban..!


Zaman sekarang senang nak berkorban..! tak payah susah payah nak cari lembu..! lembu beratus ratus ekor datang berbaris mahu dikorbankan..! Lepas tu serah ajer kepada pihak dibawah untuk mengerjakan ibadah qurban..! Senang..!

Jadi bos tak payah nak sebok sebok turut serta meraikan majlis ibadah qurban..! Sebab tu bos bos boleh bercuti atau ke luar negara..! Pasti ada yang kata, bos diluar negara pun buat korban juga, sembahyang raya jugak..! betul..! kita tak kata tidak..!

Cuma kita kata senang jadi bos sekarang ni..! semuanya boleh diwakilkan..! semuanya boleh diuruskan..! Tak gitu?

Baca dulu apa kata Pak Kadir dibawah ni..

Implikasi Siasatan Juri Agung Terhadap Mohd Najib


A Kadir Jasin

AMERIKA di bawah George Bush dan anaknya, George W. Bush bencikan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana beliau bercakap bagi pihak negara-negara Islam, mengkritik Israel dan membela negara-negara membangun.

PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Tetapi Amerika tidak menubuhkan apa-apa badan untuk menyiasat beliau.

AMERIKA di bawah Barrack Hussein Obama amat menyayangi Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak (atau Mohd Najib berasa beliau disayangi) kerana beliau seorang yang bersikap sederhana (moderate).

Dua Sahabat: Mohd Najib Sanjung Obama
Tetapi Amerika menubuhkan Juri Agung (Grand Jury) untuk menyiasat dakwaan rasuah ke atas beliau dan orang-orang yang rapat dengan beliau. Demikian menurut laporan akhbar The New York Times (NYT). (Di sini)

Juri Agung adalah badan penyiasatan tertinggi di Amerika. Lazimnya ia mengandungi antara 16 hingga 23 orang ahli walaupun ada masanya lebih ramai. Ia bertindak sebagai satu pasukan untuk jangka masa yang lama atau melibatkan banyak kes. Ia diselia sama ada oleh seorang peguam persekutuan, ketua peguam negeri atau peguam daerah.

Bidang Kuasa Juri Agung Luas
 Mereka berkuasa mendengar kes atau “membicarakan” seseorang secara ex parte iaitu tanpa kehadiran orang yang disyaki atau tertuduh.

Anak Tiri PM Jadi Sasaran


Dalam kes Mohd Najib, laporan NYT itu mengatakan penyiasatan akan dikelolakan oleh sebuah unit di Jabatan Kehakiman (Justice Department) yang bertanggungjawab menyiasat rasuah antarabangsa.

Sasaran penyiasatan ialah harta di Amerika yang dibeli oleh syarikat-syarikat kosong (shell companies) dimilik anak tiri Mohd Najib serta aset-aset hartanah yang bersangkutan dengan seorang yang rapat dengan keluarga Perdana Menteri.

Anak tiri Mohd Najib yang dimaksudkan itu ialah Riza Shahriz Abdul Aziz, anak Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik manakala kawan rapat keluarga Perdana Menteri itu ialah Jho Low.

The Wolves of Wall Street: Riza (kiri), Jho Low (kanan)
NYT memetik dua orang yang berpengetahuan mengenai penyiasatan itu sebagai berkata, para penyiasat juga sedang meneliti bayaran AS$681 juta yang dipercayai masuk ke dalam akaun peribadi Mohd Najib.

Dalam sejarah, banyak waran tangkap dikeluarkan terhadap warganegara asing atas perakuan Juri Agung. Sesetengah daripada mereka berjaya ditangkap, dibicarakan dan didapati bersalah.

Tugas Juri Agong bukan membicarakan orang yang disyaki tetapi memeriksa bukti dan membuat keputusan sama orang itu patut dibicarakan atau tidak. Dalam erti kata lain, Juri Agung memastikan sebab barangkali (probable cause) bukan salah atau tidak bersalah seseorang itu.

Amerika adalah negara terbaru melancarkan penyiasatan rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) yang melibatkan 1MDB dan orang-orang yang berkaitan dengannya, termasuk Perdana Menteri. Beliau adalah orang paling atas dalam 1MDB selaku Pengerusi Lembaga Penasihatnya.

Negara-negara lain yang telah memulakan penyiasat dan membekukan akaun berkaitan 1MBD adalah Singapura, Hong Kong, Switzerland dan United Kingdom.

Orang tua-tua di Kedah kata, nak tergelak. Lucu tapi tak cukup cucu untuk ketawa.

Sebaliknya, dalam hal 1MDB ini ia lebih menjurus kepada malu dan aib. Inilah buat kali pertama dalam sejarah negara kita, seorang Perdana Menteri menjadi orang yang disyaki di luar negara.

Wallahuaklam.


Banyak dah kerosakan yang dilakukan..! ambil iktibar sempena raya korban ni..! berkorban jawatan pun salah satu dari tuntutan..! boleh pahala tu..!

Sebagai pahlawan bugis tentunya Najib juga boleh dan mampu berkorban..!

Lu FIkir La Sendiri!!!!

3 ulasan:

  1. Lembu korban ada juga hasilnya..tindakan mohd najib tk padan dgn slogan yg sering dilaungkn..bila susah baru kenal rakyat..rakyat didulukan...bila sesak baru cari rakyat..prOtT

    BalasPadam
  2. Bkn taknak berkorban tapi kak mah belom bagi lampu hijau kah kah kah

    BalasPadam
  3. kapal bugis masih berada ditengah lautan. layar dah dikembangkan dan sauh sudah pun dilaboh. kapten dah tak tau nak buat apa lagi sebab dah cakap pantang berpatah balik walaupun layar robek dimamah ribut. kena tunggulah punasihat berikan arahan.

    BalasPadam