Isnin, 28 Mei 2012

Terima Kasih BN..! - Belia Negara


Kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinan YAB Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib benar benar menggorak langkah! menukar cara dan pendekatan yang lebih santai dan mesra remaja dan belia.

Kesan dari Program HBN yang berakhir malam tadi telah membuka mata para belia bahawa Kerajaan BN selama ini tetap mengutamakan suara generasi muda dalam pembentukan negara. Kerajaan tidak meletakkan generasi belia sebagai isu yang kesamping malah meletakkan para belia sebagai agenda utama negara.

Jelasnya apa yang dilakukan oleh Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah berjaya membuka mata para belia bahawa Kerajaan dibawah kepimpinan PM begitu mengambil berat terhadap generasi mereka. Harapan belia tentunya mahu melihat apa yang dibincang dan dicanai serta digariskan bagi pembangunan pendidikan dan sosial belia dapat terus dijayakan pada masa hadapan.

Kenangan indah yang terpahat selama 5 hari berkampung di Putrajaya pasti meninggalkan kesan manis kepada para belia, mereka ada misi dan visi untuk dilaksanakan apabila pulang ke masyarakat mereka nanti. Mereka akan mempastikan wadah perjuangan mereka membela dan menolong para belia akan dapat diteruskan dengan lebih giat dan berkesan.

Hubungan erat dan mesra belia bersama kerajaan ini bukan kecil kesannya..kekuatan dan suara mereka mewakili lebih 12 juta yang berada di seluruh pelusuk tanah air. Mereka perlukan panduan! mereka juga perlukan sokongan! mereka tahu hanya kerajaan BN yang dulu, kini dan selamanya yang dapat memberikan mereka peluang.

Mereka akan mempastikan peluang dan ruang ini akan terus kekal...Terima Kasih BN

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan: