Ingatkan selama ini mendiamkan diri kerana buat buat bodo..! rupanya bila buka mulut..! confirm bodo..!
Tiba tiba Proton rugi..! membazir..! jijik..! Mana pergi semangat nasionalisme para Menteri terhadap kereta nasional..! Patut ler guna Honda..!
Menteri baru satu hal ler..tunjuk bodo kerana nak mengampu..! tapi para Menteri yang berada didalam kabinet Tun M dulu macam mana pulak? kenapa tak sanggah? kenapa tak belasah?
Najib pun Menteri dalam kabinet Tun M kan???
kan??? kan???
Layan...
PROTON: NOTA KEPADA MENTERI KABINET
Kurang daripada 24 jam selepas perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi Proton, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah mengeluarkan kenyataan terhadap model perniagaan Proton.
Kemungkinan ini adalah kali pertama dalam sejarah di mana seorang menteri kabinet memberikan kenyataan yang begitu kritikal berkenaan dengan sebuah syarikat swasta.
Berikutan itu, tidak kurang 6 menteri kabinet yang lain turut memberikan pandangan yang sama.Menurut kenyataan menteri tersebut, industri automotif tidak seharusnya dilindungi dan Proton juga perlu belajar untuk berdikari. Jika Korea Selatan dan Jepun boleh, mengapa tidak Malaysia?
Pada 2009, kerajaan Amerika Syarikat telah menggunakan dana awam sebanyak USD150 billion untuk menyelamatkan General Motors daripada muflis. Sudah pastilah tindakan tersebut tidak akan dianggap sebagai ‘perlindungan’ dan tiada kajian yang dibuat untuk memahami mengapa tindakan sedemikian dilakukan oleh sebuah negara yang begitu terkenal dengan konsep ‘pasaran terbuka’.
Pada 2014, industri automotif Australia telah pun terkubur berikutan keputusan penutupan kilang kereta Toyota, Holden dan Ford pada 2017. Dianggarkan lebih 200 ribu pekerja akan hilang pekerjaan dan lebih USD29 billion akan hilang daripada KDNK Australia. Sekali lagi, tiada kajian yang dibuat.
Pada tahun lepas, 2015, Malaysia Airlines telah disuntik RM6 billion dana awam dalam usaha menyelamatkan syarikat penerbangan nasional. Tindakan ini adalah suatu tindakan yang berani sebagaimana pengenalan Proton pada 30 tahun yang lepas.
Walalupun Proton kerugian jutaan ringgit sejak beberapa tahun yang lepas, tetapi Proton tidak pernah melakukan ‘strategi MAS’ di mana 6,000 pekerja ditamatkan perkhidmatan dalam usaha menyelamatkan syarikat tersebut.Kemungkinan disebabkan itu, maka Proton dianggap oleh menteri-menteri kabinet sebagai tidak professional dan diketuai oleh barisan pengurusan yang tidak cekap.
Industri penerbangan bukanlah penggerak ekonomi utama di Malaysia berbanding dengan industri automotif. Industri ini menggaji lebih 550,000 pekerja dan menyumbang hampir RM30 billion kepada KDNK negara. Atas sebab inilah kerajaan terdahulu memberikan bantuan dalam pelbagai bentuk bernilai RM 13.9 billion.Walaubagaimanapun, insentif dan bantuan yang diberikan tidak hilang begitu sahaja.
Pertama, Proton telah pun membayar balik pinjaman RM800 juta dari kerajaan.
Kedua, Proton telah menjual 4 juta kereta dan hasil jualan ini dikenakan cukai. Sejak penubuhannya, Proton telah membayar cukai sebanyak RM24 billion kepada kerajaan.
Ketiga, melalui pembelian kereta nasional, aliran wang keluar berjaya dikurangkan. Jika diambil harga purata sebuah kereta adalah RM30,000, ia bermakna sejumlah RM120 billion aliran wang yang kekal mengalir dalam pasaran ekonomi tempatan. Jumlah ini- jika dibiarkan mengalir keluar melalui pembelian kereta asing, pasti akan memberi kesan kepada defisit kerajaan.
Sudah jelas dari sudut wang ringgit, pelaburan yang dibuat oleh kerajaan adalah amat berbaloi.Bagaimana pula halnya dengan sumbangan Proton dari aspek lain? Untuk rekod, lebih 77,000 jumlah pekerjaan yang diwjudkan melalui Proton.
Tambahan dari itu, terdapat 400 vendor yang bergantung kepada Proton. Hari ini, Proton merupakan syarikat tempatan yang paling aktif dalam mendaftarkan hak cipta dengan 2,800 IPR (Intellectual Property Rights).
Dalam kenyataan menteri tersebut, beliau mengakui terdapat sebilangan vendor yang memerlukan pertolongan. Namun, di sebalik cuba membantu memulihkan Proton, kementeriannya telah memberikan pinjaman mudah bagi meringankan beban. Sungguhpun ia tindakan yang terpuji, tetapi ia masih tidak menangani isu sebenar.
Bagaimana pula dengan persaingan yang tidak adil di mana kenderaan luar boleh memperolehi pengecualian jika tidak menepati piawaian negara?
Bagaimana pula dengan definisi mudah ‘kereta nasional’ yang hanya memerlukan 40% komponen tempatan bagi membolehkan kenderaan luar menikmati status bebas cukai kereta nasional?
Bagaiman pula halnya dengan keputusan kerajaan untuk membenarkan kenderaan luar masuk ke dalam negara sedangkan negara tersebut mengenakan syarat yang ketat kepada Proton?Kesemua ini tidak diendahkan. Sebaliknya, kementerian beliau tetap mencadangkan agar Proton mempunyai rakan strategik asing.
Nampaknya kemampuan tempatan masih belum mencukupi. Oleh itu Proton haruslah menjual pegangan majority kepada syarikat luar.Bagaimana pula dengan Perodua? Perodua adalah model yang lain. Prestasi kewangannya membanggakan tetapi tidak ada model Perodua yang dihasilkan 100% oleh warga tempatan.
Sebaliknya Proton mempunyai beberapa model yang dibina 100% daripada lakaran sehinggalah ke jalanan.Setiap negara yang mempunyai kenderaan nasional pasti akan melindungi pasarannya. Ini termasuklah di negara maju.
Di Korea Selatan, setiap kenderaan asing perlu menjalani ujian mengikut piawaian mereka yang biasanya menelan kos yang tinggi. Di Jepun, mereka telah mengasingkan pasaran kereta bawah 660cc hanya untuk kenderaan mereka sahaja. Ini adalah pasaran yang lumayan. Di China, setiap pengeluar kenderaan asing perlu menjalin usaha sama dengan GLC mereka. Ini adalah apa yang berlaku.
Sebaliknya di Malaysia, perlindungan dianggap sebagai sesuatu yang pelik dan jijik.
Adalah amat menghairankan apabila sebuah model perniagaan yang tidak ‘mapan’ seperti 1MDB yang telah kerugian RM665.36 juta pada 2013 dan menghadapi masalah aliran tunai yang serius, barisan kabinet memberikan bantuan kredit sebanyak RM950 juta.Tetapi apabila sebuah syarikat kereta nasional membuat permohonan menuntut dana R&D dan pinjaman mudah, terdapat menteri kabinet yang memperlekehkan syarikat ini.
MatRodi
Proton adalah manifestasi keupayaan anak bangsa dalam menghasilkan enjin dan rekabentuk bertaraf dunia.
BalasPadam1MDB pula manifestasi bagaimana seorang PM berjaya meletakkan satu syarikat yang tidak mampan ke mata dunia.
Betul tu, penubuhan Proton menghasilkan ribuan peluang niaga baharu daripada vendor pembekal komponen kereta kepada pengedar-pengedar kenderaan jenama Proton serta pusat-pusat servis kenderaan Proton.
PadamMalahan ratusan ribu peluang kerja terhasil samada di pejabat dan kilang proton, di kilang vendor proton, di pusat jualan serta pusat servis proton, termasuklah pengusaha kantin di kilang proton dan kilang vendor proton sendiri.
Malahan Proton berjaya menghasilkan enjin keluaran sendiri iaitu Campro yang dipasang pada Proton Waja dan kenderaan keluaran Proton selepas itu.
Tapi tengoklah 1MDB, berapa banyak peluang kerja untuk rakyat yang dihasilkan oleh 1MDB? Berapa banyak industri baharu wujud di Malaysia yang berkaitan dengan 1MDB?
Apa yang kita nampak adalah 1MDB berhutang dengan begitu banyak RM 42 bilion, 42 ribu kali ganda dari modal asal 1MDB yang hanya RM 1 juta sahaja, hutang sampai faedah bank pun terkial-kial tak dapat bayar, sampaikan hutang kepada Ananda Krishnan sebanyak RM 2 bilion untuk bayar faedah bank, lepas tu jual tanah strategik negara di Kuala Lumpur iaitu di Bandar Malaysia, bukan sikit tanah, lebih 100 ekar dikuasai oleh syarikat dari China dengan perkiraan 30% daripada 488 ekar.
Tak cukup dengan itu 1MDB menjual stesen janakuasa elektrik yang membekalkan 14% tenaga elektrik di negara ini kepada syarikat yang juga dikuasai oleh kerajaan China.
Dari apa yang terpapar di atas, kita dapat menilai betapa walaupun Mustapha Mohamed cuba memburukkan Proton dan Tun Dr. Mahathir, tetapi Proton dan Tun Dr. Mahathir telah memberi sumbangan besar kepada Malaysia dan rakyat Malaysia melalui peluang niaga, peluang kerja, dan pendapatan hasil jualan keluaran Proton kepada negara ini.
Tetapi 1MDB pula hanya melingkupkan harta benda, hutang tak sudah-sudah,hasil tak ada harta lingkup, inilah jadinya bila menjalankan model perniagaan jenis main judi, berhutang keliling pinggang sampai terlungkup tak dapat selesaikan hutang, lepas tu menyusahkan rakyat dengan GST pula, itu semua untuk selesaikan masalah 1MDB sahajalah, tapi masalah 1MDB tak selesai-selesai juga.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Sdra Bakar... Saya pernah berkhidmat dgn 2 syarikat Jepun gergasi yg mempunyai cawangan di semua pelusuk dunia. Polisi mereka tidak membenarkan kenderaan2 milik syarikat kecuali buatan Jepun sahaja. Tapi kini di Malaysia, Proton dianak tirikan oleh bangsa sendiri.
PadamSebab itulah Najib setuju dengan TPPA yang membiarkan Amerika melambakkan kenderaan Amerika selama 12 tahun tanpa cukai, Najib yang sebenarnya mensabotaj ekonomi Malaysia dan menjahanamkan agenda nasional Malaysia.
PadamSedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Ada satu Proton Gen2 yg masih berjalan di tempat saya di Riyadh. Bila ditanya kenapa masih memandu model proton yg lama walhal jenama2 lain yg lebih terkenal ada di pasaran dlm kemampuan beliau utk dibeli, jawapan mudah sebab Gen2 melambangkan kekuatan umat Islam yg mahu merubah nasib, sekurang2 nya satu tapak sudah melangkah. Kesimpulan proton bukan semata2 kereta mcm kita lihat dijalanan tapi iltizam umat melayu kita yg mahu merubah nasib. Melayu skrg termasuk UMNO2 dedak nie mana paham...tau menyamun...makan rasuah..bergaya...dan membodohkan kaum sendiri. Lagi bodoh lagi la bagus asalkan setia...cis!
PadamWahai rakyat Malaysia semua, bawah pemerintahan Najib sama ajee.. cam DAP yang perintah. Tipu muslihat dan penipuan wang ringgit dalam menjana kemewahan keluarga sendiri sama aje. Kenapa yeeee... kerana Najibul ngan Guan Eng sama2 berkelulusan AKAUNTAN. Pakar manipulasi angka dan penipuan kira2 wang.. Tak payahlah nak momokkan rakyat takut2 Negara ini diperintah oleh DAP. Najibul pun dah lebih DAP daripada DAP, sampai KIt Siang pun tak mampu bersabar lagi.
PadamAlhamdulillah. Satu nota penuh dengan fakta bukan dengan cacamarba. Mat Rodi bijak sebab dia makan udang...yang kurang bijak suka makan otak udang.
BalasPadamPROTON GAGAL KERANA KHAZANAH - Sila ke link di bawah
BalasPadamhttp://www.malaysianewsonline.com/2016/04/proton-gagal-kerana-khazanah.html
Tak ada modal ?
PadamHarapkan "cut and paste " aje.
Hmmmmmm
Tanpa Nama5 April 2016 2:15 PTG, sila bacalah, macam mana Proton yang begitu hebat di zaman Tun Dr. Mahathir mula terkapai-kapai di zaman Pak Lah, dan terus lemas di zaman Najib.
PadamPak Lah dan Najib tidak pedulikan agenda nasional Malaysia, mereka hanya syok sendiri.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Betul Tuan Abu Bakar..Tanpa Nama5 April 2016 2:15 PTG belum baca dah komen..bukan xde modal..satu bahan bacaan yang pasti menambah pengetahuan si pembaca..ini lah contoh sesetengah org melayu yang malas membaca..maaf
PadamProton adalah kebanggaan rakyat malaysia satu contoh baiknya ciptaan rakyat malaysia ini lihatlah di pasar malam kebanyakan majoriti peniaga menggunakan kereta ini untuk mengangkut barang perniagaan pasar malam.
BalasPadamLihatlah betapa besar jasa proton walaupun telah berpuluh puluh tahun digunakan...proton saga je buat berniaga pasar malam, najib tau tak?
Setiap tahun proton mengaut
keuntungan dan dikenakan cukai oleh kerajaan hasil penjualan kereta ini.
Setiap tahun proton bayar cukai chai oiii, dan jumlahnya berbillion billion.
Apabila proton mohon pinjaman grant untuk tujuan RnD, najib tak luluskan, kenapa?
Adakah 1mdb membawa keuntungan kepada rakyat? Adakah 1mdb menolong meringankan beban rakyat? Adakah 1mdb menjual harta dan aset kepunyaan rakyat?
Yang paling penting,
Apa kerja najib ni? Menyamun je ke?
Menteri yang makan dedak saja yang akan berkata bergitu, yang penting ada seorang anak melayu yang ada sifat patriotik yang sanggup merencanakan proton ini, dan ada juga yang tidak mengerti ...dan 1MDB apa ada?,,bayar hutang dan telah jual tanah kepada negara company china dari china, ....apa dapat...
PadamProton mohon pinjaman grant, Najib tolak mentah2. Jho Low & Reza Aziz buat filem, Najib tak agak-agak terus beri ratusan juta (US$ lagi). Beli apartment2 mewah di Beverlu Hills & New York pun tak apa. Belanja hantaran/kenduri kawin anak berjuta-juta pun tak apa. Nyoping sakan beli pakaian, acessories perhiasan, beg tangan & kasut jenama buat Rosmah lagi tak apa.
Padamproton hebat zaman madir je, bila dah start zaman maju mcm hanpne NOKIA ..hampeh!!
BalasPadammengabiskan duit je beli puiiiii!
Zaman Pak Lah Pulau Batu Puteh terlepas ke Singapura walaupun kedudukan pulau itu sangat jauh dari kawasan laut Singapura dan lebih dekat dengan pantai kawasan Pengerang di Johor.
PadamZaman Najib pula stesen janakuasa elektrik yang membekalkan 14% tenaga elektrik di negara ini dilelong kepada syarikat milik kerajaan asing pula.
Tetapi di zaman Tun Dr. Mahathir, Malaysia berjaya menguasai syarikat milik British yang menguasai ratusan ribu hektar tanah di negara ini iaitu Sime Darby dan Guthrie.
Malaysia berjaya mendapatkan hak terhadap Pulau Ligitan dan Sipadan yang menjadi sebahagian dari Malaysia.
Inilah beza pemimpin yang gagal seperti Najib dan Pak Lah jika dibandingkan dengan pemimpin yang berjaya seperti Tun Dr. Mahathir.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
madir pun xpakai proton..butoo la!
BalasPadamabu bakar pakai proton tau...tlgla pcya kn..madir bukan xnk pakai proton, tp power window susah nk tutup kikikikiki..dasar pjilat !
PadamSaya pakai proton model Saga tahun 1989 dan kenderaan itu masih bagus hingga sekarang ini.
PadamMasalah model power window susah nak tutup tu, patutnya kerajaan sebagai pemilik Proton sebelum ini memberikan peruntukkan RND kepada Proton untuk lebih berjaya, bukannya menjahanamkan Proton dan melambakkan kenderaan dari Amerika dan Kanada tanpa cukai selama 12 tahun mengikut terma perjanjian TPPA itu.
Malahan penguasaan pengurusan tertinggit Proton oleh kuncu-kuncu Pak Lah dan Najib, mereka inilah yang melingkupkan Proton sebenarnya.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
abu bakar....tahniah anda sama dgn madir..kaki kencing
Padamsalam perjuanagn
aa ba ta
abu bakar tahit
Siapa kaki kencing? Najib mula-mula tak mengaku kata ada RM 2.6 bilion dalam akaun peribadinya, lepas tu Mat Maslan kata adalah bodoh jika Najib simpan wang RM 2.6 bilion itu di dalam akaun peribadi Najib.
PadamKini terbukti ada wang RM 2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib walaupun Najib tak mengaku sebelum ini.
Malahan Mat Maslan membuktikan Najib adalah bodoh sebab simpan RM 2.6 bilion dalam akaun Najib itu.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Dah tentu2 dia yg kaki kencing menyamar pelbagai karektor nak kata orang. Walau apapun samaran dia, bau bangkai busuknya tetap menyengit.. itulah Kejora Liberal Tanpa Nama dan Tidak Diketahui Asal Usulnya.
PadamMana jawapan kamu bagi soalan2 saya yg masih tergantung-gantung. Justru, jgn banyak songeh dan cuba nak temberang dgn ketidak keupayaan kamu itu bagai si mati pucuk.
Kepada menteri menteri yang bagi komen ,saya ada satu cadangan. Lepas ni kalau ada mana mana Ketua Negara yang lawat Malaysia , bawa depa pi melawat tapak TRX dan Bandar Malaysia sebagai lambang kejayaan Malaysia. Tak perlu rasanya bawa Ketua negara asing melawat Proton kerana Proton tu tak berguna pun
BalasPadamBawa juga lawat Edra sebagai lambang 'kejayaan' Najib menjahanamkan harta negara.
PadamSedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
bawa sekali ke Perwaja..lambang jahanam dek madir kutty
PadamPerwaja masih beroperasi hingga sekarang, tak ada jual harta negara pun ke negara asing, tetapi 1MDB sudah banyak harta negara dijual kepada negara asing.
PadamCybertrooper Najib tak reti bahasa, sebab itulah tak reti menilai.
Lagi satu, stesen janakuasa elektrik Paka yang dikendalikan oleh YTL telah tamat kontraknya pada Oktober 2015, kontraknya disambung semula oleh kerajan Najib, dulu bukan main lancang cybertrooper Najib menuduh YTL tu kroni Tun Dr. Mahathir bagai, sekarang pasal apa sambung lagi kontrak stesen janakuasa Paka tu lagi? Pasal apa sambung kontrak dengan YTL lagi?
Sila cybertrooper Najib jelaskan mengenai perkara ini.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
kalau Tun sygkn proton dh tentu dia akan pakai Proton..bukan susah pun..pengasas Nissan di Jepon pon, smpai ari ni setia dgn Nissan xkan itu pun pjilat susah nk paham..ke pjilat rsa madir maksum sgt..dey pjilat..sudahlah minum air kencing tu..hancing dh tu..
BalasPadamTun sendiri ada kenderaan Proton, dia nak pakai kenderaan lain pun apa masalahnya, tak jadi hal pun.
PadamPaling kurang Proton adalah jenama kejayaan anak Melayu dalam bidang automotif, bukannya macam 1MDB, lambang kegagalan Najib yang memalukan keluarga Tun Razak dan keturunan Bugis Gowa.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
kalau dh dasar pjilat...jilat la apepun..kami dh lama sedar..cuma pjilat tegar seperti anda xpnh sedar..minumlah smpai kenyang air kencing tun tu..
Padamadoiii..pusing abis si abu bakar ni
salam pejuanagn
aa ba ta
abu bakaq tahit
kalau hang dh jadi ahli menjilat ni..jgn di persoalakn apa saja, tgk tanpa nama kata, klu Tun sygkn Proton dia tetap gn Proton, tp tetap jugak nk dipertahankan supaya Tun ni nmpk bagus..nampk xbetapa bodohnya org yg terlampau taksub ni..kita habaq pendiriian kita, klu kta sygskn sesuatu kta kena jga..ni jelas..await klu tun bnyk keta pon, apakah mjdi kesalahan untuk tun gunakan proton?ini idea dia..klu dia guna proton bmksud jiwa dia dekat dgn proton..ini tidak dia sdri pun xyakin dgn produk dia..abu bakar dlu mgkin analisa anda ada betul..tp mempertahankan Tun dgn cara suka hati tun nak pakai kereta apa menunjukan bhawa anda terlebih taksub..sory kali ni abu bakaq tidak berapa cerdik dlm mempertahankan tun
Padammaaf jika terasa.kita mempertahankan benda yg benar.
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menggesa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Suruhanjaya Tenaga menjelaskan status sebenar Stesen Janakuasa Elektrik di Paka Terengganu yang dikendalikan oleh YTL International Berhad (YTL).
PadamMenurut beliau, stesen janakuasa tersebut dikendalikan oleh YTL sejak tahun 1993 hingga tahun lalu malah ia juga sudah tidak lagi beroperasi setelah tamat tempoh pada 1 Oktober 2015 lalu.
"Sejak enam bulan lalu, stesen janakuasa ini tidak lagi beroperasi dan situasi tersebut secara lansung tidak menjejaskan sebarang perkhidmatan pembekalan elektri di mana-mana kawasan.
"Dengan penamatan perjanjian pembelian tenaga, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bukan saja tidak lagi perlu menyalurkan duit kepada YTL malah mereka juga tidak lagi memerlukan tenaga yang dijana oleh YTL," katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Namun begitu, Raja Bahrin memaklumkan bahawa tindakan kerajaan menerusi kementerian dan Suruhanjaya Tenaga memperbaharui lesen YTL untuk menyambung operasi di stesen janakuasa itu menimbulkan persoalan buat banyak pihak.
Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan bahawa segala kos penjanaan elektrik oleh Stesen janakuasa bebas(IPP) sebenarnya ditanggung sepenuhnya oleh rakyat menerusi bil bulanan (bukan TNB atau kerajaan).
"Perkara ini menimbulkan persoalan mengapa lesen tersebut perlu diperbaharui memandangkan TNB tidak lagi perlu menyalurkan duit rakyat kepada YTL," katanya.
Dalam pada itu, Raja Bahrin turut mempersoalkan adakah tindakan pembaharuan lesen tersebut melibatkan kronisme memandangkan pihak YTL diberikan lesen operasi terlebih dahulu sebelum menandatangani sebarang perjanjian pembelian tenaga yang baru. - Dipetik dari Sinar Harian
Sila cybertrooper Najib ulas mengenai perkara ini.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
2.44
PadamTopik admin proton,menerangkan khidmat, jasa Dan bakti yang telah ditabur proton.
Dan apa pula jasa bakti 1mdb?
Mudahkan?
Ni sampai maki hamun pasal apa? Tak puas hati dengan abu bakar ajak bertumbuk plak ker?
"pengasas Nissan di Jepon pon, smpai ari ni setia dgn Nissan "
PadamBetul tu,
Pengerusi boeng pun ada keluarkan jet pejuang f 18, Patutnya pengerusi boeng tu pergi pasar, jumpa sedara mara,hantar anak sekolah, pergi kerja naik jet pejuang f 18 la, sokong chai punya komen.
Tanpa Nama5 April 2016 2:48 PTG, saya bukan taksub, ikut sukalah Tun nak gunakan kereta apa pun. Macam Najib, dia melancong ke luar negara, apakah ini menunjukkan Najib meluat dengan Malaysia?
BalasPadamLagi satu, Najib menjual harta negara kepada negara asing, apakah itu menunjukkan Najib sayang kepada negara ini?
Najib kata BNM menyusahkan jika menyimpan USD 1.103 bilion yang ditebus di Cayman Island, Najib simpan di BSI Singapura (kononnya simpan, tak ada duit pun), apakah Najib tak percaya dengan bank-bank tempatan untuk simpan wang itu?
Sebab tak ada duit, Najib tak simpan di bank tempatan, beri alasan simpan di BSI Singapore sebab itu bank asing, sebabnya Najib nak menipu.
Tak payah nak putar sana sinilah.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
sory la abu bakar..sy mungkin tertipu selama ni dgn anda..sepertimana sy bgthu td, anda sudah sampai tahap taksub..jgnla di samakan bercuti dluar negara dgn proton..sungguh dangkal sebenarnya,kenapa anda tidak bayangkan yg anda sygkan mak anda dan tinggal di tempat lain dr umah mak anda?? tidakkah itu lebih senang..proton katanya di cipta oleh Tun, jd klu tun sdri pun xpakai proton, camana org lain melihat beliau?? adalah lebih baik anda berdiam dr berckp abu..menampakan sedikit demi sedikt kebodohan anda mempertahankan benda yg jelas silap dan salah..
Padammaaafkan sy
Kalau Najib sayangkan negara, silalah bercuti di dalam Malaysia, nak main golf, di Malaysia ni pun banyak padang golf, tak perlu ke Hawaii pun, lainlah kalau nak bersuka ria di ketika rakyat di Pantai Timur termasuklah di kawasan Parlimen Pekan yang berhempas pulas menyelamatkan nyawa sedangkan Najib dan Rosmah syok main golf dan membeli belah habiskan wang berjuta ringgit sepanjang percutian mereka itu.
PadamSedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Seribu kali kesal saya dulu sokong & kempen untuk Najib & BN. Kenalah berhati-hati, takut pisang berbuah 2X. Kena juga lihat siapa pasangan hidup bakal pemimpin itu. Jgnlah terkena yang lebih kuah dari sudu.
PadamSyarat pertama kalau nak jadi PM adalah – Mesti jujur & beramanah. Jika nak berhutang duit negara kenalah bawa berunding dan bawa berbincang dengan kabinet. Janganlah berahsia. Milik rakyat ni kita tak boleh buat rahsia. Kita kena buat cara terbuka. Kena ada musyawarah. Yang kena bayar kan rakyat, bukan pemimpin.
Kalau ada pertanyaan daripada orang (mentelah pemberita), jangan cabut lari, apa lagi aniaya mereka yg betanya. Tak boleh upah orang suruh jawab. Kita kena jawab sendiri!
Tengok Tun Mahathir, steady & relax saja... sebab itu dia sentiasa jadi buruan & disegani pemberita seluruh dunia. Soalan spontan dan jawapan spontan. Najib di tv3 suku, semua ikut script yang dah disediakan awal lagi.
Kalau kita ingat balik, Proton yang pertama keluar di pasaran berharga RM20k sebijik. Mengapa Proton pertama harganya murah? Kerana itulah sebenarnya harga pasaran Proton Saga, yakni di sekitar RM 15-20k
BalasPadamTapi, bila kita pergi ke tahun 1990an, kita lihat harga sebijik Proton Wira adalah dalam julat RM55k ke RM60k. Yakni, hingga tiga kali ganda harga Proton yang mula-mula keluar. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Biar saya terangkan.
Pada tahun 1986, 4 tahun selepas Proton ditubuhkan, Proton telah hampir bankrap. Proton tidak dapat bersaing hatta di dalam Malaysia sendiri. Kilang Proton pada masa itu terpaksa diperlahankan pengeluaran sehingga terpaksa beroperasi tidak lebih 6 jam sehari akibat rendahnya permintaan terhdap Proton.
Pada masa itu, Mahafiraun telah panik. Maka, demi menyelamatkan Proton, UMNO dan Mahafiraun telah menaikkan cukai eksais ke atas semua kereta impot sebanyak 200-300%. Akibat dari ini, nilai purata kereta di Malaysia naik melambung. Perkara ini dilakukan oleh Mahafiraun kerana apabila harga kereta lain TERLAMPAU TINGGI, maka hanya Proton sahaja yang dijual dengan harga yang paling murah dalam pasaran Malaysia.
Akibatnya, harga Proton Saga sendiri naik dua kali ganda dari harga pasarannya yang sebenar. Rakyat Malaysia terpaksa membayar harga Proton Wira di tahap harga BMW. Hakikatnya, kalau Mahafiraun tidak menaikkan cukai import, dengan Rm60k rakyat Malaysia mampu membeli sebuah BMW.
Tapi sebab Mahafiraun berdegil jugak dengan idea gila beliau, maka terpaksalah rakyat Malaysia membeli kereta Proton yang tidak berkualiti dengan harga sebuah BMW. Inilah penipuan Mahafiraun yang paling besar kepada rakyat Malaysia.
Awak pernah kerja di kementerian kewangan dan di Proton ke sampai buat tuduhan macam ini?
PadamSedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Sdra Bakar...
PadamKejora Liberal nie budak hingusan sekolah kampungan. Dia apa tahu?
Zaman Mahathir, kita ada kenderaan sendiri bentuk kecil tapi menawan...
a) Kancil
b) Kenari
c) Kelisa
Zaman Pak Lah & Najib pun tak kalah ada lebih kecil....
.............. KELENTIT.....!!!!!!!!!!
MAHAFIRAUN TELAH DIBERI AMARAN BAHAWA IDEA PROTON INI TIDAK PRAKTIKAL
BalasPadamSemenjak 1982 lagi Mahafiraun telah diberi amaran akan betapa tidak praktikal (kalau bahasa kasar: dunggu) idea untuk mengadakan kereta nasional dalam keadaan Malaysai mempunyai rakyat yang tidak sampai 14 juta orang. Untuk sebuah kereta nasional berjaya, rakyat negara tersebut mestilah berjumlah sekurang-kurangnya 70 juta orang.
Tapi, disebabkan Mahafiraun ni bodoh sombong, dia menolak nasihat dari mereka-mereka yang berpengalaman itu. Mahafiraun lantas melancarkan kempen dunggu beliau yang lain yang mahukan rakyat Malaysia ditambah ke 70 juta orang pada tahun 2000.
Maka, akhirnya Proton menempuh kegagalan. Kerugian yang ditampun Proton amatlah banyak. Yang dapat diketahui adalah dalam julat RM11-12 billion. Jumlah sebenar kita semua tak tahu. Saya agak, jumlah kerugian Proton sekitar RM20-25 billion. Namun, dengan OSA, banyak kerugian Proton berjaya ditutup oleh Mahafiraun.
Sepatutnya, dengan RM12 billion, Malaysia sudah mampu membina sistem keretapi bawah tanah yang efektif dan mencakupi semua orang. Namun, Mahafiraun lebih suka mengikut kebodohan dan kesombongan beliau dari berfikir untuk kebaikan rakyat Malaysia.
Malaysia negara kecil. Yang terbaik untuk Malaysia adalah sistem pengangkutan awam yang menyeluruh dan efisyen. Bukan projek Kereta Nasional.
Sebab itulah Mahafiraun telah melancarkan kempen “Malaysia Boleh”. Dia mahu rakyat Malaysia melihat sikap bodoh sombong beliau itu dari sudut positif, yakni benda yang tak praktikal pun kita boleh buat. Padahal semua tu hanya bodoh sombong Mahafiraun semata-mata.
Sekarang ni, Najib/Idris Jala komplen pasal subsidi minyak banyak sangat kena bayar. Soal saya pada UMNO, kenapa tak bina sistem pengangkutan awam yang efisyen di setiap pusat bandar semenjak 1980an lagi?
KAlau sistem pengangkutan awam kita efisyen, saya jamin tak ramai yang mahu memandu ke pejabat. Mereka lebih suka naik keretapi bawah tanah ke pejabat.
Sekarang ni, sudah lah UMNO bazirkan wang rakyat berbillion2 untuk menjayakan projek dunggu Mahafiraun, rakayt Malaysia terpaksa pula membayar harga minyak yang tinggi kerana dasar UMNO yang lebih suka mengikut kebodohan Mahafiraun dan UMNO dari menjalankan projek yang menguntungkan rakyat.
Rakyat Malaysia terpaksa membazir wang membayar harga kereta dua kali ganda dari harga yang sepatutnya. Tak cukup dengan itu, rakyat Malaysia terpaksa membayar harga minyak yang tinggi padahal rakyat Malaysia tidak ada sistem pengangkutan awam yang boleh dipercayai.
Tun Dr. Mahathir berpandangan jauh, pasaran Proton dirancang bukan hanya untuk pasaran dalam negara sahaja, tetapi turut untuk dieksport.
PadamOrang bodoh akan berfikiran kalau negara kecil tak payah ada kenderaan nasional sendiri, sedangkan kenderaan nasional itu selain untuk menjana ekonomi negara, tetapi turut sebagai lambang kekuatan sesebuah bangsa dalam ekonomi.
Kalau manusia jenis bodoh begini wujud di zaman Henry Ford dan berkawan dengan Henry Ford, maka sudah tentulah kita semua sekarang ini tidak akan kenal dengan sebuah jentera bernama kereta kerana orang ini begitu jahil tidak memandang jauh ke masa hadapan.
Model perniagaan 1MDB itu berwawasan sangat ke? Hutang berkepuk-kepuk sampai menjahanamkan harta negara kerana nak membayar hutang 1MDB, itu bagus sangat ke?
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Pengusaha2 Jepun semua angkat tabik dgn Tun Dr. Mahathir. Malah Tun Mahathir adalah jurucakap mereka untuk dialog isu2 Perdagangan antara Asia dgn dunia Barat/USA. Saya pernah berkhidmat dgn Sumitomo Corpn dan sering menghadhiri mesyuarat/simposium antarabangsa dan menyaksikan penghormatan Jepun terhadap Tun Dr. Mahathir. Ketika era Tun lah pelaburan pembuatan Jepun melimpah ruah yang memberi ratusan ribu peluang pekerjaan. Tapi kini.....semua sepi, banyak dah gulung tikar lari ke negara lain. 1 mdb ada ke menawar peluang pekerjaan sebanyak itu.....?????
PadamZaman Tun M kita pandang ke Timur..Skarang negara kita dah berat ke Barat..tuu psl kita dah close dengan US..dan juga Australia..dah jadi Pro US..US dah masuk sedikit demi sedikit..lama lama kita akan di pegangnya..di tambah lagi dengan TPPA..Siapa di belankang US?..sendiri mau Ingat lah
PadamKewujudan Proton ibarat frontier (perintis) bagi rakyat Malaysia amnya & kaum bumiputera khususnya memiliki kereta sendiri. Sebelum itu, berapa kerat sangaytlah orang kebanyakan, khususnya orang pendalaman & kampung yang mampu memiliki kereta. Kejora Liberal mungkin ketika itu belum lahir atau masih berpampers, mana dia tahu.
PadamKahkahkah..
BalasPadamCai najis tetap terus berusaha utk komen walaupun isi kelaut..
Nk jgk tgk cai najis listkn comparison proton dan 1mdb..
pro dan con
Kahkahkahkah...
Takat maki hamun sembang malalot, ngabeskan duit najis je byr 8500 sebulan. Sokongan x bertambah pun
Bro 3.19, Dapat bayaran 8500? Huihhh.!
Padamdah tak nak guna proton dan tak ada rasa sayang,bersikap patriotik pada kereta buatan anak tempatan sudah la, tak payah nak nak kutuk pencetus ideanya, Teruskan berbangga dengan Honda, nissan, merc dan lain-lain, dasar manusia tak tau menghargai usaha dan bakat bangsa sendiri, BIADAP!!!
BalasPadamKlu dibandingkan proton dengan 1mdb...
BalasPadamTak dinafikan 1mdb memang sial. Itu je.
Cai najis xberani sebut psl 1mdb..
PadamAku tlg wakilkan..
1. 1mdb telah berjaya membuka peluang pekerjaan berjuta2 lemon kpd rakyat msia.
2. 1mdb telah berjaya menjual aset negara kepada kuasa asing yg mane hasil jualannya xmampu nk byr gst apatah lg jumlah pinjaman. Ini menunjukkan 1mdb bersifat merakyat sebagaimana rakyat rasa terhimpit utk membyr pnjmn dan menentang gst.
3. Penyata kewangan masih gagal dilengkapkan dan ssm memberikan tambahan lg 6 bulan kpd 1mdb. Ini membuktikan 1mdb ada bynk bisnes hingga sulit utk mengira keuntungannya.
4. 1mdb menghasilkan jutawan melayu islam berdarah arab yg berjaya sekali. Tokoh maal hijrah 2020, Syeikh al jho low mcketom wajar dianugerahkan darjat datuk seri agar sebaris dgn pahlawan bugis gagah perkasa.
5. Berjaya menghasilkan model perniagaan yg paling moden dan sukses abad ini iaitu mengeluarkan modal begitu kecil skali dan yg lain g pnjm bank dlm nisbah 1:42000.
Proton..
Xde ape2 kejayaan pun. Mls nk tulis. Kegagalan lg bnyk, tp xde org nk byr 8500. Mls nk komen
terbaik 11.43... proton ni memang terok... aku pakai waja dah 13 tahun... tk pernah buat kerenah... terbaru beli preve... arap2 mcm waja jgk... memang sial proton ni... yang terbaik dalam dunia ni 1MDB je... Sime Darby pun kalah... pookeemak punya pee emm
Padam