Rabu, 1 Oktober 2014

PAS Hancur..!


Hancur dah hamPAS sekarang ni..!

KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu sekali lagi menegaskan ahlinya supaya tidak sesekali terlibat dalam badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sebagaimana arahan dikeluarkan sebelum ini.

Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat mengingatkan bahawa Pasma bukanlah satu persatuan yang baik kepada ahli Pas, malah menyifatkannya perosak di peringkat dalaman yang boleh menghakis kesetiaan ahli terhadap parti dan kepimpinan.

Menurutnya, kewujudan Pasma yang berpunca daripada rasa tidak puas hati ahli parti itu dan tidak senada dengan kepimpinan, dilihat membawa lebih banyak keburukan terhadap ahli parti.

“Mereka rosakkan parti dan tidak wajar ahli Pas bersama-sama mereka. Tugas mereka mengkritik Pas sedangkan Pas ada saluran dalam parti. Kita minta ahli Pas ikut parti.

“Orang yang berasa kecewa sahaja berada dalam Pasma. Kita harap jangan terlibat dengan NGO ini sebagaimana arahan Pas Terengganu sebelum ini,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Pasma yang dilancarkan di Besut, malam kelmarin.

Mengulas lanjut kenyataan Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi bahawa Pas akan rugi jika tidak memanfaatkan Pasma, beliau menegaskan, Pas tiada kaitan sama sekali dengan pertubuhan itu.

Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. PAS kan asal dari ahli yg kecewa

    BalasPadam
  2. Battle of the morons, who'll be in control. Anwarinas won't go away, coz they want to take control. If they go, the'll loose PAS sympatizer support.

    BalasPadam
  3. Bro..

    melayu islam yang tegar sokong umno selama ni mungkin akan melihat pas baru yg dah DIBERSIHKAN dari elemen anwar, pasma, syiah, kominis, mat gereja, liberalist pluralists, dan dari trojan trojan bertopeng wayang JIM-ABIM --- sebagai ALTERNATIF YG AMAT yang lojik....

    kalau golongan ulama PAS serious dalam pembersihan ini, kukuhkan sunnah waljamaah 4 imam itu, elak kan statement dan doa doa public yg nonsense dan bodoh, ikut pekerti Nabi saw yg bijaksana dan adil SAMBIL mengutamakan org org islam dan yg beriman pada Allah dan RasulNya...stand tall against dap pkr dalam segala perkara demi melindungi islam, melayu islam, institusi raja raja wakil islam Negara....saya rasa, tak payah kempen, there will be a major swing, tsunami melayu ge14...putrajaya is very possible.....

    pemuda pas kena berani. tegas, dalam hal hal melindungi hak hak islam, melayu islam, raja raja amirul mukminin wakil islam Negara....the opposite of Pemuda yg liberalists, pluralists, pengampu dap-pkr yg di sana...


    ni jer option yg pas ada...kalau tak, memang 101% LONGKOP....kalau masih nak bermanjan manja dengan dap pkr setelah apa yg berlaku...hidung tak mancung pipi tersorong sorong...maka, dunia tak dapat, akhirat pun tak dapat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokong 101% jgn pikirkan putrajaya hingga Agama Islam, Umat Melayu, Raja2 hak kita sebagai bumiputra dicabuli. Bangkiatlah pemuda2 PAS . Bangkitlahhhhhh. AMIN.

      Padam