Khamis, 26 Mac 2015

Menumpang Tuah Hasan Malek..!


Admin akhirnya mengalah..! sebenarnya negara memerlukan Hasan Malik lebih dari Hasan Malik memerlukan negara..! itu hakikat..! itu kenyataan..! 

Hasan Malik ni pun tergolong dalam manusia anugerah tuhan..! nasib baik dia sebelah BN...kalau sebelah pembangkang mahu hanyut terus kerajaan..! Maknanya Hasan Malik la penyelamat kerajaan BN..!

Contohnya kenyataan dibawah ni...

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menubuhkan “war room” atau bilik gerakan bagi memantau aduan pengguna dan menyelaras tindakan susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 April ini.
Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata bilik gerakan yang bertempat di bangunan kementerian itu di sini akan beroperasi 24 jam dengan dikendalikan 40 petugas secara bergilir bagi mendapatkan situasi kesan pelaksanaan cukai berkenaan.
Bercakap pada sidang media selepas melancarkan penerbitan semula Buku Kod Etika Perniagaan Malaysia (EPM) di sini hari ini, beliau berkata bilik gerakan itu akan memastikan setiap aduan diberi perhatian untuk ditangani segera oleh 2,000 anggota penguatkuasa kementerian yang bersiap siaga di seluruh negara.
Maknanya apa yang dihebohkan oleh rakyat sekarang ini berkaitan kenaikan harga barang sedikit pun tidak merisaukan Hasan..! 
Kegelojohan puak kapitalis mengenakan jualan dengan harga yang tinggi malah telah pun mengenakan GST juga bukan masaalah yang perlu dirisaukan oleh Hasan. 

Sebagai contoh...



Bagi Hasan ianya belum lagi..! Apa apa hal tunggu fajar 1April baru ler bilik perang nya berfungsi..!

Jika komunis kapitalis buat macam ni...



Tak per...War Room Hasan ada..!

Mengikut kaedah Hasan dan KPDNKK.. kementerian dan agensi penguatkuasanya tidak perlu turun ke bawah menyerbu dan meninjau harga barang yang sedang seronok dimanupulasi oleh para komunis kapitalis sekarang ini..!
Dan jika para komunis kapitalis menyerang rakyat dengan menaikkan harga barang pada 1April nanti Hasan dan kementeriannya telah pun cukup dan amat bersedia menanganinya terutama apabila lengkapnya tertubuh War Room mereka..!
Hebat..! Semuanya terkawal..! Baca lanjut berkaitan kehebatan Hasan Malik di gerakan-anti-pkr-new.GAP new disini. Sememangnya negara amat memerlukan mu Hasan..!
Hasan kan pernah membuat keputusan dan kenyataan yang begitu menyentuh hati nurani rakyat sebelum ini..! Ini juga lambang dan bukti bahawa Hasan amat berkaliber sebagai seorang Menteri..! contohnya...

Sesungguhnya negara amat bertuah kerana adanya Menteri seperti Hasan Malik..!
Tak gitu..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

p/s dah telan 12 biji panadol ni..!!!

4 ulasan:

  1. Dengan pencapaian membanggakan Dari hassan malek wajar istana negara menganugerahkan gelaran tun kepada beliau.Kalau boleh wajar hassan malek menggantikan najib terus....kalau baru jadi menteri kpi melambung tinggi Cuba bayangkan beliau menjadi p.m,pasti rakyat planet nameck mencemburui Malaysia yang berp.m hassan malek.

    BalasPadam
  2. kaaaahhhkaaaaakkkhhh khaaaaaakkkk tuiiihh

    BalasPadam
  3. Aku tengok muka Hassan nie, tetiba jer jadi ngantuk. Baik layan mimpi dari layan apa yang dia cakap

    BalasPadam
  4. Den org pilah pon heran tah apo gilo eeii jibby poei lantik hasan poning ni jd montori...dokek pilah haram pombangunan kok ado...nk bosakn jln somban pilah yg jem sotiap minggu pun xdapek di solosaikannyo...kau mmg hampeh laa san

    BalasPadam