Isnin, 15 Februari 2016

Cina Ni Sindir Siapa Sebenarnya..?


Layan...

Kenapa perlu terhegeh-hegeh? 

Lanjutan artikel minggu lalu berkaitan monyet, orang Cina mengambil iktibar tahun monyet. Kita pula mengikut perangai monyet. Insiden seorang pemimpin politik memakai pakaian kostum Cina menyerupai dewa atau maharaja Cina mengiyakan perangai monyet yang suka meniru. 

Jika nak tahu sama ada kostum tersebut dewa atau maharaja, saya cadangkan pemimpin politik beragama Islam pergi ke rumah orang Cina yang bukan Kristan, dan lihat apakah objek tersebut terdapat di rumah mereka atau tidak? Selepas itu, bolehlah kita bincang sama ada ia dewa atau maharaja.

Pada saya, objek apapun ia menyerupai sudah tidak penting lagi. Persoalannya kenapa kita perlu tehegeh-hegeh sedemikian rupa, sedangkan orang lain tidak pula? Cetek sungguh pemikiran kita jika ada yang beranggapan dengan berpakaian sedemikian, perpaduan boleh tercapai.

Pernahkah kita melihat pemimpin bukan Melayu atau parti komponen BN ultra kiasu memakai pakaian kebangsaan atau baju Melayu atau jubah ketika Hari Raya Puasa (Haji)? Boleh dikatakan hampir tiada. 

Nampak sangat mereka memandang rendah pada budaya Melayu (Islam). Sebagai orang Cina, sekali-sekala saya ada juga memakai baju Cina, tetapi bukan seperti dewa atau maharaja. Cukuplah dengan baju Cina yang bercorak biasa, supaya tidak dituduh lupa diri.  

Benar, Tahun Baharu Cina itu perayaan budaya, tetapi perlu diingat, ada unsur-unsur keagamaan di situ. Di sini mungkin kita dikelirukan, termasuk mereka yang dirujuk sebagai penasihat. Justeru, saya mencadangkan; 

Pertama, cubalah memahami budaya dan tradisi orang Cina. Mereka bukan sahaja menyembah dewa, malah apa jua gambar yang dirasakan boleh membawa tuah seperti maharaja, termasuk juga orang Islam, seperti Laksamana Cheng Ho atau Sampokong dan kong yang lain. Sebab itu, kita jangan terkejut sekiranya ada patung kalangan orang Islam dalam rumah atau tokong orang Cina. Patung ini akan terus didewakan jika membawa ong (tuah). Contoh, kena nombor ekor. 

Pernah suatu ketika isu ini menjadi gembar, termasuk juga terdapat ayat-ayat Quran di dalam tokong dan rumah orang Cina. Mungkin kepada orang Islam, ia sensitif. Pada saya itu perkara biasa.

Daripada mereka menyembah patung-patung yang pelik-pelik, lebih baik mereka menyembah patung orang Islam. Benar, itu syirik. Sekurang-kurangnya dengan menyembah patung Islam, masih ada sedikit sangka baik di situ. Islam dianggap sebagai membawa tuah atau ong. Tidak mustahil suatu hari nanti mereka bersunat.

Kedua, kepada pemimpin politik, jika terlalu kemarukkan undi, gunakan mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Inilah yang membezakan manusia dengan makhluk lain. Jangan terperangkap dengan mainan ultra kiasu. 

Ketiga, asas perpaduan bukan melalui pakaian. Perpaduan itu adalah sedia bertolak ansur dan berkorban, terutama dalam masyarakat pluralistik seperti Malaysia. Jangan lupa sejarah hubungan majoriti-minoriti. Tidakkah sepatutnya minoriti perlu lebih menyerapkan identiti majoriti, meskipun tidak berlaku asimilasi. 

Ini usahkan asimilisasi, akulturasi pun tidak berlaku. Akulturasi bermaksud peminjaman budaya buat sementara waktu. Misalnya, orang Cina berpakaian Melayu ketika hari raya, atau orang Melayu berpakaian Cina ketika Tahun Baharu Cina.

Realitinya hanya berlaku sebelah pihak. Hanya orang Melayu sahaja yang terhegeh-hegeh. Bangsa lain langsung tidak ambil tahu atau mahu ambil tahu. Siapakah yang lebih bertolak ansur dan lebih berkorban demi perpaduan?

Jangan pergi jauh, cuba saksikan siaran langsung, pembukaan parlimen atau DUN, pernahkah ultra kiasu komponen BN atau pembangkang memakai pakaian kebangsaan iaitu sut Melayu? Langsung tidak ada. Malah mengenakan songkok di kepala pun suatu yang ‘sial’ (soi) kepada mereka.

Maaf, jika saya celupar. Sekadar berterus-terang. Saya tidak pandai berpura-pura atau hipokrit, seperti ultra kiasu. Tidak perlulah saya bagi angka bagaimana orang Melayu sanggup berkorban mengundi ultra kiasu bertanding di kawasan majoriti Melayu. Berbanding ultra kiasu mengundi Melayu. 

Keempat, rujuklah pakar atau orang yang lebih tahu, jika jahil dalam budaya orang lain. Saya bukan pakar, tetapi menawarkan diri. Saya bimbang, orang yang kita rujuk mungkin tersalah memberi nasihat.

Tidak nafikan ada kalangan mualaf Cina yang agak over dalam merayakan perayaan bangsanya. Saya selalu menasihatkan bezakan antara menyambut dengan meraikan bagi tujuan dakwah. 

Biarlah yang menyambut bersungguh-sungguh itu kalangan mereka yang tidak Islam. Kita yang telah Islam, berpada-padalah, jangan sampai terlebih Cina dari orang Cina. Dalam Islam, hanya dua perayaan yang disebut dalam al-Quran dan menjadi ibadat dan mendapat pahala. Itu pun jika disambut mengikut syarak, iaitu Raya Puasa dan Haji. 

Perayaan-perayaan lain tidak ada nas. Perlulah berpada-pada dan jangan lebih garpu dari sudu. Ada hadis melarang kita bersubahat. Tetapi jika ada tujuan dakwah, ia dibenarkan, seperti yang saya lakukan saban tahun apabila tiba Tahun Baharu Cina. 

Saya teramat bimbang kerana terlalu kemarukkan undi kita sanggup menggadai prinsip. Prinsip yang digadai tidak dipandangpun. Apatah lagi untuk memberi undi. Berpada-padalah. Cukuplah dengan berpakaian batik sebagai identiti Malaysia dalam semua perayaan.


Disorot yang ampunya cerita pasti ianya ditujukan kepada ADUN PAS Paya Jaras si Khairudin Othman yang ghairah memakai baju dewa cina semasa menyambut tahun baru cina baru baru ini..!

Tapi yang menjilat cina selama ni bagaimana pulak? Siap pukul gendang..bagi sampul angpow..!

Cina pun rimas beb..! Itu yang undi cina makin lari..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Begitu juga dengan tossing yeesang. Nak toss boleh, sekadar kacau-kacau utk ambik ati orang Cina bukan Islam tu. Tapi, ramai orang islam yg turut toss tinggi-tinggi ... ada yg siap melaungkan perkataan 'yamseng'..

    Orang islam harus sedar, mereka toss yeesang tinggi-tinggi sebab mereka PERCAYA dengan berbuat begitu akan mengundang rezeki/ong yg banyak. Lagi tinggi lagi banyak rezeki yg akan dating. Bila ada unsur-unsur kePERCAYAAN, maka di situ, kita orang islam tak boleh ikut. Sebab iktikad kita ialah pemberi rezeki ialah Allah. Bukan dengan menjulang yeesang tu.

    Macam kata Riduan Tee, berhati-hatilah.
    Tahun Baru Cina memang perayaan budaya TETAPI ada diselitkan juga unsur-unsur keagamaan mereka. Kita must know where to draw the line.

    BalasPadam
  2. teringat pula pada sepasang kekasih yang berbaju HIPPO dan ZEBRA ala madagascar

    agak agak apa maksud yang hendak ditonjolkan?

    pada yang berkepentingan - maksudnya ialah sepasang kekasih ni senang ditipu

    cuba lihat kita suruh pakai baju madagascar pun mereka sanggup

    hehehehehehe

    BalasPadam
  3. Pemimpin2 melayu mmg ramai yang bodoh bodoh.

    BalasPadam
  4. Ya tak ya mamat sekoq tu siap pakai nama cina pakai baju china ,pakai kepiah china,palu gendang China bila PRU dia kena ludah kuyup dgn cina

    BalasPadam