Dedak dedak bertebaran..! Jangan sampai di gelar bangang..!
Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) yang berpangkalan di Amerika Syarikat melanggar setiap peraturan kewartawanan dengan membuat dakwaan palsu terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata seorang menteri Umno.
"Walaupun telah dibuktikan tidak benar, WSJ terus membiarkan akhbar itu digunakan sebagai perantaraan kempen anti Najib," kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas laporan WSJ yang mendakwa wang yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib adalah dari 1MDB atau anak syarikatnya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini mempersoalkan motif akhbar The Wall Street Journal yang mengulangi dakwaan bahawa wang yang terdapat di akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak datang daripada 1MDB atau anak syarikatnya.
Katanya, WSJ membuat dakwaan yang sama walaupun pada hakikatnya bahawa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku dan menjelaskan bahawa dana berkenaan adalah daripada keluarga diraja Arab Saudi.
"Sebagai rakyat Malaysia kita harus menerima keputusan yang dibuat (mengenai 1MDB). Saya tidak faham mengapa mereka (WSJ) terus mengulangi dakwaan itu.
Terjuih juih berbuih mulut kerana menyangka semuanya sama sehati sejiwa pemakan dedak seiya sekata...!
Sekadar tu ajer ke???
Saman la WSJ tu..! Rakyat tunggu..! Dunia tunggu..! Lembu gemok pemakan dedak pun sebenarnya tunggu..!
Kenapa? Tak percaya ke?
Pemakan dedak kena kerja, tokey dedak lain..! Dia idola..! sebab tu boleh joli..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Dulu masa Tun M dituduh ada jutaan dollar dalam akaun bank di Israel, Tun jawab senang saja. Sila bagi nombor akaun dan jumlah duit, saya nak pi ambik.
Takdak pun guna AG utk pelepas. Takdak pun guna IGP utk tangkap orang. Takdak pun guna nazri aziz, anuar musa, ahmad maselan, saleh karuak utk bela diri. Semudah menyatakan apa yang sebenar.
Mudah kan kalau kita tidak mencuri.?!
"Peguam negara telah membersihkan najib"
BalasPadamItu lah tujuan sebenar pandir dibawa masuk. Membersihkan najib.
Rahman dahlan penasihat 25%. Rakyt xmau tahu najib sudah bersih ke belum. Rakyat mahu tahu kebenaran
BalasPadamKalau betul-betul tidak bersalah buktikan ,tak mainlah setakat cakap-cakap sahaja .
Kalau WSJ memfitnah ambil tindakan ,baru betul .
Asyik2 menteri-menteri yang sama ajer yang defend najib. Menteri-menteri lain tu kira setuju najib tak bersalah atau senyap kerana nak jaga periuk nasi semata-mata?
BalasPadamMenteri-menteri lain tu:
tak de prinsip ke?
pengecut ke?
pekak ke?
buta ke?
tak peduli ke?
atau....
semua yang di atas?
hmm....????
Boleh dikatakan sebegitu banyak pihak yang sudah hilang kepercayaan kepada pimpinan Umno yang wujud hari ini. Dimulai dengan Majlis Raja-Raja Melayu, Bekas kepimpinan BN yang telah bersara, bekas2 penjawat utama Jabatan Kerajaan dan juga sekalian rakyat jelata. Sewajarnya satu tindakan secara bersama boleh dilakukan dengan melakukan protes aman yang bersatu padu menyerahkan satu pungutan suara menyatukan sekalian rakyat yang tidak bersetuju dengan PM Hari ini agar meletakkan jawatan segera bersama barisan menteri yang sesat itu.
BalasPadam