Khamis, 5 Mac 2015

Najib Sorang Sorang Ajer Ke..!


Sejak akhir akhir ni kita tengok Najib seakan akan sendirian dalam mendepani pelbagai isu yang memalit diri dan pentadbirannya..! Walaupun kedengaran ikrar taat setia dan berdiri teguh dibelakang Najib, nampaknya memang benar bahawa pemimpin lain yang berada di dalam Kabinet, MT, Wanita, Pemuda & Puteri betul betul di belakang Najib..!

Takut takut ada yang menyorok kot..!

Dalam isu 1MDB...kan manis kalau ada Menteri yang bercakap dan mengarah seperti mana yang Najib buat ni...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, laporan Ketua Audit Negara akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang bersifat bipartisan sepenuhnya dan mencerminkan komposisi Parlimen.

Ia menyatakan perdana menteri telah memberitahu Kabinet mengenai langkah itu.

"Jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian," kata Najib.

Kenyataan itu menerangkan perdana menteri hari ini memanggil 1MDB dan juru audit mereka, Deloitte menghadap Kabinet berikutan laporan media baru-baru ini berkaitan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan itu.

"Setelah menerima penjelasan dari 1MDB dan Deloitte, Kabinet melahirkan keyakinan bahawa tidak terdapat sebarang salah laku dalam 1MDB, dan hasrat mereka supaya syarikat itu dibenar melaksanakan hasil semakan strategiknya yang dicadangkan," kata kenyataan itu.

Walaupun demikian, ia mengambil perhatian bahawa kerajaan telah meminta Ketua Audit Negara memeriksa akaun 1MDB sebagai langkah lanjutan.

Ia berkata 1MDB telah memberi taklimat mengenai situasi semasanya dan menjawab siri pertanyaan dikemukakan oleh menteri-menteri kabinet, termasuk perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Deloitte, katanya, memberi keterangan menyeluruh tentang urusan mereka dengan 1MDB dan mengesahkan bahawa firma itu telah mengaudit dan mengesahkan akaun syarikat berkenaan.

"Kabinet diberitahu bahawa dakwaan baru-baru ini yang ditujukan kepada 1MDB, adalah berkaitan transaksi pihak ketiga seperti Petrosaudi, bukan 1MDB.

"Pelaburan relevan 1MDB telah dikembalikan sepenuhnya dengan keuntungan signifikan yang tersedia diaudit," menurut kenyataan itu.

Dalam respons segera, presiden dan pengarah eksekutif kumpulan 1MDB Arul Kanda berkata syarikat itu menyambut baik permintaan perdana menteri supaya Ketua Audit Negara mengesahkan akaun 1MDB.

Ia menyatakan akaun itu telah diaudit oleh Deloitte, salah sebuah firma terkemuka di dunia.

"Kami akan bekerjasama penuh dengan Ketua Audit Negara dan berharap hasil siasatan beliau (akan) menamatkan spekulasi baru-baru ini," katanya.

Arul berkata adalah jelas serangan terhadap 1MDB bermotif politik.

"Ini percubaan yang terancang untuk merosakkan syarikat itu dengan menyebarkan tuduhan dan spekulasi tidak berasas, yang seterusnya berpotensi merosakkan ekonomi," kata beliau.

Jadi tak la dikata orang yang Najib sedang membela dirinya..! Kalau pembangkang main politik...kenapa kita tak reti nak main politik juga..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

9 ulasan:

  1. Macam-macam tomahan pada 1MDB,yang komplen pasa 1MDB ni termasuklah bekas pemimpin utama Umno sendiri.Nampaknya PM Najib bersikap telus mahu 1MDB di audit oleh Audit Negara,syabas di ucapkan.Lepas ni apakata sebagai balasan keikhlasan PM Najib ini,di audit pula Kewangan Umno sebelum beliau jadi Presiden,yg mana kahabarnya di persoalkan oleh PM Najib kepada seseorang dan menyebabkan orang tersebut muncung dan melenting lalu kemudiannya menjadikan semua serba tak kena berkaitan dgn PM Njib.

    BalasPadam
  2. hahaha..kalau telus..semua persoalan dan hentaman semua pihak sblm ni diselesaikan..bila isu dah jadi besar baru kelam kabut nk selesaikan..byk lagi isu dibiarkan hidup fitnahnya tanpa apa2 serangan balas.BN ingat ada 2\3 majoriti ke..tak aggresif langsung..lagi BACUL ada la

    BalasPadam
  3. hahaha..kalau telus..semua persoalan dan hentaman semua pihak sblm ni diselesaikan..bila isu dah jadi besar baru kelam kabut nk selesaikan..byk lagi isu dibiarkan hidup fitnahnya tanpa apa2 serangan balas.BN ingat ada 2\3 majoriti ke..tak aggresif langsung..lagi BACUL ada la

    BalasPadam
    Balasan
    1. habis ko ingat pakatan boleh dpt 2/3 ke pru akan dtg? parti pakatan ko tu telus sangat ke? jgn mcm anjing menyalak bukit..jgn tunjuk sangat bodo ko tu..

      Padam
  4. Mana dia Ismail Kijo dan Syed Ali serta gerombolan pecacai dan pengampu? Hanya menipu Najib untuk mendapat habuan, biasalah, yang Najib pun satu dungu, percaya para pengampu dan pecacai sangat hingga sanggup ketepikan berita benar kerana syok dengan cerita palsu dan dongeng yang direka-reka oleh pengampu dan pembodek itu, padan muka Najib!!!!

    BalasPadam
  5. Najib ni kalau dah 'turun' atau 'diturunkan' banyak yang akan 'tikam belakang' dia. Sebab Najib ni suka percayakan pengampu dan pembodek yang hanya pentingkan diri, lepas Najib 'turun' atau 'diturunkan', pengampu dan pembodek Najib selama ini akan bergayut ke dahan yang baharu pula, silap-silap, kerana nak bodek orang baru, Najib pula akan dijadikan 'korban', banyak rahsia Najib ada dalam kocek para pembodek dan pengampu itu, mereka terus hasut Najib untuk percayakan mereka, tapi lepas Najib 'turun' atau 'turunkan' nanti, silap-silap kena 'tendang' pula ke penjara.

    Berkawan dengan pengampu dan pembodek bukannya ada gunaya, mereka bodek sampai katakan yang salah itu betul untuk kepentingan diri mereka, bila dah tak ada kuasa, tak ada kedudukan, mereka dah tak pandang, silap-silap yang dibodek dan diampu selama ini akan dijadikan mangsa untuk kepentingan diri para pembodek itu untuk mendapat perhatian kepada atasan yang baharu.

    Sedarlah diri Najib sebelum tersungkur ke penjara akibat terlalu percayakan pembodek dan pengampu yang hanya indah khabar dari rupa, baik kulit isi buruk ini. Sedarlah diri sebelum terlambat.

    BalasPadam
  6. Masalah nya Ah JibGor ni lembab dan lembik dalam banyak hal, Bukan orang tak sayang pemimpin,Tapi pemimpin yg macam ni ke yg kita nak terus pertahan? Dalam isu keselamatan tak payah nak huraikan,kita boleh tengok sendiri apa sudah jadi? Kejadian bunuh kerap berlaku akibat sikap tak berapa cerdik beliau membuang ISA,dan ordinan darurat.Manakala Akta Hasutan setelah " hampir kering " air mata pertubuhan pertubuhan melayu,menangis dan merayu,baru la dia terhegeh hegeh dalam PAU Iistihar ISA di kekal TERBUKTI DIA LEMBIK DAN LEMBAB! kenapa tak istihar awal awal? Dalam isu 1MDB pun begitu dah berapa lama isu ni menjadi kegelisahan rakyat baru tu ler dia nak audit,kenapa tak arah kan awal awal lagi?TERBUKTI DIA LEMBIK DAN LEMBAB! DATO SERI! ELOK U STEP DOWN LER!

    BalasPadam
  7. Macam-macam yg tak puas hati,tapi PM Najib selamba saja dan terus mentadbir negara dgn baik.Ramai yg berharap ekonomi negara akan runtuh bila harga minyak runtuh,tapi semuanya ok saja.Tindakan PM Najib melaksankan GST,menghapuskan subsidi minyak dan menilai semula Budget menjadikan beliau mendapat pujian,rating agensi dan IMF.bengkak hati puak Pakatan dan TM &geng.Sekarang harga minyak sudah stabil dan melepasi USD 60 setong, lebih tinggi dari sasaran anggaran USD 55 Budget PM Najib.Ekonomi negara tentu akan selamat,ini yg menjadikan semua pihak keciwa,lalu 1MDB pula yg di jadikan sasaran.Nampaknya 1MDB juga akan mengeciwakan pengkritik PM Najib tidak lama lagi,tengoklah.

    Untuk pengetahuan mereka yg tak tahu,dalam tahun 2009,akibat krisis 'Subprime' di US, Malaysia menghadapi masalah yg lebih teruk, dari sekarang.Masa itu harga minyak menjunam kepada 39 USD se tong berbanding sekarang USD 60,RM 3.72 bagi 1USD berbanding sekarang RM 3.63,Reserve Negara hanya USD 89 berbanding sekaran USD111.Jadi jangalah berharap sangat PM Najib akan jatuh kerana masalah ekonomi.Semuanya akan bisa belaiu tangani.Malaysia akan terus maju,hanya yg pemalas akan ketinggalan.

    BalasPadam
  8. PEMALAS BODEK.... MEMANG TERTINGGAL
    YANG DITINGGALKAN - CERITA LAIN... kuk kik kuk kik...

    BalasPadam