Isnin, 5 September 2016

Nyanyian Yang Mengasyikkan Najib..!


Patut ler Najib layar dikembang, sauh di labuh..! 

Rupanya...

Noh: Umno yakin menang dua pertiga

Jika pembangkang yakin boleh memenangi 45 kerusi pada pilihan raya umum akan datang, Umno pula, kata Tan Sri Noh Omar, yakin memperolehi majoriti dua pertiga di parlimen.
Pengerusi Perhubungan Umno Selangor itu berkata semua orang boleh bercakap mengenai keyakinan masing-masing memenangi pilihan raya.
"Saya pun boleh cakap kita akan menang dua pertiga majoriti," katanya kepada media di Sungai Buloh hari ini.
Noh diminta mengulas kenyataan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pembangkan yakin dapat memenangi 45 kerusi BN pada pilihan raya umum akan datang.
Malaysiakini semalam melaporkan kenyataan Muhyiddin bahawa 67 kerusi yang dimenangi BN kini terumbang-ambing dan 45 daripadanya dapat dimenangi hanya dengan peralihan sebahagian kecil pengundi.
"Dalam simulasi dibuat oleh pakar-pakar yang saya lantik, kalau ada empat peratus swing (peralihan kerusi), 45 kerusi akan jatuh.
"Sebahagian besar tu kerusi yang dipegang Umno," kata Muhyiddin di Sabak Bernam, Selangor.
Janagn tak bercakap..! jangan tak menjawab..! 
Baru betul luncai terjun dengan labu labunya..!
Biarkan..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

32 ulasan:

  1. Kahkah..pergi mamposlah noh udang dgn jamal lahanat tuu..mimpi agaknya noh nii..ckp sekadar nk sedapkn hati mohd najib saja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau tu dah tua, kot-kot kau yg mampus dulu

      Padam
  2. Heh he korang pembangkang tak usah asyik bermimpi
    Tak mungkiin berjaya walau diguna bomoh ilmu jampi
    Gabungan DAP-PKR-BERSATU ini ternyata silap resepi
    Kalu setakat satu per tiiga pun belum le tentu sipi-sipi

    BalasPadam
  3. Saya berpendapat, kalah menang umno dalam pru14 akan ditentukan oleh beberapa faktor,

    1. Kelulusan parti BERSATU

    2. Kemungkinan penghijrahan ahli umno ke parti baru kelak. Ramai ahli umno dikatakan menunggu kelulusan parti baru. Tak guna mereka keluar umno tanpa parti baru diluluskan.....

    3. Sejauh mana perjalanan kes DoJ nanti

    4. Sejauh mana perginya saman tertonggak seperti Ling, mahathir, zaid ibrahim, khairuddin, bar council dan lain2 saman yang ada kaitan

    5. Kemungkinan intervention by Rulers conference

    6. Mungkin remote, keinginan PAS bergabung dengan parti baru....

    Wallhuaklam

    BalasPadam
  4. Bukanlah Kejora ni nak juah atau nak bercakap takbor
    Pmbangkang dah caca merba bagai dalca punya bubor
    Mana le mungkin Madey diterima ketua parti penjubor
    Gabungan palsu retorik ni lepas PRU14 pasti terkubor

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni nak sedapkan hati sendiri ke...apa pun bolih terjadi bila pru nanti...noh yakin kerna tabur dedak dari 2000 jadi 5000 kot...tu yg yakin

      Padam
    2. Sejarah telah membuktikan parti komponen BN pernah masuk dan keluar BN.

      Sebagai contoh Gerakan dahulu adalah pembangkang hingga PRU 1969. Selepas itu baru masuk BN. PBS pernah keluar BN tahun 1990.

      Pada pandangan saya anon 1:08, soal pembangkang boleh bergabung atau tidak bergantung atas kebijaksanaan pemimpinnya. Begitu juga BN. Tidak mustahil persefahaman komponen pecah juga tidak mustahil di suatu hari BN hanya ada umno sahaja.

      Fikir²kan....

      Padam
  5. Kemain asyiik lagi Putera M cai pembangkang kira undi
    Confident benar dia bila dibantu DAP Kominis & Yahudi
    Bersatu pulak pasti takkan dapat bertahan denyut nadi
    Berani kerat jari lepas setahun dalam kubor bersemadi

    BalasPadam
  6. Bersatu inii parti lompong tidak ada arah dan hala tuju
    Meliuk lenggok nanti jatuh bagai lelayang putus teraju
    Tak perlu masa lama atau panas ia kan cair bagai keju
    Parti macam inikah kita mahu harap kasi negara maju

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah benar umno aka BN punya halatuju sekarang.? Yang saya nampak sudah tersasar jauh dari matlamat asal penubuhan umno aka BN.

      Padam
  7. Di ruang kesempatan ini Kejora nak beri utusan warkah
    Jaga maruah Melayu usaah jadi tahap peminta sedekah
    Usaha majukan negara bersama kiita gagah melangkah
    PRU14 nanti biar tidak ada pilihan lain BN kita pangkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benarkah sudah tiada pilihan.? Adakah BN sahaja parti yang terbaik hingga kiamat?

      Berdasarkan sejarah, semua kerajaan yang tumbang di dunia sejak dahulu berpunca kesombongan pemimpinnya juga akibat rasuah yang tidak dapat di bendung lagi.

      Padam
  8. Dari keadaan yang baik sempurna usah undang binasa
    Telah terbukti berdekad lalu BN ni dah banyak berjasa
    Maka kiita usaha agar PRU14 nantii BN menang selesa
    Biar selamanya negara ini Parti Melayu yang berkuasa

    BalasPadam
  9. Marilah semua peniaga, petani, nelayan, penoreh getah
    Pangkah lah parti BN negara kita Melayu terus perintah
    Segala dakyah hasutan subvesif kiita kasi hancur patah
    Jangan terpengaruh dengan tohmahan macai2 mentah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak dinafikan BN, khasnya umno berjasa di suatu masa dahulu. Tetapi apakah kejayaan dahulu akan boleh jadi ukuran di waktu sekarang. Pernah tonton film chuchu datuk merah lakonan nordin Ahmad.?

      Ingat ye, pasukan bolasepak kita pernah ke olimpik 2 kali di suatu masa dahulu. Tetapi di mana kedudukan bolasepak kita sekarang.

      Begitulah jika hendak di buat perbandingan. Yang dahulu hanyalah sejarah. Sekarang kita kena maju walau terpaksa bertukar parti asalkan melayu terutama Islam. Bukan mengharap pada parti yang hanya mennanti rebah.

      Padam
  10. Kejora percaya bangsa Melayu kini semua cerdik pandai
    Musuh BN kita hadapi bagai angin ribut yang membadai
    Usah turut mereka yang bersorak nanti negara tergadai
    Biiarkan mereka suatu masa akan insaf jugak itu kaldai

    BalasPadam
  11. Jing jibbo cergas hari ini baru dapat gaji, macam umno saja bagus BERSATU dia keji, katak bawah tempurung umno rakyat tak sokong lagi, kalau tak percaya mari sekarang adakan undi..

    Meroyan sebut DAP, yahudi, jugak lgbt, mintak orang Melayu sokong umno dengan undi, rakyat sudah celik pemimpin khianat negara sendiri, wang berbillion hilang sudah kasi anak bini..

    Dia kata umno pembela bangsa dan negara, umno dulu betul, umno jibo membela dia,buang pemimpin tegur hanya mahu angguk kepala,sekarang sudah jelas siapa sebenar pengkhianat negara..

    Jing rasa hebat semua orang dia nak sebat, konon jasa banyak dalam umno tapi kekwat, kerja cover jibbo dari subuh ke malam lewat, jing terus gila mintak kat bini selalu tak dapat..

    Konon banyak sumbangan dalam umno dia hero, kerja entah apa selalu ponteng selalu tidur, kalau pasal rombongan makan free dan berhibur, dialah orangnya cepat berbaris nak dapat nombor..

    Didik anak bangsa, bagi ilmu tidak suka, hanya cari projek dedak masuk dia gembira, tuduh orang lain masuk BERSATU jual bangsa, dia tidak sedar dengan umnojibbo Melayu sengsara..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ewaah kemain cai 2.07 ni populariti dia cuba nak garap
      Tau ler juga dia ini sikit-sikit berpantun ini anjing kurap
      Agak nya rumah tiada kerusi meja cai ini taip meniarap
      Berlopak-tingkat pantun dia bagai longgok getah skrap

      Padam
    2. Negara mesti diselamat dari dicengkam dajal keparat
      Puak-puak ini mau bikin kacau hingga terjadi darurat
      Mari penyokong BN bersama tangan digenggam erat
      PRU14 nanti pastikan mereka dapat kekalahan berat

      Padam
    3. DsNajib bersabarlah hadapi dugaan yang Allah nak uji
      Berbaktilah terhadap nusa bangsa seperti mana dijanji
      Jangan lah dirisaukan sangat musuh punya umpat keji
      Serah jer pada Kejora biar mereka kami tibai paku taji

      Padam
  12. saya berpendapat jika Bersatu masih mengikuti formula yg lazim d gunapakai olih parti2 politik d Malaysia sekarang, maka perebutan jawatan sebagai presiden atau ketua umum pasti akan berulang.

    Parti Bersatu harus memperkenalkan pendekatan baru bagi memastikan agar perebutan kuasa tidak berlaku dgn niat tersirat utk mengaut harta.

    presiden jokowi tlh bereksperimen dgn pendekatan baru ini d mana semua ketua umum parti pendukung tidak d lantik dlm kerajaan yg d pimpin beliau. pendekatan ini tlh secara terus meng'depolitised' pentadbiran nya. keghairahan utk merebut jawatan ketua umum dlm parti2 pendukung sudah mula sepi sekarang.

    d Malaysia Bersatu melalui perlemgaan mereka wajib memperkenal kan pendekatan ini. saya bolih jamin bahawa ia nya akan mendapat sokongan drpd ahli n rakyat. biarlah kader terbaik parti d lantik memimpin kerajaan jika berkuasa kelak. ketua umum/presiden duduk d luar pemerintahan n memberi perhatian terhadap tugas2 utk memperkukuh kan parti. kaedah 'check n balance' ini akan membawa kpd kebaikan.

    sebagai misalan, tun m d lantik ketua umum/presiden n ts muyid d ishtihar PM jika kumpulan mereka berjaya membentuk kerajaan.

    kita jangan terkejut jika pres jokowi akan berjaya membawa Indonesia k mercu kecermelangan yg tidak pernah d mimpi kan olih rakyat Indonesia. ini adalah kerana tumpuan ikhlas serta kejujuran nya utk mengabdi kan diri utk bangsa n Negara tanpa perlu d kacau olih kerenah parti.

    banyak yg bolih kita pelajari drpd Indonesia sekarang.

    BalasPadam
  13. BN punya jasa terhadap rakyat sudah nyata terbukti
    PRU 14 kemenangan dalam tangan memang gerenti
    Manakala Bersatu pulak he he lobang kubor menanti
    Berani bertsruh apa kita tunggu tengok saja le nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. JASA SEMASA PEMERINTAH SIAPA BEB?

      Padam
  14. Hah haa musuh sudah pun tumbang sekor demi sekor
    Ada yang tersembam tertiarap, terlentang, tersungkur
    Takkan le tengahari begini tidur membuta berdengkur
    Mungkin Othaman sudah mampos mereka bertafakur

    BalasPadam
  15. Pencacai kalau setakat berpantun takder fakta menepis tohmahan terhadap najib, rasenya lebih baik pergi ambil lagi satu kampit dedak sumbat dan mentekedarah sampai paras hidung, kan lebih baik?

    BalasPadam
  16. Noh omar juga yakin umno dan bn menang pada pru13 yg lepas, apa terjadi selepas tu?

    Cakap hanya sekadar syok sendiri, semata mata pangkat kedudukan dan wang.

    BalasPadam
  17. Ada lagi orang kurang siuman (oks)komen dalam blog ini? Ingat dah makan ubat, berhenti dari mencerca.

    1. Dia marah hamba Allah namanya Othaman.
    2. Semalam ada orang lain yang komen pasal dia tapi dia tuduh orang itu menyamar.
    3. Orang itu tulis bahasa inggeris oks tak pandai sangat...jadi dia rasa inferiority complex.
    4. Hari ini kutuk othaman masuk kubur lah, seksa kubur lah....ape ini...
    Langsung tak bertamadun.

    Cubalah berdiskusi secara ilmiah bukan mencarut. Heran. Melayu tak hormat, muslim pun menysmpah lihat karektor sedemikian...


    BalasPadam
  18. Jing jibo keparat ingat dia handal berpantun, orang cabar pantun berdepan dia lari melantun lantun,kadang kadang perangai nya macamlah watak katun, namun yang pasti jing jibo akan terus di tibai protun...

    Perangai babi mesti dibalas babi, ini manusia ke haiwan kita tak pasti, hari hari memaki hamun menjerit macam Bengali roti, sebabnya satu, mintak bini, bini dia selalu tak kasi..

    Skandal negara di sebutnya tidak, sebab jing jibbo buta tak nampak,kalau bercakap tak dapat dedak, dimarah di hempap oleh mak badak..

    Jing jibbo tersangat marahkan Othoman, marahlah sangat macam tak siuman, ajak berjumpa jing keberatan, melaung di blog sahlah pondan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kah kah anjing kurap ni kenapa mengelupor terngadah
      Ada terasa rimas ke macam muka dah penuh air ludah
      Tahniah ler atas kegigihan cuba nak berpantun madah
      Tapi sayangnya berserabut serabai rupa haram jadah

      Padam
    2. Haha..tak kering gusi aku baca pantun kejora..dulu aku myampah masuk blog ni..sejak ada kejora seronok pulak baca komen komen..

      Padam
  19. MUHYIDIN YASSIN ADALAH PENGURUS PILIHANRAYA YANG LALU..BELIAU TAHU APA YANG DICAKAPKAN BERBANDING MENTERI RECYCLE TU..

    BalasPadam
  20. PRU 14 kali ini bukan milik mana-mana parti malah bukan milik DSN atau sesiapa!
    Zaman Tun M sebagai presiden yg menang menentang semangat 46 adalah sejarah. DSN belum ada pengalaman pilihanraya menentang TSMY yg kini dengan Bersatu.
    Dahulunya UMNO ada makmal politik yg terkenal dengan teori RAHMAN. RAHMAN yg terdiri daripada 6 PM dr UMNO. Apakah ini petanda DSN penamat UMNO yg menjadi senasib dinasour sekiranya DSN tidak lagi menjadi PM selepas 2 penggal?





    BalasPadam