Khamis, 25 Februari 2016

HOT ~ AG Di Gesa Buat Kerja..!


Tak selesai jugak..! pening Pandi dibuatnya..!

Panel Penasihat Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa agar agensi penguatkuasaan anti rasuah itu meneruskan siasatan mereka berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
Agensi itu juga diseru memohon bantuan Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan bantuan guaman bersama (MLA) bagi membolehkan SPRM untuk mendapatkan bukti dan dokumen yang diperlukan daripada institusi kewangan. 
"Memandangkan siasatan SPRM terhadap dakwaan derma RM2.6 bilion masih belum selesai, panel mencadangkan SPRM meneruskan siasatannya dan mendapatkan bantuan peguam negara untuk mengeluarkan bantuan guaman bersama (MLA), bagi membolehkan SPRM mengambil bukti dan dokumen daripada institusi kewangan yang berpangkalan di luar negara sebagai sebahagian daripada siasatan dana RM2.6 bilion," kata SPRM, dalam satu kenyataan hari ini.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini menggesa SPRM menghentikan siasatan mereka berhubung isu tersebut. 
"Panel penilaian operasi juga menasihati SPRM dalam kes membabitkan SRC International dan dana RM2.6 bilion," kata kenyataan tersebut. 
PPO yang bermesyuarat pagi tadi juga bersetuju agar agensi penguatkuasaan anti rasuah itu menyerahkan kembali kertas siasatan mereka berkaitan SRC International kepada peguam negara untuk semakan semula. 
Apandi sebelum ini dalam satu sidang media berkata "tidak terdapat bukti yang cukup" untuk mengaitkan Najib daripada sebarang kesalahan.
Keputusan itu dibuat selepas penyiasatan hampir 6 bulan kes derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri dan syarikat milik kementerian kewangan SRC International Sdn Bhd dijalankan.
"Berdasarkan fakta dan bukti, tiada kesalahan jenayah dilakukan perdana menteri berkait dengan 3 kertas penyiasatan.
"Dengan ini saya mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kertas siasatan tersebut," kata Apandi.
Tiga kertas berkenaan adalah derma RM2.6 bilion dan 2 lagi berkaitan SRC International yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (Diperbadankan) atau KWAP.
Susulan keputusan itu, SPRM dalam kenyataannya berkata agensi itu  menyemak semula keputusan peguam negara menutup siasatan terhadap derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib. 
PPO merupakan satu badan bebas dibentuk kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009.
Menurut SPRM, tindakan membawa kes ini kepada PPO untuk mendapatkan pandangan berhubung tindakan kes yang diputuskan pendakwa raya untuk tidak dituduh.
PPO dianggotai Tan Sri Dr Hamid Bugo sebagai pengerusi, Tan Sri Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M. Pathmanathan dan Lim Chee Wee.
Banyak pil nak kena telan tu..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

11 ulasan:

  1. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, prima facie kes itu adalah pada subjek kes melibatkan apakah ada wang RM 2.6 bilion dan RM 42 juta dalam akaun peribadi Najib itu, itu subjek kes yang perlu diberikan penilaian terhadap kes tersebut adalah ADA atau TIDAK wang RM 2.6 bilion dan RM 42 juta dalam akaun peribadi Najib itu, kalau ADA wang itu, maka jelas prima facie untuk kes itu dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.

    Samada Najib kata derma itu dari tok arab, dah dipulangkan sebahagian wang derma itu, itu Najib bawalah bukti ke mahkamah untuk dibentangkan bagi membela diri.

    Begitu juga dengan isu wang RM 42 bilion milik SRC International yang berada dalam akaun peribadi Najib itu, maka itu tanggungjawab Najiblah untuk buktikan di mahkamah bahawa dia tak tahu menahu wang itu dimasukkan ke akaunnya, sila buktikan macam Najib oleh kata tak tahu wang itu dimasukkan ke akaunnya sedangkan pihak SRC International boleh ada ada butiran akaun peribadi Najib yang begitu rahsia itu?

    Perkara ini bukanlah nak cari silap orang sesuka hati, tetapi bila melibatkan kes jenayah, melibatkan penyelewengan harta negara, harta negara adalah harta milik rakyat, maka perkara ini perlu dibicarakan di mahkamah, kalau dapat buktikan tak bersalah tak apalah, tapi kalau dibuktikan oleh mahkamah bahawa Najib terlibat dalam kes jenayah ini, maka Najib tanggunglah akibatnya.

    Pertahankan negara, pertahankan hak rakyat, harta negara adalah hak rakyat, keadilan perlu ditegakkan, kebenaran perlu dipertahankan.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  2. Tutup cepat....kalau diteruskan pasti najib lingkop. habih la stok dedak kalau najib sangkut....tutop cepat sikit AG oiiii.......

    BalasPadam
  3. Rakyat disuruh jimat, disuruh buat 2/3 kerja, dikenakan gst. Duit negara yg banyak berbilliun disamun, buat projek bangunan runtuh, beli aset sendiri harga bermillion di luar negara. Semua untuk kepentingan sendiri dan konco2 penjilat.

    Mati hidup balik pun aku takkan maafkan pemimpin @ penyamun ni.

    BalasPadam
  4. Itulah puncanya Tan Sri Ghani Patail 'diberhentikan'. Pejabatnya digeledah termasuk ofis pegawai penyiasat SPRM. KPN 'bias'.

    BalasPadam
  5. Bukan kah pencacai bagitau GST menolong rakyat?

    BalasPadam

  6. Cukup Bukti Dakwa Najib Isu SRC International, Kata Panel SPRM


    Keputusan Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya 2 kertas siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd diserahkan semula kepada peguam negara adalah kerana terdapat bukti kukuh untuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak, kata seorang ahli panel.

    Beliau yang enggan mendedahkan identitinya berkata, PPO berpengaruh kerana ahlinya diberikan taklimat dan boleh menyemak semula kertas siasatan yang diklasifikasikan "tertangguh" dan "tiada tindakan susulan".

    "Penyiasat SPRM mengumpul 'bukti mencukupi' untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib," kata ahli panel itu kepada The Malaysian Insider.

    "Kami membuat kesimpulan itu kerana penyiasat SPRM juga memberikan taklimat kepada kami mengenai kes itu. Mereka juga menjawab segala soalan yang kami ajukan."

    Panel yang dipengerusikan bekas setiausaha kerajaan negeri Sarawak Tan Sri Dr Hamid Bugo itu, menamatkan penggal mereka semalam selepas tidak menerima surat lantikan semula sebaik tempoh setahun mereka tamat.

    Dalam mesyuarat terakhir PPO semalam, ia turut diberi taklimat mengenai perkembangan terkini siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd dan derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

    Selain memuji sikap profesional, dedikasi dan integriti SPRM, panel berkenaan turut meminta kertas siasatan diserahkan kembali kepada peguam negara dan mendapatkan bantuannya mengeluarkan bantuan perundangan bersama bagi membolehkan SPRM mendapatkan bukti dan dokumen daripada institusi kewangan yang berpangkalan di luar negara.

    Peguam jenayah, M Visvanathan berkata, 'credible evidence' (bukti yang boleh dipercayai) bermakna pendakwaan mempunyai semua bukti cukup dalam kes mereka untuk tertuduh membela diri.

    "Ia bermakna, tiada hujah yang boleh dipatahkan ketika di peringkat pembelaan, pendakwaan boleh mendapatkan sabitan terhadap tertuduh," katanya.

    Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang juga pendakwa raya pada 26 Januari berkata tidak terdapat bukti mencukupi untuk mendakwa Najib berhubung isu SRC International, syarikat milik Kementerian Kewangan.

    Syarikat itu dilaporkan sebagai salah satu firma dari mana derma itu berasal sebelum disalurkan melalui syarikat lain dan dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

    Apandi berkata, tiada bukti Najib selaku menteri kewangan menyalahgunakan kuasanya berhubung pinjaman diambil SRC International daripada dana pencen, KWAP.

    Beliau juga menjelaskan tiada keperluan meneruskan dengan permintaan mendapatkan bantuan perundangan bersama daripada pihak berkuasa kewangan luar negara dan bank untuk SPRM menyelesaikan siasatan terhadap kes RM2.6 bilion kerana tiada bukti mencukupi.

    The Malaysian Insider masih menunggu respons Apandi sama ada beliau akan mempertimbangkan keputusannya menutup siasatan terhadap Najib susulan kenyataan SPRM semalam.

    SPRM sebelum ini merakamkan percakapan lebih 100 saksi, termasuk Najib berhubung isu derma tersebut.

    Agensi itu membuka siasatan itu susulan laporan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report pada Julai tahun lalu, yang mendakwa daripada jumlah RM2.6 bilion itu, RM42 juta daripada SRC International, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

    Pindahan besar berjumlah AS$681 juta juga dipindahkan ke akaun Najib, daripada Syarikat British Virgin Islands dan melalui Falcon Private Bank di Singapura.

    Apandi berkata, Najib mengembalikan AS$620 juta kepada penderma Arab Saudi kerana ia tidak digunakan ~ The Malaysian Insider

    BalasPadam
  7. Zaman tun pun ada kekejaman...tp zaman najib penuh dgn kesialan, kapal MAS jatuh hilang 2 biji, sabah diceroboh, berpuluh ribu org hilang pekerjaan, berjuta bangla cuba di bawa masuk, gst tol baik tambang naik harga barang naik, najib rosmah masih hidup bermewah2, dlm sprm 3 org mati cara misteri dn macam2 petaka menimpa zaman penyamun bugis dn pasangan puaka betina minang.
    Dan ini zaman kita benamkan pemimpin2 yg berDNA kan umno.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kekejaman PAS memecat Dato' Hasan Ali dari PAS hanya kerana Dato Hasan Ali mahu membenteras arak dan judi serta mahu menyelamatkan akidah umat Islam apa kes pula tu, tindakan zalim PAS mengainaya Dato' Hasan Ali tu mulia ke?

      DAP yang memecat ahli-ahli DAP dari jawatan kerajaan negeri Penang kerana tak bersetuju dengan projek tambakan laut tu, tindakan yang mulia ke?

      Perbuatan PKR yang memecat Tan Sri Khalid dari PKR kerana keengganan menjadi pak turut kepada Anwar tu perbuatan yang mulia ke?

      Kau tak payahlah nak ambil kesempatan untuk burukkan UMNO, sebab dalam situasi yang berlaku kini, UMNO dan Barisan Nasional tak ada buat salah, yang buat salah, yang buat jenayah adalah Najib dan kuncu-kuncu, bukannya UMNO, bukannya Barisan Nasional, otak tu cuci sikit, jangan bodoh tak tentu hala sangat.

      Ahli-ahli UMNO peringkat cawangan dan ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional peringkat cawangan perlu sedar bahawa Najib dan kuncu-kuncunya telah menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional dimaki hamun tak tentu hala sedangkan UMNO dan Barisan Nasional tidak buat salah pun, yang buat salah adalah Najib, maka dalam mesyuarat cawangan masing-masing sila buat usul supaya Najib dikenakan tindakan disiplin oleh UMNO, manakala ahli-ahli parti komponen pula dalam mesyuarat cawangan kelak, buat usul supaya kepimpinan parti masing-masing memberikan tekanan kepada Najib supaya berundur dan menerima pendakwaan di mahkamah, kerana selagi Najib berkuasa, maka bukan setakat makin banyak kerosakkan yang akan dia buat, tetapi dia akan menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional menanggung malu yang tak sepatutnya ditanggung oleh UMNO dan Barisan Nasional pun, Najib buat taik, tapi UMNO dan Barisan Nasional pula yang jadi mangsa.

      Oleh itu, pertahankan parti masing-masing, pertahankan maruah Barisan Nasional, pertahankan hak anda semua sebagai ahli parti, kita ada hak sebagai ahli parti dan sebagai rakyat, hak itu kita perlu gunakan dengan betul untuk selamatkan parti.

      Jangan takut kepada Najib, sebab Najib bukannya tuhan yang boleh memasukkan kita ke neraka jika kita tidak menyokongnya dan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

      Usah takut, usah gentar, kita ada hak, maka gunakanlah hak kita dengan sewajaranya untuk selamatkan negara, rakyat dan parti.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  8. 3.57, apa saja cadangan asalkan bukan DAP, proksi2 Dan sekutu2 mereka seperti amanah Dan pkr!

    BalasPadam
  9. Sejak sblm merdeka parti penipu.
    PKMM KMM API AWAS tidak pernah disebut sebagai pelopor kemerdekaan.
    Pejuang seperti Ibrahim Yaakob Ahmad Boestaman Dr Burhanudin Helmi cuba dihapuskan dalam buku sejarah.
    Umno anak emas/talibarut penjajah...sehingga kini masih guna pakai undang2 lord reid ciptaan yahudi...
    Cer tanya makcik2 pakcik2 kg dan felda2 apa makba U M N O, mati hidup balik pun makcik2 dan pakcik2 kg tu tak tau sebut bahasa omputih...
    Hahaha
    Umno parti penipu dulu kini dan selamanya...
    Umno parti tua dh tak laku, sampai masa rakyat lesing najib dengan umno sekali...

    BalasPadam
  10. Propaganda komunis yg sedang cuba menaikkan DAP sebagai pejuang kemerdekaan..ada matlamat jangka panjang ni..isu yg di recycle sejak berapa lama..klau cybertooper DAP yg tulis ni sy paham la apsal...tp klau umat melayu Islam, adooi parah la.

    BalasPadam