Isnin, 6 Oktober 2014

Cina Ni Pukul Lagi..!


Ada jugak yang menyintainya..ish..ish..ish..! jangan sampai kak ros cemburu sudah..! 

Itu cerita lain..! Yang nak disampaikan disini ialah hasil tulisan Dr Redhuan Tee Abdullah dibawah ni..!

Layan...

Antara rasis, hero dan zero


Laman Web ultra kiasu membuat ulasan besar-besaran, kenapa saya tidak mendapat sokongan ketika disiasat mengikut Akta Hasutan. Sokongan banyak, cuma saya nak uji. Saya nak tengok siapa lebih berstrategi.

Inilah pemikiran ultra kiasu sebenar, tanpa usul periksa mereka terus menghentam. Ada aku kisah! Ingatan saya, hati-hati. Suatu hari nanti pasti kita jumpa di mahkamah.

Saya tidak pernah takut kepada akta hasutan selagi saya fikir tidak bersalah. Berkata benar walaupun pahit. Saya bukan belot, broker, barua,  atau apa-apa lagi konotasi B seperti yang berlaku kepada ADUN tertentu, yang begitu megah dan berlagak ketika diraikan oleh ultra kiasu dengan panggilan hero.

Siapakah hero dalam erti kata sebenar? Hero adalah apabila kita tidak disukai oleh musuh. Jika musuh suka hero, itu bukan hero namanya, itu zero.

Ultra kiasu tidak akan sokong mereka yang suka kepada Islam atau penegak Islam. Ultra kiasu mahukan mereka yang sekular, liberal dan pro-sosialis. Sebab itu, mereka akan panggil orang seperti ini hero. Jika hero-hero ini mengkritik mereka suatu hari ini, pasti akan jadi zero.

Saya amat pelik bagaimana, orang yang memperjuangkan Islam, begitu percaya kepada sistem demokrasi. Saya selaku pengkaji politik dan sistem politik termasuk demokrasi, masih menjaga adab apabila bercakap soal demokrasi.

Sistem demokrasi tidak boleh disokong sepenuhnya kerana terlalu menekankan hak asasi manusia sehingga melanggari hak Tuhan. Inilah yang sedang dituntut oleh ultra kiasu, sama rata dan rasa. Mereka mahu berebut Allah, tetapi tidak pernah percaya kepada Allah.

Mereka tidak mahu langsung melihat ada kelebihan kepada Islam dan Melayu sertai yang berkaitan dengannya seperti dalam perlembagaan. Perjuangan mereka Malaysia Malaysian.

Bila tiba kepada kelebihan mereka, ultra kiasu diamkan. Misalnya isu penternakan babi. Ternyata, bilangan babi melebihi bilangan lembu dan kambing. Kenapa perkara ini didiamkan? Tak percaya? Cuba kira! Mahukan fakta supaya artikel saya tidak rasis!

Saya mahu lihat apakah MB Selangor baru akan meluluskan projek penternakan babi sebanyak RM100 juta seperti yang ditangguhkan oleh Khalid.  

Terus terang, saya tidak menghina babi kerana babi tetap makhluk Allah. Tetapi saya tidak boleh menerima jika dalam sebuah negara Islam, bilangan babi lebih banyak dari lembu, kambing, ayam dan itik.

Negara kita kekurangan binatang ternakan ini sehingga terpaksa diimport. Tetapi babi kita berlebihan, sehingga banyak yang dieksport. Apa erti semuanya ini? Kolumnis ultra kiasu Melayu yang selalu menyerang saya mungkin boleh jawab soalan darjah 1 ini.

Sedarlah wahai umatku! Bila aku menulis, nilaian aku adalah apa benar, apa salah, ia sentiasa datang dari hatiku. Aku lebih tahu siapa ultra kiasu. Sebab itu, aku sahaja labelkan mereka dengan ultra kiasu, walaupun tidak semua.

Jika mereka baik, patuh kepada perlembagaan dan mengiktiraf hak Islam, bangsa dan bahasa Melayu, bumiputera dan raja Melayu, aku akan diam. Namun, selagi mana mereka menentang, sekali itulah aku tidak akan diam, kerana mereka ini musuh. Mereka ingin membina negara dalam negara.

Sebenarnya, pembinaan ini sedang berlaku. Mereka sedang menikmatinya. Mana ada dalam dunia ini, ada percubaan sebegini, kecuali di Malaysia? Ultra kiasu mahu pastikan adat budaya dan identiti mereka lebih superior dari yang lain.

Ketika berada di New Zealand baru-baru ini, saya lihat pendatang (orang putih) yang memerintah sangat menghormati kaum Maori, selaku pribumi New Zealand. Walapun Maori tidak memerintah, di sana sini, adat budaya, identiti dan bahasa Maori dijaga dengan baik, termasuk di Muzium.

Pendatang ini seolah-olah tahu dan perlu tahu bahawa jika Maori tidak dijaga, pasti akan timbul masalah. Sebab itu, Maori tidak banyak menimbulkan masalah, walaupun mereka diperintah orang luar.

Keadaan kita berlaku sebaliknya. Ultra kiasu tidak faham budaya politik ini. Ultra kiasu mahukan sama rata dan sama rasa. Tidak timbul soal mahu menjaga sensitiviti kaum pribumi. Sesiapa yang mempertahankan hak ini dituduh rasis. Mangsanya adalah Perkasa dan Isma.

Bila NGO ini buka mulut sahaja, semuanya rasis dan ditentang habis-habisan. Namun, apabila ultra kiasu mempertahankan bermatian-matian adat budaya, bahasa dan identiti mereka, itu adalah hak asasi manusia. Termasuk LGBT.

Malangnya, kita terus buta. Malah, terikut-ikut pula, sehingga ada ADUN PAS yang bernada seloroh berkata, jika PAS pecat mereka yang dilabelkan sebagai banyak B itu, maka mereka boleh bertanding atas tiket ultra kiasu.

Malangya sungguh PAS mendapat orang-orang seperti ini. Jika PAS tidak mahu bekerjasama dengan UMNO, janganlah pula ada pemimpinnya yang mahu menghalalkan matlamat ultra kiasu. Apakah PAS masih lagi tidak sedar betapa kurang ajar ultra kiasu memecat pimpinannya dari ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan