Jumaat, 8 April 2016

1MDB ~ New Episode..!


Pop corn please..!

Kalau menurut yang empunya cerita maka selesai bersih, suci dan murni lah segala tindak tanduk mereka..! Pemilihan kambing hitam pasti menjadikan cerita rekaan mereka berakhir dengan hero happily ever after..! bravo..!

Mungkin Pandi juga boleh mengumumkan pemurnian penyucian agar ianya lebih menyeluruh dan terangkum..! pendek kata lebih suci..!

Penutupan skrip dan adegan lebih meriah dan berair air apabila terpaculnya punca kesilapan ini datang dari pihak Tun M..! Tiba tiba salah Tun M..! Segala yang berlaku didalam salah urus 1MDB salah Tun M..! Pendek kata dari beranak hingga la tamat segala urusan mesti dipasak dan dipaksikan atas kesalahan Tun M..!

Dengan penyucian dan terpilihnya kambing hitam serta seluruh kesalahan telah terpikul di pundak Tun M maka pastinya Kerajaan akan menang besar dalam PRU14 yang akan datang..! Pengundi cina yang berpaling arah kembali melutut kepada BN..! Siasatan dunia akan terhenti..! Seluruh dunia perlu akur bahawa ianya telah berjaya ditamatkan..!

Betul ke? atau pun sebenarnya episod baru 1MDB baru sahaja bermula..! Paluan gendang semakin kuat kedengaran..! Contohnya...

Shahrol: 1MDB tak buat salah waktu bawah saya


Mantan ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata tiada sebarang salah laku atau aktiviti tidak sah dalam syarikat itu bawah pengawasannya sebelum ini.
Katanya, beliau telah memberikan kerjasama penuh dengan jujur terhadap siasatan dan akan terus melakukannya.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berpendapat terdapat kekangan dan kelemahan tertentu pengurusan dan Lembaga Pengarah 1MDB.
Secara khusus, PAC berpendapat Shahrol perlu mengambil tanggungjawab untuk kelemahan dan kekangan-kekangan tersebut.
Laporan yang ditunggu-tunggu itu dibentangkan di parlimen hari ini, hari terakhir sidang bagi sesi ini.
Pastinya barisan pertahanan akan diperkukuh..! barisan serangan juga akan diatur..! Masing masing akan cuba menyelamatkan tengkuk masing masing..! Sebenarnya siri pembongkaran ini baru sahaja bermula...! tunggu..!
Tun M dalam reaksinya dilaporkan berkata...

Mahathir: Najib tahu, kenapa hukum bekas CEO 1MDB

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berasa sedih apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara meletakkan tanggungjawab berhubung kelemahan 1MDB kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahrol Azral Halmi.
"Saya rasa sedih pada (bekas) CEO itu, dia tidak mengasaskan 1MDB, 1MDB dimulakan perdana menteri (Datuk Seri) Najib Abdul Razak.
"(Najib) penasihatnya, apa saja yang berlaku kepada 1MDB dia mesti tahu.
"Sebenarnya tiada apa boleh dibuat tanpa persetujuannya, jadi kenapa hukum lelaki (bekas CEO) ini," kata Mahathir.
Antara kelemahan yang dipetik dalam laporan PAC mengenai 1MDB adalah pengurusan yang melanggar keputusan dan nasihat daripada lembaga pengarah, atau bertindak sebelum ahli Lembaga membuat keputusan tertentu.
Lembaga pengarahnya dalam satu kenyataan kemudian menawarkan diri untuk meletakkan jawatan.
Ketika diminta mengulas mengenai perkara ini, Mahathir menjawab bahawa seluruh 1MDB perlu dibubarkan.
"Mereka tidak melakukan apa-apa yang baik sama sekali," katanya.
Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri forum tertutup mengenai gerakan 'Selamatkan Malaysia' di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya di Kuala Lumpur.
Penasihat..! mesti tahu..! pengasas..! mesti restu..! 
Berbeza dengan Tun M yang tak tahu..! tak restu..! Itu sebab Tun M salah dalam memberikan angka..! 

Dr M: Najib betul, sebenarnya RM50b bukan RM42b

Bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah 'betul' dan beliau salah berkenaan hutang RM42 bilion yang ditanggung 1MDB.
"Laporan itu (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) kata ia bukan hanya RM42 bilion tapi RM50 bilion. Lebih dari itu.
"Jadi saya salah kerana sebut angka lebih kecil dan saya rasa RM50 bilion juga tidak betul, boleh jadi lebih lagi," kata Mahathir kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu Najib hari ini berkata laporan PAC membuktikan Dr Mahathir membuat tuduhan palsu bahawa RM42 bilion hilang dari 1MDB.
Patut la beriya iya menafikan 42 bilion..! berbuih buih mengentak meja..! salah angka..! bukan 42 tapi lebih lagi..! 50..! itu setelah tertangguh tangguh hingga lenguh..! kalau terus bertangguh dan bertempoh mungkin lebih salah lagi..! mungkin bukan lagi 50..! mungkin terus mencanak naik berpuloh puloh hingga berpeluh..!
Ingat..! bukan 42..tapi 50..!
Itu semalam..hari ni?
Lu Fikir La Sendiri!!!
3 ekor ni punya kes belum selesai beb..! Mesti ada tuan ekor ekor ni..!

50 ulasan:

  1. Umpama pergi ke pasar beli barang, sentiasa segar, tidak seperti pencacai najib yang berulang kali memberi komen palsu dan basi.

    ni terbaru dari washington post...


    BACK IN January, Malaysia’s autocratic-minded prime minister, Najib Razak, tried to decree the end to a scandal involving the appearance of $681 million in his personal bank accounts. After an attorney general he installed reported that the money was a donation from the Saudi royal family, and did not involve wrongdoing, Mr. Najib declared: “The matter has been comprehensively put to rest.” Malaysians who argued otherwise, officials suggested, risked prosecution under the country’s draconian sedition law.

    Fortunately for the rule of law in Malaysia, the strongman’s gambit failed. Revelations about alleged misappropriation of funds from a Malaysian state investment fund set up by Mr. Najib continue to pour forth, and investigations in half a dozen nations appear to be gathering momentum. Malaysia’s scandal appears likely to implicate financiers in the United Arab Emirates, Saudi Arabia, Singapore and the United States as well as some big Western banks. Perhaps most important, the chances that Mr. Najib will himself face legal and political consequences are steadily growing.

    At the center of the scandal is a fund established by Mr. Najib in 2009 called 1Malaysia Development Bhd., or 1MDB. The entity has borrowed $11 billion, and Swiss authorities are saying that as much as $4 billion may have been improperly diverted. According to the Wall Street Journal, more than $1 billion entered Mr. Najib’s personal accounts between 2011 and 2015, including the $681 million transfer, most or all of it originating with 1MDB.

    Mr. Najib has insisted the funds were not for his personal use, but were used to legally fund his party’s 2013 election campaign. According to the Journal, millions were transferred to party officials. But at least $15 million was used for personal expenses, including lavish spending on clothes, jewelry and a car. Moreover, the newspaper reported that $150 million went from 1MDB to a Hollywood production company set up by Mr. Najib’s stepson, who invested it in “The Wolf of Wall Street” and other films.

    Mr. Najib’s strategy for combating the allegations relies almost entirely on repression. Last year he fired a deputy prime minister and the previous attorney general — according to one report, shortly before criminal charges were to be brought against him. At least 15 people have been charged under the sedition law, which Mr. Najib once promised to repeal; opposition leader Anwar Ibrahim has been imprisoned for more than a year on trumped-up sodomy charges. The government has blocked news websites, deported foreign journalists and even banned yellow T-shirts used by anti-corruption campaigners.

    Click here for more information!
    Increasingly, it looks like a losing effort. Even if Malaysia’s investigators are blocked, those in other countries appear likely to move forward and expose how money was diverted. The Malaysian economy is meanwhile sputtering, and former prime minister Mahathir Mohamad has formed a coalition to seek Mr. Najib’s ouster.

    All this ought to sway the Obama administration, which has cultivated Mr. Najib even amid the growing evidence of corruption and his repressive response. Last month the State Department objected to the government’s crackdown on the media, but President Obama, who invited Mr. Najib to a round of golf in 2014, has met with him twice more since November without commenting on the mounting scandal. It’s past time for the administration to distance itself from a ruler who appears headed for well-deserved disgrace.

    BalasPadam
  2. Berbillion tuu...tu lah pasal..dia pengasas dn penasihat dn menteri kewangan pun tak tahu...macaii berbayar lebih tau hal mdb..makan gaji buta..gila apa manusia bernama mohd najib nii...semua tak tau..ProOO00ootTt

    BalasPadam
  3. Enam Perkara Tentang Skandal 1MDB Yang Kita Perlu Tahu..

    1. Ingkar keputusan dan arahan lembaga pengarah

    Menurut laporan PAC, pihak pengurusan 1MDB beberapa kali tidak mematuhi keputusan dan arahan lembaga pengarah ataupun mengambil tindakan sebelum mendapat kelulusan khusus daripada lembaga pengarah.

    Terdapat beberapa pelaburan dan pinjaman besar yang dibuat tanpa penilaian terperinci, termasuk penelitian kesannya terhadap aliran tunai syarikat. Banyak pula keputusan penting hanya dibuat melalui resolusi bertulis tanpa perbincangan dalam mesyuarat.

    BalasPadam
  4. 2. Bayar US$1.4 bilion ke Aabar Ltd, syarikat yang tidak pasti

    1MDB membayar deposit cagaran sekitar US$1.4 bilion (RM5.5 bilion) kepada Aabar Ltd tanpa persetujuan lembaga pengarah.

    Malah, bukan itu sahaja, bayaran dibuat tanpa memastikan syarikat tersebut benar-benar dimiliki dana kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).

    Sehingga kini, 1MDB masih belum dapat menentukan mana satu anak syarikat IPIC, Aabar Ltd ataupun Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, yang mempunyai nama mirip.

    3. Bayar US$700 juta ke firma tidak berkaitan urusan PetroSaudi

    1MDB tidak mendapat kebenaran lembaga pengarahnya apabila membayar US$700 juta (RM2.72 bilion) kepada Good Star Ltd pada 2009, sebuah syarikat yang tiada kena mengena dengan usaha sama dengan firma minyak Arab Saudi, PetroSaudi International Ltd.

    Daripada US$1 bilion peruntukan untuk usaha sama tersebut, 1MDB memindahkan cuma US$300 juta ke akaun bank JP Morgan (Suisse) SA milik syarikat bersama 1MDB PetroSaudi Ltd.

    Manakala bakinya masuk ke akaun RBS Coutts Bank Ltd yang dimiliki Good Star.

    BalasPadam
  5. 4. Pecat dua firma audit berturut-turut, tidak tahan disiasat

    Dalam tempoh empat tahun, 1MDB menamatkan khidmat dua syarikat audit terkenal Ernst & Young (EY) dan KPMG selepas mereka sering mendesak dokumen-dokumen penting.

    Dokumen itu gagal diberikan oleh syarikat tersebut dan ia berbeza pendapat dengan firma-firma audit berwibawa itu.

    EY diberhentikan pada 15 September 2010, sebelum 1MDB menghantar laporan kewangan pertamanya untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010.

    KPMG pula diberhentikan pada 31 Disember 2013 sebelum laporan bagi tahun 2013 dikemukakan, lalu digantikan dengan Deloitte.

    5. Berharap hutang berbilion-bilion, bahayakan Putrajaya

    Kerajaan persekutuan berdepan dengan risiko sebesar RM20.3 bilion pada Oktober tahun lepas jika 1MDB gagal melangsaikan hutangnya.

    Jumlah tersebut datang daripada jaminan kerajaan sebanyak RM5.8 bilion, surat sokongan untuk menjamin RM13.56 bilion dan juga kredit tunggu sedia sebanyak RM950 juta.

    6. Jadi ‘anak emas’ Putrajaya, dapat banyak kelebihan

    1MBD mendapat banyak kelebihan daripada pentadbiran Putrajaya yang tidak diberikan kepada anak-anak syarikat lain di bawah MOF Inc milik penuh Kementerian Kewangan.

    Misalnya, 1MDB diberikan pengecualian cukai korporat untuk semua pendapatan selama 10 tahun sejak 23 November 2010.

    Lembaga pengarahnya juga tidak mempunyai pegangan saham dan juga diberi pengecualian lain daripada peraturan kerajaan dalam aspek pengurusan bayaran perolehan, penggajian dan bonus kepada lembaga pengarah dan pengurusan.

    BalasPadam
  6. Bekas CEO 1MDB dakwa Najib enggan buat penilaian semula aset


    Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim mendakwa Datuk Seri Najib Razak menolak penilaian semula aset-aset dalam usahasama 1MDB- PetroSaudi International (PSI) walaupun kebimbangan itu diketengahkan oleh lembaga pengarahnya.
    Perkara itu dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang merujuk kepada kedudukan Najib sebagai pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
    “Selanjutnya, Lembaga Pengarah 1MDB telah mengarahkan ketua pegawai eksekutif 1MDB menyediakan kertas ringkasan komprehensif kepada pengerusi Lembaga Penasihat yang mengandungi kronologi peristiwa berkaitan perjanjian usaha sama, status pembiayaan dan ketidakpuasan hati Lembaga Pengarah 1MDB terhadap laporan penilaian aset PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd.
    “Bagaimanapun, semasa mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 7 November 2009, Encik Shahrol Azral memaklumkan penilaian kedua tidak perlu dibuat terhadap aset syarikat usaha sama tersebut kerana pengerusi Lembaga Penasihat tidak bersetuju dengan cadangan ini, tetapi mengarahkan Lembaga Pengarah 1MDB melantik sebuah syarikat perundingan bagi menilai pemilikan syarikat usaha sama.
    “Namun demikian, semakan JAN (Jabatan Audit Negara) mendapati tiada dokumen yang dapat membuktikan pelantikan perunding tersebut telah dibuat,” menurut laporan itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kahkahakah..geng pjilat juboq hasmah copy paste dr Malaysikini ke?/dlu kata malysikini penipula..bodo punya UMNo pUIIIkk kikiki

      Padam
    2. 12.46, Lu ada sakit ka?

      Padam
    3. Anggap saja Kejora Liberal ini punching bag kita. Shadow boxing pun kadang2 membosankan.

      Padam
  7. tunggu lah PRU 14....

    BalasPadam
  8. semuanya suci murni..duit tak hilang,tapi hutang 42b bukan 50b..kemana duit itu pergi..dlm kertas semua ada..orang luar dok sedang siasat..PAC tak siasat ke aset luad negara yg dilaburkan. Tiga monyet di atas tu apa citer? Kira2 dgn laporan audit oleh PAC maka 1mdb dan Jibby sudah selesai & suci murni.puuiiihh...

    BalasPadam
  9. Di episod akhir derama ini mungkin yang didapati bersalah office boy kerana salah menghantar surat?.Kemungkinan timbulnya persoalan dengan masalah 1MDB atas kecuaian penghantar surat yang tidak kita kenal pasti siapa beliau.Tamat cerita.Bersuka rialah mereka2 yang telah terlepas atas salah laku penghantar surat.Maka banyaklah botol2 wine akan terhidang untuk menyembur bagi menyambut kegembiraan.Ini cerita macam orang kena penyakit kencing manis.bila ditanya ada sakitkah tak,jawapan, saya ok saja.Bila lupa dan terpijak kaca maka meroboklah kecederaan tadi hingga kaki mesti dipotong bagi mengelak jangkitan.Ingatlah apa yang menyebabkan terjadi semua ini.Ego, bongkak,nafsu akan menyembamkan kita kabumi.

    BalasPadam
  10. Aku takut ada lagi yang kena letooop ni!!!
    Tk pun kena tolak terjun tingkap!!!
    atau kena simen!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko tu pjilat pungkoq madir je..nak takut apa bigai!!..bodo!

      Padam
    2. 12.47 apa citer?

      Padam
  11. Hello cai penyamun sekelian....

    MANA PERGI LAPORAN AUDIT 1MDB??? LAPORAN NI SANGAT PENTING, ALIRAN WANG KELUAR MASUK.

    Laporan pac belum lengkap tanpa laporan audit. Cai bingai dah terkinja kinja macam monyet kena belacan semalam. Game baru bermula tp cai dah pancut awal.

    P/s Bugis tak tahu duit masuk akaun tapi tahu pula berbelanja shopping sakan guna duit tu...

    BalasPadam
  12. Kahkahkah..
    Nmpk x.. mamak tersilap angka. Bukan 42B tp 50B..

    Kahkahkah.
    Nmpk sgt fitnah jahat nk memalukan pahlawan bugis gagah perkasa pejuang sejati berlapang hati..

    Kahkahkah..
    Maka kerana tersilap angka, tuduhan itu semua tak berasas dan fitnah belaka.
    1MDB tiada maslan spt mana saranan ahmad masalah.

    Kahkahkah..
    Cai mamak pasti akan kona sana sini nk mngutuk 1MDB lg.
    Percayalah proton itu jauh lg teruk dr 1MDB.
    Xperlu bukti dan fakta. Percaya sajelah.

    Kahkahkah..
    Lihat bagaimana kerajaan saudi myambut kdatangan PM msia paling hebat dlm sejarah sudah menjadi bukti 1MDB tiada maslan.

    Go fly kite la bro..
    Kahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha...ayat berterabur broo...

      Padam
    2. Takder sape yg nak baca lu punya tulisan chai

      Padam
    3. Baik punya sarcastic

      Padam
  13. Saya percaya ramai yang masih belum baca keseluruhan 106 mukasurat laporan PAC itu. Nasihat saya bacalah. Percayalah, anda akan punya konfiden level yang lebih tinggi selepas baca laporan itu. Anda akan mudah faham dan mampu menghabiskan pembacaan dengan cepat kerana -

    Laporan PAC telah MEMBUKTIKAN segalanya BENAR ! 

    PAC telah mengesahkan setiap laporan dan dakwaan yang kita buat berkaitan 1MDB selama ini. Baik berkenaan cerita disebalik permeteraian kerjasama 1MDB-Pertrosaudi seperti yang didedahkan sebelum ini maupun minit2 mesyuarat yang menguatkan hujah2 kita.... dan PAC kasi cap jari.

    Semuanya BENAR belaka .... kata PAC.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan laporan PAC juga telah membuktikan bahawa Arul, Najib dan semua gerombolannya yang lain adalah PENIPU BESAR sebab dari awal dulu mereka mengatakan 1mbd ok sahaja. Padahal laporan PAC menunjukkan sebaliknya.

      The game is NOT over yet, pal.

      Padam
    2. Sudah terang lagi jelas, terdapat salah laku Najib dalam laporan PAC ini, yang jadi kambing hitam adalah sharol bekas CEO 1mdb

      Padam
    3. Saya akhirnya bersetuju dgn laporan PAC PM Najib tidak secara langsung (not directly) terlibat dgn kesalahan2 yang dilakukan oleh 1MDB.

      Akan tetapi, Memteri Kewangan harus dipertanggung-jawabkan kerana 1MDB adalah di bawah naugan & kuasa Kementerian Kewangan.

      Padam
    4. Pada saya Shahrol bukan Kambing Hitam tapi KAMBING BANDUT .

      Persoalan besar....macam mana Kambing Bandut yang tak cekap & tak amanah ini diberi kepercayaan & kuasa oleh Najib, bukan saja di 1MDB tapi juga.....

      PEMANDU’s Director of Oil, Gas & Energy and Financial Services’ National Key Economic Areas (NKEA),

      He too handle the Government’s Role in Business Strategic Reform Initiative (SRI).

      He is also the President and Chief Executive Officer of Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC).

      Cekap betul Najib... boleh sesiapa ulas sikit.....????

      Padam
  14. Apanama esok jangan.lupa gang mamak botak dan kawan2 pluralist... syiah...komunis... bawak sepanduk tan eng giaw penipu ke... surat2 dari WSJ..Bank Swiss... Panama News dan segala yg boleh naikkan suhu dan arahan fitnah yahudi rothchild .... bank rothchild pun dah ada di malaysia di Menara 29th floor UBN tower tel 03 2687 0966 fax
    2070 1001...macai mamak bole. telephone mintak tolon apa yg patut mna tahu fitnah siri kedua jadi kenyataan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cai..
      Goldman sachs tu yahudi ke bugis..
      Kahkahkah

      Padam
    2. in the first place, PM @ Finance Minister mana yg gatal tangan menjemput & memberi lesen kpd Banker Yahedi Goldman Sachs beroperasi di Negara Islam yg kononnya PM nya juga seorang Muslim......????? Apa yang tersirat dan tujuannya sebenar orang yg meluluskannya?

      Jawab....jgn tak jawab....!!!!

      Padam
  15. Laporan PAC telah MEMBUKTIKAN segalanya BENAR !
    Pac telah mengesahkan setiap laporan dan dakwaan yang kita buat berkaitan 1MDB selama ini. Baik berkenaan cerita disebalik permeteraian kerjasama 1MDB-Pertrosaudi seperti yang didedahkan sebelum ini maupun minit2 mesyuarat yang menguatkan hujah2 kita.... dan Pac kasi cap jari.

    Semuanya BENAR belaka .... kata Pac.

    Anda boleh baca ringkasan isu2 yang selama ini kita ungkitkan dan kini telah disahkan oleh Pac di SINI dan SINI. ( kita akan sentuh dengan lebih terperinci di artikel lain )
    Jadi kita akan merasa teramat hairan kenapa Najib dan cai2nya mengaku laporan Pac telah membersihkan nama Najib ?
    Cuba minta mereka tunjukkan di mana dari banyak2 masalah 1MDB yang Pac kata semuanya OK ?
    Di mana yang Pac ada kata tidak wujud sebarang isu penyalahgunaan kuasa atau tidak ada kes songlap wang 1MDB ?

    BalasPadam
  16. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat secara langsung dalam kelemahan pengurusan oleh syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) berdasarkan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

    Naib Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw berkata, ti­dak benar untuk mengaitkan Najib yang merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat syarikat berkenaan sedangkan segala urusan 1MDB ditentukan oleh Lembaga Pengurusan.



    Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong memberitahu, nama Najib hanya timbul semasa melihat kepada senarai Lembaga Penasihat 1MDB sahaja dan selain daripada itu tiada kaitan.

    “Kita tidak boleh kata Perdana Menteri terlibat apabila syarikat ini diuruskan oleh pihak pengurusan, pihak eksekutif. Kami kaji semua ini dan nama Perdana Menteri tidak terlibat secara langsung.

    “Lebih baik kita lihat kepada pihak yang terlibat secara terus, itu langkah yang lebih baik. Kita sepatutnya mengikut peraturan undang-undang bahawa seseorang itu tidak salah selagi tidak didapati bersalah.

    “Saya berpendapat Ahli Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan yang perlu disiasat dalam isu ini. Bagaimana kita mahu ambil tindakan terhadap pihak yang tidak buat apa-apa,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari.

    Mengulas lanjut, Seng Giaw menjelaskan, siasatan PAC terhadap pihak Lembaga Pengurusan 1MDB mendapati wujud kelemahan yang amat besar.

    Misalnya, kata Seng Giaw, pihak Lembaga Pengurusan membuat keputusan tetapi tidak semestinya diikuti oleh pengurusan syarikat.

    “Pengurusan buat keputusan sendiri. Ini kelemahan besar, tambahan pula pihak pengurusan tidak ikut cara yang berhemat dalam uruskan semua ini dan sebab itu kita berhadapan dengan masalah. Tan Seng Giaw Ahpi Parlimen DAP

    BalasPadam
  17. Beliau ni bukannya calang2 orang. Beliau merupakan anggota PAC. Kalau anggota PAC kita X mahu dengar.....Nak dengar cakap siapa Lim Kit Siang??? Guan Eng? Anak2 Mendiang Karpal Singh???
    Tan Seng Giaw....

    BalasPadam
  18. “...Legally speaking, how can you take action on those (to Najib) who have done nothing...”
    “...From our investigations, we found that he (Najib) is not directly involved. His name only appears in the board of advisers..”
    - Dr. Tan Seng Giaw (Timbalan Pengerusi PAC)
    Dr Tan Seng Giaw juga adalah Ahli Parlimen DAP Kepong. Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu menegaskan bahawa isu 1MDB sebenarnya lebih kepada aspek urus tadbir yang lemah.

    Kita pasti selepas ini Dr Tan Seng Giaw akan dituduh oleh pencacai pembangkang dan ProTun sebagai pemakan dedak dan silap-silap sebagai Ahli UMNO.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dr. Tan Seng Giaw bercakap berdasarkan ruang lingkup siasatan PAC.. tapi maklumat PAC tak lengkap.. penyata bank luar negara tak de.. penyata kewangan takde... Sebagai seorang Perdana Menteri dan menteri Kewangan.. Najib perlu bertanggungjawap ke atas 1mdb..

      Padam
  19. Although the Public Accounts Committee’s report on 1MDB presented to Parliament today has not implicated Prime Minister Najib Tun Razak in any wrongdoing, he still must be held accountable for what happened, said DAP’s Tony Pua, who is one of the panel members. “The only thing we have on Najib is the shareholders resolutions which he signed,” Tony Pua said. “He signed all these deals. At the very least, he should be held ministerially accountable.” That sums up what the one-year of mud-slinging and unfounded accusations has been reduced to. There is no evidence of any criminal activities, RM42 billion of 1MDB’s money has not disappeared into thin air, and RM2.6 billion of 1MDB’s money has not been transferred to the Prime Minister’s personal bank account. All we have is an allegation of bad management and the assumption that surely the Prime Minister must have been aware of this, and even if he was not, the buck still has to stop at Najib’s table. Being held accountable for bad management or poor business decisions is a far departure from the allegation of stealing billions of the taxpayers’ money for personal use. Perwaja, MAS, Proton, the RM30 billion Forex losses, Maminco, BMF, and much more, were all cases of either bad management or bad business decisions. But no one was asked to be sent to jail for theft involving the taxpayers’ money. Now that this whole matter has been put in its proper perspective, Malaysians need to move on. For more than a year we have been under the dark cloud of unfounded allegations that Malaysia’s Prime Minister is a thief. Najib was subjected to trial by media and was convicted in the court of public opinion. This is something the opposition has been opposed to and would never tolerate but when it comes to Najib the opposition condones it. We must note that the PAC does not serve the government. It represents Parliament and comprises members from both the government and the opposition. And the report cannot be released unless there is a consensus from all the PAC members who are unanimous in that the findings are factual and unquestionable. Under Najib’s watch debates and free speech are allowed more than they were in the past. But Malaysians need to differentiate between freedom of speech and slander. People need to also be free from being slandered. So under the umbrella of free speech that does not give you the right to slander anyone. And in cases of slander, civil or criminal action can be taken against you. After all, the other person being slandered has as much rights as the person slandering. Let the 1MDB affair be a lesson to the government. When dealing with the taxpayers’ money we need professional, competent and experienced managers. Too many times we have seen losses due to bad decisions. To meet the challenges ahead of us we need to give the job to the right person. And this has to be the strategy we adopt in bringing Malaysia forwad

    BalasPadam
    Balasan
    1. 5:32....

      That's more like it. Worthy for consideration and sound impartial without bias and prejudice.

      Padam
  20. Tan Seng Giaw replied ...Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong memberitahu, nama Najib hanya timbul semasa melihat kepada senarai Lembaga Penasihat 1MDB sahaja dan selain daripada itu tiada kaitan.

    “Kita tidak boleh kata Perdana Menteri terlibat apabila syarikat ini diuruskan oleh pihak pengurusan, pihak eksekutif. Kami kaji semua ini dan nama Perdana Menteri tidak terlibat secara langsung.

    “Lebih baik kita lihat kepada pihak yang terlibat secara terus, itu langkah yang lebih baik. Kita sepatutnya mengikut peraturan undang-undang bahawa seseorang itu tidak salah selagi tidak didapati bersalah.

    “Saya berpendapat Ahli Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan yang perlu disiasat dalam isu ini. Bagaimana kita mahu ambil tindakan terhadap pihak yang tidak buat apa-apa,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari.

    Mengulas lanjut, Seng Giaw menjelaskan, siasatan PAC terhadap pihak Lembaga Pengurusan 1MDB mendapati wujud kelemahan yang amat besar.

    Misalnya, kata Seng Giaw, pihak Lembaga Pengurusan membuat keputusan tetapi tidak semestinya diikuti oleh pengurusan syarikat.

    “Pengurusan buat keputusan sendiri. Ini kelemahan besar, tambahan pula pihak pengurusan tidak ikut cara yang berhemat dalam uruskan semua ini dan sebab itu kita berhadapan dengan masalah.

    “Saya harap kita dapat siasat siapa yang lakukan ke­salahan ini, terutamanya pihak pengurusan. Siapa? Di mana? Siapa benar-benar terlibat dalam kesalahan ini,” jelas beliau

    BalasPadam
  21. erdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat secara langsung dalam kelemahan pengurusan oleh syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) berdasarkan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

    Naib Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw berkata, ti­dak benar untuk mengaitkan Najib yang merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat syarikat berkenaan sedangkan segala urusan 1MDB ditentukan oleh Lembaga Pengurusan.

    Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong memberitahu, nama Najib hanya timbul semasa melihat kepada senarai Lembaga Penasihat 1MDB sahaja dan selain daripada itu tiada kaitan.

    “Kita tidak boleh kata Perdana Menteri terlibat apabila syarikat ini diuruskan oleh pihak pengurusan, pihak eksekutif. Kami kaji semua ini dan nama Perdana Menteri tidak terlibat secara langsung.

    “Lebih baik kita lihat kepada pihak yang terlibat secara terus, itu langkah yang lebih baik. Kita sepatutnya mengikut peraturan undang-undang bahawa seseorang itu tidak salah selagi tidak didapati bersalah.

    “Saya berpendapat Ahli Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan yang perlu disiasat dalam isu ini. Bagaimana kita mahu ambil tindakan terhadap pihak yang tidak buat apa-apa,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari.

    Mengulas lanjut, Seng Giaw menjelaskan, siasatan PAC terhadap pihak Lembaga Pengurusan 1MDB mendapati wujud kelemahan yang amat besar.

    Misalnya, kata Seng Giaw, pihak Lembaga Pengurusan membuat keputusan tetapi tidak semestinya diikuti oleh pengurusan syarikat.

    “Pengurusan buat keputusan sendiri. Ini kelemahan besar, tambahan pula pihak pengurusan tidak ikut cara yang berhemat dalam uruskan semua ini dan sebab itu kita berhadapan dengan masalah.

    BalasPadam
  22. Tabik springgg Tan Seng Giaw
    Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah meneliti semua bukti berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat secara langsung dalam isu membabitkan syarikat berkenaan.

    Naib Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw berkata nama Perdana Menteri hanya disebut semasa siasatan bersama lembaga penasihat 1MDB kerana Najib merupakan pengerusi lembaga berkenaan.

    "Kita mengkaji semua ini, kita nampak dia tidak terlibat secara langsung, cuma namanya disebut semasa siasatan bersama lembaga penasihat kerana dia (Najib) pengerusi, selepas itu tiada. Paling banyak membabitkan pengurusan. Ia adalah kedaulatan undang-undang, anda tidak boleh kutuk seseorang sehingga dia didapati bersalah,"

    BalasPadam
  23. Keputusan PAC ini adalah persetujuan konsensus semua ahli jawatankuasanya termasuk 5 ahli parlimen Parti Pembangkang dan Naib Pengerusi DAP Malaysia yang juga merupakan Naib Pengerusi PAC.

    Timbalan Perdana Menteri DS Ahmad Zahid dilaporkan berkata bahawa laporan PAC harus diterima sebagai laporan rasmi dan tidak dijadikan polemik politik.

    "Dengan ini, saya harap perkara ini (laporan) tidak jadi polemik politik sebaliknya diterima sebagai satu laporan rasmi yang dibuat oleh PAC di mana lantikan ini dibuat oleh Jawatankuasa Hak yang telah ditentukan oleh anggota-anggota Parlimen Barisan Nasional dan pembangkang," katanya sapa kata....Tan seng giaw DAP

    BalasPadam
  24. Tan Seng Giaw ahli parliment DAP
    RM42 bilion tidak hilang dan RM2.6 bilion wang 1MDB tidak pernah masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri seperti yang difitnah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
    Dan selepas Laporan PAC itu, Lembaga Pengarah 1MDB telah mengeluarkan kenyataan memutuskan untuk menawarkan perletakan jawatan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

    BalasPadam
  25. Kita tahu dah tapi pembangkang & madey yg dok kelentong selama ni..

    BalasPadam
  26. Hahahahahaha.... Pemakan dedak tetap tak boleh terima kenyataan walaupun sesiapa yang menyiasat betul-betul kes najib ni tak menemui kesalahan najib dalam isu 1mdb dan 2.6b...

    Tubuh la jawatankuasa siasatan diraja sekalipun, kalau keputusannya masih memihak kepada najib, mamak kerala serta lembu-lembunya tetap kata keputusan tu tak boleh diterima....

    Kalau dah benak sebab makan dedak banyak sangat memang tak boleh buat apa-apa dah....

    Kah kah kah kah kah kah

    BalasPadam
  27. Berkawan pula dengan orang tua yang kerjanya hanya nak jatuhkan PM, buat cerita itu ini... Bukti satu pun tiada.. Aku cukup yakin kes saman orang tua tu dan dua ekor balacinya terhadap najib akan menemui kegagalan.

    Kah kah kah kah kah kah

    BalasPadam
  28. Blogger mamak kerala dah terpancut lebih awal... Tapi salah pancut masuk lubang jamban... Boddoww

    Blogger pemakan dedak orang tua mamakdey dakwa itu ini malah mereka nak tunjukkan mereka lah yang paling awal dapat bukti 'kesalahan-kesalahan' najib. Tapi bila pac keluar laporan mereka tak mahu terima kenyataan pula.

    Ada sekor blogger tu, tagline dia kononnya 'mencari kebenaran yang sebenar'... Pun sama juga, tak boleh hadam kenyataan yang paling sahih...

    BalasPadam
  29. Tapi kesian... Mamak kerala tak berani nak jawab soalan lain.. Kenapa tak tolong rafizi, siapa akan ganti najib lepas dia ditumbangkan??? Mamak kerala tak mampu nak jawab la... Setakat buat kenyataan sinis tanpa menjawab secara direct tu dah jadi tabiat semulajadi orang tua tu.

    Patut la deklarasi syok sendiri orang tua tu tiada kejayaan langsung... Pembangang lain tengok pun deklarasi tu layak buat kertas lap bontot lim kit siang je....

    BalasPadam
  30. samdol othman ahmad
    satu blog pencacai tegar berbayar pakatun dr tgh malam semalam meroyan xleh tido. xleh trima hakikat laporan PAC. org2 suruhan xsemua failed xleh pakai...blog tu dibiaya penuh puak pakatun.satu hari 2-3 entry bantai fitnah najib non stop.jenuh merangkaklah nk mntk ampun nnt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 5:49.....

      For goodness sake, pls write intellectually instead of hurling garbage brainless comment. Got it, dude.....????,

      Padam
  31. Wowww kita lihat betapa bijak strategi serampang dua mata dap, seorang dari tan seng giaw dan seorang lagi dari tony phua.

    Sebelum tu nak bagitau chai, najib dan punahsihatnya memang bodoh bin bahalol....

    Strategi tan seng giaw dap adalah camni...

    1.Jika kekalkan najib sehingga pru peluang dap dan pakatan menang adalah 95 %.

    2.jika najib letak jawatan 6 bulan sebelum pru peluang dap dan pakatan menang adalah 70 %.

    3.jika najib letak jawatan hari ini peluang dap dan pakatan menang adalah 55 %.

    Jadi manakah dap dan pakatan pilih? 1, 2 atau 3? Adakah najib sedar tentang perkara ini?


    Bagaimana pula dengan satu lagi strategi dap dan tony phua?

    Chai nak tau? Minta dengan baik, kerana kami rakyat marhaen bersedia membantu cara2 serta tip2 dan teknik menjawab.

    Nak tak chai?

    BalasPadam
  32. Apa yang disebut oleh Naib Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw bahawa Najib tidak dikaitkan dengan sebarang kesalahan sebenarnya adalah khusus berdasarkan dokumen 1MDB yang kita lihat setakat ini dan bukannya berdasarkan keseluruhan dokumen milik syarikat pelaburan itu.

    "Dokumen yang ada (sudah disiasat) memang tidak ada penglibatan Najib. Dokumen yang tidak ada (tidak diberikan oleh 1MDB kepada PAC), kita tak tahulah.

    "Seperti yang saya pernah sebut dalam kenyataan sebelum ini, masih banyak dokumen yang tidak diserahkan kepada PAC. Kenapa tak bagi?"

    - "Antara dokumen yang tidak diserahkan ialah rekod dan penyata perbankan bagi transaksi 1MDB di luar negara. Memandangkan dakwaan salah laku terhadap Najib, khususnya berkaitan wang derma yang diterimanya melibatkan transaksi luar negara, jika semua dokumen itu diserahkan, PAC dan Jabatan Audit Negara dapat membersihkan nama beliau.

    BalasPadam