Amacam..ada yang sentap ke?
Kenyataan Menteri ni pun mampu membangkitkan 'kesentapan' sesetengah pihak..!
Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) wujud untuk menghalang pendedahan maklumat yang boleh menjejaskan kepentingan kerajaan, dan bukan untuk menutup sebarang salah laku, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low.
Menteri yang bertanggungjawab hal ehwal integriti dan tadbir urus negara yang baik berkata, OSA diperlukan untuk melindungi maklumat yang berkaitan dengan keselamatan, perkara yang masih dalam siasatan atau rundingan, dan data peribadi rakyat.
"OSA bukan untuk menutup rasuah, penyalahgunaan atau penipuan," kata Low dalam satu temu bual radio dengan MACC.fm
Tambahnya, OSA perlu dipinda untuk menggalakkan lebih ramai pemberi maklumat tampil dan perlu dilihat secara positif.
Low berkata, beliau percaya, ada pihak yang membocorkan maklumat melalui saluran tidak sah kerana undang-undang semasa tidak menyediakan perlindungan penuh untuk mereka.
"Seperti yang saya baca, dasar pemberi maklumat hanya terpakai kepada sektor swasta tetapi tidak sektor kerajaan," katanya.
"Oleh itu, kita perlu melihat kepada satu bentuk pelarasan (undang-undang) untuk turut merangkumi perkhidmatan awam supaya pemberi maklumat dapat dilindungi," kata Low.
Katanya, Putrajaya perlu memberi fokus kepada usaha untuk menjadi lebih telus, kerana ia akan meningkatkan akauntabiliti kerajaan.
Maklumat seperti syarat-syarat perjanjian konsesi atau projek penswastaan sepatutnya boleh didedahkan kepada umum, katanya.
Apandi dilaporkan akhbar berbahasa Cina berkata, beliau sedang menimbang untuk meminda OSA bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang terlibat membocorkan rahsia negara dan mereka yang melaporkan berita tentang rahsia itu.
Katanya, pejabatnya sedang memikirkan untuk memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan.
Tak salah apa yang nak takut..!
Apa yang nak sentap menyentap..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Betul la tu, menteri menteri umno ramai yg buat kerja2 kotor.
BalasPadam1. Very good one.
BalasPadam2. Ministers now are of inferior quality than those in the 80s and 90s. Nawai tu were good and for the rakyat and country.
3. Current ministers only think of filling their pockets.....sigh..
Assalam Bro,AG kita ni memang sengal.Takkan dia tak boleh bezakan antara rahsia negara dan rahsia peribadi ? Kalau kepincangan Najib tu didedahkan,apakah itu termasuk rahsia negara? Memang bengong AG ni....
BalasPadamUMNO adalah harta peribadi milik Najib, segala harta UMNO kini dah dijadikan sebagai harta peribadi Najib sahajalah, tengok wang RM 2.6 bilion yang Annuar Musa kata wang itu didermakan oleh Tok Arab kepada UMNO, tapi pasal apa wang itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib? Kalau Tok Arab tu malu tak mau UMNO tau, maka pasal apa selepas Tok Arab itu masukkan wang ke akaun peribadi Najib, pasal apa pula Najib tak serahkan wang itu ke dalam akaun peribadi UMNO? Malahan Najib telah menggunakan sebanyak RM 570 juta wang itu untuk entah perbelanjaan yang tidak diketahui, Najib kata itu belanja untuk UMNO, tapi tak ada resit, tak ada senarai perbelanjaan, dalam akaun parti pun tak ada, apa kejadahnya semua ini?
PadamMalahan yang paling teruk adalah Najib sesuka hatinya memulangkan (ini Apandi Ali yang katalah), wang RM 2.03 juta dari wang derma itu kepada Tok Arab yang bagi derma itu? Apa kejadahnya dipulangkan semula bilah dah didermakan, malahan wang derma itu untuk UMNO, yang Najib sesuka hati nak pulangkan balik tu apa kejadahnya pula? Ahli-ahli UMNO tak tahu menahu dan tak pernah pun beri kebenaran untuk dipulangkan semula wang itu, Najib saja sesuka hati berbuat sesuka hatinya.
Tetapi majoriti ahli-ahli UMNO membiarkan sahaja harta UMNO dijadikan harta peribadi Najib, maka ahli-ahli UMNO kini dah jadi tunggul, Najib jadikan harta parti sebagai harta peribadi pun, ahli-ahli UMNO buat tak peduli sahajalah.
Ramai ahli-ahli UMNO takut nak pertahankan hak parti, malahan hak mereka sendiri pun mereka takut nak pertahankan, sebab takut kena pecat dari parti oleh Najib dan kuncu.
Maka dengan keadaan ini, UMNO memang dah jadi harta peribadi Najib, sebab ahli-ahli UMNO pun takut nak pertahankan hak sendiri dan hak parti, sebab takutkan Najib dan kuncu, maka dengan ahli-ahli UMNO kini dah jadi hamba sahaya Najib, sekadar nama sahaja ahli UMNO, tapi sebenarnya hamba sahaya Najib, bila Najib dah jadikan UMNO sebagai harta peribadinya, maka dengan ahli UMNO pun jadi harta Najib juga, jadi hamba Najib, sebab itulah mereka takut nak pertahankan hak parti dan hak mereka sendiri.
Bersambung.....................
Sambungan...............
PadamKepada ahli-ahli UMNO, kalau nak melenting, nak pedih telinga, nak sakit mata, nak rasa pedih hati dengan komen saya ini, itu lantak koranglah, kerana memang korang semua hamba Najib, korang ahli UMNO, UMNO dah jadi milik peribadi Najib, maka dengan korang sendiri secara automatiknya menjadi hamba Najib, sebab itulah korang takut nak pertahankan hak parti, malahan hak korang sebagai ahli pun korang takut nak pertahankan, korang takut Najib yang kini menjadi tuan kepada korang, korang hanyalah hamba Najib sahajalah.
Kalau kata saya fitnah, sila nyatakan di mana yang saya fitnah, kerana benar ahli UMNO tidak pertahankan hak UMNO dari dijadikan sebagai harta peribadi Najib, malahan hak ahli UMNO sendiri pun ahli UMNO takut nak pertahankan, sebab takutkan Najib, maka benarlah apa yang saya nyatakan ini.
Kepada para belia sekalian, jangan contohi perangai ahli-ahli UMNO ni, ini bukti jenis manusia pengecut, sudahlah hak parti mereka pun mereka biarkan Najib perbuat seperti harta sendiri, hak mereka sendiri sebagai ahli parti pun mereka takut nak pertahankan, sebab takut kepada Najib, sebat takut Najib pecat mereka dari parti, sebab kini ahli-ahli UMNO sendiri yang iktiraf bahawa UMNO adalah harta peribadi Najib, sebab itulah mereka biarkan Najib berbuat sesuka hatinya.
Para belia sekalian perlu contohi semangat juang Tun Dr. Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Datuk Hamidah Osman, Pn. Anina, 9 orang ketua cawangan UMNO di Bahagian Telok Kemang, pihak Gabungan Ketua Cawangan Malaysia dan para pengkritik perbuatan jahat Najib yang konsisten mempertahankan negara ini dari dipelingkupkan oleh Najib walaupun ada diantara mereka diancam untuk ditangkap, dipecat dari jawatan kerajaan, ditangkap dan dilokapkan, dipecat dari parti, digantung keahlian parti, diberikan berbagai tekanan demi tekanan untuk menghentikan usaha mereka yang mahu menghentikan kegilaan Najib itu. Mereka inilah wira negara yang patut dicontohi oleh para belia.
Biar dikatakan kerja lekeh, taraf rendah, pangkat rendah, kerja dengan benda kotor dan berat, itu lebih mulia daripada kononnya pangkat tinggi tapi menjadi petualang bangsa.
Kita sebagai rakyat perlu pertahankan negara kita, ini negara kita, tempat lahir kita, tempat kita tinggal, selamatkan negara kita, pertahankan hak kita sebagai rakyat.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Bagaimana pula menteri yg mengumumkan bilangan kekuatan ATM kerana kenaikan gaji. Bukankah itu keselamatan negara, atau pun sememangnya menteri2 m'sia ni
BalasPadambangang bangang belaka!
bagaimana dgn lim guang eng SELCAT kerja kotor DAP xde sapa peduli. Betty Chia tukar beg tiap minggu.. ribu2an harga... banyak besra gaji dia? mana mari kerja kotor banyak kosong lg?
BalasPadamAsyik nk audit menteri umno. Seronoklah cinapek Melayoo kerja gigit Melayoo
Sdra Admin,
BalasPadamSaya tertarik komen Tan Sri Khalid, "SB want to harm Sirul IS ABSURD" when he commented on the Australian paper on increased security for Sirul in prison. This was because the Australian Prison Authority alleged that they were worried about possibility of Malaysian Special Branch officers might harm sirulvin custody.
Saya lihat kes dalam 2 perpektif yang berbeza:
1. The one who alleged were the Australians....meaning they normally do not mince their words
2. The Australians have the proofs and records of the visitors unlike the malaysian counterparts who often derelicted on their responsibilities.
3. For khalid to say it is absurd is a reflection of truth of the allegation. Apabila kena orang lain, mereka ada bukti ini dan itu. Apabila kena batang hidung sendiri, berdalih. Itulah karma hidup, khalid
4. As a neutral party, it does not make sense for sirul to afford lawyers to represent him unless SOMEONE FUNDED HIM.....
5. So khalid ke, zahid ke....tak nak charge sedition ke, criminal defamation ke? Tak ikut protokol ke?
6. Allah maha adil dan kaya.....kebenaran itu pasti...
Wallahuaklam
Najib tak tergerak hati ke nak buat perhimpunan raksasa bersama rakyat bagi membuktikan beliau masih mempunyai sokongan yang kuat. Macam kat sabah, johor, pahang dan perak hari tu yang dihadiri ratusan ribu orang (kononnya la).. bukan apa saja nak tengok najib tersenyum2 bila hadirin menyanyikan lagu yang diciptakan khas untuk beliau. Lagu undur najib undur mcm kat stadium darul aman tu.. mesti kak mah pun akan turut bergembira bila rakyat nyanyi secara live didepan mereka. Kan? Kan?
BalasPadam