Khamis, 25 Februari 2016

Penipu..!


Layan...

Sarawak Report tuduh Arul 'penipu'

Sarawak Report hari ini mendedahkan beberapa dokumen membuktikan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Syarikat 1MDB Arul Kanda Kandasamy seorang "pembohong".
Pendedahan tersebut dibuat ekoran dakwaan mengejutkan yang mengesahkan tiada wang tunai tersimpan di Bank BSI di Singapura.
Sarawak Report mendakwa berdasarkan laporan mesyuarat lembaga 1MDB kenyataan Arul terbukti bukan "salah faham", tetapi sebahagian daripada "strateginya memberikan maklumat salah".
"Dalam erti kata lain, ia adalah satu pembohongan yang memalukan," kata pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown (gambar) dalam e-mel kepada Malaysiakini.
Sarawak Report melaporkan pada April lalu, 1MDB mengeluarkan penyata bank palsu mengenai akaun anak syarikatnya, Brazen Sky Ltd, di Bank BSI Singapura.
Memetik maklumat yang diterima, laman web itu berkata bank berkenaan memberitahu Penguasa Kewangan Singapura (MAS), dokumen tersebut bukan datang daripada mereka.
Lihat jawapan bertulis
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga dituduh berbohong oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pelaburan yang ditebus, yang didakwa dalam bentuk wang tunai berjumlah AS$1.103 bilion (RM4.08 bilion) pada Mac.
Najib, yang juga menteri kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen DAP Tony Pua.
Arul ketika diwawancara Business Times Singapura pada Februari lalu mengakui wang tunai itu berada dalam akaun firma berkenaan di Bank BSI.
Tetapi Najib dalam satu lagi jawapan bertulis Parlimen "mengubah" jawapannya sebelum ini, mengatakan pelaburan yang ditebus 1MDB itu berupa aset dalam bentuk dolar AS bagi tujuan mengimbangi liabilitinya yang juga dalam dolar AS.
"Kami kini telah mendapat beberapa minit dari mesyuarat lembaga.
"Arul juga memberi alasan yang amat sukar dipercayai tentang jumlah pinjaman 1MDB.
"Ini adalah respons kepada kebimbangan pengerusinya, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, bahawa pihak pengurusan secara terbuka berjanji untuk menghantar pulang wang itu dan kemudian gagal untuk berbuat demikian," kata Sarawak Report lagi.
Menurut laman web berkenaan, Arul memberi alasan tidak menghantar pulang wang tunai itu kerana ia perlu disimpan di bank Singapura sebagai jaminan kepada Deutsche Bank.
Sementara itu Pengerusi 1MDB itu mengeluarkan kenyataannya menjawab laporan berkenaan petang ini.
Muka dah ada dah..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

17 ulasan:

  1. PM RM2.6 Billion!!!!

    Macam macam Skandal!!!

    WOW!!! Meniaga orang lagi bagos dari meniaga unta!!!

    BalasPadam
  2. This is the Chinese Saying.
    If you see a snake and Arul , you kill Arul first. He twisted more than the snake

    BalasPadam
  3. Mohon kepada pencacai ternakan najib sekalian,

    Jika beri komen jangan waktu rakyat marhaen dah tidur.

    Jika "fitnah" berilah juga faktanya, jika "zalim" sila beri butirannya.

    Mudahkan? Jangan sampai tuduhan berbalik pada pencacai, tak takut di akhirat ke?

    BalasPadam
  4. Hasan 'Cari Makan' Arifin adalah antara anggota PAC yang berada di luar negara ketika ini sedangkan dalam mesyuarat PAC sebelum ini telah dipersetujui bahawa mesyuarat PAC akan diadakan pada semalam dan hari ini sebagaimana yang dipersetujui pada mesyuarat PAC pada 11 Februari yang lalu.

    Persoalan di sini, macam Hasan 'Cari Makan' Arifin yang bersetuju untuk adakan mesyuarat pada semalam dan hari ni tetapi dengan Hasan 'Cari Makan' Arifin pun pergi ke luar negara juga?

    Ini menunjukkan bahawa Hasan 'Cari Makan' Arifin sengaja melengahkan masa berhubung dengan mesyuarat pembentangan laporan PAC mengenai isu 1MDB itu.

    Apa yang kita persoalkan adalah di manakah integriti Hasan 'Cari Makan' Arifin sebagai Pengerusi PAC? Tindakan Hasan 'Cari Makan' Arifin yang sengaja tangguhkan mesyuarat pembentangan laporan siasatan kes 1MDB walaupun dia sendiri sebagai Pengerusi PAC telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat itu pada semalam dan hari ini adalah suatu perbuatan khianat yang sangat tidak bertanggungjawab.

    Maka sewajarnya Hasan 'Cari Makan' Arifin dan ahli PAC yang ke luar negara itu dihadapkan ke Lembaga Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk diadili tindakan mereka itu. Kerana Hasan 'Cari Makan' Arifin dan ahli PAC yang ke luar negara itu didapati telah membelakangkan kepentingan negara, kecuali mereka dapat membuktikan keberadaan mereka itu di luar negara adalah demi kepentingan negara atau sesuatu yang tak dapat dielakkan.

    Sebelum ini Hasan 'Cari Makan' Arifin kata ada ahli PAC yang mengerjakan Umrah, kita nak tahulah apakah sebabnya ahli PAC itu tiba-tiba mengerjakan Umrah ketika sesi pembentangan laporan mengenai siasatan terhadap 1MDB ini. Bukanlah kita nak halang dia mengerjakan Umrah, eloklah buat Umrah tu, ibadat, tetapi kalau sengaja mempergunakan ibadat untuk melarikan diri dari tanggungjawab, itu dah jadi khianat, dah jadi perbuatan maksiat yang mungkar, orang sebegini tak layak jadi ahli PAC, ibadat dan agama pun diperguna untuk melarikan diri dari tanggungjawab.

    Keadilan dan kebenaran perlu ditegakkan, hak negara dan hak rakyat perlu dipertahankan.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  5. Antara najib dan tun dua2 pun ada kejahatan dan kebaikan yg dia org lakukan, dua2 pun ada kroni...
    Dua2 pun songlap, tun songlap cara berhemah tk masuk duit dlm akaun peribadi, najib cara bodoh masuk wang derma/imdb dlm akaun peribadi...
    Card credit soping dgn babi gemuk pun src yg bayar...hehe
    Jom ubah asal bukan umno/BN PRU14 kita ganyang...
    Saudara Abu Bakar jgn cepat melenting takut kena serangan jantung!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asalkan bukan ANTI MELAYU/ISLAM DAP

      Padam
  6. 10.36,

    "Jom ubah asal bukan umno/BN PRU14 kita ganyang..."

    Asal bukan DAP, kroni2, proksi, sekutu mereka.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama25 Februari 2016 10:36 PG, kau ada bukti ke Tun Dr. Mahathir songlap duit? Kalau tak ada bukti, apahal menuduh sembarangan saja, setakat nak teka-teka tu tak bolehlah, itu dah jadi fitnah.

    Macam DAP, pasal syarikat Upayapadu milik Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham dapatkan tanah di Kelantan seluas lebih 10,000 ekar tu apa cerita? Ini bukan cerita rekaan dah dibuktikan memang syarikat tu milik Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham dan memang syarikat tu dapat tanah seluas lebih 10,000 ekar sebelum banjir besar melanda Kelantan pada tahun 2013.

    Lepas tu bini Nga Kor Ming dapat kontrak membekal pakaian berjahit kepada kerajaan negeri Perak semasa Nga Kor Ming jadi Exco Kerajaan Negeri Perak, apa cerita tu, telus apa kejadahnya tu?

    Kerajaan DAP Pulau Pinang guna duit rakyat sebanyak RM 30 juta buat trek basikal, tapi trek itu hanyalah cat semula laluan pejalan kaki, itu pun sampai kos RM 30 juta ke? Cat dengan emas ke? Pasal apa kaler hijau pula, emas kaler hijau ke?

    Lepas tu kertas kerja projek Terowong Bawah Laut di Pulau Pinang kos sebanyak melebih RM 300 juta, apa punya gila kertas kerja projek tu sampai lebih RM 300 juta, itu guna kertas emas ke? Pakai dakwat dari intan permata ke tulis kertas kerja tu?

    Saya tak melenting, cuma kesian dengan pemikiran bodoh kamu yang mengata bukan-bukan kepada UMNO walaupun bukan UMNO yang salah tetapi Najib, malahan PAS, PKR, DAP, Amanah itu sangatlah teruk.

    Sila tanya PAS, apa dah jadi dengan wang derma lebuhraya rakyat yang mereka kutip derma itu, kalau ikut kata pemimpin PAS dah berjuta wang derma tu, maka apa dah jadi dengan lebuhraya tu sekarang ni? Dulu masa Nik Aziz lantik Baldah Thoiyibah jadi kontraktor, lebih kurang 3 tahun jadi kontraktor, balak sahaja yang ditebang dan dikaut, lebuh raya tak ada pun, kemudian bila Ahmad Yaakob jadi MB Kelantan, lantik pula Kelkon Sdn Bhd pula jadi kontraktor, apa dah jadi dengan Baldah Thoyibah, pasal apa hentikan Baldah Thoiyibah dari jadi kontraktor bina leburhaya itu? Sila beri penjelasan.

    Walaupun saya mengkritik Najib dan kuncu-kuncunya, jangan ingat saya sokong PKR, DAP, PAS, Amanah tu, saya tidak sokong mereka, tapi kalau mereka buat benda yang betul dan manfaat saya sokonglah, tapi kalau dari segi sokongan politik, saya tak sokong mereka, sokongan saya tetap kepada UMNO dan Barisan Nasional.

    Sebab itulah saya terus berjuang untuk singkirkan Najib dan kuncu-kuncu dari UMNO dan Barisan Nasional kerana Najib dan kuncu-kuncu hanyalah parasit yang merosakkan Barisan Nasional sahajalah. Sebab itulah saya berjuang tanpa mempedulikan ugutan, ancaman dari Najib dan kuncu-kuncunya kerana saya berjuang untuk menyelamatkan Malaysia, Barisan Nasional, UMNO dan rakyat Malaysia.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  8. Yang bagi kerakyatan cina dap pun melayu umno, yg bagi singapo kat cina pun melayu umno yg bagi gunung genting highland kat cina pun melayu umno,yg hancurkan bank bumi putra pun melayu umno....
    Tapi DAP juga yang ko takut.

    ANTI MELAYU ISLAM RASUAH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAS pun lulus lesen arak kepada Cina juga, apa cerita?

      Isu kerakyatan tu sebab orang Cina dan India itu lahir di Tanah Melayu, mereka nak jadi warga negara ini, kerajaan berilah kerakyatan kepada mereka, lagi pun apakah semua orang Cina dan India di negara ini jahat?

      Itulah tuduh UMNO asobiyah, sebenarnya kau tu yang asobiyah perkauman sempit yang melampau dan tak tentu hala.

      Siapa yang hancurkan Bank Bumiputera? Tak hancur pun, dijenamakan semula sahajalah, jadi CIMB.

      Tapi kau tak pula canangkan bahawa yang berusaha mendapatkan pemerintahan sendiri Malaysia adalah UMNO.

      Yang menyatukan negeri-negeri Melayu serta Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia adalah UMNO.

      Yang berusaha memajukan orang Melayu juga adalah UMNO.

      Yang membangunkan negara ini adalah Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO.

      Apahal kau tak sebut pasal kejayaan UMNO tetapi merapu tak tentu hala menjadi perkauman pula?

      Saya tak takut dengan DAP pun, ada pernah saya kata saya takut dengan DAP? Sedangkan dengan Najib dan kuncu-kuncu pun saya tak gentar, inikah pula sekadar nyamuk seperti DAP, boleh beranganlah kalau DAP ingat saya takut dengan mereka.

      Saya memperjuangkan kepentingan rakyat, saya mempertahankan kepentingan rakyat, saya menyokong dan menyayangi UMNO dan Barisan Nasional, itu prinsip saya. Walau saya kritik Najib, sebab Najib khianat dan nak memusnahkan UMNO, sebab itu saya menentang Najib, sebab saya sayang UMNO, sebab saya sayangkan Barisan Nasional.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  9. Walau apa pun Najib, Arul Kanda, dan Datuk Seri Ahmad Husni kena jelaskan mengapakah USD 1.03 bilion tu daripada tunai tetiba sahaja bertukar menjadi aset, kemudian menjadi unit pula.

    Najib patutnya diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana telah menipu Dewan Rakyat berhubung penjelasan mengenai isu USD 1.103 bilion wang yang kononnya hasil tebus pelaburan di Cayman Island dan kononnya telah disimpan di BSI Singapore Limited hinggakan jawapan merapu dan bercanggah diberikan, sekejap tunai, sekejap aset, lepas tu jadi unit pula, mana satu pun tak tahu yang betul.

    Tapi kerana Speaker Parlimen diberikan habuan jamban baharu di pejabatnya, diberikan perabut baharu di pejabatnya, serta pejabatnya diubah suai, maka integriti dia sebagai Speaker Dewan rakyat pun dijual beli dengan tidak mengambil tindakan disiplin terhadap Najib yang telah menipu sidang Dewan Rakyat dalam isu USD 1.103 bilion itu.

    Perjuangan akan diteruskan, keadilan perlu ditegakkan, kebenaran perlu dipertahankan, pertahankan negara, pertahankan parti UMNO dan Barisan Nasional, demi agama, bangsa, dan tanah air.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  10. Pembetulan: bukan USD 1.03 bilion, tetapi USD 1.103 bilion.

    Walau apa pun Najib, Arul Kanda, dan Datuk Seri Ahmad Husni kena jelaskan mengapakah USD 1.103 bilion tu daripada tunai tetiba sahaja bertukar menjadi aset, kemudian menjadi unit pula.

    Najib patutnya diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana telah menipu Dewan Rakyat berhubung penjelasan mengenai isu USD 1.103 bilion wang yang kononnya hasil tebus pelaburan di Cayman Island dan kononnya telah disimpan di BSI Singapore Limited hinggakan jawapan merapu dan bercanggah diberikan, sekejap tunai, sekejap aset, lepas tu jadi unit pula, mana satu pun tak tahu yang betul.

    Tapi kerana Speaker Parlimen diberikan habuan jamban baharu di pejabatnya, diberikan perabut baharu di pejabatnya, serta pejabatnya diubah suai, maka integriti dia sebagai Speaker Dewan rakyat pun dijual beli dengan tidak mengambil tindakan disiplin terhadap Najib yang telah menipu sidang Dewan Rakyat dalam isu USD 1.103 bilion itu.

    Perjuangan akan diteruskan, keadilan perlu ditegakkan, kebenaran perlu dipertahankan, pertahankan negara, pertahankan parti UMNO dan Barisan Nasional, demi agama, bangsa, dan tanah air.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  11. Antaranya 1.03 Dan 1.103 billion banyak beza tu, ratus juta!

    Najib oh Najib kenapa diam membisu? Adakah Ianya menunjukkan Najib seorang beriman kerana tak banyak komen?

    BalasPadam
  12. Saudara Abu Bakar dlm blog awak, awak boleh la nk sorok para pejuang kemerdekaan selain dari umno, malah sblm umno wujud lg sudah ada parti lain yg berjuang untuk mencapai kemerdekaan Iaitu KMM.
    Mlh masa tu umno jadi anak emas
    penjajah...
    Umno jd tali barut penjajah dlm peristiwa bkt kepong..
    Kami blh access bnyk maklumat sejarah.
    Umno penipu sjk sblm merdeka.
    Sekian...

    BalasPadam
  13. Tolong jangan tipu generasi muda.
    PKMM KMM API AWAS tidak pernah disebut sebagai pelopor kemerdekaan.
    Pejuang seperti Ibrahim Yaakob Ahmad Boestamam Dr Burhanudin Helmi cuba dihapuskan dlm buku sejarah.
    Sbnrnya UMNO anak emas penjajah talibarut british.
    UMNO penipu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kamu yang di tipu..menipu diri sendiri dan cuba menipu org lain...agenda kamu tak lain hanya untuk meletakkan DAP kononnya sebagai pejuang kemerdekaan..propaganda komunis.

      Padam
  14. Aduhai bangsa ku yg beragama islam...mengapakah kamu suka bergaduh dan menabur fitnah..
    Salam pg jumaat

    BalasPadam