Rabu, 14 September 2016

Heli JJ Terhempas ~ Kecuaian Juruterbang..!


Juruterbang cuai punca helikopter dinaiki Jamaluddin Jarjis terhempas


Laporan akhir Biro Penyiasatan Nahas Udara Malaysia mendapati juruterbang tidak memeriksa keadaan helikopter selepas ia membuat pendaratan kasar di sebuah padang bola di Muadzam Shah, Pahang, tahun lalu.
Laporan akhir nahas helikopter terhempas di Semenyih yang meragut enam nyawa, termasuk bekas menteri, Tan Sri Jamaluddin Jarjis tahun lalu menunjukkan kemalangan udara itu berpunca daripada kecuaian juruterbang.
Ini kerana, juruterbang tidak memeriksa keadaan helikopter selepas ia membuat pendaratan kasar di sebuah padang bola di Muadzam Shah, Pahang, tahun lalu.
Menurut laporan sepanjang 117 muka surat yang dikeluarkan Biro Penyiasatan Nahas Udara Malaysia, Kapten Clifford William Fournier gagal memeriksa kebocoran minyak berlebihan dan kerosakan kepada bahagian lain helikopter itu selepas pendaratan kasar di Muadzam Shah, sebaliknya beliau memutuskan untuk terus terbang ke Lapangan Terbang Subang.
“Seorang saksi nampak juruterbang itu keluar daripada helikopter dan ditemani seorang penumpang di kawasan rotor utama,” menurut laporan itu yang merujuk kepada Adun Bukit Ibam, Wan Kadri Wan Mahusain.
“Bagaimanapun, beliau (Fournier) tidak melakukan sebarang pemeriksaan ke atas helikopter.”
Satu daripada perbualan yang direkodkan sejurus helikopter itu berlepas dari padang bola berkenaan menunjukkan kecuaian juruterbang itu memeriksa pesawat dan akur kepada arahan penumpang yang mungkin menyebabkan beliau tertekan untuk bergegas pulang ke ibu negara.
Ketika helikopter itu berlepas dari padang, seorang penumpang wanita bercakap melalui interkom “Jangan bimbang, kami tentunya selamat”.
Penumpang wanita itu mengingatkan juruterbang “apa kata turunkan gear kita” dan juruterbang menjawab ” tidak…tidak…tidak…biarkan ia ke bawah, mungkin berlaku kerosakan pada hidraulik atau perkara lain”.
Juruterbang itu berkata: “Ia tentu tidak normal untuk roda mencecah tanah seperti itu. Ia pasti tidak baik untuk mendarat seperti itu”.
Beliau berkata, “Sebenarnya, saya nampak cecair hidraulik bocor dan sebab itu saya tidak mahu mereka masuk dahulu. Ia dikunci dalam kedudukan ke bawah dan kita biarkan ia terus berada dalam kedudukan ke bawah”.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Perakam Data Penerbangan dan perakam suara kokpit, gear pendaratan kiri terbenam kira-kira 51cm ke dalam tanah menyebabkan helikopter senget lebih 13 darjah ke kiri.
“Sirip pengimbang kiri dan bahagian ekor di bawah pelindung rotor ekor mencecah tanah, menyebabkan pengimbang kiri mengalami sedikit kerosakan.”
Walaupun punca rasmi nahas itu disebabkan pengimbang kiri yang rosak, faktor lain yang mengakibatkan kemalangan itu berlaku termasuk pendaratan tidak dirancang, beban berlebihan pada pengimbang kiri yang patah disebabkan pengurangan kelajuan helikopter secara mendadak dan campur tangan penumpang yang memberi tekanan kepada juruterbang untuk bergegas pulang.
Dalam kejadian pada 4 April 2015 itu, helikopter awam jenis Dauphin 9M-IGB yang membawa ahli Parlimen Rompin itu bersama lima penumpang lain, termasuk Ketua Setiausaha Sulit di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias, terhempas di Kampung Pasir Baru, Semenyih pada jam 4.55 petang.
Semua mangsa dalam perjalanan ke Subang, selepas menghadiri resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.
Mangsa lain termasuk ahli perniagaan Kedah, Datuk Robert Tan; pembantu operasi, Aidana Baizieva; pengawal peribadi, Razakan B Seran dan juruterbang.
Tentu ada pengajaran daripada apa yang berlaku..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
AL FATIHAH.

22 ulasan:

  1. Semuanya dalam PERANCANGAN ALLAH.
    Allah maha mengetahui, jadi jangan bongkak dan sombong.
    Setiap satu kejadian, adalah hikmahnya.
    Helikopter meletop, berita 1MDB pun meletup.
    Tiada siapa boleh menutupnya lagi.

    BalasPadam
  2. Sejak bila blogger putrabatuapi amik berat pasal helicopter. .. MH17... tsunami.. pati dan lain lain isu lagi... kan blogger batuapi ni citer fitnah 1MDB.. najib dan rosmah semata mata... agaknye dah banyak ssgt kantoi memfitnah smpi dah tak ade idea lagi nak fitnah... kikikiki

    BalasPadam
  3. altantuya (aminah) d letup kan kerana kecuaian UNIT TINDAKAN KHAS(UTK)

    Mlaysia sedang menuju k taraf Negara gagal kerana kecuaian najib yg sama2 melahap wang rakyat.

    olih kerana kesemua nya d sebabkan kecuaian, maka NO FURTHER ACTION(NFA).

    hidup bagi semua orang yg cuai.

    BalasPadam
  4. Budak raman tu RBA menyamar jadi melayu.... bini dia cibai bau babi.... tunjukkan bukti UTK cuai.. takkan main sondol jer tampa fakta....

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa kePentIngan dua anggota polis yg sanggup meletupkan manusia? anda ada jawapan?

      Padam
    2. tanpa nama 11:07.

      tak habis2 mencarut.

      utk penetahuan sdr, saya sudah pun bertugas d pej penuntut Malaysia London semasa najib masih menuntut d uni Nottingham lagi

      mesej yg hendak saya sampaikan ia lah -'kecuaian tidak membebaskan pelaku drpd hukuman'

      kalau sdr cuai memandu kereta n membunuh dlm kemalangan, sudah tentu sdr akan d hukum dgn setimpal nya.

      Padam
    3. Masih nak kait kan dengan PM la... selagi tak kait kan dng PM maka tak puas hati dng keeputusan ... itu yg nak maksudkan.... bukti sahih ada...? Sia sia kjaan BN tanggung awak ke London... Balik pun lagi tambah bangang...

      Padam
    4. jgn salah faham. selaku anak Pekan n bertugas menjaga tun razak hingga dia meninggal, saya lah d antara insan yg ingin sungguh melihat ds najib berjaya.

      namun setlh saya amat yakin 'pasangan' ini mencuri wang rakyat n berusaha habis habisan utk menghalang aparat hukum dlm negeri utk terus membongkar nya, maka saya membuat keputusan nekad utk menentang nya .

      beliau tidak layak lagi d hormati sebagai pemimpin . apatah lagi selaku PM.

      saya cabar sdr utk mengaturkan debat agar saya bolih buktikan kesalahan najib.

      insya'allah. demi masa depan anak cucu, saya akan terus kan usaha n tidak akan berhenti sahingga 'lanun bugis' ini d paksa turun drpd tahta kekuasaan.

      selepas 22sept ini saya percaya sinario akan berubah - Insya'allah.

      menyokong dgn membuta tuli tidak mencerminkan kedewasaan kita n mencarut melambangkan ketandusan idea utk berdebat.

      Padam
    5. Syabas dan tahniah sdra/datuk....

      Sebenarnya jika benar sdra/datuk berjaya mengadakan debat, saya rela terbang ke mana venue di malaysia ini untuk menghadirinya. THOUGH I AM NOT ORANG MALAYA, BUT I AM ALSO AGAINST NAJIB AND HIS KLEPTOCRATIC GOVERNMENT. I do this for my children and generation to come,.,moreso for the malaysm muslims and the nation.

      Aamiin

      Padam
  5. Mahkamah dah putuskan dng razak baginda... ada bukti lain yg sahih nak kaitkan MO1 ... sila kemukakan bukti baru....

    BalasPadam
  6. Pandy kutty prapukarry putar merdeka firaun lakbattullah hihi

    BalasPadam
  7. Komen komen mencarut itu ia lah Anjing Jibo. Tujuan dia tak lain dan tak bukan dari mengdistractkan perhatian pembaca dari isu yang di keluarkan pemunya blog dan di bincang peserta2 di sini. Apa saja cara di gunakan nya untuk mencapai tujuan ini.

    BalasPadam
  8. Nyata Jing Jibo di bayar puak Najib untuk pertahankan Najib. Selalu nya dia takda fakta dan hujah untuk buat demikian. Dia malas atau tak pedulikan perlu nya berbuat demikian. Dia sudah terikut taktik kominis - kata saja walau apa pun, tak kira jika pembaca percaya atau tidak apa dia kata, asalkan pembaca tak sentiasa fikirkan komen komen anti-Najib itu. Dia sudah jadi DAP Red Bean.

    Selain dari nafikan saja bulat bulat tuduhan dan cacian terhadap Najib, dia gunakan taktik paling tua di sejarah manusia - offence is the best form of defence. Offence nya pun cara melulu saja.

    Cara nak deal dengan dia ia lah menghentam dia balik - in kind. Tak guna bersopan santun dengan orang macam itu. Dia perlu di keji dan di caci tiap kali dia masuk. Mana mana komen dia yang tak senonoh atau membosankan pembaca, Blog Admin perlu keluarkan. Kalau tidak buat itu semua, binatang Jing Jibo itu akan menguasai blog ini. Pembaca pun akan muak, peserta bosan dan lari dari blog ini satu demi satu.

    BalasPadam
  9. 1. Kepada mereka yang menuntut mana bukti yang najib bersalah baik dalam kes najadi, altantuya, kevin morais, 1MDB dan mungkin jarjis.....HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI DAN MENGHUKUM.

    2. On the same token mereka yang menuduh orang lain memfitnah najib WAJIB juga memberi bukti najib tidak bersalah dengan fakta, bukan air liur.. kerana ALLAH SAJA YANG MAHA MENGETAHUI DAN MENGHUKUM.

    3. Satu persoalan yang saya ingin utarakan...PERLUKAH KITA PADA INSTITUSI MUFTI? Segelintir mufti dalam negara kita hanya membuat sesuatu fatwa atas landasan POLITIK sehingga no one respect them. Mereka tak akan berani memfatwakan apa kepada perkara melibatkan pemimpin walaupun mereka ini kononnya warak dan penuh degan ilmu agama. Saya dan ramai lagi lebih suka pada guru agama yang mengajar kami YANG BENAR, NOT SUPERFICIAL FATWAS BY CURRENT MUFTIs.

    4. Bagi saya mufti2 yang ada sekarang ramai yang tak sepatutnya menjadi reference atau rujukan kerana kepincangan orientasi pemahaman dan kesetiaan politik mereka.

    Wallahuaklam

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Majlis fatwa agama islamdi indonesia telah mengeluarkan fakta pasal forest fire....mereka ini ada expertise ke? Namun mereka tegas fan berani membuat fatwa demi kesejahteraan rakyat menurut kehendak agama.....syabas agamawan indonesia.

      2. Majlis fatwa agana islam malaysia TIDAK AKAN KRLUAR FATWA KERABA TIDAK ADA KEPAKARAN. NAMUN UNTUK KES ZIKA, MAJLIS FATWA AKAN BERMESYUARAT. ...ADA KEPAKARAN KE?

      Sama2 kita luaskan minda kita dan berfikir secara rasional.

      Padam
    2. 1MDB pun majlis fatwa malaysia takut buat fatwa kononnnya tak der kepakaran.....bodek najib dan rosmah, tak tahu le

      Padam
    3. saya mengenali arwah jamaluddin sejak dia berusia 3/4 tahun lagi.

      selaku anak kacukan beliau amat pintar terutama dlm bidang peniagaan.

      sejak berdamping rapat dgn najib, beliau tlh menjadi kaya raya sahingga dlm keadaan 'mabuk', beliau dgn megah mengatakan bahawa kekayaan nya melimpah ruah n tak terhabis sahingga 7 keturunan.

      kemalangan ini membawa ingatan saya kpd arwah rakan baik saya ts yahya (anak Terengganu yg amat d sayangi olih tun) yg terbunuh dlm nahas heli juga.

      sama lah dgn insiden pesawat yg membawa tun fuad Stephen terhempas. ia turut melibat kan rakan uni saya arwah ishak atan yg juga merupakan sepupu isteri saya.

      banyak nahas2 pesawat udara yg masih penuh dgn misteri sahingga membuah kan banyak 'conspiracy theories.

      Padam
  10. Banyak rakan kamo yg mati terhempas naik helicopter. .. harap kamo pun okut jejak sekali .... klu hukum x de bukti pun lesen beso nak tuduh.. hina.. orang sesuka ati ... harap kamo ikut jejak kawan kamonyg naik helicopter tu... lanjut usia pun x bawak mmanfaat pada negara...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nyawa n hidup kita d tangan Allah swt.

      sebagai umat Mohamad,kita harus bersedia utk pergi dgn amalan yg seikhlas nya cukup.

      namun, selagi hayat d kandung badan kita d tuntut utk melawan kemungkaran.

      tak payah naik heli. dlm tidur pun kita bolih padam.

      saya d kurniakan pingat Dato Setia Sultan Abdul Aziz Shah (DSSA) pd 2002 kerana tlh berbakti kpd Negara.

      saya rasa sumbangan saya sudah d ikhtiraf. usaha utk menyumbang kali ini lebih merupakan 'jihad' terhadap kemungkaran yg d tuntut olih agama.

      saya berdoa agar dividen nya d beri d akhirat kelak - insya'allah.

      mari lah kita berjihad utk melawan penipuan,kezaliman,n salah guna kuasa.

      Padam
    2. Respek sgt pd en rahman jpc atas curahan isi hati dlm bait bait kata yg sopan santun.. Inilh Melayu islam sejati, kaya budi, kuat jiwa.. Tkkn kalah dgn makian.. Semoga الله merahmati tuan ya...
      Sy pulak yg rasa nk lepuk si jing jibo yg penuh hasaf dengki dn kaya caci maki mencarut bagai tu.
      Meh sini nk lepuk ko boleh jing jibo. ??

      Padam
  11. Dato Rahman..Itu sebab kenapa kita kadangkala terpaksa gunakan bahasa kesat maki hamun pada pronajib terutamanya yg digelar ' 'jing jibbo'. Diajak komen bermaruah tak dihiraukan.jadi ada diantara kita antinajib yg memaki hamun dia balik, tit for tat.

    Perasan tak betapa penakutnya dia berani hanya diblog. Dato Rahman dan sorang lagi dah cabar dia debat berdepan, mau ke dia? Penakut macam pembagi dedak dia jugak.

    BalasPadam