Masa bercakap tak ingat dunia! masa bercakap tak pakai otak! bila bercakap ikut nafsu...banyak tipu dari isu! bila dah dibuktikan penipu baru mula tergaru garu macam mat gian tak dapat candu!
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
semalam mengakui beliau tidak dapat mengemukakan nama pegawai tentera
yang bercerita kononnya Perdana Menteri bertemu semua panglima Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu menukar nada apabila mendakwa tidak mengenali pegawai dimaksudkan kerana maklumat itu disampaikan oleh individu yang datang berbual dengan beliau di kawasannya.“Mana saya kenal, saya pergi kenduri dan masjid saya jumpa ramai orang dan mereka datang serta bercerita mengenai perkara itu.
“Jadi, mana saya tahu siapa mereka dan mereka mungkin pegawai tentera kerana tempat saya ramai anggota tentera laut (Tentera Laut Diraja Malaysia),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Nizar akan cakap lepas ni yang datang bagi tau dia cerita tu ialah orang UMNO..! habis cerita! semuanya salah UMNO!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan