Ahad, 1 Mac 2015

Siapa Barua Dalam PAS Tu..!


Bukan kita kata..! Dia yang kata..!

Wujud kelompok dilabelkan sebagai 'barua' dalam Pas yang lebih wala’ (ketaatan kepada pimpinan) Pakatan Rakyat (PR) lebih tinggi berbanding wala’ terhadap perjuangan sebenar Pas, dedah Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abdul Nik Aziz.

Beliau berkata, kelompok ini dikesan cuba memisahkan pemikiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bapanya, bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selain itu selain berusaha memecah-belah parti agar menyimpang daripada perjuangan sebenar telah wujud sejak beberapa tahun ke belakang.

“Lebih kurang lima tahun dahulu saya pernah menulis satu artikel kontroversi yang bertajuk ‘Kerja-kerja bodoh dalam Pas’ sewaktu arwah Tuan Guru ayah saya (Nik Abdul Aziz) berada di Makkah.

“Ianya menjadi kekecohan di seluruh negara sehinggakan ada pihak menelefon Tok Guru arwah ayah supaya mengarahkan artikel saya ditarik balik.

“Sebenarnya tujuan artikel itu ditulis adalah bagi memberi gambaran kepada kesemua ahli Pas terhadap kewujudan usaha untuk memisahkan golongan ulama dan golongan profesional dengan pelbagai cara, termasuk lemparan fitnah ‘Kerajaan Perpaduan’ terhadap Presiden Pas,” katanya ketika berucap merasmikan Nadwah Pemerkasaan Du’at (Nekad) 6.0 di Markas Pas Masjid Tinggi, semalam.


[ARTIKEL BERKAITANNiat gulingkan presiden sejak 1998 lagi] 

Nik Mohamad Abduh berkata, dakwaan kewujudan golongan pemisah sebagaimana didedahkan akhirnya menjadi nyata dan beliau berasa bahagia kerana Tuan Guru (Nik Abdul Aziz) sempat melihat perkara ini sebelum meninggal dunia.

Menurutnya, dalam mengatasi krisis kepimpinan tertinggi parti, semua ahli perlu kembali kepada ALLAH SWT dan Rasulullah SAW.

“Krisis yang berlaku ketika ini adalah bagaimana dan ke mana arah tuju perjuangan Pas dan hala tuju ini perlu ditentukan golongan ulama dan Majlis Syura.

“Justeru, kesemua ahli parti perlu kembali taat kepada pemimpin dan beristiqamah terhadap asas sebenar perjuangan Pas iaitu menyebarkan syiar dan dakwah Islamiah di negara ini,” katanya.

Nik Mohamad Abduh turut menegaskan konsep tahaluf siyasi yang diamalkan Passebelum ini adalah bertujuan meluaskan lagi dakwah dan bukan semata-mata kerana agenda politik.

“Justeru, kita tidak mahu semakin (kukuh) tahaluf siyasi, suasana dakwah (dalamPas) semakin kelam, sebaliknya agenda politik semakin meningkat.

“Paling penting, yang menang dalam perjuangan adalah mereka yang istiqamah dalam perjuangan kerana Allah SWT dan kesemua ahli Pas perlu mentaati pemimpin utama memandangkan Pas merupakan parti jamaah Islamiah dan bukan berlandaskan demokrasi,” katanya.

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Tuhan tu maha adil.....1 benda aku nak bagi tahu puak hijau...hanya permainkan Islam untuk dasar bangang anda!!!!

    BalasPadam