Selasa, 23 Februari 2016

Apa Cina Kata Tentang Melayu..!


Terutama Menteri Melayu kena faham ni..!

Mitos Melayu Malas 3M vs 3D 

Mampukah belia Melayu menceburi bidang kerja 3D (Dirty, Difficult dan Dangerous) seperti yang dilakukan oleh buruh asing, kaitan dengan cadangan untuk membawa masuk 1.5 juta Bangladesh? Jawapannya, sudah tentu mampu jika Melayu sedar diri dan mahu berubah. 

Bacalah buku Pendeta Za’ba (2009), khusus untuk Melayu, perangai bergantung kepada diri sendiri. Mitos Pribumi Malas (Syed Hussein alatas, 1989). Jika nak sesuatu itu berubah, mesti datang dari diri sendiri terlebih dahulu. Yang lain, hanya boleh membantu. Jangan pergi jauh, sektor pembantu rumah, berapa ramai orang Melayu yang sanggup bekerja? Hampir tiada. 

Mengenali hakikat kejadian manusia, tidak ada satu bangsapun yang Allah jadikan dengan serba kekurangan. Kita adalah sebaik-baik makhluk. Bacalah sejarah manusia dan sejarah Melayu. Setiap insan atau bangsa ada kelebihan tertentu, sama ada sedar atau tidak. Tidak timbul isu, hanya Cina sahaja rajin, Melayu tidak. Masa Melayu, selalu lambat, orang lain tidak. Kita memperlekehkan dan memandang rendah bangsa sendiri. Sedangkan proses kejadian manusia sangat hebat. Jika tidak, apa beza kita dengan haiwan? Jika sekadar belajar untuk belajar, bekerja untuk bekerja, binatang di hutan juga belajar dan bekerja.  

Masalahnya, bukan berkaitan dengan bangsa tetapi sikap. Mahu berubah atau tidak? Apa pula tanggungjawab pemimpin terhadap umatnya. Kenapa Melayu di luar negara boleh berjaya? Kenapa tidak dalam negara? Apa punca masalahnya?

Ya, tidak dinafikan segelintir Melayu hanya mahu kerja glamour. Yakinlah! Jika ada program realiti pastinya orang Melayu yang berbaris panjang, walaupun mungkin bakat seni tidak ada. Sebabnya, mereka mahu jadi glamour, popular dan kaya. Lihat sahaja bagaimana jutawan Melayu begitu bersungguh menaja program realiti hiburan TV. Siapa yang menjadikan Melayu sedemikian, kalau bukan kita?

Justeru, mari bersama kita cari ubat Melayu. Pertama, ubatilah hatinya agar sikapnya merubah. Hati yang bersih tanpa hasad dengki. Tidak saling jatuh-menjatuh, tikam-menikam. Bersangka baik sesama sendiri. Letih kadangkala membaca grup WhatsApp Melayu. Asyik menfitnah dan mengeji. Semua berpunca dari hati. Tanpa hati yang tulus ikhlas, Melayu akan tetap sebegini. Melayu perlu belajar erti hati ikhlas. Ikhlas dalam perjuangan, ikhlas menjadi pemimpin. 

Konsep ikhsan mesti dikhatam dan dihadam. Bekerja seolah-olah Allah nampak kita walaupun kita tidak nampak Allah. Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Esok mesti baik daripada hari ini. Kata-kata siapakah itu? 

Kedua, Melayu mesti menolong Melayu berasaskan Islam. Agama Islam sangat mulia dan terpuji. Praktikkanlah. Sediakan sekumpulan pakar untuk mengajar subjek agama Islam sebagai agama yang positif dan dinamik. Islam sangat menentang sikap bermalas-masalan. Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Jika boleh, masukkan kurikulum dan kursus kahwin, bukan hanya pendidikan seks semata. 

Mereka yang berkebolehan, berbakat dan berilmu mesti diketengahkan. Jangan dipetiaiskan kerana takut memberi ancaman. Ada pemimpin politik (menteri) takut melantik orang yang lebih pandai daripadanya, takut-takut akan dicantas. Maka dilantiklah ahli yang lebih bodoh daripadanya agar mudah diperkudakan. Kerjanya asyik membodek dan kata ‘yes’. Maka kekallah dia sebagai pemimpin sampai mati. Inilah yang berlaku di peringkat cawangan dan bahagian. Hati dan sikap Melayu sebegini perlu diubati. 

Ketiga, sikap Melayu (Attitude). ATTITUDE jika disusun susun huruf A = 1 markah sehingga Z = 25, hasilnya 100%. 1(A)+20(T)+20(T)+I(9)+T(20)+U(21) +D(4)+E(5)=100. Susunlah perbuatan lain, tidak dapat 100 peratus. Inilah perkara lama yang telah dibincangkan saban hari. Bagaimana nak ubah sikap, juga berpunca dari hati. 

Dalam Islam, apa jua sektor kerja yang diceburi, yang paling penting,  HALAL, baharulah berkat. Sanggupkah kita cuci longkang, potong rumput, bina bangunan di tengah panas terik matahari. Sanggup. Pokoknya, bayaran mesti setimpal. Kenapa kebanyakan orang suka berhijrah mencari pekerjaan di tempat lain? Bayarannya berbaloi. Jika Melayu diberikan gaji minima RM2000 dan insentif lain, pasti ada yang sanggup. Negara untung, duit tidak mengalir keluar. Gejala sosial boleh dikurang, kerana pekerja asing selalu dahagakan seks.

Keempat, terdapat begitu banyak institusi berkaitan Melayu dan Islam di negara ini dan dibiayai kerajaan kerana perlembagaan membenarkan, termasuk Majlis Profesor Negara. Buatlah kajian. Kerajaan dengarlah. Kenapa sampai sekarang masih membincangkan isu Melayu. Apa kita buat? Sudah berapa lama merdeka?

Lihat NGO-NGO Cina, segala jenis persatuan mereka ada. Persatuan bahasa (dialek), ikan, ayam, itik, sayur, buah, lori bas dan sebagainya. Bersatu dan dinamik. Sekali mereka gegar... kecut! Ramai yang tunduk. 

Kita asyik bergaduh. Dalam semua sektor. Kalangan cendekiawan, agamawan, penjawat awam, orang pencen dan lain-lain tidak kurang politikingnya. Bila ada masa untuk membincangkan kekuatan Melayu. Melayu semakin melayu.

Kelima, teringat kata hikmah Ungku Aziz, (1) rajin bercakap-rajin bekerja=bagus, (2) rajin bekerja-malas bercakap=kena buli, (3) malas bekerja-rajin bercakap=wayang Cina, (4) malas bekerja-malas bercakap=tak guna, (5) malas bekerja-suka mengadu=nyanyuk, (6) malas bekerja-selalu ponteng=baik berhenti, (7) malas bekerja-suka menyibuk=baik mati. Kategori mana duduk Melayu? Jarang yang duduk pada 1. Rata-rata berada 2-7. Biar papa asal bergaya

Melayu tidak boleh berlengah lagi. Perlu ada perancangan strategik jangka panjang dengan memberikan keutamaan kepada isu yang mendesak. Lakarkan visi strategik untuk melayari masa depan. Melayu juga perlu gigih mencari kumpulan pemimpin yang lebih baik yang mampu mewakili mereka  dengan lebih berkesan dalam memperjuangkan kepentingan dan aspirasinya.


Lu Fikir La Sendiri!!!

19 ulasan:

  1. Melayu jer??!!!!

    Cina/Keling dan bangsa lain warganegara Malaysia macam mana???!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. 9.19, Rencana kat atas tu takder satupun point2 yang mengipas najib, itu yang hangin satu badan pencacai tu, inilah akibatnya sel2 otak berhubung, satu badan penuh taik takder hujah dan komen balas....nah lihat dan baca pula komen ini, lebih panjang dari komen pencacai 9.19.

      Padam
  2. Yang kau sibuk apa cina cakapa pasal melayu tu kenapa? Bodoh! Apa yg pernah betul pasal cina ni? Sebab cina ni bagi kau makan dedak....kan? Cina2 yg terkaya di Malaysia ni semuanya berasal dari perniagaan judi. Itu yg kau banggakan? Bodoh! Selain dari judi adalah projek bangang kurniaan si mamakdey. Tak lebih dan tak kurang itu lah FAKTAnya.....

    Nak cakap pasal 3d.....jururawat dan pembantu kesihatan, majoriti melayu. Kerja kotor, bahaya dan payah. Mana cina dan india? Itu baru contoh. Bukan melayu yg tak nak kerja tapi sikap kaum babi ni yg rasis dan diskriminasikan kaum melayu. Memang SIALlah pe dapat kau admin. Makin jelas pemakan dedak kaum babi ni. Moga2 anak cucu kau penuh dengan dedak pemberian kaum babi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 10.45, ambil komen yang baik dan buruk jadikan sempadan. Bersikap jujur pada diri sendiri, berfikiran terbuka ambil yang positif dan buang yang negatif.

      Apa yang penting rencana diatas tu penuh dengan fakta dan nasihat, apabila terkena kat diri sendiri, sebenarnya yang pahit tu adalah penawar.

      Tuhan beri akal untuk kita berfikir mana buruk dan mana baik.

      Fikir fikirkan lah.

      Padam
    2. TELO BERAYONNN a.k.a. Pemakan Dedak Bugis Penyamun

      bukan main marah lagi ngko..najib menyamun dan menyusahkan rakyat, tak pulak ngko nak terpekik terlolong!!..
      Kalo ngko nak tau pemakan DEDAK yg sebenar.. ngko balik umah ambik cermin, tengok dalam cermin lama lama..aahh itu lah pemakan DEDAK paling SIAL sekali!!..

      Padam
  3. Mangkok ayon berada dalam kategori (7) dan nak kasi nasi tambah....makan duit haram.

    BalasPadam
  4. Pernah dengar nama ust ashaari Muhammad. Pengasas jemaah darul arqam. Bangunkan ekonomi islam n melayu tanpa harapkan bantuan bank n kerajaan. Staff dididik agar takutkan Allah. Bangun malam bermunajat minta bantuan Allah. Patut orang Melayu belajar dari ust Ashaari bagaimana nak bangunkan ekonomi tapi sayang darul arqam dah tiada kerana diharamkan olah jakim

    BalasPadam
  5. artikel bagus...akan lebih mantap kalau kalau tak diasingkan melayu dari cina/india dsbnya.....ni negara Malaysia, rakyat berbilang kaum...tulisla artikel yg memajukan Negara dan semua bangsa di Malaysia

    BalasPadam
  6. Kepada Najib, kuncu-kuncu serta para macai sekalian, di hari Selasa ini, sukacita saya ingin mengucapkan Selamat Hari Selasa, Bila Nak Saman WSJ?

    Semoga rakyat Malaysia bersatu menentang pemimpin hipokrit dan penyamun di negara ini demi kesejahtaraan negara dan rakyat.

    Salam ikhlas perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  7. Kepada pemakan dedak mamakdey dan sekutunya, cuba tanya pada mamakdey, camne cina2 yg terkaya di Malaysia ni boleh kaya. Cuba tanya Ananda krishna siapa yg bikin dia kaya raya. Senang je.

    Kamu boleh tuduh najib rompak duit rakyat la itu dan ini. Mana bukti kamu? Wsj? Mamakdey sendiri kata berita2 yg ditunjangi oleh kaum yahudi ni tak boleh dipercayai. Sekarang?

    Lagi satu tentang hal duit rakyat. Apa definisi kamu tentang duit rakyat? Cukai pemdapatan dan gst? Cukai pendapatan dan gst cuma sumbang 17% pada kdnk negara. Baki 83% datang dari mana? Amke dalam akaun bank kamu ke keldai2 semua? Ke jatuh dari langit?

    Patutlah senang kena tipu dengan simamakdey. Bodoh dan bengap rupanya.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari ni hari Selasa, sila tanya Najib, dia dah saman ke belum WSJ, bulan Julai 2015 kata nak saman WSJ pada hari Selasa, kini dah dekat 40 kali hari Selasa sejak ugutan oleh Najib itu, tapi sampai sekarang tak saman WSJ lagi apahal?

      Kalau kata WSJ fitnah Najib, maka Najib patutnya saman WSJ, bukannya arahkan balaci merapu tak tentu hala.

      Isunya Keris Berayon, Najib dan kuncu-kuncu beri jawapan yang saling bercanggah dan merapu pasal isu RM 2.63 bilion itu, sekejap derma kepada UMNO, lepas tu derma kepada kerajaan, kemudian jadi derma kepada UMNO semula, kalau derma kepada UMNO, pasal apa Najib tak serahkan wang itu kepada akaun UMNO, pasal apa Najib simpan dalam akaun peribadinya, pasal apa Najib sesuka hati 'pulangkan' balik wang itu tanpa mendapat persetujuan daripada ahli-ahli UMNO, Najib kena ingat, harta UMNO adalah hak ahli-ahli UMNO seluruhnya, bukannya harta peribadi Najib sahaja.

      Selamatkan negara ini, pertahankan negara ini, pertahankan hak rakyat.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Mangkok ayon,

      "Kepada pemakan dedak mamakdey dan sekutunya, cuba tanya pada mamakdey, camne cina2 yg terkaya di Malaysia ni boleh kaya. Cuba tanya Ananda krishna siapa yg bikin dia kaya raya. Senang je."

      Adakah kita mahu menghalang kaum cina dan india dari berusaha untuk mereka memajukan diri mereka? Adakah dizaman Tun tidak ada satupun usaha2 memajukan orang melayu dan bumiputra? Adakah pemberian br1m itu satu pemberian yang baik? Jika diberi ilmu dan bantuan peralatan bukankah lebih baik dari memberi wang tunai? Bukankah agama menyeru kita supaya berusaha dari mengharapkan bantuan wang tunai datang bergolek? Adakah ini ajaran agama kita?

      Padam
    3. Mangkok ayon,

      "Kamu boleh tuduh najib rompak duit rakyat la itu dan ini. Mana bukti kamu? Wsj? Mamakdey sendiri kata berita2 yg ditunjangi oleh kaum yahudi ni tak boleh dipercayai. Sekarang?"

      Jika bukti yang diberi oleh WSJ palsu, kenapa tak saman WSJ? Mana kenyataan Tun yang mengatakan berita2 yg ditunjangi oleh kaum yahudi ni tak boleh dipercayai? Jangan ambil sekerat2 kemudian diadu dombakan secara keseluruhan komen Tun. Apa pula kesannya dari berita tersebut? Boleh menjatuhkan reputasi Tun? Terlalu buruk?

      Padam
    4. "Lagi satu tentang hal duit rakyat. Apa definisi kamu tentang duit rakyat?"

      Definisi duit rakyat? Gaji yang najib terima tu adalah duit rakyat tau tak?

      Padam
    5. "Baki 83% datang dari mana?"

      Hasil dari pentadbiran cemerlang najib ke?

      Padam
    6. "Amke dalam akaun bank kamu ke keldai2 semua? Ke jatuh dari langit?"

      Macai terasa ke? Sentap? Pinjaman 1mdb datang dari mana? Pinjam bank? Nak bayar bulan2 hutang bank tu dari mana? Duit najib?

      Padam
  8. Hahahahahahaaaah!
    Keris berayon@ telo berayon...mencicit lari tk dapat jawab soalan abu bakar, kenapa najib tk saman wsj...
    Keris berayon pengecut mcm najib juga...
    Hahahaha

    BalasPadam
  9. Lagu Selamat Hari Selasa khas untuk Najib dan kuncu serta pecacai terutama Nek Tempoyak dan Keris Berayon.


    Selamat Hari Selasa

    Selamat Hari Selasa

    Selamat Hari Selasa Wahai Najib,

    Pasal Apa Tak Saman WSJ Sampai Sekarang Ni?

    Selamat Hari Selasa

    Selamat Hari Selasa

    Selamat Hari Selasa Wahai Najib

    Bila Kau Nak Saman WSJ Ni?

    Hari Selasa Dah Petang,

    Najib Tak Saman WSJ Lagi,

    Pasal Apa Najib Takut Saman WSJ

    Sebab Najib Memang Dah Kantoi Rembat Wang 1MDB.


    Nota: Lagu ini dinyanyikan dalam irama lagu Selamat Hari Lahir.

    Semoga Najib dan kuncu serta balaci terutama Nek Tempoyak dan Keris Berayon akan menghayati lagu ini sebagaimana Bashah Boboi menghayati ucapan Tuanku Sultan Kedah sampaikan punyalah hayat ucapan itu hingga Bashah Boboi berdengkur.

    Selamakan Negara Malaysia, Selamatkan UMNO, Selamatkan Barisan Nasional, pertahankan hak rakyat, negara ini hak rakyat, hak kita perlu dipertahankan.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  10. Kami tk caya lagi mamak kuti.Tu hari mamak kuti senada dgn piji menystakan Malaysia akan bankrap kerana diurusksn dgn teruk oleh Pm Najib dn barisan kabinet kayunya.Tapi data dn fakta telah menyanggah dakwaan Tun Mamak kuti d
    n pentaksub dn juga pembangkamg.Data terkini menunjukkan Malaysia dibawah Pm Najib dn barisan kabinet kayunya berjaya mengeluarkan Malaysia dari terlibat dgn kemelesetan ekonomi dgn pertumbuhan kdnk sebanyak 5% disaat negara lain merundum.Institusi yg diserang sperti TH dn KWSP pun dgn cemerlang mencatat keuntungan seterusnya memberi pulangan yg baik kpd pencarum.Pengesahan terbaru berkenaan mood ekonomi negara telah diulas oleh gabenor BNM sebagai cemerlang.itu semua adalah data@fakta bukannya mainan perspeksi sperti yg dilaungkan oleh Tun M dn pentaksub juga pembankang.

    BalasPadam