Sabtu, 20 Februari 2016

Berlumba Untuk Menjadi Lebih Bangang..?


Kenal orang bodoh? orang bodoh ni boleh di umpamakan apabila minum ice ditiup..!

Kementerian Sumber Manusia hari ini menjelaskan bahawa Malaysia tidak akan membawa 1.5 juta pekerja Bangladesh masuk berdasarkan perjanjian persefahaman (MOU) yang telah ditandatangani antara kedua-dua negara.

Menterinya, Datuk Seri Richard Riot berkata, angka berkenaan (1.5 juta) sebenarnya merujuk kepada bilangan rakyat Bangladesh yang berdaftar dengan Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara negara mereka bagi mendapatkan peluang pekerjaan di 139 buah negara serata dunia termasuk Malaysia.

“Tidak benar dakwaan berkenaan jumlah kemasukan pekerja asing Bangladesh sehingga 1.5 juta orang...ini kerana mengikut polisi Malaysia, sebarang kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini adalah berdasarkan kepada permintaan industri tempatan.

“Memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai oleh Malaysia dan Bangladesh kelmarin juga tidak menyatakan sebarang angka spesifik berhubung bilangan pekerja yang akan dibawa masuk negara ini kerana ia sememangnya bergantung kepada permintaan,” katanya ketika sidang media khas berkenaan isu berkenaan di sini.


Apa yang dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet setiap minggu? Isu sebesar Bangla 1.5 takkan boleh disalah sebut oleh Menteri yang lain???

Menyembur nyembur air liur Zahid mencabar belia..!

Atau apakah KDN memang mahu membawa masuk Bangla 1.5?

Siapa yang berusaha sangat mahu mempamerkan kebodohan dalam isu ini?

Hakikatnya rakyat melihat dan memerhatikan setiap tingkah laku Menteri secara dekat kerana yang jelas rakyat cerdik dan tidak bodoh..!

Pesan rakyat kepada Pak Menteri ~ simpan sikit...sebab lama lagi nak PRU..! jadi keluarkan sikit sikit jer bodoh tu..! Sepatah kata Mad Maslan..Esok takde pilihanraya..!

Tak Gitu?

Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Lena kot masa mesyuarat kabinet. Dok bincang sapa nak jilat dan menjilat

    BalasPadam
  2. Bangang...bongok...bingai...ProOO00ootTt

    BalasPadam
  3. Oh Malaysia!...semasa abad ke20 aku mengadaikan nyawa ku bagi kenteteraman dan kestabilan mu,tetapi malangnya orang yang menerima mu diabad ke21 bagitu ego dan angkoh hingga bermacam-macam bala yang menimpa.Oh Malaysia aku tersangat malu untuk di-kecapi oleh anak cucu ku diatas segala bala yang menimpa ini.Betul apa yang disajikan orang-orang terdahulu perumpamaan yang tertulis "sudah jatuh ditimpa tangga"Allahuakbar! malunya aku oh Malaysia dengan onak yang berlaku ini.Maaf kan daku.

    BalasPadam
  4. Cuba korang fikir....klu nak tangguh buat apa sain mou?. Ni sain mou lepas tu cakap tangguh. Korang baca news bangladesh, diaorang tetap hantar pekerja ikut mou.
    Kita tgk je sampai bila nak tangguh. Pergi klia tgk lps ni.

    BalasPadam
  5. Aduuiiiii BANGANG nyeeeee....menteri menteri umno ni...

    BalasPadam
  6. "bagi mendapatkan peluang pekerjaan di 139 buah negara serata dunia termasuk Malaysia"

    TPM sain bagi pihak 138 negara lain?

    Memang bingai aku rupanya. ehehehe

    BalasPadam