Ahad, 3 April 2016

Malaysia Jadi Pusat Kewangan Pengganas..?


Alamak..!

Najadi: Jika PM mudah pindah berbilion, begitu juga pengganas

Pascal Najadi, anak pengasas AmBank Hussain Najadi yang terbunuh, menimbulkan kebimbangan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak memindahkan berbilion ringgit dalam akaun bank peribadinya di AmBank, membayangkan kaedah-kaedah yang cukup longgar untuk organisasi pengganas melakukan perkara sama .
"Kami mempunyai sebab untuk bimbang melihat skala (pemindahan) wang besar-besaran yang seolah-olah bebas dibersihkan oleh pentadbiran Malaysia, undang-undang, dan keadilan.
"Malaysia membuktikan kepada dunia bahawa keseluruhan pengubahan wang haram dalam skala besar berbilion dolar AS adalah mungkin dianjurkan di Malaysia.
"Kami mengingatkan dunia bahawa ini menimbulkan, pada pendapat kami, menambahkan risiko yang tidak diingini pertubuhan pengganas yang menggunakan Malaysia sebagai hab pengubahan wang haram di Asia Tenggara," kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
Pascal menyatakan bahawa dalam kes Najib, wang dari Timur Tengah kelihatan seolah-olah mengalir tanpa disedari pengawal selia dan Bank Negara selama bertahun-tahun.
"Ini adalah jelas dan menghadirkan bahaya kepada Malaysia dalam ujian terhadap pertempuran global menentang keganasan dan jenayah terancang.
"Tabung kewangan antarabangsa dan pendakwa antarabangsa yang berusaha mendedahkan [dakwaan] rompakan besar 1MDB patut memberi tekanan kepada Putrajaya agar benar-benar membersihkan jenayah pengubahan wang haram di Malaysia," katanya.
Lu Fikir La Sendiri!!!

8 ulasan:

  1. Hang cerita pasal international banking ni payah sikit la pendedak nak respon. Diorang nak pi jumpa mat Maslan mintak duit belanja masuk sekolah rendah balik pun tergagap-gagap. Mwahahaha.

    BalasPadam
  2. Tak pe. Kejap lagi ada la Nenek Belacan tu datang. Dia tu gila, benda tak faham pun dia redah je. Sebab bukan dia tahu ilmu. Dia gila. Orang gila kita kena sabar. Dan gelak dari jauh takut dia gigit. Mwahahaha.

    BalasPadam
  3. Ni contoh beruk guna nama bapak berlagak konon tahu sistem perbankkan negara... apa ingat senang nk pindah duit ke luar negara dan dalam negara... apa duit 2.6B tu masuk bank negara x cek ka... kenapa duit tu lepas sbb ianya sah dan tidak melanggar peraturan atau undang2. Kalau setakat buat spekulasi dan mainan persepsi macam ni baik pegi jilat jubo mader jelah... bab gangster, ketua kongsi gelap taja DAPiggy kau xnak bising... boleh tak jgn nampakkan sgt kejumutan dan betapa dangkalnya otak dan pemikiran ko yg dah diliwat aljuburi tuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan dah cakap, tuan blog. Hang posting pasal international banking, ni je la standard jawapan yang dapat.

      Sebab duit 2.6 bilion tu lepas masuk tu la sekarang satu dunia kecoh. Tak faham? Maknanya, senang begitu je KALAU penjenayah atau pengganas nak mengubah wang haram dalam akaun mereka juga. Faham? Sebab tu sekarang Malaysia kena hina dan diperlekeh. Sebab sistem kita lemah, pengganas boleh guna sebagai transit untuk duit haram.

      Padam
  4. Sebelum duit tu masuk najib da maklumkan pd zeti dan bank negara la bodoh.. malah bank negara dlm siasatan pun akui tahu pergerakan duit masuk tu dan benarkan masuk sbb dokumen lengkap dan xmenyalahi undang2... nak menipu pun berpadalah

    BalasPadam
  5. " SEMAKIN TUA SEMAKIN JAHAT.. MAHATHIR LAKNATULLAH "

    BalasPadam
  6. Kejora Liberal 12:52/12:56/01:20

    Okeylah, katakanlah Bank Negara tahu akan transaksi duit derma berbilion masuk ke akaun Najib. Yang musykilnya duit itu untuk parti, tapi orang no 2 ketika itu langsung tak tahu pasal derma RM2.6 bilion masuk dalam akaun peribadi Najib, termasuk bendahari dan semua Ahli Majlis Tertinggi.

    Soalan Tambahan (Ingat....Soalan2 dulu masih belum terjawab):


    Apakah kejadahnya itu.......????? Adakah pimpinan2 UMNO (selain Najib) semua tunggul kayu? Adakah parti UMNO milik peribadi Najib?
    Mengapa dirahsiakan dari pengetahuan Tan Sri Muhyiddin serta semua Ahli MT? Cukup aneh & mencurigakan bila Najib senyap aje, ada udang di sebalik batukah? Bila dah kecoh, baru nak cakap. Jadi, apa guna fungsi Bendahari?

    Getting Older Means More Wisdom, got it?

    Speaking Without Fear And Favour,
    Othaman @ Othman Bin Hj Ahmad Arbaiee

    BalasPadam
  7. Memang la Bank Negara tau. Tapi dia isi borang cakap lain, alih-alih duit guna untuk tujuan lain, masuk akaun lain. Menipu nombor 1, serah kat pendedak.

    BalasPadam