Selasa, 9 Februari 2016

Swiss Dah Minta Tolong Pandi Secara Rasmi...!


Dah rasmi dah...

Secara rasminya Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) sudah mengemukakan permintaan bantuan undang-undang bersama kepada Kementerian Luar Malaysia berhubung prosiding jenayahnya ke atas cabang pelabur negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Jurucakap OAG Nathalie Guth berkata dalam satu e-mel kepada The Malaysian Insider, permintaan itu diserahkan kepada Kuala Lumpur pada 4 Februari melalui saluran diplomatik.
"Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) mengesahkan penghantaran permintaan bantuan undang-undang bersama kepada Kementerian Luar Malaysia dalam konteks prosiding jenayahnya mengenai 1MDB (1Malaysia Development Berhad).
"Permintaan itu, selepas penghantaran melalui Pejabat Persekutuan kompeten Keadilan (FOJ), diserahkan pada 4 Februari 2016 di Kuala Lumpur melalui saluran diplomatik kerana ia adalah prosedur standard," Guth menulis.
Pada 29 Januari, OAG mengeluarkan kenyataan mengatakan ia meminta bantuan bersama pihak berkuasa Malaysia sebagai sebahagian daripada prosiding jenayah yang dibuka terhadap 2 bekas pegawai 1MDB dan "orang yang tidak diketahui" kerana disyaki salah laku rasuah pegawai awam asing, salah laku di pejabat awam, pengubahan wang haram dan salah urus jenayah.
Ia juga berkata kerjasama ini dibincangkan kedua-dua negara pada mesyuarat di Zurich pada 15 September tahun lepas antara peguam negara Switzerland dan rakan sejawatannya dari Malaysia.
OAG menyatakan siasatan jenayahnya menunjukan dengan serius dana disalahgunakan syarikat negara Malaysia, sambil menambah wang tersebut dipercayai diperuntukkan untuk pelaburan dalam projek pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia.
Katanya, jumlah yang disalahgunakan itu dianggarkan sebanyak AS$4 bilion.
"Setakat ini, sudah dipastikan yang sebahagian kecil wang itu dipindahkan ke akaun di Switzerland yang dipegang pelbagai bekas pegawai awam Malaysia dan kedua-dua bekas dan pegawai awam semasa dari Emiriah Arab Bersatu.
"Sehingga hari ini, bagaimanapun, syarikat Malaysia yang terlibat tidak membuat sebarang komen mengenai kerugian dipercayai ditanggung mereka.
"Maka, permintaan bagi bantuan bersama itu bertujuan menasihati syarikat dan kerajaan Malaysia mengenai keputusan prosiding jenayah Switzerland, bagi mengetahui sama ada kerugian pada skala ini dialami mereka," kata OAG.
Selain kenyataan tersebut, Peguam Negara Switzerland Michael Lauber juga dilaporkan bimbang dengan keputusan rakan sejawatnya dari Malaysia Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk menghentikan siasatan terhadap pemindahan AS$681 juta ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, langkah itu boleh menjejaskan siasatan Switzerland ke dalam firma pelaburan milik negara yang bermasalah itu.
"Kami amat bimbang.
"Kami menemui bukti pemindahan wang yang mencurigakan dikaitkan dengan 1MDB melalui institusi kewangan Switzerland, dan kami amat percaya sangat penting maklumat dikongsi bersama pihak berkuasa Malaysia," The Wall Street Journal memetik Lauber sebagai berkata.
Kenyataan OAG mendorong jawapan serta-merta dari Apandi, yang mengatakan pihaknya akan mengambil semua langkah bekerjasama dengan rakan Switzerland mereka mengenai perkara itu.
Beliau juga berharap akan menerima hasil siasatan dan dokumen dari OAG.
"Dokumen ini akan dikaji semula, bersama hasil siasatan kami dan pihak berkuasa yang lain, untuk menentukan tindakan yang sesuai," kata Apandi dalam satu kenyataan.
Beliau bagaimanapun berkata, siasatan ke atas sumbangan yang dibuat kepada Najib tidak berkaitan dengan siasatan atas 1MDB.
Katanya, pejabat peguam negara mengkaji semula secara mendalam laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan mendapati tiada bukti salah laku.
"Saya dan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan berminat memastikan semua fakta tentang 1MDB yang membawa kepada dakwaan terhadap syarikat itu baru-baru ini.
"Sebab itu, beberapa penyiasatan, termasuk oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Audit Negara, sedang dijalankan.
"Pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara, komited bekerja dengan semua entiti penguatkuasaan undang-undang asing yang berkaitan melalui konvensyen dan perjanjian antarabangsa yang sesuai.
"Begitu juga, 1MDB sejak dari awal lagi memberi kerjasama kepada siasatan itu," kata Apandi. 
Pandi pulak macam mana???
Lu Fikir La Sendiri!!!

12 ulasan:

  1. Apandi,

    Please read an article,"Yak Names Eric Tan And Jho Low As Being Under Investigation by Singapore Authorities".

    You sir, if you are really an ex-learned judge and now the wise chief govt prosecutor, you would have by now a very crystal clear of najib's wrongdoing. Unfortunately, you betrayed all the rakyat.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, yenedeh Pandi oink oink pohdah!

      Padam
  2. Orang kapir tu lebih bersungguh sungguh nak siasat kes rasuah, orang melayu islam umno negara ni mati2 nk tutup kes jenayah rasuah...
    Darah iblis dah sedap sangat makan duit haram...

    BalasPadam
  3. Bila pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dan Ketua Setiausaha Negara nak ambil tindakan disiplin dan buat laporan polis atau SPRM terhadap salah laku, salah guna kuasa, salah guna jawatan hingga memudaratkan kepentingan dan keselamatan negara berkaitan isu kes wang berbilion ringgit dalam akaun peribadi Najib sebelum ini.

    Ini kerana tindakan Apandi membuang kes berkenaan walaupun kes berkenaan punya prima facie kerana subjek kes yang disiasat iaitu keberadaan wang berbilion didalam akaun peribadi Najib memang jelas wujud, maka sepatutnya kes itu dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.

    Samada wang itu derma dari Arab, wang itu dah dipulangkan semula kepada Arab itu, tak tahu wang dari SRC International dan macam-macam lagi alasan itu, maka itu urusan Najib untuk bentangkan bukti untuk menyokong alasannya itu, bukannya bidang kuasa Apandi untuk tentukan Najib bersalah atau tidak, apahal Apandi nak merampas kuasa hakim pula?

    Tindakan Apandi ini bukan setakat memalukan dan menjatuhkan maruah negara, malahan Apandi telah khianat terhadap amanah tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya itu. Itu telah melanggar etika dan ikrar sumpah jawatan yang diikrarkan oleh Apandi semasa terima jawatan Peguam Negara itu.

    Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang menjadi pihak penyelia kepada kerja-kerja yang dibuat oleh Apandi.

    Saya menjadi pelik apakah Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sudah jadi pengkhianat negara dengan melindungi perbuatan khianat Apandi itu dan apakah mereka berdua juga turut bersubahat dengan Najib yang terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan pecah amanah wang milik negara itu.

    Untuk makluman semua juga, saya telah buat aduan secara e-mail mengenai perkara ini kepada pihak Biro Pengaduan Awam melalui Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam serta kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan disalin kepada beberapa akhbar, Ahli Parlimen Raub, dan blogger Pengundi Setia Sungai Rapat.

    Tapi hingga kini tiada maklumbalas daripada pihak Biro Pengaduan Awam dan Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam apakah aduan saya itu diambil maklum dan disiasat. Sungguh memalukan perbuatan sedemikian, apa dah jadi dengan negara ini, jentera kerajaan sendiri turut hancur diperguna oleh pihak yang khianat terhadap kepada negara ini.

    Bersatulah rakyat Malaysia sekalian, persiapkan diri kita dengan apa yang perlu dalam menghadapi segala yang mungkin berlaku dalam usaha perjuangan kita untuk pertahankan negara ini sebagai rakyat yang setia kepada negara ini dan untuk pertahankan hak kita sebagai rakyat negara ini.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  4. Isunya bukan kapir ke islam ke.....jenayah rasuah berlaku dan dilakukan oleh perdana menteri kita.....tak malu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sungguh memalukan bila segala jentera kerajaan yang sepatutnya berkhidmat untuk kepentingan negara bagi kesejahteraan rakyat demi perjuangan Agama, Bangsa, dan Tanah Air, tetapi kini telah disalah gunakan untuk melindungi, menyembunyikan, menyorokkan segala salah laku, penyelewengan, serta kegiatan menyamun yang dibuat oleh orang yang hanya berjawatan pemimpin tetapi mengkhianat negara dan rakyat.

      Intergriti dan undang-undang negara ini telah dicabuli, telah diperkosa, diperkotak katikkan sesuka hati oleh pemimpin yang diberi amanah, tapi khianat negara dan rakyat pula itu.

      Pegawai tinggi kerajaan, para menteri, timbalan menteri, lebih-lebih lagi perdana menteri dan timbalan perdana menteri yang berjumpa dengan kakitangan bawahan dan orang ramai caksp pasal intergriti, cakap pasal amanah, cakap pasal kesetiaan kepada negara, tapi manusia jenis keparat inilah yang menyamun harta negara, menipu rakyat, mengkhianati negara ini.

      Inilah jenis manusia tak tahu malu yang tak sedar diri yang walaupun mereka dah ketahuan membuat khianat terhadap negara. Mereka ini dibayar gaji menggunakan harta negara dari sumber cukai dari rakyat, tapi betapa keparatnya merka ini khianat negara dan menipu sera menindas rakyat.

      Selamatkan negara ini, integriti pihak berkuasa sudah hancur, pihak berkuasa menjadi talibarut pengkhianat negara, pemimpin negara menyamun harta negara.

      Maka kita sebagai rakyat perlu bangkit untuk menghentikan segala pengkhianatan ini, kita perlu bangun untuk pertahankan kelangsungan negara ini sebagai bukti kesetiaan kita kepada Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

      Hak kita sebagai rakyat perlu dipertahankan! Tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk pertahankan kedaulatan dan kelangsungan negara kita ini!

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  5. Aku dh lama berjuang nk suruh keparat ni bungkus balik monggolia...
    Aku tk prnah undi dia pun smpai dia blh dpt jwtn pm.
    Orang yg menyokong dia nti jwb la kat akhirat...atas kejahatan yg dia lakukan ko orang pun dpt saham.

    BalasPadam
  6. Kenapa Najib perlu takut jika 1mdb disiasat? Kenapa pihak atasan kerajaan malaysia menasihati pihak berkuasa pendakwaraya switzerland supaya tutup kes ini?

    Beri kerjasama penuh dengan pihak berkuasa luar negara menjalankan tugas mereka, bukan setakat pihak swiss, malahan hong kong, singapura, US, australia dan lain2 negara.

    Berlaku adil,

    Bukan setakat tulisan Tun dalam blog, malahan tuduhan yang dilemparkan mengatakan Tun mengkayakan kroni kroni beliau selama 22 tahun memerintah? Malahan rakyat juga mencabar pentadbiran najib mengadakan suruhanhaya siasatan diraja terhadap pentadbiran Tun!

    Sila kumpulkan segala bukti yang ada! Bukankah berani kerana benar?

    Seterusnya berlaku adil jugalah....

    Jika Tun berani disiasat maka Najib juga perlu berani tampil disiasat tanpa perlu penjawat awam, pegawai penyiasat diugut, ditukarkan, disejukbekukan, AG terdahulu dibesara awalkan malahan timbalan perdana menteri dibuang dari jawatan beliau. Malahan Najib tak perlu takut jika rakyat mahukan siasatan diraja ditubuhkan.(sudahkah pembaca dan rakyat menanandatangani petisyen yang diadakan?)

    Mengikut keadaan dan situasi hari ini, Jika Najib boleh tidak hadir forum Nothing 2 hide, persidangan rasuah sedunia dan ikut pintu belakang PWTC adakah Najib punyai keberanian?

    Berani kerana Benar?

    Selagi Najib menjadi pemimpin umno, sudah pasti rakyat menolak umno. Sudah pasti rakyat memilih alternarif selain dari umno dan bukan pula parti DAP dan proksi2 mereka seperti PAN, Pasma, PKR dan sekutu mereka.

    Sudah pasti parti atau NGO seperti PAS Isma, Perkasa dan lain2 bergabung menjadi pilihan.

    Ummo johor dan khalid nordin (kerana disini ianya ditubuh dan dilahirkan),

    Bersedialah melihat parti keramat ini dikuburkan oleh kerana mempunyai pemimpin yang tidak amanah, tidak bertanggungjawab yang diberi kepercayaan oleh rakyat.

    BalasPadam
  7. 9.56 yes!yes! yes!
    Very2 true

    BalasPadam
  8. Go to Sahathevan and you will see him tracking NR1 now frequenting KL-Singapore-Batam-KL-Singapore.....errr scrambling to find an exit clause or 'negotiate & renegotiate'??? Don't think Singapore can be bought and as more dirts appeared on this 1MDB thing, Bugis-Chief-Pirate by now realised that money is NOT KING after all.....you can buy Local but not Global authorities!

    Breaking news are hot cakes now in Singapore that this 1MDB stinks are very haunting stinks on Bugis and lickers.......

    Even nek tempoyak will gulped on her own vomits of rants and curses that this one man is too filthy to be cleansed of any shits now!

    BalasPadam
  9. Bro pandi dlm bahasa tamil maknanya babi

    BalasPadam
  10. Apa pun Najib tatap menjadi pujaan hati kami.Biarlah apa pun kau orang nak kata, penjilat kah, pemnbodek kah namun Najib tatap menjadi pujaan hati kami.

    Setakad melalak sesuka hati tanpa fakta dan angka yang tepat lebih baik balik sembunyi dalam kain bini.

    Najib tatap menjadi pujaan hati kami.

    BalasPadam