Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berharap siasatan ke atas 1MDB dapat diselesaikan sebelum beliau meninggalkan pejabatnya pada 30 April ini.
Dengan cara ini, katanya, pengganti beliau boleh memulakan tugas dengan rekod yang bersih.
"Itu yang saya nyatakan dan ke arah itu hala tuju usaha saya - untuk menyelesaikannya (siasatan 1MDB) semasadalam tempoh perkhidmatan saya, supaya gabenor selepas ini boleh memulakan tugasnya dengan rekod bersih," katanya.
Beliau mengulas soalan wartawan sama ada beliau berharap isu 1MDB akan dimuktamadkan sebelum tempoh perkhidmatannya berakhir selepas majlis pecah tanah Asia School of Business, dengan kerjasama MIT Sloan School of Management di Kuala Lumpur hari ini.
Zeti pada sidang akhbar itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai status siasatan BNM berhubung ketidakupayaan 1MDB membawa pulang ‘dana asing’.
1MDB dilaporkan enggan mematuhi arahan menghantar pulang dana itu kerana telah menggunakannya.
BNM telah membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, untuk pelaburan luar negara berjumlah AS$1.83 bilion.
"Tiada apa yang diputuskan dan terlalu awal untuk ulas," katanya.
Terbukti kotor lagi mengotorkan..tapi ramai yang bersungguh sungguh mencuci dan menyucikannya..!
Macai la katakan..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Kotor, mengotorkan busuk lagi membusukkan nama negara...
BalasPadamSampai masa buang najib sekali dengan umno, buang semua yang ber DNA kan umno!
PRU 14 memang nak ajar umno/BN.
1MDB kata wang USD 1.83 bilion tu adalah pinjaman murabahah oleh 1MDB kepada Petrosaudi, 1MDB kata Petrosaudi dah bayar balik semua wang itu dan dapat keuntungan sebanyak USD 488 juta.
BalasPadamTetapi sampai sekarang pasal apa 1MDB masih gagal untuk bawa pulang wang tersebut ke negara ini, USD 1.83 bilion + USD 400 juta, jumlah semuanya USD 2.318 bilion, jumlah yang sangat besar, apa dah jadi dengan wang itu sebenarnya ye?
Tanpa Nama24 Februari 2016 5:19 PTG, tak payah nak memburukkan UMNO dan Barisan Nasional pula, yang busuk dan perangai penyamun tu adalah Najib dan kuncu-kuncu, bukannya UMNO dan Barisan Nasional pun.
Malahan UMNO dan Barisan Nasional adalah mangsa kerakusan dan pengkhianatan Najib dan kuncu-kuncunya itu.
Ahli-ahli UMNO sekalian, jika sayangkan parti, sayangkan negara ini, maka dalam mesyuarat UMNO cawangan pada bulan Mac nanti, maka buatlah usul supaya Najib direhatkan dari jawatan Presiden, serta buat usul supaya Lembaga Disiplin Parti menyiasat pasal apa wang USD 681 juta bersamaan RM 2.6 bilion yang dikatakan derma kepada UMNO dari seorang Tok Arab telah disimpan di dalam akuan peribadi Najib dan pasal apa Najib tidak pernah serahkan walau satu sen pun wang itu kepada akaun UMNO.
Perlu disiasat juga atas keputusan apakah Najib 'memulangkan' wang RM 2.03 bilion kepada Tok Arab itu semula, sedangkan ahli-ahli UMNO tak tahu menahu dan tak pernah beri kebenaran kepada Najib pun untuk buat begitu, kita nak lihat mesyuarat apakah yang membincangkan pemulangan wang RM 2.03 bilion.
Malahan Lembaga Disiplin Parti patut mendapatkan bukti-bukti yang membuktikan bahawa wang RM 2.6 bilion itu benar-benar telah diserahkan kepada Tok Arab itu semula seperti slip bank, surat kebenaran dari Bank Negara, kerana setiap transaksi kewangan melebih RM 50 juta, maka perlu dapatkan kelulusan dari Bank Negara terlebih dahulu.
Ahli-ahli UMNO perlu pertahankan parti, jadikan pentas mesyuarat cawangan pada bulan Mac nanti sebagai medan untuk perjuangan mempertahankan parti dan mempertahankan hak-hak ahli UMNO, usah biarkan hak-hak ahli UMNO dirampas dan dipijak-pijak oleh Najib dan kuncu-kuncunya lagi.
perlu diingat, Najib bukannya tuhan yang boleh memasukkan mana-mana ahli UMNO yang membuat serta menyokong usul supaya Najib dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parti dan direhatkan sehingga kes itu selesai. Jadi buat apa takut kepada Najib, Najib dan kuncu-kuncunya boleh ancam itu dan ini, tetapi mereka bukannya tuhan pun.
Oleh itu marilah kita pertahankan parti, selamatkan parti, selamatkan Malaysia, tanah tumpah darah kita, negara kita, tempat kita berteduh dan mencari rezeki.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Sbb diaorg tak sayang lg, sbb tu semua buat dek je. Diaorg lg sayangkan jawatan. Hanya dimsia jawatan politik diwarisi oleh keluarga.
PadamAtas dasar mengajar penyamun2 sekelian, aku setuju umno diturunkan.
Tanpa Nama24 Februari 2016 6:49 PTG, parti berbeza dengan individu, Najib buat taik, menyamun harta negara, menyamun harta parti, itu bukannya dibuat oleh UMNO atau Barisan Nasional, tetapi dibuat oleh Najib.
PadamMaka saya minta kepada ahli UMNO supaya sedarlah diri, insaflah, sayangilah parti, pertahankan parti kesayangan kita ini, parti yang berpuluh tahun menabur jasa kepada nusa dan bangsa hingga negara maju jaya seperti hari ini.
Kita tidak mahu hanya kerana Najib dan kuncu-kuncunya yang beberapa orang itu telah menyebabkan parti UMNO kesayangan kita ini hancur.
Dalam mesyuarat parti peringkat cawangan pada bulan Mac nanti, buatlah usul untuk mendesak supaya Najib direhatkan dari jawatan Presiden dan Najib perlu diusulkan untuk dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti untuk menyiasat mengenai isu wang RM 2.6 bilion itu.
Jika Najib didapati bersalah, maka Najib perlu dipecat dari parti dan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan penyelewengan dan pecah amanah, itu pun jika wang RM 2.6 bilion itu adalah betul-betul didermakan kepada partilah.
Kalau wang RM 2.6 bilion itu bukan wang derma kepada parti Najib perlu dipecat dari parti kerana memburukkan nama parti serta mensabotaj parti, malahan Najib perlu dihadapkan ke mahkamah kerana memfitnah parti.
Maruah parti perlu dipulihkan, supaya kekuatan parti dapat dipulihkan untuk jadi kuat seperti zaman Dato' Onn hinggalah ke zaman Tun Dr. Mahathir sebelum ini.
Selamatkan parti, pertahankan hak parti, pertahankan hak ahli, jadilah ahli yang setia dan sayangkan parti.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar