Selasa, 5 April 2016

PANAS ~ Tun M Tunjuk Bukti & Pengakuan..!


Bukti dah melimpah ruah..! tapi yang kena tuduh..ermmm!

Gila apa satu dunia nak pedajal Najib..! Tentunya dunia pun tak gila mendiamkan diri melihat Najib mempedajal rakyat dan negara..!

Tak gitu? 

ANTARA BUKTI DAN PENGAKUAN.

1.​Najib mendakwa bahawa semua tuduhan terhadapnya adalah tidak benar. Dan konco-konconya pun dilapor dalam akhbar arus perdana bahawa tuduhan yang dibuat oleh media asing seperti Wall Street Journal, ABC TV Australia, Financial Times, dll akhbar-akhbar terkemuka di Amerika (Sila lihat senarai media, akhbar dan TV yang dilampirkan, 53 kesemuanya, serta senarai negara dan agensi penyiasatan mereka) semuanya berhasrat memburuk imej Najib. Mereka ini seolah-olah tidak ada kerja lain selain dari memburukkan Najib dengan laporan dan rencana TV yang panjang lebar disertai gambar dan dokumen. Segala bukti yang ditunjuk oleh mereka semuanya tidak boleh diterima kata konco-konconya. Yang boleh diterima dan dipercayai hanyalah penafian oleh Najib. Penafian Najib tidak pernah disertai dengan bukti-bukti yang jelas. Ini tak mengapa. Penafian olehnya sudah cukup untuk AG mendawa tidak ada kes untuk Najib didakwa di mahkamah.

2.​Kerana penafian Najib, Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli Dewan Rakyat UMNO semuanya membisu atau cuba mempertahankan Najib.

3.​Pendirian mereka luar biasa. Ia seolah-olah menerima apabila sesuatu jenayah berlaku dan orang yang melakukanya dikenalpasti tetapi hanya kerana ia menafi, maka ini bermakna ia tidak salah. Jika penafian sahaja diterima sebagai asas kepada pendakwaan, maka tidak akan ada sesiapa pun yang akan didakwa di negara ini.
4.​Ketua Bahagian UMNO dan Wakil Rakyat UMNO mempunyai pendirian seperti ini. Kerana Najib menafi semua tuduhan terhadapnya, maka Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat UMNO tetap percaya yang Najib tidak bersalah.

5.​Negara-negara Islam, setakat yang diketahui tidak pernah menunjuk penghargaan tinggi mereka terhadap sumbangan Najib kepada Islam. Setakat yang kita tahu hanya “HRH Prince Saudi Abdulaziz Al-Saud” yang begitu menghargai jasa Najib kepada Islam sehingga sanggup derma US 375 juta Dolar kepada Najib untuk disimpan dalam akaun peribadinya, dirahsiakan dan diguna mengikut kehendaknya.

6.​Sekarang ini pula AG Apandi mengatakan RM 2.03 billion dari RM 2.6 billion yang dilapor berada dalam akaun peribadi Najib sudah dipulang balik pada penderma. Benarkah? Apa bukti ia dipulang kepada HRH atau Arab lain? Tak mungkinkah wang ini masih ada disini untuk disuap kepada pemimpin UMNO. Shahrir mungkin menerima RM 1 juta dan Ahmad Maslan RM 2 juta. Tak mungkin mereka sahaja yang mendapat sumbangan wang dari Najib. Berapa juta ringgitkah yang diterima oleh Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat yang lain.

7.​Nampaknya kita sedang melihat pertandingan antara CASH (wang tunai) dengan semangat kebangsaan Melayu. Ramai ahli dan Ketua Cawangan UMNO memberi kemenangan kepada semangat kebangsaan, kepada bangsa, agama dan tanahair. Tetapi bagi Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat UMNO dedak mendapat kemenangan besar sehingga tertutup mulut, telinga dan mata. Mereka rela menggadai bangsa dan negara untuk CASH atau dedak. Tak usahlah menafi. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang tahu, tetapi dunia juga sudah tahu. Nazir Razak sendiri mengaku ia diberi US 7 juta oleh Najib untuk diagih kepada ketua-ketua parti sebelum PRU 13. 

Amatlah memalukan kerana terdapat orang Melayu yang tidak malu; yang sanggup menerima pemimpin yang dihinakan oleh dunia.

SENARAI MEDIA, AKHBAR DAN TELEVISYEN YANG MELAPORKAN TENTANG DATO’ SERI NAJIB, SKANDAL 1MDB DAN WANG RM2.6 BILLION DI DALAM AKAUN PERIBADINYA

1. South China Morning Post
2. The Australian
3. Australia Broadcasting Corporation
4. Sydney Morning Herald
5. Herald Tribune
6. Herald Tribune Latin America
7. International Business Times
8. International Business Times Singapore Edition
9. Wall Street Journal
10. International New York Times
11. TIME Magazine
12. The Guardian
13. The Daily Mail
14. Sun Daily (UK)
15. Euronews
16. Deutsche Welle
17. Singapore Straits Times
18. TODAY
19. Today Online
20. India Today
21. ​Business Standard (India)
22. India Times
23. Fortune
24. EJ Insight (Hong Kong)
25. Anadolu (Turkey)
26. Bangkok Post
27. ​Chiang Rai Times
28. BBC
29. New Zealand Herald
30. Reuters
31. ​Bloomberg
32. Channel News Asia
33. Al-Jazeera
34. PAKISTAN FIRST
35. Swissinfo.ch
36. MWC News
37. ​East Asia Forum
38. Radio New Zealand
39. CNBC
40. The Independent
41. ​NewsX (Pakistan)
42. StateoftheStateKS (USA)
43. Asian Correspondent
44. Times of London
45. Financial Times
46. Asia Sentinel
47. Courier Mail
48. Jawa Post
49. Tempo
50. Waspada
51. The Telegraph
52. The Diplomat
53. Myanmar Times

AGENSI ANTARABANGSA YANG MENYIASAT KES 1MDB

LUXEMBOURG ​: Public Prosecutor’s Office, Luxembourg
SWITZERLAND ​: Swiss Attorney General’s Office
SINGAPORE ​ : Singapore Police Commercial Affairs Department
​ Monetary Authority of Singapore
USA : U.S. Department of Justice
Federal Bureau of Investigation
HONG KONG ​ : Hong Kong Police
UNITED KINGDOM : Serious Fraud Office
UNITED ARAB EMIRATES : The UAE authorities have issued travel bans and frozen the assets of Khadeem Al Qubaisi dan Mohammed Badawy Al Husseiny two top executives of the Abu Dhabi sovereign wealth fund closely linked to the 1MDB.
FRANCE​ : French national prosecutor’s office (in relation to the purchase of two submarines)


Lagi pun gila apa yang menyebabkan dunia bersusah payah nak menyiasat kalau tiada bukti yang kukuh..! Takkan dunia nak berhenti menyiasat hanya kerana nafi, nafi dan nafi..! Ni nak nafi apa lagi..!!!

Ada ulamak nak jawab tak soalan Tun M mengenai umrah ni?

UMRAH

1.​Saya berada di Arab Saudi minggu lepas. Ramai sungguh orang Islam membuat umrah. Keadaan sama seperti membuat ibadah Haji. Berduyun-duyun mereka datang. Diantara mereka terdapat ramai orang Melayu Malaysia.

2.​Umrah adalah satu dari ibadah yang sunat bagi orang Islam. Saya faham yang sunat, jika dilakukan memberi pahala kepada diri pengamal. Jika tidak melakukan, kita tidak berdosa.

3.​Saya tertanya-tanya jika wang yang dibelanja untuk melakukan ibadah umrah datang dari punca yang haram, umpamanya jika wang itu dicuri, apakah ibadah itu menjadi sah dan memberi pahala?

4.​Saya hanya bertanya. Sebabnya kerana saya lihat beratus yang dapat buat umrah yang dibiayai oleh orang tertentu yang punca kewangannya masih menjadi persoalan.


Tanya...! jawab ler..! bukan suruh nafi..!

Baca juga apa kata Din Turtle berkaitan kenyataan Rahman Dahlan yang katanya menyindir dan menghina Najib kerana bacul@pengecut..! baca di dinturtle.disini.

Nafi lagi ler..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

25 ulasan:

  1. Dunia akhir zaman,manusia semakin rakus dengan tuntutan dunia.Nafsu bermaharajalela,rasa malu tiada lagi,selagi boleh kebas dia kebas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woww..... ada 53 media, akbar & stesyen tv (kecuali tv3 suku) meliputi seluruh dunia melaporkan ttg skandal berbilion Najib diklepet dalam akaun peribadinya). Adakah itu fitnah Tun Dr. Mahathir? Mampukah Tun Mahathir menyuap mereka memburuk-burukkan Najib? Masuk akal kah......??????

      Padam
    2. Berapa lama mau siasat dei??? Sudah berapa bulan berlalu?? Sensasi saja lebih... Ssma mcam kes scopene tak boleh selam... Satu dunia kdna kencing... Ptuihh...

      Padam
  2. Menteri nafi aje penyokong umno bangang percaya...
    Pesalah jenayah sumpah laknat aje, kes pun selesai...
    Penyokong umno bangang pun percaya...
    Umno dari kepala sampai ke ekor pun bangang!

    BalasPadam
  3. Pergh...

    Proton rugi bukan sebab tun m rupanya..

    Sebab khazanah...

    Mana dia pemfitnah2 tun m...? dahla byk dosa menyokong si penyonglap...fitnah pulak org tua tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. suci ka TUN M sepanjang 22 tahun pemerintahannya dulu...???

      Padam
    2. Tanpa Nama5 April 2016 5:09 PTG, kau ada bukti ke Tun Dr. Mahathir menyonglap wang negara sepanjang 22 tahun beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia? Berapa banyak? Di bank mana? Duit tu dari mana?

      Kalau tak boleh nak jelaskan perkara macam ini, tak payahlah nak melalut tak tentu arah menuduh yang bukan-bukan, bab suci ke tak suci ke sepanjang 22 tahun Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri, tak ada bukti beliau menyonglap wang negara.

      Dalam isu Najib ni jelas, RM 2.6 bilion dalam AmBank, RM 42 juta dari SRC International, beli itu dan ini disenaraikan satu persatu, tetapi ada ke di zaman Tun Dr. Mahathir penyenaraian yang terperinci begini kalau kau tuduh Tun Dr. Mahathir songlap wang negara?

      Saya tidaklah mengesahkan bahawa Tun Dr. Mahathir langsung tidak pernah songlap wang negara, tetapi berdasarkan bukti-bukti, tak ada satu bukti pun yang menunjukkan Tun Dr. Mahathir menyonglap wang negara, malahan Anwar yang jadi Menteri Kewangan dari 1993 hingga 1998 pun tak dapat tunjukkan bukti, malahan Najib yang berbelas tahun jadi timbalan menteri dan menteri kabinet di zaman Tun Dr.Mahathir jadi PM dahulu pun tak tunjukkan apa-apa bukti mengenai kalau Tun Dr. Mahathir menyonglap wang negara.

      Jika tiada bukti, maka tiadalah kejadian penyonglapan wang itu, berbeza dengan Najib, bukti depan mata, Apandi Ali pun siap tunjukkan carta, tapi buang kes walaupun terpampang dalam carta itu berjuta ringgit wang SRC International digunakan untuk biaya kad kredit dan berpuluh juta ringgit lagi masuk ke dalam akaun peribadi Najib di AmBank.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    3. Sdra Bakar,

      Teruskan gasak puak Najib... lanyak & tenyeh mereka cukup2. Saya sentiasa bersama mu. Salam perjuangan.

      Padam
    4. Namanya juga manusia...mesti ada salah silap. Akan tetapi, jika tun m ada songlap duit...maka hukumlah beliau skrg...

      harus diingat..skrg ni kuasa di tangan najip. Seluruh jentera kerajaan dan rahsia rasmi dlm genggaman dia. Jika tun m ada songlap duit..dedahkan dan bawa ke mahkamah. Tapi....kenapa dia tak buat apa2?

      Jika kamu tanya tun m suci atau tidak sepanjang 22tahun memerintah...maka aku nak tanya balik...suci kah najip yang CUMA 6 TAHUN MEMERINTAH? baru 6tahun sudah huruhara negara...fikir2kan

      Padam
    5. Tanpa Nama 5 April 2016 5:09 PTG bertanya "suci ka TUN M sepanjang 22 tahun pemerintahannya dulu...???"

      Tun sendiri sedia diheret ke mahkamah jika Mohd Najib mahu. Nak duduk di bilik sebelah Anwar pun dia sanggup dan redha. Malah Tun juga sedia untuk disiasat dari segi kewangannya. Tapi berani ke Mohd Najib dan Peguam Negaranya berbuat demikian?

      Padam
    6. Abu bakar dlm fb azmi cabut lari... Kat sini bukan main meroyan...hahaha..

      Padam
  4. Apakah maruah ahli UMNO kini seperti ayam dan itik ditabur hampas kelapa dan padi, maka berkerumunlah semuanya.

    Apakah ahli-ahli UMNO tak boleh fikir guna otak atau pemikiran sudah jammed @ tersekat sampai tidak dapat memikirkan dengan waras walaupun bukti berlonggok di depan mata?

    Tidakkah terfikir di kepala otak ahli-ahli UMNO mengapakah Najib sampai sekarang tak saman WSJ, Tun Dr. Mahathir, Pn. Anina, Datuk Seri Khairuddin, dan ramai lagi yang mendakwa itu dan ini mengenai wang RM 2.6 bilion dan RM 42 juta wang SRC International dalam akaun peribadi Najib itu?

    Baru-baru ini viral satu surat kononnya dari seorang putera arab, dalam surat itu kata Najib diberikan kebebasan untuk menggunakan USD 375 juta wang yang akan disalurkan dari Blackstone Asia Real Estate Parters Limited, kononnya Najib memperjuangkan Islam, dan duit itu adalah bukan rasuah, siap tulis surat macam tu sekali, tidakkan itu adalah suatu rekaan untuk menghalalkan perbuatan Najib itu, selama ini kita ingat RM 2.6 bilion atau USD 681 juta, tetapi ada lagi USD 375 juta wang derma, dari putera arab kononnya.

    Pasal apa Najib tak gunakan surat itu sebagai alibi atau bukti di mahkamah untuk menyaman WSJ, Tun Dr. Mahathir, Pn. Anina, Datuk Seri Khairuddin dan ramai lagi yang mendakwa pasal isu RM 2.6 bilion itu? Pasal apa Najib tak sapina putera arab itu untuk beri keterangan di mahkamah?

    Hari ni hari selasa, tapi Najib tetap tak saman juga, apa cerita ni?

    Kepada cybertrooper Najib, sila ulas.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  5. Blogger dedak MyKMU buat artikel kata ratusan malahan ribuan media melaporkan salah laku Tun Dr. Mahathir masa zaman Anwar kena tangkap dulu, tapi tak pula blogger MyKMU tu senaraikan ratusan atau ribuan media tersebut.

    Blogger Najib pun dah jammed pemikiran, tak mampu nak membohong lagi, semua sudah jadi stress kerana nak pertahankan masalah Najib.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anasir-anasir dari puak Najib memang cakap kosong tanpa bukti kukuhkan..kan..kan..??? Inilah baru maknanya FITNAH.... bukan merepek meraban macam Kejora Liberal @ Nek Tempek Koyak dan Keris Berayon.

      Padam
  6. Berdasarkan laporan akhbar, perbicaraan kes pembunuhan Kevin Morais akan dimulakan esok.

    Doktor patologi tentera, Dr. Kunaseegaran yang sebelum ini dikatakan sebagai suspek utama telah menjadi bersubahat pula, entah apa kejadahnya dia nak bersubahat dengan pomen india, pelajar india, serta penganggur india itu pun tak tahulah.

    Kemudian seorang pelajar dan penganggur, Nimalan dan Thines Kumar pula dituduh cuba melupuskan mayat Kevin Morais.

    Suspek lain seperti Gunasekaran, Vishwanath, Ravichandran dan Dinishwaran tak disebut pula apakah pertuduhan terhadap mereka.

    Kita tengoklah apa lagi drama dalam kes ini, apakah akan jadi macam kes insiden Lahad Datu di mana pasukan keselamatan diperdayakan oleh Najib dan kuncu, hingga 6 orang pegawai dan anggota polis terbunuh.

    Kalau kita ingat lagi insiden Lahad Datu, ketua pengganas didakwa adalah Jamalul Kiram yang kononnya Sultan Sulu, tetapi macam mana Jamalul Kiram nak biaya sampai beratus orang gerila dengan senjata canggih sedangkan dia sendiri tak ada wang untuk rawatan dirinya sendiri pun.

    Lagi satu, mengapakah mayat-mayat yang dikatakan 'pengganas sulu' itu dibiarkan sampai berhari-hari di ladang kelapa sawit? Jawapan yang diberikan oleh Najib, Zahid, dan Hishammuddin dan kuncu mereka yang lain adalah keadaan peperangan, tak sempat nak keluarkan mayat-mayat itu, sedangkan kalau dilihat pada gambar-gambar yang dipamerkan, mayat-mayat itu disimpan di dalam lubang-lubang besar, tadi kata tak sempat nak keluarkan mayat-mayat itu, tapi sempat pula korek lubang besar dan sembunyikan mayat itu berhari-hari.

    Entah siapalah yang mati dan disembunyikan di lubang-lubang itu, entah macam manalah orang itu mati gamaknya ye.

    Malahan mana dia Zahid Hamidi yang kata nak dedahkan dalang insiden Lahad Datu itu? Siapakah dia? Sampai sekarang tak dedahkan pasal apa?

    Kalau kita ikuti perbicaraan kes ini, orang yang dituduh pengganas itu sendiri keliru pasal apa dia didakwa kerana dia menyatakan bahawa dia dan orang-orang kampungnya dijanjikan pekerjaan di Sabah, tetapi bila sampai di Sabah, mereka disuruh pakai pakaian tentera, kemudian wartawan menangkap gambar mereka pula.

    Nilailah sendiri permainan keji Najib, Zahid, Hishammuddin yang sanggup mempergunakan nyawa orang lain untuk kepentingan politik kotor dan jijik mereka itu.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau begitu betullah kata mantan KPN TS Musa Hassan, banyak sangat ahli politik (khususnya pm & mentri dlm negeri) campur tangan dalam pentadbiran polis.

      Kita dulu pun dah saksi betapa selenganya Zahid Komidi ketika dia tersengeh-sengeh minta ampun & nyawa setelah memburukkan Tun Mahathir berkenaan isu kronisme konon nak menjilat Anwar Ibrahim. Kami belum lupa Zahid.....!!!!

      Padam
  7. Peergh.. dasatt.. asal saja najib suma akhbar dooonia semua amik tahu.... yg pelik suma suma paper dooonia tu amik satu artikel dan satu sumber WSJ... akhbar yahudi rothchild penaja keganasan...lgbt..pluralism dan liberalism. .. hebat Malaysia ni rupanya yeop oooiii... klu ko otg semak akhbar tsn mesti ada sumber berita dari mana... sah dari WSJ.... bika 1 dooonia sebar puak mamak bohjan mudah lupa tetkinja kinja lapur dan spin.... ada sahih dan sedikit sahih jadikan viral dan terutama malaysiakini.. macai mamak bohjan mudah lupa... tony pua chicken pox... rafizi sotong. dan bohsia clara dan sarawak report suma chiken sotong dan bohsia dah cabut lari dan senyap mcm ayam berak kapur... cuma bohjan tua dan macai yg nasih nak terkinja kinja buat fitnah.. cerita fitnah 1mdb .. altantuya sirul..bla nla lagi... yg tony phua viralkan dolu dolu lansung tsj berani nk debate dng arul kanda... akai ada ka....

    BalasPadam
  8. Wah..apa kes nii..? Nek tempoyak khabarnya dh insaf...nek tempoyak dh malu nk pertahan mohd najib..setiap hari ada saja skandal mohd najib didedah...macai pening kepala cari alasan...ProOO00ootTt

    BalasPadam
  9. Aku tak faham la apa yg orang gila 6:22 tu komen...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara 7.13,

      Punca dan root cause of the problem adalah,

      1.makan dedak (dedak hanya utk binatang)
      2.dedak tu plak dedak haram mughalazah (hasil pemberian penyamunan najib)
      3.apabila dah sumbat benda haram, sel2 otak mereka yang sedang berhubung ni dilimpahi oleh virus dan parasit.
      4.virus dan parasit dalam otak pencacai ni pula akan menterjemahkan, memberi komen seperti tertulis oleh 6.22 tu.
      5.lihatlah hasil tulisan pencacai ini.
      6.perlu diingat pencacai2 najib ada yang dibayar sehingga 8500 sebulan.
      7.apabila mendapat bayaran setinggi itu, maka pencacai mula lah berdampingan dengan ketum campur ganja berperisakan fumakilla. Almaklum duit haram tengah lebat.
      8.apabila pencacai berdampingan dengan tiga kombinasi ini, maka otak jadi tidak sihat, ditambah pula dengan virus dan parasit yg ada dalam otak tu.
      9.maka bermulalah penyakit mental yang kronik lagi akut.
      10.rawatan paling mudah adalah rawatan kejutan letrik.
      11.selepas sihat, bertaubatlah chai, dekatkan diri dengan tuhan.
      12.chai wajib minta ampun maaf dengan Tun, dengan pelbagai makinhamun yg telah dilemparkan terhadap Tun. Orang tua tu banyak berjasa, pencacai sekalian.

      Sekian TQ!

      Padam
    2. Exactly....on the dot, buddy.

      In management, we have to apply the problem solving tact by identifying the root of the problem. Therefore, it goes without saying, the root of the nation troubles and shame is caused by Puan Najib & Mr. Rosmah. Yes....indeed it is....!!

      Padam
    3. Biarkan...dapatkan rm8500 sebulan pastu bagi anak bini makan...biarkan...

      Padam
  10. 6:22 itu ayam tambatan Najib, si Kejora Liberal yg tak makan saman, takkan tak tau pulak awak nih...!!

    BalasPadam
  11. Dak suman amat dan cai sekelian... tiap2 minggu jgn lupa acara wajib di dataran merdeka... bswa pelindung mata dari sinaran... mana tau najib undur kena silau mata hari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih....begitulah kehendaknya Akhir Sebuah Impian of Malaysian version Mr. & Mrs. Bonnie & Clyde.

      Padam