Isnin, 4 April 2016

HOT ~ Dah Saman..!


Biar betik..! Layan...

Lagi Cerita Belanja Mewah PM


A Kadir Jasin

 
FAKTA sejarah yang kita dah tahu: masa lebih setengah juta rakyat jelata dilanda banjir besar hujung tahun 2014, Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak, main golf di Hawaii dengan Presiden Amerika Barrack Obama.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Main golf di Hawaii ketika negara dilanda banjir besar
FAKTA sejarah yang dah kita tahu: bila rakyat jelata dapat tahu hal itu melalui Internet dan media sosial, dia bergegas balik sampai “lupa” jet eksekutif mewah hak Kerajaan Malaysia (hak rakyat jelata la tu) dan “tinggal” isteri.

FAKTA sejarah yang dah kita tahu: jet eksekutif mewah milik negara itu tiba-tiba dikesan oleh Flightradar24 di tanah besar Amerika.

FAKTA yang baru didedah: Masa bercuti di Hawaii, Mohd Najib guna kad kredit sebanyak AS$130,625 (kira-kira RM522,500) di butik beg tangan Chanel, Honolulu pada 22 Disember 2014. Duit banyak tu cukup untuk dirikan dua buah masjid kampung.


Sekali belanja di Chanel cukup untuk bina 2 buah masjid macam ini
Yang kita tahu, gaji pokok Perdana Menteri setahun hanya kira-kira RM273,912. Maksudnya belanja di butik Chanel dekat dua kali ganda setahun gaji. 

Sebelum itu, pada 24 Ogos 2014 kad kredit Mohd Najib digunakan di sebuah toko Sardnia, Itali untuk perbelanjaan sebanyak Euro 750,000 (kira-kira RM3.2 juta) - cukup untuk taja 260 penuntut universiti dalam negara sepanjang pengajian.

Dari mana dia dapat banyak sangat duit tu? Adakah keturunan dia kaya meliana? 

Ini buka cerita dongeng yang saya reka. Ini satu lagi cerita surat khabar Wall Street Journal (WSJ) berkenaan “derma” berbilion ringgit yang kononnya dia terima daripada Arab.

Julai tahun lepas Mohd Najib kepal penumbuk besar lutut nak saman WSJ kerana fitnah. Belum apa-apa Utusan Malaysia dah “headline” - PM Saman WSJ - tapi sampai hari ini Mohd Najib tak saman lagi. Macam-macam sebab dia bagi dan berdolak-dalik dia buat. 

Sampai la tak saman lagi Utusan ooi!
Kalau tak buat salah dan WSJ auta samanlah cepat-cepat. Minta ganti rugi RM2.6 bilion dan kongsi dengan rakyat jelata yang tengah susah.

Rezeki Terpijak Ala Aladin

Cerita dermawan Arab ini lebih hebat daripada cerita Ali Baba Dengan Lampu Ajaib. Mula-mula sembunyi. Lepas itu kata seorang Arab derma. Kemudian beberapa orang Arab. Lepas tu Raja Arab (Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz A Saud yang mangkat Januari 2015). Yang paling baru seorang bernama Saud Abdulaziz Al Saud. Jabatan Perdana Menteri pun turut sahkan cerita terbaru ini.

Yang peliknya, mula-mula semua penyokong Mohd Najib kutuk program televisyen Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) pasal skandal duit dia. Ada yang kata fitnah. Ada yang kata dendam. Ada yang kata karut.

Tapi dok tak dok semua lompat macam kera kena belacan bila rancangan itu siarkan sepucuk surat tahun 2011 yang kononnya dari seorang bernama Prince Saud Abdulaziz Al-Saud.

Surat kononnya dari penderma Arab
 Dalam surat itu, Al-Saud kata dia yang bagi derma kepada Mohd Najib pasal kagum dengan cara Mohd Najib tegakkan syiar Islam. Hebat. Dua tahun jadi Perdana Menteri dah diiktiraf juara Islam.

Pasal selalu sangat ubah jalan cerita dan banyak sangat dolak-dalik, ramai orang tak percaya plot amal jariah Arab ini.

Sampai hari ini pun tak ada seorang Arab yang tampil mengaku dialah Al-Saud. Tak seorang pun ahli keluarga Raja Arab yang boleh dikaitkan dengan sedekah itu.

Yang paling dekat adalah kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel bin Ahmed al-Jubeir, Februari lepas yang kata, ia bukan derma keluarga di-raja tetapi pelaburan. Takkanlah Menteri Raja Arab berani auta?

Ramai Syak Duit 1MDB

Pasal itulah lebih orang yang faham perniagaan, pemindahan antarabangsa wang dan pengubahan wang haram (money laundering) tak percaya duit yang masuk akaun peribadi Mohd Najib di AmBank itu derma Arab.

Mereka lebih berat percaya duit itu dari 1MDB atau melalui kegiatan pemindahan wang yang babitkan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd, sebuah lagi anak syarikat Kementerian Kewangan. WSJ kata Mohd Najib terima lebih AS$1 bilion (RM4 bilion) dalam akaun peribadi dia.

Pada 29 Disember lepas, Peguam Negara Switzerland kata, sehingga AS$4 bilion (RM16 bilion) duit 1MDB mungkin telah dilesapkan (misappropriated).

Peguam Negara Switzerland kata duit 1MDB dilesapkan
 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada bulan Jun tahun lepas dakwa dana 1MDB sebanyak RM27 bilion tak dapat dikesan. Tentulah 1MDB jawab tak betul. Tapi kalau ikut surat Peguam Negara Switzerland, mungkin betul dakwaan Dr Mahathir itu cuma jumlahnya tak sama.

Bukan Switzerland saja siasat 1MDB. Banyak negara dan agensi luar yang siasat dan bekukan duit yang bersangkut paut dengan 1MDB. Mereka syak ada kegiatan rasuah, melesapkan wang dan pengubahan duit haram.

Selain Switzerland, negara-negara lain yang siasat 1MDB adalah Singapura, China (Hong Kong), Amerika Syarikat, United Kingdom, Abu Dhabi, Australia dan terbaru, Luxembourg.

Malah pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) dah sekat perjalanan dan beku akaun dua orang eksekutif Arab yang berurusan dengan 1MDB. Mereka adalah bekas Pengerusi Aabar, Khadem Al Qubaisi, dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aabar, Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny. Al-Husseiny hadapi kemungkinan dihantar ke Amerika Syarikat atas permintaan Jabatan Kehakiman Amerika berhubung siasatan pengalihan wang haram. 

Aabar dan induknya, PetroSaudi International, pernah jadi rakan kongsi 1MDB. 

Al-Husseiny kiri sekali

Paling menekan bagi Mohd Najib, isterinya (Datin Paduka Seri Puan Puti Reno) Rosmah Mansor, anak Rosmah Riza Shahriz Abdul Aziz, pengurusan 1MDB dan sekutu mereka Jho Low adalah siasatan Juri Agung (Grand Jury) yang sedang berjalan di Amerika Syarikat.

Tujuan siasatan kehakiman itu adalah bagi memastikan sama ada kegiatan perniagaan, termasuk pembelian apartmen mewah dan pembiayaan filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza dan Jho Low libatkan duit haram.

Soalnya, berapa lama lagi pemakan dedak Mohd Najib boleh mengabui mata rakyat jelata dengan cerita penderma Arab ini?

Kewujudan pemakan dedak pro-Mohd Najib ini disahkan sendiri oleh Ketua Penerangan Umno yang baru, (Datuk Seri Panglima) Annuar Musa dalam temu ramah dengan akhbar Sinar Harian baru-baru ini.

Annuar sahkan ada pemakan dedak PM
Dalam perang siber yang sekarang dikepalai oleh Datuk Ahmad Maslan mereka sudah kalah. Setiap kali mereka membuat tampalan mempertahan atau menyokong Mohd Najib mereka kena belasah teruk.

Di pihak lain pula, audiens media arus perdana yang terdiri khususnya daripada orang Melayu semakin menguncup.

Wallahuaklam.


Kertas takkan mampu membungkus api..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

24 ulasan:

  1. Bangkai2 bernyawa dedak habis modal yang amat sgt... dah muflis dah.
    Cuma aku nk tergelak sapa lah yg berakal nak jilat cerita2 mcm ni.. bak sini tunjuk bil belaja atas nama Najib Rosmah oleh lah gagak sikit2 nk mula hujah...tu pun belum boleh percaya sebab gerakan konspirasi besar takkan lah belanja dah ratusan juta tabur dedak tp tak boleh bikin reka 'bukti' yang boleh masuk mahkamah.

    tp sampai sekarang tak boleh tunjuk satu bukti jelas mana dia Najib ni pecah amanah/ rasuah/ bermewah dgn duit negara? *duit dia lantak dia lah. anak Mamaktuntaik billionaire pun kita tkpersoalkan walaupunbanyak unsur seleweng bapa.

    Cerita Lim tokong CM Penang terburai banyak bahan bukti rasuah dan penglibatan kartel kongsi gelap Cina..blog haram jadah ni langsung tak cover sikit cerita... awhy??

    ooohh lupa mamaktuntaik dah sain DeklaBASI dgn taukeh besar kongsi gelap cina-DAPig.

    #RespectMyPM
    #HidupNajib
    #HidupUMNO

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pilihan baca atau tutup mata. Semua senarai terperinci shopping di kedai mana, tarikh bila, harga berapa dan bayar dgn apa, semua ada.

      Maklumat semua dpt tepat. Kedai Channel di Hawaii relaks je bagi info. Kalau kedai di msia agaknya dah dipaksa tutup kedai.

      Allah maha melihat. Tepuk dada tanya iman.

      Padam
    2. Penang memang memeningkan sejak Tun Dol ambil alih yg malas bekerja, asyik zzzzzzzz. Sejak itu cakap & sikap orang Penang memang memeningkan. Penang kita angggap 'gone case'.

      Padam
  2. makan dedak sudah mari...

    BalasPadam
  3. Lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada kata2nya. Kalau dah berkali-kali cakap bohong - mula-mula tak mengaku duit masuk dalam akaun sampai lah putera arab entah mana-mana yang derma, siapa nak percaya lagi cakap orang macam ni. Mungkin Tanpa Nama 10:27 mempunyai asal-usul keturunan hamba abdi yang sentiasa percaya cakap tuannya

    BalasPadam
  4. Kalau shift malam ni selalunya biawak pemakan dedak. Atau mungkin juga anjing, yg buat OT. Maklumlah nak kumpul dedak sebanyak yg dapat. Dah tak lama dah tuan nak berangkat ke Arab Saudi.

    Kesyiannyerrr...

    BalasPadam
  5. 1027.. 'duit dia lantak dia lah'..
    .. kalo itu memang duit mak bapak dia atau duit mak bapak ngko memang la takder hal..ngko ader bukti ker yg itu duit dia??!!.. bole tunjuk dari mana datangnya yg ngko katekan itu duit dia??!!.. saper yg habis modal??!!.. penyamun pujaan ngko smpi skang tak berani berdepan bagi pencerahan.. saman jauh sekali la..yg dok terlalak lalak bg hujah longkang macai macai pemakan dedak!!


    #PenjaraSiPenyamun
    #HidupRakyat
    #RakyatBangkit

    BalasPadam
    Balasan
    1. nampak sangat pemakan dedak bangkai takde kepastian, dari hari mak bapak kau lahir ko mmg dh mula diasuh dengan sifat kotor benci dan fitnah. TAk hairanlah jenis makan bangkai walaupun busuk. Setakat main serkap jarang kalau2.. itulah haya akhir pemakan dedak bangkai... turun demo anti GST tayang Porche Cayenne alih2 macai PGayR bawak sepanduk HALAU Mahafiraun.. dengan penuh hina... org tak hormat langsung.. zero

      Dlu dlm UMNO org jilat tapak kakinya. Sampai pencen pun buat hal ahli2 UMNO jaga jugak perasaan dia. Tp dia MUDAH LUPA. Nah amiklah kt luar mcm mana org pembangkang hina diawpun nak cuba jilat semua kahak lama 1998 menzalimi Anwar.

      TUhan Tunjuk dengan JELAS. Kasihan.

      Teruskan lah. selagi rasa Tuhan tak cabt nyawa

      Padam
    2. Kelapa tua banyak santannya.
      Kelapa muda ditebuk tupai.
      Satu dunia dah banyak berkata.
      Duit 'derma' dah kena tibai.

      Padam
  6. WSJ suratkabar lintah darat yahudi rothchild...bila wsj siar artikel yg croat trrkinja kinja mamak lupa diri sahut menyahut antara satu sama lain...memula clara bohsia... rapizi sotong ... Tony phua chicken pox lepas tu mamak bohjan. .. 3 barua ni senyap sunyi dah ada cabut lari luar negara tinggal bohjan tua ni buat reka cerita..... yg timbul banyak cerita persepsi dari reality... yg pasti jangan pilih PM dari utara lagi suma barua yahudi pluralist. ..syiah dan komunis.... bukti pemimpin barua dari utara yg suka mrnjaja islam dah banyak... suma prmimpin haprak datang dari utara.... budak botak pun direjek dinegeri kelahiran sendiri ada ati nak jadi PM... puiiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro sgt jelas puak jahanam dan mamaktunthaik ni bertolongan antara satu sama lain dgn pengkhianatan amat dhsyat,

      BUkan pasal Najib ada apa2 kesalahan jenayah pun tapi satu rebutan besar kuasa yang luar biasa keterdesakkannya.

      Adat Muslim yang sudah terlalu lanjut usia.. dia akan risaukan dosa dirinya.. masa akan byk untuk tebus dosa lalu...banyak buat baik.. takkan buat dosa dgn org2 lain. Tp ini luar biasa... dr insan yang betul briman dan takut akan mati.

      Keterdesakannya ialah untuk jatuhkan Najib bukan untuk guna masa baki bonus Allah bg untuk tumpu amal, taubat dan jauhi kerja2 buruk.


      KETERDESAKAN apakah yang pelik benar melanda TunMamak ini sehingga dia tak rasa kubur sgt hampir dengannya berdasarkan adat umur. Kita tak nafikan bila2 masa kitapun akan dijemput Allah tanpa isyarat... sbb itu kita takut Terlajak Dosa.. yang tak jelas takdk hukum bukti jgn cari pasal pergi labur dosa pada org lain.

      Takut disisiAllah org itu lepas. kita yang taktau macam mana.

      Janganlah terlajak laris membina dosa. puak2 ni luar biasa benar kunun nk tnjuk ;pejuang' ketelusan.. tp kenapa hanya Najib??

      Org lain sudah dt sijil jamin bebas dosa atau salah laku kah? terutama yg 22 tahun jd PM. lag banyak kumpul kesilapan dan salah laku... apakah betul clean??

      JAngan bohong Tuhan. Tuhan Maha Mengetahui!!

      Padam
    2. Dua ekor ini sekolahnya di mana ye? Apahal pulak Yehudi Rothchilds dikaitkan dgn TDM. Dah tentu sah2 si Najib yg bagi lesen & bersekongkol dgn Apco & Goldman Sachs, dia nak spin cerita pulak. Dah lah Kejora.....tahu sangat lakonan kamu itu.

      Padam
  7. daripada tak henti menyerang Najib dan cuba merekacipta macam2 bagai untuk jatuhkan beliau.. lebih baik lihat pendedahan ini.

    Bukti2 depan mata tak perlu nak ke SWISS Bank, Singapore atau Cayman Island. Begitu dahsyat kartel Cina DAPig dan peranan mereka dalam mengawal pemerintahan DAP. Taikun2 di Malaysia berbangsa Cina juga dikatakan merangkap ABANG BESAR (big brother) kepada kongsi gelap2 utama Cina yang mengawal pelbagai jenis aktiviti jenayah, politik, ekonomi Cina dan sebagainya.

    Salah seorang yang didedahkan juga rakan amat baik pada Tun M, iaitu Vincent Tan. sekarang kita faham mengapa sgt dahsyat intense gerakan menjatuhkan Najib dan mempergunakan Tun M yang cukup rapat dgn taikun bertalam banyak muka ini.

    lihat laporan ini:

    https://aidcnews.wordpress.com/2016/03/28/miss-p-buka-rahsia-sulit-guan-eng/


    Miss P yang mula didedahkan oleh orang dalam DAP Penang dulu sebelum PRU13 juga merupakah 'lebih' dari seorang wanita bujang yang menjual hartanah mewah, ia lebih kepada 'simpana' kartel tertentu yang segaja diletakkan sebagai owner rumah mewah tersebut dan diletakkan sebagai dlm JK lembaga pengarah syarikat KLDIC. Dia bukan seorang yg ternama dari segi kepakaran ekonomi atau sumbngn jelas dalam kumpulan tetapi mengapa? inilah sistem kartel+politik+ekonomi bangsa Cina yang kelihatan merdeka tetapi mereka masih seperti tahun 1969 dulu.

    Kita Melayu gagal memahami bagaiman kompleksiti struktuk sosial politik dan eknomi Cina maka kita mudah ditipu dan gagal menguasai mereka untuk pemerintahan atau berdakwah secara MENYELURUH. Akhirnya kita yang tertipu dan dimainkan DAP-lambang sebenar bangsa Cina. Lihat bagaimana PAS ditipu dan dipergunakan dan akhirnya di tendang hina.
    Skandal CM Lim 'tokong' Penang ini amat dahsyat dan ia impact besar terus kepada masalah rakyat Penang dan dan bangsa Cina sebenarnya.

    https://aidcnews.wordpress.com/2016/03/28/miss-p-buka-rahsia-sulit-guan-eng/

    BalasPadam
  8. SKANDAL BANGLO GUAN ENG: PDC PULA DISIASAT!!!

    http://theflyingkick.blogspot.my/2016/04/skandal-banglo-guan-eng-pdc-pula.html

    Beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula menjalankan siasatan ke atas Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) hari ini dan mengambil dokumen-dokumen berkaitan dari pejabat perbadanan itu.

    Difahamkan, operasi itu dipercayai ada kaitan dengan skandal pembelian banglo oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang hangat dibincangkan ketika ini.

    Menurut laporan Sin Chew Daily yang memetik sumber sebagai berkata, pegawai penyiasat itu dipercayai datang dari Putrajaya.

    Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M. Samarajoo mengesahkan anggotanya tidak menyertai operasi terbabit.

    Untuk itu, beliau tidak menolak kemungkinan operasi itu dianggotai pegawai dari Putrajaya.

    Dalam pada itu, Penasihat Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Lee Kah Choon berkata, petugas PDC telah diarahkan untuk memberi kerjasama penuh kepada pegawai SPRM.

    Jelasnya, ia adalah prosedur biasa untuk SPRM menjalankan siasatan di agensi berkaitan dan jika pegawai SPRM pergi ke PDC, petugas perbadanan itu akan memberi kerjasama penuh.

    Guan Eng juga adalah Pengerusi PDC.

    Bulan lalu, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim mendakwa banglo yang dibeli Guan Eng di Jalan Pinhorn mempunyai nilai pasaran RM4.27 juta.

    Banglo itu telah disewakan pada harga RM5,000 sejak 2009.

    Guan Eng berkata, beliau membeli banglo itu pada harga RM2.8 juta, dengan mendapat RM2.1 juta pinjaman daripada bank untuk membiayai banglo itu, manakala baki RM700,000 lagi dibayar tunai.

    Guan Eng turut mengakui wang itu adalah hasil pendapatan dan elaun yang diperolehinya sebagai Ketua Menteri, Ahli Parlimen Bagan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih.

    Beliau kemudiannya menyewa banglo itu pada harga RM5,000 sejak 2009.


    isu banglo ini sebenarnya lebih jauh dr bangla itu sebenarnya... terselit bermacam2 lagi penyelewengan dan ia gateway kepada dunia jahat tokong Lim CM penang dan DAPig dengan rangkaian kartel dan kongsi gelap. PPS itu cubaan meng'halal'kan ahli2 kongsi gelap diberikan kuasa.


    Dan satu yang mengejutkan ialah SPRM lebih bijak, iaitu memulakan siasatan di PDC- iaitu pintu masuk membuat duit di Penang. Dari situ SPRM akan lebih kukuh boleh dapatkan bukti rangkaian lebih besar berbanding fokus kepada isu banglo noswimming pool ini semata2.

    Syabas SPRM!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bangkai nyamuk diperbesarkan, tak hal bangkai gajah depan mata melibatkan ratusan juta (kem sukan/belia) & berbilion-bilion masuk kocek Najib, buat dek jer. Pegi daaaaa........!!!!!!

      Padam
  9. Mmg bangang cai penyamun bugis. Apa korang ingat kes guan eng ada kena mengena dgn tun m ke???? Wakaka. Kalau dia kena tangkap sebab bersalah kes banglo, dia tanggung lah perbuatan dia. Apahal yg cai penyamun copy paste sini.

    Sini punya tmpt nak penyamun bugis merambus. Bahalol otak cetek betul cai upahan penyamun semua. Ada faham!

    BalasPadam
  10. Nak lari isu bos besar dia kena lah up cerita lge macam tv3...kutuk hina tun m adalah wajib sbb nnt claim tak dapat. Tak payah karang cerita cukup copy paste aje dah.

    BalasPadam
  11. Hari ni hari Selasa..mudah2an PM tercinta kita akan memulakan prosiding menyaman WSJ demi untuk membersihkan segala fitnah2 yang dilemparkan..aminnn

    BalasPadam
  12. Korang pakat doa agar siasatan antarabngsa berjaya bkn apa...nak tanya apa citer isu scorpene di perancis sonyap jo...dah kena makan dedak la kot...

    Nak tanya Ag SWISS apa kojonya? siasatan dah masuk dalam guni dedak ke?

    Hong kong? aku rsa hong kong tak payah la psal jackie chan kawan Najib confirm dedak..


    Sebelum aku blah duit 2.6 B itu WSJ dah confirm duit saudi..ada sapa2 yg tak tahu lagi? cuma nak bg satu soalan yg mudah?

    Siapa pemimpin yg mengatakan duit 2.6B dari Arab gila?

    a)Ahmad Maslan
    b)Tukang komen dedak Ahman Maslan.
    c)Putramerdeka yg tiba2 jadi ahmad maslan.
    d) Tun M yg baru sembang Ahmad Maslan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dengar lagu hindustan "Aya-ya, Suku-suku" petikan filem Junglee lebih seronok dari repekan si Masuk Suku ini. TV pun dan 3 suku.

      Padam
  13. putramerdeka takkan citer saman ja asyik putar putar ja...dah hilang semnagat ke? apasat tak pi demo? takut atau panas atau duit dah takda?

    ha ha ha itu la takda dedak takda turun.
    perjuangan taik kucing tau ...perjuangan taik kucing bermaksud takda dedak tak mahu turun demo .

    BalasPadam
  14. Kepada semua geng protun terus bersemangat..Najib bakal ditumbangkan sebelum bulan mei ini.jgn takut Allah bersama perjuangan kita.

    BalasPadam
  15. Dah saman ke? Hari ni selasa ni...kah kah kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari Selasa berlalu sudah
      Hari esok berganti Rabu
      Semakin hari semakin gelabah
      Mata tak ngantok makan tak lalu.

      Padam