Selagi Najib membisu...isu tidak akan lesu..! Akan timbul isu baru yang menyebabkan rakyat terus terusan menggaru garu..!
Setelah menimbulkan isu 1MDB dalam teguran beliau disini. Tun M memperincikan lagi butiran urusniaga 1MDB yang dilihat ada pihak yang mengambil untung berbilion ringgit..! Kalau dakwaan ini benar Najib perlu mengambil tindakan..! Jika dakwaan ini tidak benar maka Najib juga perlu mengambil tindakan..! Diam tidak menyelesaikan permasalahan..!
Baca dan fahamkan...
1. Kebebasan adalah suatu petanda kedewasaan sesebuah negara. Kita dewasa. Dan kita beri banyak kebebasan termasuk kebebasan bersuratkhabar. Malangnya kadang-kadang kebebasan disalahguna. Ada akhbar di Malaysia yang sering menyalahgunakan kebebasan mereka.
2. Kita tidak lagi boleh masukkan sesiapa dalam tahanan ISA. Oleh itu apabila sesuatu disalahguna, maka penjelasan perlu dibuat. Jika tidak kebebasan akan membawa mudarat terutama apabila yang ditegur ialah Kerajaan.
3. Saya jarang membaca akhbar The Edge. Tetapi baru-baru ini saya terbaca rencana yang bertajuk “Tabiat 1MDB membayar lebih untuk memperolehi (hutang) duit.”
4. 1MDB ialah satu dana yang ditubuh oleh Kerajaan sebagai dana kekayaan negara (sovereign wealth fund) untuk dilabur supaya negara akan dapat hasil dari kekayaannya bagi masa depan.
5. Biasanya dana seperti ini ditubuh oleh negara pengeluar minyak yang banyak yang tidak dapat habiskan pendapatan setelah mentadbir dan membangun negara.
6. Malaysia bukanlah negara pengeluar minyak yang besar. Hampir semua 650 ribu tong yang dikeluar tiap hari diguna dalam negeri. Dan Malaysia pula mengalami defisit dalam belanjawannya. Tidak ada lebihan wang untuk dana kekayaan negara.
7. Oleh itu Kerajaan terpaksa hutang untuk dana kekayaan ini.
8. The Edge dalam rencananya menyebut bahawa kos pinjaman berbilion Ringgit luar biasa tingginya.
9. Pada 1 September 2009 1 Malaysia Development Bhd (1MDB) menggegarkan industri perbankan apabila bersetuju membayar faedah 5.75% keatas hutang RM 5 billion. Hutang ini dijamin oleh Kerajaan Malaysia. Biasanya bon Kerajaan membayar hanya 4.0%. Petronas membayar 3.6% sahaja.
10. Pada tahun 2014 1MDB berhutang lagi sebanyak US Dolar 1.75 billion (RM 5.6 billion) dengan faedah sebanyak 5.99%.
11. Tetapi 1MDB cuma dapat US1.554 billion (RM4.973 billion) kerana sebanyak US196 million (RM 630 million) ditolak untuk komisyen, bayaran fees dan perbelanjaan. Ini bermakna kos pinjaman berjumlah 11.25% dari wang yang dipinjam.
12. Pada Mac 2013, 1MDB Global Investment Ltd telah pinjam USD3.0 billion (RM 9.6 billion) dengan faedah 4.4%. Tetapi 1MDB mendapat hanya USD2.717 billion (RM8.7 billion) kerana USD283 million (RM 906 million) atau 9.44% dipotong untuk membayar komisyen, fees dan perbelanjaan.
13. Bayaran sebanyak 11.25% dan 9.44% adalah kepada Goldman Sachs, pengurus pinjaman hutang ini.
14. Sebaliknya sebuah Syarikat Equisar International Incorporated, milik Kerajaan Sarawak membayar Goldman Sachs hanya 1.25% (USD10 million) apabila mengurus pinjaman USD800 million.
15. Jurucakap Kerajaan menjelaskan bahawa 1MDB memiliki harta bernilai lebih dari RM40 billion sedangkan hutangnya hanya RM38 billion. Oleh itu rakyat tidak perlu bimbang. Tetapi kenapa bayaran kepada Goldman Sachs begitu tinggi?
16. Sebahagian wang yang dipinjam ini diguna untuk membeli stesyen janakuasa swasta. Ini dilapur dalam akhbar. Tetapi harga belian jauh lebih tinggi dari harga pasaran. Kenapa demikian?
17. Seorang jurucakap Kerajaan menjelaskan bahawa wang 1MDB diguna untuk Bumiputra. Yang saya tahu satu biasiswa diberi kepada seorang pelajar muzik. Tidak mungkin biasiswa ini bernilai 38 billion Ringgit. Kerajaan sepatutnya memberi maklumat yang jelas kepada rakyat, terutama Bumiputra akan bantuan yang boleh didapati dari 1MDB
18. Mungkin seluruh rencana dalam The Edge adalah fitnah untuk memburuk Kerajaan dan Perdana Menteri. Tetapi jika tidak ada audit oleh pihak bebas dan penjelasan yang munasabah, saya khuatir orang ramai akan percaya cerita dongeng The Edge.
Wallahua’lam.
Lu Fikir La Sendiri!!!