Sabtu, 20 Februari 2016

Berani Kerana Benar..!


Jelas berbeza hitam dan putih..! jelas berbeza api dan air..!

Selepas membuat gesaan supaya Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bersumpah dengan al-Quran, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau juga bersedia untuk berbuat demikian sekiranya diminta.
“Kalau apa yang saya kata itu disangka fitnah atau tidak betul, suruh saya sumpah, saya kena sumpah la.
“Kalau saya suruh orang sumpah, saya pun mesti bersedia bersumpah, dengan niat yang betul. Bukan niat lain sumpah lain,” katanya kepada pemberita di Program Lets Read Quran di Ovul Damansara hari ini.
Sebelum ini Dr Mahatir mencabar supaya Apandi harus bersumpah dengan al-Quran bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara tidak mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan rasuah.
Sebagai orang Islam yang baik, Mahathir dilaporkan berkata, Apandi harus bersumpah menggunakan al-Quran di masjid dengan disaksikan orang ramai bahawa laporan-laporan badan itu tidak mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan amalan itu.
Untuk sekian kalinya...kertas takkan mampu membungkus api..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

19 ulasan:

  1. Dulu ko jugak yg kurangkan kuasa raja2, skrg nk buang pm jahat punya la susah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anon 11:17

      Dulu mungkin kamu belum reti baca....sekarang dah boleh, rajin rajin lah baca sejarah dan motive kenapa perkara dipinda dan dicantas!

      Sekarang yang si lanun buat cantas sana sini ada untuk kebaikan kah?

      Sendiri mau ingat lah.

      Padam
    2. tolong baca sejarah kenapa kuasa di kurangkan. jangan tuduh sebab semasa itu banyak perkara tidak dapat di bending.

      Padam
    3. 11.17...

      Balik belajar dulu ye..nampak awak bangang sangat komen camtu. Sekian

      Padam
  2. Ada kuasa pun suka2 bunuh org. Baik kurangkan kuasa

    BalasPadam
  3. Tun tolong kami. Nak muntah tengok cara negara ditadbir skrang.

    BalasPadam
  4. Berani dia bersumpah anak2 dan kroni2 dia menjadi billionair bukan kerana kedudukan dan kuasa semasa dia jadi PM.

    Belum ada dalam sejarah Malaysia anak PM tiba2 menjadi begitu kaya raya dan memegang kedudukan tinggi dalam syarikat2 gergasi.

    Orang dah muak dengan putar alam bekas PM. Dia perintah selama 22 tahun kerana ada perisai ISA. Jika tiada ISA belum tentu sampai 1` penggal.

    Jika tak kerana Najib tahun 1987 dah tersungkur di kaki Ku Li. Inilah manusia yang penting temolok sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia bg anak dia jdk billionair ok lg.. sbb ank dia ada bisnes..
      Ni najis dia sendr jdk billionair. Apa bisnes xtau..

      Kehkehkehk.. najis sokong dia sbb tu jdk pm.. allah pilih dia jdk pm.tiba tang ni cacai najib jdk bal plk

      Padam
    2. 3.48,

      "Jika tak kerana Najib tahun 1987 dah tersungkur di kaki Ku Li"

      Jika tak kerana Najib jugalah beliau tidak melakukan apa apa, tidak bersuara atau bertindak terhadap Tun.

      Kerana Najib juga anggota tertinggi majlis umno dan tidak pernah menegur atau memcuit Tun.

      Bukan kerana setia, bukan kerana taat, jauh sekali kerana najib taat terhadap Tun.

      Semuanya kerana beliau adalah Bodoh bin Bahalol, ditambah pula hasil buatan rosmah. Cer tanya Najib, 15 - 9 berapa?


      Padam
  5. YANG SEDAP SANGAT MENJILAT TU BERAPA DAPAT..CINA DI SPORE DAPAT 81 JUTA PUN DIA HENTAMBALIK

    BalasPadam
  6. Bila rasuah telah menjadi raja maka bertimpa-timpalah keburukan menjelma.Ujudnya rasuah dalam berbagai bentuk susah mahu settle buat Malaysia sekarang ini.

    BalasPadam
  7. Elok jugak mahathir bersumpah. Sumpahlah bahawa laporan dan tuduhannya kepada najib semua benar dan ada bukti yang sahih. Rakyat nak tengok itu. Kini rakyat gelisah kerana cara kes 2.6 bilion dan 1mdb dilaksanakan secara main sorok2. Rakyat dah muak. Jangan lupa, mahathir jangan lupa, bersumpahlah juga bahawa kekayaan anak2nya didapati secara normal dan bukan secara nepotisma dan kroni. Mokhzani dan mukhriz menjadi kaya bukan kerana mahathir menjadi pm pada masa itu. Bagaimana mokhzani boleh menjadi orang ke 14 terkaya di malaysia tanpa menggunakan mahathir, juga ayahnya yang menjawat jawatan pm ketika itu. Jika perkara ini dapat dihurai secara bersumpah, najib sudah tidak mampu lari kemana, orang yang menuduh mshathir juga kaki kronisme juga akan kehabisan modal. Mampukah mahathir lakukannya? Atau sekadar momokan kerana jika guru kencing berdiri tentunya murid kencing berlari. Dalam isu mahathir vs najib, siapa guru siapa murid?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Chai 7.38 Tun takder masalah kalau nak bersumpah, Najib ada berani?

      Padam
    2. 7.38

      "Mokhzani dan mukhriz menjadi kaya bukan kerana mahathir menjadi pm pada masa itu. "

      Rakyat (pihak berkuasa hari ini tak boleh dipercayai lagi dah) perlukan bukti kukuh untuk sabitkan kesalahan, sebagai contoh "vincent tan atau kroni2 Tun telah memasukkan wang kedalam akaun mukhriz".

      Macam 1mdb tu, terbukti terang dan jelas 2.6 BILLION telah dimasuk ke dalam akaun peribadi najib.

      Begitu juga dengan rosmah, terbukti terang dan jelas lebih 2 juta telah masuk ke akaun peribadi rosmah!

      Padam
  8. Dalam kes madey ni ibarat meludah kelangit..keda pencinta dedak expired korang tyelah kpd org ramai jawapan tetap sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 810 macai penyapu tetap dan berpencen bugis penyamun..memang betul .. jawapan orang ramai mahukan bugis penyamun dan bininya ratu shopping masuk 'kedalam'..dalam kes najib ni ibarat rakyat mengkahakkanya beramai ramai..

      Padam
  9. Pemakan dedak bukalah minda tu...sepatutnya memberi sokongan penoh apa yg tun cabar...ini tidak melencong kelain...sepatutnya memberi tekanan pd ag menyambut cabaran tun...bro ini antara yg maha esa dgn hambanya...

    BalasPadam
  10. Pencacai ternakan najib sekalian,

    Apakata jika kamu semua menghadiri kursus atau bengkel teknik2 dan tip2 bagaimana untuk menjawab atau menyoal
    demi mempertahankan najib tercinta tu?

    Kami rakyat marhaen, bersedia membantu seterusnya membimbing pencacai ternakan najib sekalian?

    Amacam? Setuju? Jangan malu dan segan...malu bertanya sesat jalan.

    BalasPadam
  11. Aku suka klau najib perintah sampai pru 14, lagi senang nk bagi umno melingkup@ bungkus.
    Sekian.

    BalasPadam