Jumaat, 27 Februari 2015

Surat Terbuka Mahu Hadi Berundur Sebagai Presiden PAS..!


Asyik belek ajer selama ni...mungkin dah tiba masanya Hadi membedil..!

Macai@hamba sahya DAPig sudah tidak segan silu mahu Hadi berundur..! 

Mahu Hadi menggalas jawatan murSHITdol hamPAS dan melepaskan jawatan Presiden..!

Main wayang pekji tu..! Mahal bayor tu agaknya..!

SARAN TG ABDUL HADI BERI LALUAN TOKOH BAHARU ISI KERUSI PRESIDEN, PERKASAKAN MSU JADI MURSYIDUL AM PAS
1. Pas Kawasan Batu menyarankan agar Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengosongkan kerusi Presiden pada pemilihan Muktamar Pas ke 61, Mei ini, bagi memberi laluan kepada tokoh baharu untuk mengepalai parti Islam terbesar ini.
2. Saranan ini tidak bermaksud Pas Kawasan Batu mahu mengetepikan beliau dalam arus perdana politik tanahair, sebaliknya mencadangkan tokoh karismatik Pas ini diangkat lebih tinggi mengetuai Majlis Syura Ulama (MSU) sebagai Mursyidul Am bagi mengggantikan murabbi ummah, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu.
3. Sesuai dengan kedudukan Tuan Guru Abdul Hadi di peringkat antarabangsa selaku Naib Kesatuan Ulama Sedunia, menjulangnya sebagai Mursyidul Am adalah sangat tepat, efisyen dan mampu membawa Pas menangani pelbagai isu dalaman, tempatan dan antarabangsa.
4. Pas Kawasan Batu juga bersikap terbuka dalam pemilihan pucuk pimpinan parti yg diizinkan oleh Perlembagaan Pas dan tidak mustahil boleh berlaku pertandingan pada semua jawatan utama termasuk kerusi nombor satu Pas pada pemilihan kali ini.
5. Bagi menjaga keutuhan jemaah dan mengecilkan sikap berpuak-puak yang mula menular ketika ini, maka Pas Kawasan Batu mohon Tuan Guru Abdul Hadi mempertimbangkan saranan ini dan melihat ianya sesuatu yg positif dalam jaringan mata rantai perjuangan Islam yg dibawa oleh Pas.
6. Untuk rekod, jawatan Mursyidul Am Pas diwujudkan pada era kepimpinan ulama, dan Yang DiPertua Agong Pas ketika itu, Haji Yusuf Ar Rawa menjadi Mursyidul Am yg pertama sebaik melepaskan jawatan Yang DiPertua Agong (Presiden) pada masa tersebut.
7. Tempat kosong yg ditinggalkan oleh Hj Yusuf Ar Rawa itu kemudiannya diisi oleh Tuan Guru Dato’ Fadzil Mohd Noor sebagai Presiden. Setelah Hj Yusuf Ar Rawa meninggal dunia, jawatan Mursyidul Am diamanahkan pula kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz. 
8. Sehubungan itu, Pas Kawasan Batu berkeyakinan penuh, jika diterima saranan ini, kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi mampu memperkasakan MSU sebagai badan yang berwibawa dalam memandu jemaah berada pada landasan yang tepat, progresif, dirahmati dan mendapat limpahan redha Allah SWT.
HAJI ISHAK BIN SURIN
Yang DiPertua Pas
Kawasan Batu, Kuala Lumpur

Hancur dah hamPAS sekarang ni..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Mungkin TGHA dilihat sebagai orang kuat ulama sedunia. Atau adakah AI berperanan melobi jawatan tersebut buat TGHA ? Kalau betul memang ini satu muslihat.

    BalasPadam
  2. Orang bodoh je tak tahu taktik penyamun ni. Bila tak jadi Presiden, habislah kuasa TGHA. Setakat Mursidul Am PAS, Mursidul Am Tibai pun dah lebih dari layak.

    BalasPadam
  3. Elok2 je Hadi Awang lepaskan jawatan Presiden, puak2 PasMa dah get ready nak caturkan ape yg seterusnya. Mula dgn jawatan Presiden cepat2 lantik Mat SabuN naik jawatan tu. Pastu jawatan Mursyitul AmPas plak dorang lobi Ustaz Haron Din sbbnya senang je, sbb Haron Din skang jawatan dia Timbalan Mursyitul AmPas. Jadi logik la Haron Din yg naik pegang jawatan Mursyitul AmPas.

    Hadi Awang ternganga saje.

    BalasPadam