Malaysia Akan Kembali Normal Jika Najib Dan Rosmah Disingkir
Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik tampil menyatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya dipersalahkan kini.
“Hanya Najib dan (isteri perdana menteri) Rosmah (Mansor).
“Kita singkirkan Najib dan Rosmah, negara akan kembali normal. Keamanan, kestabilan dan kemajuan akan kembali ke Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di Kajang, Selangor memetik sumber Malaysiakini.
Tambahnya lagi, beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan Rosmah, tetapi percaya bahawa beliau terlibat dalam isu-isu bersama-sama dengan suaminya.
Beliau turut mengulas mengenai keputusannya untuk terbabit dengan perhimpunan BERSIH, pada Ogos tahun lalu dan tuduhan terhadap Najib mengenai ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.
“Dua-dua mereka terlibat, saya mungkin salah, tapi jika hanya Najib, Najib lah,” katanya.
Beliau juga turut membidas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendakwa Najib telah mengembalikan RM2.03 bilion kepada penderma tersebut.
Tambahnya kenyataan itu menyebabkan semua pihak terkejut setelah mengetahuinya.
“Semua oang terkejut.
“Saya sedang makan malam dengan seorang bekas menteri, dia minta saya namakan orang yang diberi RM2.6 bilion dan memulangkan wang itu semula?
“(Ini) tidak mungkin benar, siapa yang percaya? Jika awak pulangkan RM10 yang saya berikan itu adalah okay (tetapi bukan RM2.6 bilion).
“Awak fikir rakyat bodoh,” katanya.
Patut la macam macam berlaku dalam negara semenjak dua menjak ni..! Tak normal rupanya..!
Bila nak normal?
Lu Fikir La Sendiri!!!
Rosmah dgn najib berambus dgn umno sekali negara normal lah.
BalasPadamYe ke..?
BalasPadamHanya dengan singkirkan dua orang tu dah boleh pulihkan Negara?
Bagaimana dengan barisan pelapis yang semakin hari semakin galak mempertahankan Boss mereka tu?
Kalau golongan pelapis ini dah tunjuk terang-terang yg prinsip mereka ialah "sokong pemimpin dalam apa saja... tak kira pemimpin buat betul atau salah... pemimpin SENTIASA betul..", anda yakin hanya dengan singkirkan dua orang tu, Malaysia akan kembali normal?
Kita perlukan pelapis yang berani menegur dengan fakta bila pemimpin dah terang-terang buat salah!
Kita perlukan pemimpin yang berani bertanggungjawab atas perbuatannya.... berani mengakui kesilapan!
Kita perlukan pemimpin2 yang HANYA takut kepada TUHAN!
ya lah tu...ingat pemimpin pakatan haprak kau tu takut sangatlah dgn Tuhan...kong kali kong..lagi punah ranah negara nanti
PadamRafizi blh jd PM yg bagus.minta dia arah nazri Aziz ditangkap di telanjang kan.terajang msk longkang. Hihihi.
Padamyang eloknya admin ni berambus dr UMNo..barulah normal UMNO bab kata tanpa nama dulu..telo mane telo admin kahakah
BalasPadamKahkahkah..
PadamCacai bg komen sampah. Apa jawatan admin dlm umno?
Abes la aku kena label macai ling liong sik plk..
Kahkahkah..
Walaupun aku ahli umno seumor hidup tetapi aku dan keluarga telah bersumpah tidak akan mengundi BN pada PRU14 sekiranyanya najib masih PM
BalasPadamKalau 15-9 pun kantoi
BalasPadamNajis mughallazah pun tak reti...
Melingkup le negara islam malaysia...
Yang pandai2 dalam umno kena berambooosss
BalasPadamSebab umno perlukan yang bodo bodo belaka...tak gitu?
Huhuhu