Ahad, 28 Februari 2016

Apa Kata Rais Yatim..!


Kata orang tua..!

TIMBALAN PRESIDEN UMNO SUDAH DIGANTUNG JAWATANNYA. PEMIMPIN2 TINGGI PARTI SELESAI MEMBERI REAKSI, MASING2 MENYOKONG KEPUTUSAN MT. SEOLAH OLAH SEMUANYA BERES...UMNO TERUS JALAN KEDEPAN. MACAM SEMUANYA OK SAJA LEPAS INI.
ADAKAH SEBENARNYA BEGITU? ATAU PERLU TAK PARA PEMIMPIN UMNO BERMUHASABAH DIRI MULAI KINI MACAM MANA DEMOKRASI MELAYU HENDAK DITAJA SEMULA DALAM UMNO. KINI KEADAAN DI BAWAH AMAT CELARU DAN LESU. MEMADAIKAH HANYA DENGAN KOMEN2 KETUA BAHAGIAN DAN ANGGOTA MT DI MEDIA UTAMA SETAKAT INI?
KUTIPLAH SATU PERSATU INTIPATI KERETAKAN SELAMA INI, BAIKI HATI2 PERJUANGAN YANG SUDAH ROSAK DENGAN BUDI MELAYU. KEROSAKAN ADA BELAKA DI SEMUA PERINGKAT... DI ATAS, TENGAH2 DAN DI BAWAH KHASNYA. KINI KITA MENANG MENGHURAI DAN MELAPOR. MESTI CARI KAEDAH MENANG PILIHANRAYA ...
Baju Melayu berbutang tiga
Berbutang suasa ada jua
Orang Melayu jangan lupa
Hilang kuasa hilang semua

Lu Fikir La Sendiri!!!

26 ulasan:

  1. Hitam Hitam Si Tampuk Manggis,
    Mari Mengaji Si Anak Cina,
    Biar Hilang Semua Biar Menangis,
    Pemimpin Melayu Tak Penat Penat Mengira Laba!!

    BalasPadam
  2. BIARKAN SILUNCAI2 TERJUN DENGAN LABUNYA...

    BalasPadam
  3. Perang Siber Bergegar 2017 - 'UMNO Perlu Ditanam'
    Sumber Berita

    >>> Klik Di Sini <<<
    'UMNO Wangi Hingga Ke Tahi' - Penjilat Tegar
    Sumber Berita

    >>> Klik Di Sini <<<
    Anak Muda Selangor Makin SAYANG Azmin - Utusan Mengaku Salah
    Sumber Berita

    >>> Klik Di Sini <<<
    UMNO BODOHKAN PAS - PAS Tiada Dlm Kabinet Baru UMNO-PAS
    Sumber Berita

    >>> Klik Di Sini <<<
    Pukulan Maut Anak Johor - Kami Tak KEBULUR Jawatan Dlm UMNO!
    Sumber Berita

    >>> Klik Di Sini <<<
    UMNO Terengganu Kekal Perjuangan TerBODOH Spjg Zaman - Tun M
    Sumber Berita

    >>> Klik Di Sini <<<
    Rakyat RAYU Anwar Dibebaskn & Pbunuh Antartuya DiTANGKAP!
    Sumber Berita

    >>> Klik Di Sini <<<

    BalasPadam
  4. Air panas lagi mendidih
    Jangan diletak diatas nyiru
    Wahai TSMY jangan bersedeh
    Kita buka parti baru

    BalasPadam
  5. Jalan jalan makan angin
    Najib taknak, TSMY pun tak ingin

    BalasPadam
  6. Kalau tsmy baca ni....sy cuma nak tsmy jangan buang masa mengejar bugis lg. Ada lebih elok tsmy buka parti baru. Sbb umno totok mmg takkan undi pembangkang tp dlm masa sama tak mahu bugis menang pru14. Jadi kami dibawah ternanti2 satu parti baru yg berwawasankan satu keadah negara baru seperti yg tsmy idamkan.

    Di kedah ada mukhris, di sabah ada shafie, di perak ada hamidah osman, di lngkawi ada ainina dan dimana2 pun tetap ada ahli umno totok. Kita gegar pru14. Please....tsmy.

    BalasPadam
  7. bukalah.... dipersiakan..... ingat semangat46 dulu????? masa tu pkr tak ada.... ni dah ada pkr.... rasanya berapa peratus bahagian parti baru tu nanti? ingat yer bukan semua Melayu bodoh macam TSMY......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha....bunyi mcm dah gabra. Ko jgn lupa pengaruh Tun M. Najib pun kecut telor bila Tun buka mulut.
      Hello bro...situasi S46 dulu lain. Keadaan sekarang lain dan bermacam hal yg telah merosakkan kepercayaan ahli umno. Ko tgk kat johor, rata2 semua kibar bendera bn terbalik.

      Padam
    2. tak yah gertak org la. kali ini PRU 14 for sure UMNO bungkus jadi kain burok la. tak semua melayu bodo mcm ko.

      Padam
  8. Seangat 46 dulu pun mantan PM gaks yg sokong.... masa tu madey dah nyawa ikan gak dah.... tp semangat46 umno 'kuat..... masa tu 50/50... dengan dokongan bahagian yg melebihi 80% hang inat BN boleh di sayurkan macam tu jer ker? yg memekak org yg sokong tundan TSMY..... yg diam ni sokong UMnO... hang jangan buat lawak k.tak yah nak kata zaman tu isue nya lain lah beb..... Kalau BN kalah pun bukan TSMY yang menang....TAPI DAP..... baru best kan.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apalah yang cacai Najib ni asyik merapu?

      Kini isu pasal jenayah Najib, yang buat taik sampai porak peranda negara ini adalah Najib, itu pun masih tak reti bahasa lagi ke?

      Yang rembat duit negara adalah Najib.

      Yang disiasat oleh pihak berkuasa pasal jenayah adalah Najib.

      Yang pecat Peguam Negara untuk ganggu siasatan adalah Najib.

      Yang kacau siasatan sampai tangkap pegawai penyiasat adalah Najib.

      Yang membohong pasal kes RM 2.6 bilion dan RM 42 juta tu juga adalah Najib.

      Yang pecat, gantung keahlian, gantung jawatan dan ainaya ramai pemimpin UMNO yang jujur adalah Najib juga.

      Maka yang bermasalah dan jadi pelingkup kepada UMNO adalah Najib dan kuncu-kuncu, yang cacai Najib merapu tak tentu hala tuduh yang bukan-bukan kepada Tan Sri Muhyiddin dan Tun Dr. Mahathir pasal apa pula?

      Korang nak kalih isu apa lagi ni, jawablah isu RM 2.6 bilion dan RM 42 juta itulah, tak payah putar sana sinilah, jawab isu yang ditanya itu.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  9. Entah la nak undi mana pru14 nanti, undi umno nanti ah jib gor kata rakyat yakin kat dia undi pembangkang macam undi dap mintak simpang tok nenek....entah la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tu ahli UMNO di akar umbi kena celik sikit, kaji masalah sebenar sekarang ini iaitu Najib yang merupakan petualang utama yang bukan setakat pecah belahkan parti, malahan melingkupkan negara ini.

      Dalam mesyuarat cawangan bulan Mac nanti, bermesyuaratlah dengan berfikir untuk selamatkan parti dan untuk selamatkan negara ini, bukannya mesyuarat parti dijadikan medan untuk mengampu Najib pula sebab teringin Najib campak gula dua tiga kampit ke muka korang pula.

      Kalau mesyuarat peringkat cawangan pun jadi tempat untuk mengampu Najib sebab kemaruk habuan, apa guna ada ahli UMNO sekarang ni, ahli sendiri pun lebih kemaruk menyokong pengkhianat sampai biarkan parti lingkup?

      Kini mesyuarat peringkat cawangan adalah penanda aras kepada UMNO apakah masih relevan atau dah jadi parti untuk golongan pengampu yang tak boleh diharapkan lagi.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  10. masa pru13, kita undi bn untuk bentuk kerajaan sekarang. tak undi najib untuk bn. tak terfikir macam tu, tapi kalu umur panjang, pru14 tak undi bn kerana tak mahu dikatakan mengundi najib yang diam membisu bila dilanda isu. tak mahu menyokong orang yang tidak tahu duit syarikat kerajaan masuk akaun sendiri. guna duit sumbangan untuk kepentingan diri sendiri. tak masukkan duit ke dalam akaun amanah umno, tapi rela memulangkan duit daripada diberi kepada umno. nampak sangat ada kepentingan diri. tapi kalu dah kena penyakit denial sindrome, tak boleh kata apa dah. susah nak diubati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ubat kepada Najib dan kuncunya itu adalah heret mereka ke mahkamah untuk diadili dan humban mereka ke penjara sahajalah.

      Biar pecacai Najib rasa tak dapat dedak lagi lepas ni.

      Negara kita perlu diselamatkan, kita sendiri perlu usaha untuk selamatkan negara kita ini.

      Sedarlah semua.

      Salam Perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  11. Syukur.... akhirnya seorang lagi veteran Umno tampil berani memberi nasihat.

    Saya harap ahli Umno akar umbi dapat buka pintu hati untuk berfikir apa maksud Rais Yatim sebagai orang lama dalam Umno (malah jauh lebih lama dari najib tetapi seperti lain-lain veteran, mereka tak terpikir pun nak heboh2 sambut ulang tahun ke...? penglibatan mereka dalam politik.

    Harap Tun Abdullah juga akan beri pandangan (itu pun kalau Pak Lah masih sayangkan Umno).

    Saya juga duk tunggu para ulamak Malaysia terutama para mufti untuk bersuara ttg 'hukum menggunakan wang yang tidak diketahui asal-usulnya. Adakah hanya kerana wang itu tiba-tiba muncul dalam akaun kita, maka kita berhak menggunakan wang tersebut?"

    BalasPadam
  12. Hahaha...A BA TA...Jilat jgn xjilat.
    Mahathir dh 90tahun masih ingin berkuasa. Buatlah parti baru. Xlama lg korang kenal lah sape tun m pujaan A BA TA..kah kah kah

    BalasPadam
  13. Umno sbnrnya ok je kalo tun m xkacau. Setakat 1mdb 42b yg samar2 tu apalah sgt banding kerugian negara zaman tun yg jauh lebih besar jumlahnya. Waktu tun m, ekonomi global sdg rancak, petronas bg duit ke pusat hampir 80b atau lebih setiap tahun. Dgn ringgit yg kukuh waktu tu dgn bantuan petronas, xde mslh bg tun m nk subsidi dan majukan negara. Tp yg btul2 kaya sekolompok cina dan melayu yg mrnjadi kroni. Melayu lain cuma bg tongkat, tutup mulut puashati. Zmn najib, kemelesetan ekonomi global, dgn bantuan petronas cuma bwh 20b, najib masih boleh bg byk pada rakyat. 1mdb cumA alasan tun m nk jatuhkan najib sbb najib xnk bertuankan dia.

    BalasPadam
  14. Anon 1.57 n 2.08 pg,

    Pendapat saya kalau nak komen, berhujjah dengan ilmu dan fikiran yang terbuka, bukan dengan sogokan dari ketua cawangan dan atau bahagian dengan wang yang haram.

    TDM ke, abdullah ke, najib ke, anda berdua ke....tak penting. Yang penting rakyat malaysia. Jangan nak komen pasal petronas sebab saya tahu kerana saya bekas pekerja petronas dalam jabatan kewangan.

    Ingatlah, zaman TDM dan Abdullah tak pernah ada berbillion masuk dalam akaun peribadi mereka ini. Lain zaman najib dengan berribu2 alasan danvjawapan yang jelas RASUAH. Kerugian tdm dN paklah ada tapi boleh diperiksa satu persatu. Kes 1MDB DAN RM2.6 BIL jauh menyimpang dari prinsip transparency, accountability and good governance.

    So anda 1.57 dan 2.08 pg......Allah bagi otak untuk berfikir, bukan dan balun lawan demi najib. Tak salah defend najib tapi jangan nampak tak berilmu.

    BalasPadam
  15. Mantap tepat dan berfakta, sokong 7.27!!!

    BalasPadam
  16. Saya setuju pendapat Anon 7.27. Allah memberikan akal dan fikiran untuk berfikir. Hujah berlandaskan persepsi tidak akan menghilangkan kegusaran rakyat. Sebalik hujah dengan hikmah dan perkataan yang baik baik dan tidak beremosi sahaja akan menyelesaikan banyak isu.

    BalasPadam
  17. Bro admin,

    Tolong publishkan komen diantara pencacai ternakan najib 1.57 & 2.08 dan juga komen rakyat marhaen 7.27.

    Perbandingan sebagai contoh, biar rakyat menilai mana baik dan mana buruk.

    BalasPadam
  18. Yg menyokong Tun ni rata2 perasan bijak dan pandai.
    Sbnrnya kerosakan bermula dr zaman Tun lg. Dia yg memulakan cara pemerintahan kukubesi. Tp betul jugak lah kata Tun M, melayu mudah lupa dan malas membaca dan berfikir. Korang pun sokong Tun M kerana terlalu selesa diberi tongkat. Bila tiba zaman susah, nk memberontak dan mahu spt tahun 80 dan 90an. Wake up lah Protun. Bukak mata besar2. Tun masih mahu kuasa. Dia takreti pencen. Skrg dia sanggup buat apa saja demi kuasa. 90tahun der. Yg lain2 seangkatan dh fikir akhirat, dia masih fikir dunia. Tak nmpk ke?

    BalasPadam
  19. Najib Razak sebagai individu telah melakukan kesalahan (mengikut Akta MACC 2009) apabila wang berbillion ringgit disalurkan ke akaun peribadinya akan tetapi seluruh UMNO telah digunakan olehnya untuk mempertahankan kesalahan tersebut.

    Ianya bukan kesalahan UMNO tetapi sesiapa yang mengkritik kesalahan peribadi Najib Razak ini akan digambarkan seolah-olah ingin menjatuhkan UMNO dan kerajaan. Ramai yang tidak mahu nama UMNO terpalit najis yang dibawa Najib Razak dan mereka ini ingin melihat Najib meletakkan jawatan dan dikenakan tindakan undang undang untuk menjamin integriti dan nama bersih UMNO.

    BalasPadam