Khamis, 3 Mei 2012

Khazanah Bapak Azman Punya Ke? Siapa Yang Gagal Sailang MAS?

Sah. Khazanah Nasional Bhd dalam satu kenyataan lewat petang Rabu mengumumkan pembatalan perjanjian pertukaran saham antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia Bhd.

"Selepas lapan bulan membuat penilaian, pemegang saham bersilang menjejaskan usaha pengurusan untuk memulihkan MAS.

"Pemegangan saham bersilang itu berniat baik untuk menjajarkan kepentingan ekonomi pemegang saham utama MAS (Khazanah) dan AirAsia (Tune Air)," kata cabang pelaburan kerajaan itu dalam satu kenyataan.

Setelah gagal mendapat sokongan pemegang kepentingan untuk meneruskan usaha sama itu, Khazanah berkata pihak terbabit bersetuju untuk menukar semula pemegang saham bersilang dan kembali kepada struktur asal pemegangan saham utama kedua-dua syarikat.

Pembatalan pertukaran saham akan menyaksikan Khazanah memindahkan 10 peratus atau 277,650,600 saham biasa AirAsia kembali kepada Tune Air, yang akan memindahkan pula 20.5 peratus atau 685,142,000 saham biasa dalam MAS kembali kepada Khazanah.

Transaksi ini akan dijalankan berasaskan kepada nisbah pertukaran 2.05 berasaskan harga pada masa pertukaran itu diumumkan pada Ogos 2011.

MAS ketika itu RM1.60 sesaham dan AirAsia pada RM3.95.

Tiada wang tunai bertukar tangan, kata cabang pelaburan kerajaan itu.Sementara itu, dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun meletak jawatan sebagai anggota lembaga pengarah MAS manakala Datuk Mohamed Azman Yahya meletak jawatan sebagai anggota lembaga pengarah AirAsia.

Baca terus di sini

Baguslah..Soalnya kenapa setelah 8 bulan? apakah masa diputuskan dulu hanya orang tertentu sahaja yang membuat keputusan? kenapa pulak keputusan mereka diperakui ketika itu? kenapa pulak keputusan mereka diterima? Sekarang siapa pulak yang tak bersetuju? Apakah ada keuntungan yang diperolehi oleh mereka yang terlibat dengan keputusan ini?

Idris Jalang ada kena mengena ke? Apakah cara Khazanah ini merupakan satu lagi KPI yang telah ditetapkan oleh Idirs Jalang? Betul ke Azman Mokhtar buat Khazanah macam bapak dia punya?


Warga MAS pasti gembira dengan keputusan ini! Semoga Kerajaan BN akan dapat kembali lebih 20 ribu  undi yang dilaporkan 'gerhana' selama tempoh ini..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan