Jumaat, 8 April 2016

Penyelewengan 1MDB Sudah Terdedah..! Apa Tindakan..?




13 hrs
PAC DEDAH ADA PENYELEWENGAN DALAM 1MDB
PAC membuat keputusan memang ada penyelewengan kongkolikong dalam pengurusan 1MDB. Ia menyalahkan CEO 1MDB yang lalu. Akibatnya seluruh ahli lembaga 1MDB meletakkan jawatan masing-masing. Apakah isu skandal 1MDB sudah beres selepas keputusan PAC? Nahe,nahe.

Banyak persoalan timbul dari keputusan PAC itu. Rakyat ingin tahu bagaimanakah Najib, selaku PM merangkap menteri kewangan meranbgkap lagi sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap 1MDB menurut fasal 117 M& A syarikat itu boleh terlepas dari tindakan PAC? Apakah bukti mengatakan Najib tidak tahu menahu perjalanan syarikat gergasi yang kini menanggung hutang RM50 bilion? Bagaimanakah Najib yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap 1MDB tidak disabitkan dengan pihak pengurusan 1MDB?

Menurut PAC lagi US4 bilion telah diseleweng. Najib tidak tahu? Mustahil tidak tahu. Sukar rakyat hendak percaya sepenuhnya keputusan PAC. PAC menuduh CEO yang lalu dan lembaga pengarah 1MDB yang menyebabkan bala menimpa rakyat dan negara akibat 1MDB. Apakah pihak berkuasa akan mengambil tindakan mahkamah terhadap semua ahli lenbaga atau pun mendiamkan diri saja?. Siasat jangan tidak siasat. Semua ahli lembaga termasuk Najib perlu disiasat menurut undang-undang tanpa memilih bulu.

Bukan main tersenyum bertepuk takkan tak tahu apa yang berlaku???

Sekurang kurang 6 kelemahan yang didedahkan..!

Enam kelemahan 1MDB terkantoi melalui laporan PAC

Mujur ada siasatan terhadap macam-macam dakwaan salah laku syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak beberapa tahun.

Dengan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), dibantu laporan Ketua Audit Negara, sebahagian syak wasangka dan tuduh-menuduh selama ini sedikit sebanyak terungkai.
Walaupun isu ini belum tuntas, banyak dakwaan terus dilontarkan dan siasatan masih dijalankan oleh beberapa negara lain, berikut isi-isi utama laporan PAC yang diumumkan hari ini.
Menurut laporan PAC, pihak pengurusan 1MDB beberapa kali tidak mematuhi keputusan dan arahan lembaga pengarah ataupun mengambil tindakan sebelum mendapat kelulusan khusus daripada lembaga pengarah.
Terdapat beberapa pelaburan dan pinjaman besar yang dibuat tanpa penilaian terperinci, termasuk penelitian kesannya terhadap aliran tunai syarikat. Banyak pula keputusan penting hanya dibuat melalui resolusi bertulis tanpa perbincangan dalam mesyuarat.
1MDB membayar deposit cagaran sekitar US$1.4 bilion (RM5.5 bilion) kepada Aabar Ltd tanpa persetujuan lembaga pengarah.

Malah, bukan itu sahaja, bayaran dibuat tanpa memastikan syarikat tersebut benar-benar dimiliki dana kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).
Sehingga kini, 1MDB masih belum dapat menentukan mana satu anak syarikat IPIC, Aabar Ltd ataupun Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, yang mempunyai nama mirip.
1MDB tidak mendapat kebenaran lembaga pengarahnya apabila membayar US$700 juta (RM2.72 bilion) kepada Good Star Ltd pada 2009, sebuah syarikat yang tiada kena mengena dengan usaha sama dengan firma minyak Arab Saudi, PetroSaudi International Ltd.
Daripada US$1 bilion peruntukan untuk usaha sama tersebut, 1MDB memindahkan cuma US$300 juta ke akaun bank JP Morgan (Suisse) SA milik syarikat bersama 1MDB PetroSaudi Ltd.

Manakala bakinya masuk ke akaun RBS Coutts Bank Ltd yang dimiliki Good Star.
Dalam tempoh empat tahun, 1MDB menamatkan khidmat dua syarikat audit terkenal Ernst & Young (EY) dan KPMG selepas mereka sering mendesak dokumen-dokumen penting.

Dokumen itu gagal diberikan oleh syarikat tersebut dan ia berbeza pendapat dengan firma-firma audit berwibawa itu.
EY diberhentikan pada 15 September 2010, sebelum 1MDB menghantar laporan kewangan pertamanya untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010.

KPMG pula diberhentikan pada 31 Disember 2013 sebelum laporan bagi tahun 2013 dikemukakan, lalu digantikan dengan Deloitte.
Kerajaan persekutuan berdepan dengan risiko sebesar RM20.3 bilion pada Oktober tahun lepas jika 1MDB gagal melangsaikan hutangnya.
Jumlah tersebut datang daripada jaminan kerajaan sebanyak RM5.8 bilion, surat sokongan untuk menjamin RM13.56 bilion dan juga kredit tunggu sedia sebanyak RM950 juta.
1MBD mendapat banyak kelebihan daripada pentadbiran Putrajaya yang tidak diberikan kepada anak-anak syarikat lain di bawah MOF Inc milik penuh Kementerian Kewangan.

Misalnya, 1MDB diberikan pengecualian cukai korporat untuk semua pendapatan selama 10 tahun sejak 23 November 2010.
Lembaga pengarahnya juga tidak mempunyai pegangan saham dan juga diberi pengecualian lain daripada peraturan kerajaan dalam aspek pengurusan bayaran perolehan, penggajian dan bonus kepada lembaga pengarah dan pengurusan.
Laporan lengkap PAC berkenaan 1MDB boleh dibaca di sini, lengkap dengan lima saranan untuk memperbaiki tadbir urus dana tersebut.
Ada berani? Pandi mana Pandi?
Lu Fikir La Sendiri!!!

47 ulasan:

  1. ada report polis ke bro... if yes then ada locus standi ke yg mereport ...dan lepas disiasat ada kes pertuduhan ke ? apa yg melalak cari AG ? dah mereng ker ? go fly kite lah bro admin ;-))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak lama lagi adalah yg report tu..tunggu je la. Tapi faham2 je la. Dah makan dedak...for sure takde tindakan punya.

      Go eat dedak lagi la !!

      Padam
    2. Go eat dedak la bro

      Padam
    3. Apabila terdedah berlaku salah laku dalam 1MBD, maka individu yang patut mengambil tindakan untuk membuat laporan polis bukanlah orang awam yang di luar 1MDB, tetapi adalah Najib sendiri selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB iaitu orang yang mempunyai kuasa penuh di dalam 1MDB atau Arul Kanda Kandasamy selaku Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, atau Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin selaku Pengerusi 1MDB.

      Dalam mana-mana syarikat, pihak yang berkuasa dan punyai kuasa untuk menentukan tindakan adalah Pengerusi Lembaga Pengarah atau Ketua Pegawai Eksekutif, tetapi dalam 1MDB ada satu lagi jawatan yang lebih besar iaitu Pengerusi Lembaga Penasihat.

      Maka ketiga-tiga individu ini sepatutnya membuat laporan kepada pihak polis atau lebih tepat kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis DiRaja Malaysia kerana sudah terbongkar suatu salah laku korporat yang menjurus kepada perlakuan pecah amanah yang telah berlaku di dalam 1MDB.

      Oleh itu, kita tengoklah sampai bila Najib, Arul Kanda, atau Lodin Wok Kamaruddin akan berdiam diri tidak buat laporan polis walaupun mereka bertanggungjawab bagi pihak 1MDB untuk membuat laporan polis mengenai kegiatan salah laku korporat di dalam 1MDB itu.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    4. Pandi kutty....oink oink

      Padam
    5. Hati-hati Sdra Bakar, Kejora Layang Hanyut dan 'menurun' jadi babi jadi-jadian. Pakai nampak kita semua kena samak/sertu lah gayanya.

      Padam
  2. So? Where is the money? Itu persoalannya. Kononnya najip tak terlibat DIRECTLY. Jadi apa tugas dia sbg penasihat? Ke penasihat 20%?

    Lagi sekali...where is the money?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 7:35...
      Satu soalan yg cukup baik yg PAC bugggers fail to deliver.

      Padam
  3. Putra..takde sesiapa ke buat laporan polis atau sprm berkaitan laporan PAC ni..kalau laporan PAC berkaitan jabatan kerajaan pantas je disiasat..1MDB melibatkan billion ni takkan terlepas gitu shj...lembaga pengarah..walau dah letak jawatan..termasuk punahsihat wajib disiasat sbb melibatkan hutanf yang banyak dan memberi risiko kpd negara.

    BalasPadam
  4. Wahh...apa2 hal mohd najib mesti dibersihkan..buat2 bodoh..Seolah2 takde apa yg berlaku..macai dikerah..ProOO00ootTt

    BalasPadam
  5. Sedangkan apa yang dinyatakan oleh Tan Seng Giaw itu ialah ulasannya mengenai perjalanan 1MDB dengan tidak mengambil kira peranan Lembaga Penasihat.

    Kenyataan di atas oleh bekas CEO 1MDB membuktikan bahawa Najib selaku Pengerusi Lembaga Penasihat memang ada peranan, malah besar peranannya iaitu

    Datuk Seri Najib Razak menolak penilaian semula aset-aset dalam usahasama 1MDB- PetroSaudi International (PSI) walaupun kebimbangan itu diketengahkan oleh lembaga pengarahnya.

    Dan memang benar kata TDM, bekas CEO itu tidak mengasaskan 1MDB, 1MDB dimulakan perdana menteri (Datuk Seri) Najib Abdul Razak.

    (Najib) penasihatnya, apa saja yang berlaku kepada 1MDB dia mesti tahu. Jadi mengapa letakkan kesalahan hanya kepada CEO tersebut? Apatah lagi hutang yang ditanggung oleh 1MDB adalah RM50 bilion.

    BalasPadam
  6. 7:43....satu kupasan cukup brilliant, concise (rengkas) but precise (padat). My salute to you, brother.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh...It's not mine. Just c&p from greenboc. Go there to read full article. Sorry. Forget to give credit to the blogger. Thanks

      Padam
    2. Anyway, you've done your part delivering such credential write-up. Good job indeed, compradie...adios!

      Padam
  7. Kebenaran tak akan muncul selagi UMNO berkuasa...ingat tu, kalau Tg Razaleigh naik jd PM pasti dia akan lindungi si penyamun...
    Oleh kerana itu kena hapuskan umno dulu, barulah semua penyamun akan dpt diheret ke muka pengadilan...

    - Datin Borosmah -

    BalasPadam
    Balasan
    1. UMNO sajakah....apahal si Angkara yg menjadi punca masalah?

      Padam
  8. Apa beza penisehat proton dengan penisehat 1mdm...ringkas dan padatkan pulak....atau tunggu WSJ semula untuk buat ringkasan krmudian dipadatkan macai bohjan tua nnti...fitnah lagi la tuuu.. fakta elex... huraian dng prsepsi syok sendiri..puiii.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Pengasas & Mantan Penasihat Proton:
      Berwibawa
      Berwawasan
      Berketrampilan
      Berpandangan Jauh
      Berkonsultative (tidak berahsia dgn menteri2 kabinet)
      Berani & Berjiwa Besar (Tak tunduk dgn barat, Jew & pemberita)
      Tidak membebankan rakyat (beri sabsidi minyak tanpa gst)
      Menyediakan peluang jutaan pekerjaan & perniagaan
      Memodernkan infrastuktur setaraf negara maju
      Mengilhamkan setiap rumah punyai kenderaan sendiri
      Mengilhamkan setiap rumah celik & punyai komputer
      Meletakkan nama & maruah negara di peta dunia
      Menaikkan mutu perkhidmatan kerajaan melalui penswataan
      Mengutamakan kemampuan & pembuatan anak tempatan (tanpa perlu import juru perunding Yahudi)

      Penasihat Proton Terkini:
      zzzz..zzzz..zzzz..zzzz..zzzz

      Pengasas & Penasihat 1MDB:
      No comment (biar pembaca2 blog lain ulas)

      Padam
  9. Mana macai checkmate? Alahai Yang slalu tanya abu bakar mana? Dah dapat berhubung disuruhnya abu bakar mengkutuk tun mahathir, kemdian suruh lagi abu bakar pergi ke fb azmi, kemdian ajak abu bakar bertumbuk...

    macai checkmate mana? Tolong jawab persoalan PAC ni?

    BalasPadam
  10. Putera..ada pemakan dedak dari sabah dah buat repot polis ke atas Tun berkaitan laporan PAC..nampak mcm hero..tp tak sedar boleh backfire..rasanya mmg Tun tunggu nak naik mahkamah...proses yg sebolehnya mau dielak oleh pahlawan bugis...good..good...

    BalasPadam
  11. Najib adalah satu2nya manusia yg tidak bersalah tanpa melalui sebarang perbicaraan di mahkamah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang gila kalau keluar dari Taman Bahagia ada diberi sijil yg katakan dia dah tak gila. Mohd Najib pula perlu dapatkan sijil katakan dia tak bersalah dari mahkamah. Tapi kenapa Apandi Ali pulak yg keluarkan sijil tu?

      Ermmm... betul ke cara aku cakap ni?

      'Satu Malaysia dah Bengong' nampaknya

      Padam
  12. Budak azzam ni brapa punya auta daaa.... ako rasa statement ko tuh elok untuk bonjan tua yg tggu masa nak tuuiiii....ke alam satu lagi daaa... 22 tahun daaaa tiada sebarang perbicaraan di mahkamah... budak azam minggi nin ko mesti datang dng geng botak acara wajib di dataran merdeka dengan puak pluralist...komunis dan syiah... spek mata hitam jangan lupa bawak...silau nnti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu aje ko nak komen.

      Page 14 laporan PAC ada sebut peranan Perdana Menteri dlm 1MDB.

      TV3 kata, laporan tu tak sebut pun nama Najib.

      Agaknya 1MDB ni isu kat Zimbabwe kot.

      Siapa PM Malaysia sekarang?...ooppss sori Pee Mm...

      Padam
  13. Apa yang disebut oleh Naib Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw bahawa Najib tidak dikaitkan dengan sebarang kesalahan sebenarnya adalah khusus berdasarkan dokumen 1MDB yang kita lihat setakat ini dan bukannya berdasarkan keseluruhan dokumen milik syarikat pelaburan itu.

    "Dokumen yang ada (sudah disiasat) memang tidak ada penglibatan Najib. Dokumen yang tidak ada (tidak diberikan oleh 1MDB kepada PAC), kita tak tahulah.

    "Seperti yang saya pernah sebut dalam kenyataan sebelum ini, masih banyak dokumen yang tidak diserahkan kepada PAC. Kenapa tak bagi?"

    - "Antara dokumen yang tidak diserahkan ialah rekod dan penyata perbankan bagi transaksi 1MDB di luar negara. Memandangkan dakwaan salah laku terhadap Najib, khususnya berkaitan wang derma yang diterimanya melibatkan transaksi luar negara, jika semua dokumen itu diserahkan, PAC dan Jabatan Audit Negara dapat membersihkan nama beliau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..jangan lupa. 1mdb masih enggan bekerjasama memberi laporan audit luar kepada pac. Audit pula diOSAkan..

      Penyata kewangan pun tunda...

      Belum settle lagi tu...jangan syok sangat

      Padam
  14. Eh? Masih ada yang percaya dengan PAC cari makan tu?

    BalasPadam
  15. Aku cadang TDM tarik balik tuduhan dia. Fitnah saja tuduh ada wang hilang. Dia memang dah nyanyuk tu...

    Kita kena faham siapa yang sebenarnya yg jaga 1MDB. Jika Mahathir dgn pet projectnya Proton, Mohd Najib pula dgn 1MDBnya. Jika Mahathir sanggup letak jawatan sebagai Penasihat Proton semata2 tak mahu jadi batu penghalang kepada revival Proton, aku percaya Mohd Najib pun akan sanggup buat begitu. Maksud aku bukan letak jawatan tapi berbuat apa saja utk pastikan 1MDB terus wujud.

    Kita tak perlu ragu dan risau. Mohd Najib bukan saja Perdana Menteri tetapi juga Menteri Kewangan. Dia juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. Takkanlah dia bagi nasihat yang sampah-menyampah pulak.

    Di atas tadi ada dikatakan 'Ingkar keputusan dan arahan lembaga pengarah'. Jika dgn Lembaga Pengarah pun wujud keingkaran, maka tidak mustahil keingkaran kepada Lembaga Penasihat pun berlaku. Aku tak pasti ada desas-desus yang katakan semua tindakan perlu dapat kelulusan dari Mohd Najib dahulu. Maka nampaknya keingkaran yang bertingkat2 yg dilakukan oleh CEO yg tak bertanggungjawab itu.

    Tadi aku katakan 'desas-desus yang katakan semua tindakan perlu dapat kelulusan dari Mohd Najib'. Jangan salah faham pula hingga mahu letakkan tanggungjawab kelemahan 1MDB atau keingkaran CEO berkenaan ke atas Mohd Najib pulak, seolah2 dia yang mengawal perjalanan 1MDB. Dia hanya Perdana Menteri, dia hanya Menteri Kewangan yang punya kepentingan dalam satu syarikat pelaburan kepunyaan kerajaan/rakyat ini. Jika Mahathir mahu Proton menjadi kebanggaan rakyat, aku percaya Mohd Najib mahu kejayaan yg lebih dari itu. Biar terkenal seantero dunia.

    Penulis juga ada mencatat 'Pecat dua firma audit berturut-turut, tidak tahan disiasat'. Apa salahnya kita menukar firma audit atau CEO atau siapa dalam usaha mencari yang terbaik, yg tersesuai dgn cara operasi kita. Cuba kita ingat kembali Mahathir dengan Anwar Ibrahim dan Musa Hitam. Sedangkan Tun Abdullah pun terserlah kekurangannya walaupun telah ditabal menjadi Perdana Menteri. Jika Tun Abdullah boleh ditukar tanpa sebarang masalah, maka tiada masalah jugalah utk tukarkan firma audit.

    Seperti aku cakap tadi juga kita perlu 'mencari yang terbaik, yg tersesuai dgn cara operasi kita. Sesiapa pun perlu bekerja sehaluan dengan ketua, supaya mudah, lancar dan kemas. Aneh bila TS Muhyiddin Yasin selaku Timbalan Presiden UMNO asyik mempertikai setiap tindakan Presidennya. Timbul segala syak dan wasangka bukan sahaja antara mereka berdua tetapi juga merebak di kalangan ahli akar umbi. Lebih membebankan lagi jika ianya syarikat pelaburan sebesar 1MDB ini. Tak perlu kita bertanya soal satu dua check yang tersasar. Tersilap satu angka pun sudah masuk ke akaun yang salah, inikan pula dengan firma yg punya nama yg hampir sama. Walaupun mungkin kesilapan kerani atau budak pejabat, tanggungjawab harus di pikul oleh pegawai atasan, pegawai yg paling tertinggi. Dan kerugian itu harus diambil atau dituntut daripadanya. Kesilapan seperti ini bukan saja menjejaskan kredibiliti syarikat tetapi juga kerugian kepada rakyat jelata.

    Sebab itulah siasatan yang cukup terperinci, cukup telus harus dijalankan oleh pihak berwajib. Siapa yg bersalah harus dipertanggungjawabkan secara menyeluruh. Tidak patut dan tidak wajar rakyat pula yang akhirnya menanggung beban hasil kedurjanaan orang lain.

    Jika di akhir diasatan nanti didapati Mohd Najib yg gagal menjalankan tugasnya dgn sempurna, atau menjadi tangan ajaib yang mengilas tangan CEO utk melakukan sesuatu diluar amanah yg diberikan, maka Mohd Najib juga patut menerima hukuman itu. Aku tidak mahu ada satu lagi Altantuya yg mati tetapi tak tahu kenapa dia mati dan siapa yg mahukan dia mati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko nak pusing kot mana agaknya ni....

      Padam
    2. nama melambangkan sifatnya. selalunya begitu lah....

      Padam
    3. Kalau kita orang Melayu dan faham Bahasa Melayu, guna pula otak yg dianugerahkan, aku rasa tak ada masalah. Adzzam pun bijak, tak berani nak komen melulu, sanggup tanya balik nak kona ke kanan atau kiri. Tapi aku rasa dia tahu haluan aku.

      Selamat berjuang.

      Padam
  16. Sapa peduli. Janji si muallaf Jho Low dan yahudi masuk Islam Paul Stadlen masih rakan karib Najib. Go fly kite. ;))

    BalasPadam
  17. Apabila terdedah berlaku salah laku dalam 1MBD, maka individu yang patut mengambil tindakan untuk membuat laporan polis bukanlah orang awam yang di luar 1MDB, tetapi adalah Najib sendiri selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB iaitu orang yang mempunyai kuasa penuh di dalam 1MDB atau Arul Kanda Kandasamy selaku Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, atau Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin selaku Pengerusi 1MDB.

    Dalam mana-mana syarikat, pihak yang berkuasa dan punyai kuasa untuk menentukan tindakan adalah Pengerusi Lembaga Pengarah atau Ketua Pegawai Eksekutif, tetapi dalam 1MDB ada satu lagi jawatan yang lebih besar iaitu Pengerusi Lembaga Penasihat.

    Maka ketiga-tiga individu ini sepatutnya membuat laporan kepada pihak polis atau lebih tepat kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis DiRaja Malaysia kerana sudah terbongkar suatu salah laku korporat yang menjurus kepada perlakuan pecah amanah yang telah berlaku di dalam 1MDB.

    Oleh itu, kita tengoklah sampai bila Najib, Arul Kanda, atau Lodin Wok Kamaruddin akan berdiam diri tidak buat laporan polis walaupun mereka bertanggungjawab bagi pihak 1MDB untuk membuat laporan polis mengenai kegiatan salah laku korporat di dalam 1MDB itu.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAC sahkan DS Najib tidak terlibat seperti tuduhan curi rasuah duit Imdb dn sbgainya. Najib tidak terlibat membuat sebarang jenayah dalam isu ini seperti yang difitnah Tun M.

      Azrul Arul Kanda merupakan hero penyelamat sebenarnya kerana dengan strategi yang dia lakukanlah IMDB tak lagi beri risiko bon jaminan Kerajaan hampir 20billion.Usahlah pusingkan fakta laporan PAC. Kelemahan tadbir urus sehingga melibatkan pelaburan berisiko berlaku bukan membuktikan PENYELEWENGAN.

      Sudah2lah asyik ulang tenyeh isu ini kerana ia jelas tiada unsur jenayah yang cuba nak dikaitkan dengan DS Najib.

      Sekarang rakyat dah faham. Alhamdulillah IMDB sudah mempunyai tunai lebih RM2 billion. Syabas Azruk Arul Kandasamy. Seorang Muslim yang berbakat besar dalam memulihkan tadbir korporat yg sgt mencabar ini.

      Padam
    2. Jual tanah sapa pun boleh. Nyonya belakang rumah aku pun reti.

      Padam
    3. yalah dh ckp imdb byk hutang. janji lngsai dn xpkai duit krjn. yg penting dh pulih. bising sgt imdb itu ini. lainlah beli rumah banglow utk diri sndiri dari rasuah jualan tanah krjn kpd company. better siasat yg tu lh sbb tanah PPRT tu.. org miskin punya tanah.

      Padam
    4. ada jg amoi jual tanah dgn rumah terlajak murah. nk rasuah spy blh buat untung kt lain. semua org ckp pndai je kn. tp kena kt mreka boleh plk. dunia penuh politikus penipu.

      Padam
    5. Saya ulang.... apa yg 1mdb buat, aci bini keling kaki todi di estet yg sarat bunting kerbau pun boleh buat. Bila ada kuasa, ambil tanah rezab Melayu, lepas tu pajak ke..gadai ke..jual ke.. pd pihak asing dengan harga pasaran semasa. Tentulah untung, tak perlu modal. Lepas tu pinjam bilion-bilion, kerajaan jamin. Beli stesyen janakuasa yg dah putus darah dgn harga melambung (apa ada hal duit bilion-bilion). Duit pinjaman bilion-bilion transfer sana sini, konon cari gali minyak di Mongolia. Last2 tak sengaja, duit terrrtransfer ke akaun peribadi (katanya).

      Padam
    6. Banyak hutang sebab dari atas sampai ke bawah semua bodo. Yang resign tu pandai sebab tak nak makan dedak..

      Buktinya? Tak pasal2 hutang menggunung.

      Siapa yang dipaksa bayar? Rakyat jugak. Korang fikir tarik subsidi..GST bagai...semua tu untuk apa?

      Padam
    7. Zaman Tun Mahathir, tak ada GST, malah rakyat diberi bantuan sabsidi minyak berpuluh tahun. Minyak hanya naik 3x, itupun sekeciput aje, naik antara 3 sen - 10 sen. Ketika itu roti canai baru 30 sen, teh tarik pun sama.

      Bila Pak Lah & Najib ambil alih, semuanya berubah naik mencanak tak sudah sudah. Berapa jauh harga minyak, roti canai & teh tarik sekarang jika di bandingkan dgn pemerintahan TDM. GST kepala lutut Najib membebankan rakyat, tak selari dgn mutu buatan & perkhidmatan barang. Rakyat di Deformasikan dan di Capatikan.......!!!!

      Padam
  18. Kerajaan tetap jaga dan ambil peduli masalah Proton. Terharu jg bila kerajaan masih tetap bantu Proton dengan meluluskan pinjaman mudah RM1.5billion dengan segera walaupun pelbagai isu melanda. Demi menyelamatkan 60ribu insan yg mencari rezeki dibawah Proton. Suntikan pinjaman ini pasti akan menyebabkan pembangkang terutama DAP pasti mengamuk dn mnjadikan ia bahan serangan politik.

    istilah 'taxpayer' money adalah term keramat yg pembngkang sering angkuh gunakan untuk hentam dalam isu suntikan modal pd Proton ini. jika ditakrifkan secara betul duit cukai dan duit hasil dari pengembangan ekonomi adalah satu yg berbeza. Kerajaanjuga menjana pendapatan dari entiti perniagaan yang menghasilkan billion pulangan dari GLCs. Jadik jgn terlalu taksub istilah 'taxpayer money' itu digadai mudah oleh pembngkang untuk tipu konon itu semua duit rakyat. Duit rakyat bayar cukai adalh sebahagian dr DUIT NEGARA.

    Terima kasih Krjn kerana tetap beri sokongan pada Proton walaupun ia bukanlagi GLC.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak Kejora Liberal Layang Hanyut nie ape ke halnya, tiba2 merepek meraban kat protorn pulak.....???? Penyakit Najib dah menular kat dia agaknya, bila ditanya apa nama, alih jawab saya orang Kedah. Tak ke sewel namanya tuuu......??????

      Padam
    2. Come on idiot....why must you deviate from the original topic?
      The subject is about 1MDB and its blunder caused by those unscrupulous crook/s, UNDERSTAND.......!!!!

      Padam
    3. Bingai.

      Dah nampak dah muka penyamunnya...

      Proton telah membayar lebih RM20b cukai kpd kerajaan.

      1.5b tu cuma ayat je, utk Regim Najib sakau dan jual aset2 dan kepentingan Proton.

      Padam
    4. Jangan fenin Othman... Biar pemakan dedak saja fenin. Depa pun dah gabra semacam, tak tau nak jawab kot mana.

      Kadang2 kita kena fikir cara depa jugak. Almaklumlah pintu gol dah diubah, gawang semakin luas. Tapi kesian otak pemakan dedak ni sempit, asyik dok pegang cakap lama.

      Bila keluar berita yg sahkan Mohd Najib terima 2.6b depa dah bersorak kata TDM tipu cakap duit 1MDB tapi sebenarnya duit Tok Arab. Tapi depa lupa awal2 dulu Najib nafi ada 2.6b dalam akaun dia.

      Bila ABC keluarkan surat Tok Arab depa sorak lagi sebab dah sahkan derma Tok Arab tu betul. Tapi depa tak sedar tarikh surat tu tahun 2011, bukan 2013 yg berkaitan dgn 2.6b. Bermakna ada duit lain selain 2.6b itu.

      Sekarang bila PAC persoalkan duit sejumlah 50b, depa sorak lagi sebab TDM tipu, kata 43b saja.

      Depa seronok bila nama Mohd Najib tak disebut. Hanya CEO kambing hitam tu saja. Depa dah lupa apa peranan dan tanggungjawab Mohd Najib dalam 1MDB yg sembelit tu.

      Heh heh heh... Itulah tahap biol pemakan dedak. Jawapan yg paling pandai yg aku dapat baca dari puak ni ialah: tunggulah, kebenaran akan terserlah satu hari nanti. Tapi depa tak dapat sedar kebenaran dah mula terserlah sedikit demi sedikit, hari demi hari. Cuma kebenaran tu tak memihak kepada depa. Sebab tu depa tak sedar atau tak boleh terima.

      Kalau Mohd Najib seorang yg tulus ikhlas, bersih dan suci, takkan dia difitnah sebegini teruk, kiri kanan depan belakang diasak. Kenapa dia tak upaya nak tangkis dan matikan walaupun satu fitnah yg dilemparkan kepadanya. Malah isu Scorpene dan Altantuya pun dia tak dapat hapuskan.

      Mohd Najib dapat bertahan hingga sekarang kerana cengkaman kukunya, bukan kesucian tindakannya. Sebab itu semakin hari rakyat semakin benci kepadanya walaupun setiap hari ada saja dipaparkan kumpulan atau golongan tertentu menyokongnya. Kenapa dia pula yg terpaksa mencari penyokong dan penyanjung. Bukankah penentangnya cuma beberapa kerat ahli politik reject yg ada agenda tertentu? Hairan ya, seorang Perdana Menteri yang dipilih rakyat melalui proses demokrasi terpaksa menonjol2kan sokongan yg dikutip2 sebegitu rupa. Malah menggunakan media prima pula utk membuat propaganda utk memburuk2kan musuh, bukan utk menceritakan kebenaran dan kesucian dirinya yg terfitnah.

      Pada tahap ini, walaupun mungkin dia tidak bersalah dari hukum agama ataupun undang2 manusia, dia memang tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Namanya sudah tercemar di seluruh dunia. Dia dibenci oleh warganegara sendiri. Apa lagi kehormatan dan maruah yg ada pada dirinya utk menjawat Prime Minister of Malaysia, mentadbir negara dan warga yg tidak mahu dan tidak hormatkan dia lagi.

      Pemimpin suci ini seharusnya berundur SEKARANG!!! Biar penggantinya ada peluang untuk baiki keadaan dan tenang dan tenteramkan rakyat dari bergaduh dan bermusuh sesama sendiri.

      Padam
    5. Allah panjangkanlah usia srda2 seperjuanganku, QalamQabut, Adzzam Adzzam & Abu Bakar.

      Padam