Jumaat, 18 Mei 2012

Harun Taib Warning Nik Aziz..Tempelak Mustapa Ali..!

Kalau nak muzakarah...nak berbincang biar ikhlas! jangan mengada ngada nak meletakkan sebarang syarat!

Dewan Ulama PAS Pusat menggesa kepimpinan parti itu agar tidak berdolak-dalik dengan meletakkan sebarang syarat bagi mejayakan syor Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bermuzakarah dengan Umno.

Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, PAS dan Umno seharusnya mengenepikan isu politik kepartian sebaliknya meletakkan kepentingan ummah, Islam dan negara sebagai matlamat utama.

"Jangan...jangan...jangan letak apa-apa syarat. Muzakarah ini baik untuk kepentingan umat Islam. Nanti kalau letak syarat pasti hasrat nak bermuzakarah tak menjadi.

"Dewan Ulama menyokong penuh saranan Mursyidul Am agar kedua-dua parti ini bermuzakarah," katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat ketika dihubungi berhubung isu terbaru muzakarah ini.

 Kenyataan Harun dilihat bercanggah dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang menegaskan bahawa parti itu tidak mahu bermuzakarah dengan Umno bagi membincangkan mengenai isu kepentingan ummah, Islam dan negara.

Mustafa sebaliknya menegaskan bahawa tujuan muzakarah itu hanyalah untuk menjelaskan kepada Umno mengenai tuduhan yang dilemparkan kepada PAS tanpa membabitkan isu lain.

Mengulas lanjut Harun berkata Dewan ulama berharap PAS dan Umno berkompromi bagi memastikan muzakarah membabitkan kedua-dua parti itu berjalan lancar.

"Dua-dua parti perlu tolak ansur. Jadikan muzakarah ini sebagai tempat untuk berbincang apa sahaja demi kebaikan umat Islam," katanya lagi.

Lu Fikir La Sendiri..!

1 ulasan:

  1. Salam Bro,Setahu saya UMNO tidak pernah meletak sebarang syarat untuk bermuzakarah seperti kata TPM.Yang nakkan syarat tu ialah nik ajis.Yang ajak bermuzakarah,nik ajis.Yang memaki hamun UMNO tu PAS.Kenapa muzakarah tu hanya meminta penjelasan UMNO mengenai tuduhan kepada PAS.PAS ni sentiasa memutarbelitkan fakta.Tapi akhirnya,`Itu semua salah UMNO`kata nik ajis

    BalasPadam