Ahad, 14 Februari 2016

Siapa Menteri Sumber Manusia..?


Agaknya macam tu ler kalau si Obama berkulit putih..! 

Tertarik dengan kenyataan seorang pengomen yang berkata - dulu penjajah bawa masuk cina dan india untuk bekerja di lombong dan estet mereka...! AKhirnya cina dan india semakin menjadi TUAN kepada watan ni..!

Rasanya 100 tahun akan datang Bangla pun boleh mengambil tempat..! Tak gitu?

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencabar belia di Malaysia untuk membuat 'kerja kotor' jika mereka tidak mahu pekerja asing datang ke negara ini.
"Saya cabar belia ceburi apa sahaja bidang yang ada pekerja asing, kita ambil alih. Kita tolak pekerja asing," kata Zahid ketika berucap merasmikan mesyuarat tahunan ke-32 Majlis Belia Selangor (MBS) di Shah Alam hari ini.
Ekoran ucapan itu, para hadirin kemudian menjerit "Setuju!" beberapa kali ketika anggota parlimen Bagan Datoh itu berkata golongan belia juga perlu mengambil alih pekerjaan di ladang-ladang, kilang dan sebagai tukang cuci.
"Esok saya nak tengok Presiden MBS, Datuk Irmohizam Ibrahim daftar mereka semua ini kerja kilang," kata Zahid yang kemudiannya mendapat pelbagai reaksi daripada hadirin.
Zahid berkata demikian sebagai mengulas kebimbangan beberapa pihak mengenai cadangan untuk membawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh untuk bekerja di Malaysia.
Sementara itu, selepas majlis tersebut selesai, media mendapati terdapat hadirin yang ditemui berumur di bawah 18 tahun.
Difahamkan, kira-kira 200 daripada 1,000 hadirin merupakan perwakilan dari kelab sekolah menengah daripada Persatuan Pengakap dan Pandu Puteri.
Selain itu, hadirin yang berumur 18 tahun ke atas pula ketika ditemui bagaimanapun memberi pelbagai respon ketika ditanya sama ada mereka sanggup untuk melakukan kerja yang akan mengotorkan tangan mereka.
Zahid pulak yang macam Menteri Sumber Manusia..! Zahid dah jadi jurucakap pihak Bangla ke? Zahid tak sepatutnya mencabar para Belia negara sebegitu..! Apa perlunya?
Sedangkan beratus ribu lepasan sekolah yang gagal mendapat kerja..! kenapa Zahid tak paksa pengilang mengambil pekerja tempatan?
Zahid seharusnya telah meminta Kementerian Sumber Manusia mendedahkan bidang apa yang akan di isi oleh Bangla yang nak dibawa masuk..!
Zahid sepatutnya dah menyenaraikan senarai pengilang pengilang yang mahukan pekerja Bangla tu..!
Zahid seharusnya dah menunjukkan carta unjuran keperluan Bangla yang dikatakan akan di isi dalam tempoh 3 tahun tu..!
Dedahkan..! Siapa? bila? bidang apa? kenapa?
Bukan nak bergaduh dengan Belia kita..! nak cabar mencabar..! nak buat apa? apa faedah nya? Itu ajer ke standart Zahid?
Beriya iya sangat mempertahankan Bangla tu yang menyebabkan rakyat membuat tafsiran sendiri!!!
Tafsiran apa?
Lu Fikir La Sendiri!!!

25 ulasan:

  1. Huh...Memang tk dinafikan kehadiran pekerja asing untuk mengisi sektor 2 tertentu...tapi yg ada nii pun sudah melebihi...kadang tgk zahid nii tak layak jadi tpm pun...cerdik pandai dlm umno dah dicantas...yg tinggal cuma tunggul kayu saja...nek tempoyak...ProOO00ootTt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah...syaithon menyamaq the Ori Ted Manoff tak jemu2 berfantasi

      Padam
    2. Ted Poyology Manoff - pembina tamadun (sendiri declare)..

      ..alaaahai..ted.. nama serupa ni.. biasalah.. yg hang nak syaithon bagai apehal.. biasalarr.. relax larr..

      p/s: fantasi hang, hang jgn sembang kat sini.. mau ramai yg hilang selera makan..

      Padam
    3. Yeay ted manoff original ada.
      Ted ramai pnyokong najib guna anon. Ted jela harapan kami nk bg tau.
      Duot dlm akain najib sbnyl 2.6B dan 42 juta tu fitnah ke?

      Padam
  2. 1.5 juta X RM 500 jawabnya RM 750 juta akan masuk ke dalam kocek agen pekerja asing yang telah diluluskan oleh Menteri Sumber Manusia III. Banyak duit tu bang .... tak kan nak buang gitu jer ....

    BalasPadam
  3. Sebelum si zahid bangla dok cabar sane cabar sini.. lebih baik dia pastikan majikan majikan ini bertanggungjawab terhadap perkara perkara di bawah ini terlebih dulu

    Utk kerja kerja 3D:
    1. Gaji sehari di antara RM80 ke RM130 sehari
    2. Caruman KWSP/SOCSO/Insurans nyawa
    3. Satu hari cuti setiap minggu
    4. Lebih dari 10 jam sehari di kira overtime
    5. Bayaran double utk hari minggu dan triple utk cuti umum
    6.Medical bill tidak melebihi RM100 sebulan mesti lah di tanggung majikan
    7. Jgn beri alasan pemotongan atau penangguhan gaji

    Majikan perlu laksana yg diatas ini terlebih dulu kerana ini adalah HAK ANAK WATAN..tugas kerajaan adalah memantau dan mengambil tindakan terhadap majikan majikan yang engkar..

    Jadi zahid bangla, ngko ko tak payah nak poyo cabar sane cabar sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. taik lembu lah....kerja malas gaji nak banyak sudahnya company gulung tikar..pi lah lu, gi kerja kat penang cuci taik geng hangpa kat sana

      Padam
    2. 942.. majikan kalo takder modal nak bayar gaji pekerja, tak paya la meniaga!!.. majikan yg dok request bangla bangla majoritinye org dap!!..kalo ko sanggup keje 14 jam sehari tebas hutan, angkat batu gaji RM30 sehari..nape tak ngko jer keje jadi LEMBU!!..

      Padam
    3. Komen di atas utk 943

      Padam
  4. Alahai... Dah terbiasa. Zaman pemuda dulu pun jadi tukang cakap gak...

    BalasPadam
  5. Nak tanya Zahid mengapa ramai orang kita kerja di singapura dibidsng 3D? Mengapa ramai PATI dari Malaysia yang pergi ke Australia untuk sekadar bekerja diladang? Mengapa ramai orang Malaysia diluar negara yang bekerja di restoran dan bekerja sebagai tukang cuci? Jawapannya satu saja, kerja dalam bidang itu di Malaysia silap haribulan boleh miss soru la Yang Mulia Dto Seri Zahid.... jadi kerajaan kenalah cari jalan..... bukan nak kaya cuma nak hidup.... takkan bila dah tengah2 bulan kami balik kerja cuma boleh makan megi dengan air sejuk je

    BalasPadam
  6. Mana presiden FMM ni?
    Cerita macam bagus ...orang Malaysia malaslah, tak tau buat kerjalah, tak mau kerja susahlah, takut kotorlah...semua alasan bodoh.
    Menteri pun tak buat research. Cakap pun ikut boleh dia sahaja.
    Sebab pengusaha kaki penipu tak ikut peraturan undang-undang buruh mahupun suka menjarah tenaga orang bangladesh.

    BalasPadam
  7. Belia kita kena berubah. Kerja kuat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerja kuat takder masalah. Bayaran gaji mesti mau betul dan setimpal!!

      Padam
  8. Inilah akibatnya apabila tin kosong berkata kata, siapakah melantik tin kosong ini, najib, najib pula kenapa lantik tin kosong ini? Sebab tin kosong lebih bodoh dari najib...itu jer (umno oh umno) napa jadi macam ni?

    Tin kosong mencabar, disambut tukang kipasnya dan berkata...

    "Saya cabar belia ceburi apa sahaja bidang yang ada pekerja asing, kita ambil alih. Kita tolak pekerja asing," 

    Tin kosong, kami sahut cabaran kamu tu, dengan syarat gaji minima tidak kurang RM 200 hingga RM 500 SATU
    HARI. (tukang kipas tak tepok sorak ke?)

    Kenapa gaji minima RM200 hingga RM500 satu hari diminta?

    Di jepun,

    Gaji minima untuk pencuci pinggan di restoran adalah diantara RM 10,000 hingga RM 15,000 sebulan, ada diantara mereka yang memperolehi sehingga RM20,000 (ada kerja ada gaji)
    SEBULAN.

    Di Australia,

    Kerja kerja memetik buah buahan seperti buah epal, gaji yang dibayar adalah pada kadar RM 40 hingga RM 50 SATU JAM! (tukang kipas kenapa tak tepok dan bersorak?)

    Tin kosong pula akan berkata,

    Kos kehidupan kat sana tinggi, maka....rakyat marhaen tertanya tanya? Adakah kos kehidupan di negara ini rendah? Bagaimana pula dengan kenaikan cukai sehingga menzalimi dan menindas rakyat? Tukang kipas tak nak bersorak dan bertepuk tangan ke?

    Siapakah menerima tempias buruk akibat kezaliman, kerakusan dan kebodohan pemimpin2 yang terdapat dalam parti umno ini?

    Ya betul,

    Parti umno itu sendiri seterusnya rakyat marhaen.

    Apakah akibatnya?

    Ya betul juga, rakyat sudah pasti menolak parti umno dan BN. Bertaubatlah wahai pemimpin yang bersekutu dengan najib termasuk yang berada diatas tu! Adakah masing2 hanya mahu menjaga tembolok sendiri sahaja?

    Jangan pula menyalahkan orang lain apabila parti umno dikuburkan seterusnya ditalkin pada PRU akan datang.

    Mungkin juga,

    Pada PRU akan datang, Sudah tiba masanya umno pula jadi pembangkang?

    BalasPadam
  9. Dah diberitahu dah dlm parlimen. 1.5 juta tu ialah jumlah pekerja bangladesh yg akan bekerja di luar negara. Bukan shj di malaysia, tetapi juga negara arab, asia barat dan asia lainnya. Jadi kalau nak melalutpun, ikutlah fakta. Jgn jadikan isu yg tak betul jadi seperti betul. Isu pekerja luar negara yg dah bersepah di negara kita dah berlanjutan sejak dulu. Soalnya, sektor yg pekerja asing tu terlibat, adakah belia dan penganggur rakyat malaysia sudi terlibat? Ladang, pembinaan dan perkhidmatan, sedikit sahaja yg sudi sedangkan industri tersebut perlu berkembang. Fikirkan yang fakta, jangan kerana kebencian kpd seseorang terus menghilangkan kewarasan kita untuk berfikir. Jangan kata kita hebat jika untuk minum di kedai kopipun minta kawan payung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1012..

      FAKTA UTAMA adalah..majikan majikan tak berminat pun dengan hak hak pekerja!!
      Kalo bangla yg bekerja ..bangka bangla ni tak berani nak pertikai majikan kalo gaji lambat di bayar..dlm kebanyakan kes tak di bayar langsung!!..kalo pekerja tempatan mereka ini ada pendidikan sekuran kurannyer form 5, majikan tak bole nak tipu, kalo mcm bangla tak sekolah, bangunan sekolah pun tak pernah tengok.. kalo bangla keje hari ahad sekalipun tetap di bayar RM30..double jgn harap larr.. itu sebab majikan beriya iya nakkan bangla ni.. majikan bukan nak pekerja tapi hamba abdi!!.. kerajaan pimpinan di bangsat ni pulak da kering duit!!..

      Padam
    2. Parlimen kita bahas isu urusan negara bangla.
      Kalau cerita bangla masul malaysia je logik la bhs diparlimen. Ini smp kenegara lain pun nk dibahas.hahaha.
      Dl dlm parlimen jgk azalina kata pm sendr akan hadir dan perjelas segala isu berkaitan duit derma.
      Tp last skali anta tpm baca skrip.kikiki.
      Dlm parlimen jgk btau jho low wakil kerajaan saudi dlm urusan 1mdb.kikiki

      Padam
  10. Sebut pasal perkerja asing,hari tu si Zahid ada sebut tentang akan ambil tindakan keatas 'pendagangan manusia',tak kira orang tu Datul ke tapi hingga sekarang tak ada apa apa cerita pun! Sebelum ni pun siap keluar surat sokongan lagi tawkey judi Cina kepada FBI supaya Gambling Kingpin Cina tu tidak di tangkap!!!

    alfie

    BalasPadam
  11. 9:47 komen terbaaaiiikkk!!!
    Sbnrnya melayu umno ini lah yang menjahanamkan bangsa melayu sendiri...
    Dah sampai masanya kita buang najib kuncu2 dgn parti umno sekali, tukar orang baru tapi parti yang sama, perkara yang sama akan berlaku...
    Percayalah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pemimpin boleh ditukar ganti..

      Parti harus dikekalkan..!!

      Kejayaan ngara ini mbangun sehingga skrg adalah kerana umno@bn..

      Itu hakikat yg nyata..!!

      Cuma kelemahan pentadbiran pemimpin sedia ada skrg harus diperbetulkan..!!

      Padam
  12. PM BODOH
    TPM LAGI BODOH TAG GUNA..

    BANGKAI BETUL UCAPAN TPM KITA..

    Sepatutnya TPM merancang sesuatu jangka panjang bagaimana kerja2 ini boleh di isi oleh pwkerja tempatan..

    Bukan HINA

    HINA JAWATAN PEKERJA KILANG, PENCUCI LONGKANG, PEKERJA MAJLIS DSB..

    YAALLAH LUMPUHKANLAH TPM KITA NI..

    MEMANG KEJAM DAN KEJI DIA MENGHINA PEKERJA BAWAHAN...

    ALLAH TUNJUKKANLAH KUASA MU..

    BalasPadam
  13. Anon 10:12 PTG

    Fakta hang pulak apa nyer ekkk?

    Yang jadi masaalah Zahid cabar macam taiko, belia belia nih akan jadi pengundi GE14, akal ada ke?

    Berapa banyak longkang, kerja berat, kerja kotor yang memerlukan peratusan dari 1.5 juta yang akan mari, belum dikira yang dah disini?

    Kalau ikhlas, meja bulat boleh menghasilkan idea idea yang lebih canggih bukan semata mata 1.5 juta bangla selesai masaalah?

    Ladang, pembinaan dan perkhidmatan, dengan approach dan encouragement dan pengiktirafan kerja sebegini adakah sudah mencapai 'bench mark' atau standard?

    3 Sector yang anda sebut, berkembang tidak bermakna pertambahan untung hanya dipoket 'Tauke' (UNTUNG=business owners), it goes both ways in a sense that employee/s can still enjoyed a changed of lifestyle with adjusted income over period of time without any chance of being filthy rich, has that been addressed?

    Benci bukan kepada seseorang, akan tetapi kepada :-

    1- Cara dia 'mengugut' bak tailong,
    2- Attitude hanya 'Orang Atas' jer betul, orang dibawah tidak boleh memberi idea atau menegur, dah tanya ke belia belia?
    3- Berapa banyak 'KOPI' yang kamu dah payungkan sesiapa jer lah, ada TERKOPAK ke kocek kamu?
    4- KOPI tuh tak berapa lah sangat kalau payung pun ikhlas jer lah, tak gitu?

    Dah diberitahu di Parliament......andai Najib boleh putar (LIED) Cash becomes Assets turned into UNITS, just units, what guarantee can you give Zahid will abide by his words?

    Finally, Mohd Ridzuan Ariffin and Anon 8:03 PTG had in their comments absolutely VALID arguments, can you counter that with your so call facts???

    Personally, I do have experiences in HUMAN CAPITAL and HUMAN MOVEMENTS across boundaries, and that systems, not perfect but very loosely put forward and it attracted 'OPPORTUNITY' for abuse ie. the BANGLA got 'skimmed' (hundreds of thousands go to extra length selling their own priced land back home and stayed in debt for many years after) and the EMPLOYER had in their disposal insanely 'CHEAP LABOUR' and do what they like and as they please. I have seen first-hand experiences, not just for the sake of arguments!

    Who actually gained the most you asked? Its the 'MIDDLE MAN' - the people or the authority or the man holding the legislative power will all benefit, but they would swear on their 'mother's' grave that they don't make any money out of it!

    MLN

    BalasPadam
  14. Pati kena hantar balik negara, siap pasang siren ke Airport. Layanan VVIP. Orang tempatan kena tepi jadi boleh datang berkali-kali. Datang dijemput hantar layanan vip.

    BalasPadam