Rabu, 10 Februari 2016

Suara Pemimpin Dunia Islam..!


Konsisten, dulu kini dan selamanya insyAllah..!
Bukan dalam dewan cakap lain, bila diluar pergi bersalam macam kawan tu..!

PUTRAJAYA, Selasa – Berikutan kejatuhan harga minyak global, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan kepada negara-negara Arab agar tidak hanya bergantung kepada sumber pendapatan melalui penjualan minyak.
Sebaliknya sumber ekonomi negara perlu dipelbagaikan bagi meneruskan projek pembangunan negara yang seimbang pada masa depan.
Tun Dr Mahathir berkata demikian dalam satu temubual eksklusif bersama media Kuwait, Kuwait Times di sini pada Sabtu lepas.
Pemimpin dunia yang disegani dunia Arab itu berkata, banyak negara Arab akan mengalami lebih banyak kerugian jika harga minyak semakin jatuh.
Ketika ditanya mengenai politik semasa di Timur Tengah, Tun Dr Mahathir berkata apa yang berlaku hari ini adalah kesan daripada pengamalan kediktatoran oleh sesetengah pemimpin Arab yang menolak demokrasi.
“Apa yang berlaku hari ini adalah hasil daripada keputusan yang dibuat 60 tahun lalu, sewaktu penubuhan negara haram Israel di atas tanah Palestin.
“Ini telah merosakkan keamanan dan memecah-belahkan negara-negara Timur Tengah.
“Para pemimpin tahu banyak masalah selesai dengan demokrasi tapi mereka tak tahu bekerja dengan demokrasi.
“Mereka tak mahu jadi pembangkang dan mahu bentuk kerajaan sendiri, akhirnya demokrasi tidak berjaya membawa kestabilan dan pentadbiran yang baik di rantau ini,” katanya.
Menyentuh isu perang dingin antara Arab Saudi dan Iran, Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana itu menggesa kedua-dua pihak menyelesaikannya melalui pintu rundingan.
“Peperangan tidak akan membawa kepada penyelesaian. Kami ada pengalaman berkonfrontasi dengan Indonesia ketika awal-awal kemerdekaan Malaysia.
“Sudah tentu mereka mahukan jalan kekerasan. Tapi kami berjaya menyelesaikannya melalui cara diplomatik dan dialog.
“Betul ada banyak perbezaan antara negara-negara tapi bagi saya masalah dan perbezaan dapat dikurangkan atau diselesaikan melalui dialog dan diplomatik,” kata beliau.
Pemimpin sejati walau kemana pergi tetap dicari..! Tapi kalau pemimpin korup yang dibenci kemana pergi tetap akan dicaci..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

15 ulasan:

  1. Antara Pemimpin terbaik sepanjang zaman... Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad

    BalasPadam
    Balasan
    1. AKU SETUJU 100%

      Padam
    2. aku setuju 2.6 billion %

      Padam
    3. I love this world class former PM, not the other shameless, current PM.

      Padam
    4. Setuju jugak. Sekurang2nya pada zaman beliau..kita bangga jadi rakyat Malaysia. Pergi oversea..mat salleh pun cakap oh malaysia..the one with pm mahatir mohammed right? What a blessed country :)

      Sekarang? Aduhai...macam2 cerita yang amat tidak elok dan memalukan...kalau orang tanya...aku cuma boleh jawab NO COMMENT.

      Padam
  2. aku perati je sejak akhir2 ni, nek tempoyak lmbt update komen kt blog2...aku rasa payment dia sangkut la, tu sbb komen pon sangkut2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Toksah ambil pot la dgn nenek tempoyak.nama pun dah busuk...dari buah yg busuk org pun dah tk makan baru buat tempoyak segalanya busuk tulisan dia pun busuk...tk de nilai utk baca.nn

      Padam
    2. Toksah ambil pot la dgn nenek tempoyak.nama pun dah busuk...dari buah yg busuk org pun dah tk makan baru buat tempoyak segalanya busuk tulisan dia pun busuk...tk de nilai utk baca.nn

      Padam
  3. Syukurlah....malaysia masih aman...:P.mengamuk nek tempoyak kejap lagi....Hahaha..ProOO00ootTt

    BalasPadam
  4. Salah tuan. Pemimpin korup mana dia pergi muka yang sama je sambut cium tangan...

    BalasPadam
  5. 2 hari lepas najib ke singapore. utk apa? ambil duit simpanan ke? hari ni berlepas ke US. harap2 polis US check betul2 beg masa kat airport. tengok bawa duit ke, bawa baju tidor.

    BalasPadam
  6. Salam. 100 tahun pun blum tentu akan lahir pemimpin Islam sehebat insan ini.

    BalasPadam
  7. Salam. 100 tahun pun blum tentu akan lahir pemimpin Islam sehebat insan ini.

    BalasPadam
  8. 2.6 billions setuju dgn anda cahaya almajid.

    BalasPadam