Sabtu, 3 September 2016

Peguam UMNO Ke Peguam Negara..?


Inilah bahananya apabila tidak menghormati jawatan yang disandang..! Apakah dengan menari sebegitu rupa ianya memberikan imej yang baik dimata rakyat? Bukan kah ianya mengundang pelbagai tafsiran yang tentunya menambah kebencian rakyat terhadap diri dan barisan kepimpinan kini?

Layan dan fahamkan...
Siri : 291
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :
TANGGUNGJAWAB DAN TINGKAHLAKU SEORANG PEGUAM NEGARA :
1. PEGUAM NEGARA adalah salah satu kerusi terpenting dalam pentadbiran negara Malaysia sehinggakan cara perlantikan, skop perjawatanan dan cara pemecatan dinyatakan secara khusus di bawah PERKARA 145 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.
2. Selain dari menjadi Penasihat Undang-undang Utama kepada Kerajaan, PEGUAM NEGARA adalah juga pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan memelihara sistem keadilan jenayah negara untuk kepentingan awam , sehinggakan cuma PEGUAM NEGARA mempunyai kuasa untuk mendakwa mana-mana pihak termasuk syarikat, individu, mahupun penjawat awam dan MENTERI KERAJAAN yang dipercayai telah melakukan kesalahan jenayah. 
3.PEGUAM NEGARA lah yang dipertanggungjawabkan untuk mendakwa orang yang dipercayai bersalah di Mahkamah, dan bertanggungjawab untuk memanggil kesemua saksi yang perlu dan menampilkan kesemua keterangan(bukti) yang perlu untuk meyakinkan Mahkamah bagi tujuan perolehan sabitan terhadap kesalahan yang dituduh di Mahkamah terhadap individu terbabit atau pihak terbabit.
4. Justeru, ianya adalah terpenting dalam sistem keadilan asasi (natural justice ), antara lain bahawa "keadilan bukan sahaja dilakukan, namun keadilan hendaklah nampak telah dilakukan" (justice is not only done, justice must be seen to be done). Dalam erti kata lain, tingkahlaku dan perhubungan PEGUAM NEGARA hendaklah di tahap profesional tertinggi dengan kesemua pihak, yakni orang awam mahupun MENTERI KERAJAAN, kerana seperi yang diperincikan di atas, antara tanggungjawab PEGUAM NEGARA adalah untuk mendakwa mana-mana pihak yang dipercayai telah melakukan kesalahan.
5. Dalam keadaan masa kini, di mana wujudnya pelbagai kritikan awam, laporan polis, laporan SPRM, dan Laporan pelbagai agensi siasatan dalam negeri dan luar negara berkaitan penyelewengan dana rakyat di dalam syarikat 1MDB serta salahguna kuasa yang wujud terhadap PERDANA MENTERI dan KERAJAAN terbabit, ianya adalah JAUH LEBIH PENTING mana-mana tingkahlaku PEGUAM NEGARA akan menarik perhatian awam, dan semestinya menarik perhatian awam di bawah konsep keadilan asasi (natural justice). Oleh itu, seorang PEGUAM NEGARA hendaklah sentiasa dalam apa hal keadaan sekalipun, menampilkan tingkahlaku yang mengatasi mana-mana kekhuatiran perlanggaran prinsip keadilan asasi (natural justice) tersebut.
6. Justeru, dengan berat hati saya sebagai seorang peguam, yakni seorang Pegawai Mahkamah dan Rakyat Malaysia, mengatakan dengan penuh kekecewaan bahawa tingkahlaku PEGUAM NEGARA yang dipaparkan di dalam video di bawah, tertakluk kepada mana-mana penjelasan munasabah jika wujud daripada pihak berkenaan, menampilkan tingkahlaku yang BOLEH DIPERSOALKAN berhubung kemungkiran konsep dan prinsip keadilan asasi (natural justice) tersebut, di atas 2 perkara pokok ;
a) Kenapakah PEGUAM NEGARA, sebagai PENJAWAT AWAM memakai PAKAIAN SERAGAM dengan MENTERI-MENTERI KABINET KERAJAAN yang tampil semasa sambutan Hari Kemerdekaan 31.08.2016, di Dataran Merdeka, sedangkan PEGUAM NEGARA bukanlah MENTERI KABINET KERAJAAN, sehingga, akan menampilkan kecurigaan Rakyat, bagaimanakah PEGUAM NEGARA dapat melaksanakan keputusan berhubung mana-mana pertuduhan jenayah yang disiasat terhadap mana-mana PERDANA MENTERI ataupun MENTERI-MENTERI KABINET KERAJAAN, jika beliau dari sudut pakaiannya, pun sudah sama sebagai MENTERI KABINET KERAJAAN ? !!!, DAN 
b) Tingkahlaku di khalayak ramai dalam BERNYANYI BERSUKA-RIA oleh PEGUAM NEGARA dengan MENTERI-MENTERI KABINET KERAJAAN, antara lain, sepastinya menampilkan kerisauan sah di minda mana-mana Rakyat prihatin yang munasabah, akan kebolehan PEGUAM NEGARA untuk membuat keputusan adil dan saksama berhubung mana-mana siasatan terhadap PERDANA MENTERI mahupun MANA-MANA MENTERI KABINET KERAJAAN, berhubung kemelut terkini yang kita sama-sama hadapi ? !!!
7. Saya, dengan sejujur dan seikhlas mencabar PEGUAM NEGARA untuk memberi penjelasan yang benar dan munasabah tentang kandungan tingkahlaku beliau dalam video ini, dan jika tidak, PEGUAM NEGARA hendaklah dengan cara terhormat MELETAK JAWATAN pada kadar segera !!!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!!

-0:24
Macam dalam filem Ali Baba dengan 40 penyamun pulak..!
Betul ke?
Lu Fikir La Sendiri!!!

12 ulasan:

  1. Pandi nii taraff menteri kee..?

    BalasPadam
  2. Blogger Putera nii tak habis lagi ke meraban menyalak
    Dah jadii ayam berak kapur masih nak jadi ayam jalak
    Belum seriik jugak kah kena sekeh pelakong tempelak
    Dari hal Jamal, Bersatu, MO1 mari citer peguam pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. 6.32,

      Jangan perkecilkan Putra Merdeka. InsyaAllah.....keadilan buat rakyat malaysia akan tiba....sabar ya 6.32....

      Padam
    2. 6:32 kenal ke siapa Apandi Ali?? Jika tak kenal jangan bersuara.

      Padam
  3. Zaman Tun Mahathir paling terbaik.Lihat bagaimana profesionalnya Ghani patail.Terkenal dengan keadilan.
    Dizaman Ghani Patail Rakyat Malaysia hidup penuh kegembiraan dan tiada ketakutan.Parti2 kerajaan dan pembangkang penuh kasih sayang dan saling tegur menegur dibawah payung keadilan.

    BalasPadam
  4. Putera M nii masih galak walau teruk disekeh dan bedal
    Demi sesuap dedak lemah pun masih dia tunjuk handal
    Udah buntu copy & paste jer kinii jadii dia punya modal
    Apandii nyanyii lagu Oh Malaysia bukan lah buat sundal

    BalasPadam
  5. Putera M kini sebijik ikut tiru cara Wak Seman Kadok
    Habiss modal merata blog dirayau bahan main cedok
    Belum jugak mau insaf kena tibai taji balon terdudok
    Kojol nanti layak sangat jadi neraka punya pendudok

    BalasPadam
  6. Pagi petang ko duk karang sajak
    untuk pertahan kecelaan anak razak
    demi sekelumit bahagian dedak
    yang ditabur pemimpin rendah ahklak
    pastu ko rasa pendapat ko jer yang bijak

    BalasPadam
  7. 7.57 n 8.02,

    Kutuklah PMerdeka sementara najib masih di luar. Hinalah PMerdeka sementara najib berkuasa. Cemuhlah PMerdeka sementara tuduhan jenayah belom difail. Fitnahlah PMerdeka sebelum najib masuk jel

    InsyaAllah, PMerdeka akan dibuktikan betul....sabar.....tak lama lagi kutukan, cemuhan, penghinaan dan fitnah akan Allah kembalikan kepada mereka yang lemparkan kesemua di atas.

    PMerdeka, stay strong....you will emerge as winner.

    From: A Malaysian

    BalasPadam
  8. In na solati wanusuki wa mah ya ya wa ma ma ti lil lah hi rab bil aa lamin...

    La ila haillallah, muhammadar rasullullah...

    Alhamdulillah.. Telah islamlah kamu seandainya kamu cina, kristian atau hindu yg melafaz ayat diatas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In na sholaatii wanusukii wa mah yaa ya wa ma maa tii lil laa hi rab bil 'aa lamiin...

      Laa syariika lahu wabizaa lika umirtu wa anaa minal muslimiin...

      Padam
    2. 8.33,

      Lu olang ISIS kah? Haiya lu peligi tu syria loh

      Padam