Jumaat, 26 Februari 2016

Pengganti Zeti Sudah Di Kenal Pasti..!


Tak habis habis Pak Kadir ni bikin panas..!

Layan...


Bank Negara: Politik Lwn Profesionalisme


A Kadir Jasin

SEBUAH lagi institusi teras negara sedang dalam ujian. Siapa yang akan dilantik menggantikan (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank Negara akan menentukan sama ada ia terus menjadi institusi yang berwibawa dan dihormati atau menjadi sebuah lagi institusi pemakan dedak.


Premisnya seperti berikut:

1. Logik konvensyen: negara didahulukan. Mengikut landasan ini, pengganti Zeti haruslah sama kaliber dengan beliau atau berpotensi menjadi sehebat beliau. Lebih-lebih lagi sekarang apabila situasi ekonomi dan pengurusan mata wang (monetary management) negara memerlukan seorang Gabenor yang berwibawa dan diyakini.

Maka pengganti Zeti wajarlah seorang ahli profesional yang pakar dalam bidang mata wang, ekonomi dan perakaunan. Seorang tidak dicemari oleh sebarang bentuk skandal atau konspirasi.

Atas landasan itu nama yang datang ke fikiran kita adalah (Datuk) Muhammad bin Ibrahim, Timbalan Gabenor. Walaupun berprofil rendah, dia dikatakan berintegriti dan dihormati.

Muhammad Ibrahim: Berpengalaman dan dihormati
2. Logik politik: Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, diutamakan. Pengganti Zeti wajiblah seorang yang telah termakan dedak atau boleh disuapkan dedak. Ciri-ciri integriti, kewibawaan dan kemerdekaan minda bukan syarat.

Seelok-eloknya orang itu adalah dalam acuan yang sama seperti pelantikan  (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali sebagai Peguam Negara menggantikan (Tan Sri) Abdul Gani Patail – seorang profesional yang menganggotai Umno dan cergas dalam politik. Apandi adalah peguam Umno, pemegang jawatan Umno Kelantan dan bekas calon pilihan raya Barisan Nasional.

Pelantikan Politik

Dalam kaitan inilah nama (Datuk) Awang Adek bin Hussin disebut-sebut sebagai calon pilihan. Bukan sahaja dia orang Kelantan macam Apandi tetapi dia juga cergas dalam politik Kelantan seperti Apandi.

Macam Apandi, dia pernah bertanding pilihan raya di Kelantan. Tapi tidak seperti Apandi, Awang Adek pernah menang dan jadi Timbalan Menteri.

Awang Adek: Pernah Jadi Penolong Gabenor
Kalau Apandi pernah menjadi peguam Umno dan hakim, Awang Adek pernah menjadi Penolong Gabenor Bank Negara dan Ketua Pengarah pertama Pusat Perkhidmatan Kewangan Luar Pantai Labuan (Lofsa).
  
Dia menang kerusi Parlimen Bachok dalam Pilihan Raya Umum 2004 dan dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Pada tahun 2006 dia menjadi Timbalan Menteri Kewangan.

Dalam PRU 2008 dia bertanding Parlimen dan DUN tetapi kalah kedua-duanya. Kononnya kalau Umno/Barisan Nasional rampas Kelantan tahun itu, dia akan dilantik Menteri Besar.

Pada tahun 2009 dia dilantik Senator dan diberikan semula jawatan Timbalan Menteri Kewangan. Dia dilantik duta ke Amerika Syarikat pada tahun 2014.

Kalau tidak kerana pembabitannya dalam politik atau sekiranya tidak ada skandal kewangan membabitkan Perdana Menteri, dia sesuai dipertimbangkan sebagai pengganti Zeti.

Namun seandainya dia dilantik juga menggantikan Zeti maka secara semula jadi dia akan membawa imej yang sama seperti Apandi iaitu melindungi Mohd Najib daripada tindakan undang-undang.

Adalah amat memeranjatkan (mind boggling) kalau Awang Adek yang dilantik oleh Mohd Najib tiba-tiba melawan tauke dengan meneruskan siasatan dan memberi kerjasama telus kepada agensi-agensi luar negara yang kini menyiasat 1MDB dan Mohd Najib.

Soalnya apakah Awang Adek bersedia atau akan mengorbankan segala idealisme dan kecendekiawanan yang diwarisinya daripada dua institusi ilmu terkemuka di Amerika iaitu Drew University dan University of Pennsylvania?

Awang Adek adalah antara teknokrat era Dasar Ekonomi Baru yang cemerlang setelah memperoleh ijazah matematik dan ekonomi, dan doktor falsafah dari Amerika Syarikat.

Dark Horse

Turut disebut-sebut adalah (Tan Sri) Ismee Ismail. Dia orang kepercayaan Mohd Najib yang kini menjadi Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji serta ahli lembaga pengarah 1MDB.

Tabung Haji turut terseret ke dalam kontroversi 1MDB  kerana memberi pinjaman bilion ringgit kepada 1MDB dan membeli tanah TRX daripada 1MDB.

Gabungan jawatan dalam Tahung Haji dan 1MDB menjadikan Ismee kontroversial dan boleh membawa lumpur Tabung Haji dan 1MDB ke Bank Negara. Jadi dia bukanlah calon yang kuat atau sesuai.

Ismee: Terlibat dengan Tabung Haji dan 1MDB
Seorang lagi yang datang ke fikiran saya adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Abdul Wahid Omar.

Pandangan saya dari dulu lagi menjurus kepada Abdul Wahid. Di kalangan calon luar dia adalah terbaik cuma dia menyerah kepada godaan dengan menyertai Kabinet – sesuatu yang saya secara terang-terang beritahu beliau adalah kesilapan.

Abdul Wahid: Masih boleh dipertimbangkan
Namun berbanding Awang Adek dan Ismee, dia lebih layak dan dengan itu mungkin juga lebih mudah diterima oleh pasaran.

Tetapi kalau kerajaan mahu mengelakkan kontroversi dan menangkis tuduhan mempolitikkan jawatan Gabenor maka calon semula jadi adalah Muhammad kerana dia orang dalam yang berpengalaman dan dihormati.

Wallahuaklam.


Siapa?

Lu Fikir La Sendiri!!!

38 ulasan:

  1. Dah muak, marah dan bosan dengan Najib ni, habis huru hara pentadbiran negara dibuatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak huru hara pun....yg buat huru hara adalah blogger yg bodoh ni dan pembangknag yg kepanasan

      Padam
    2. Huru hara la baghal..
      Arab bg derma suh lawan pengganas.bia pegi pulangkan blk. Lepastu polis kata xcukup dana nk lawan pengganas.
      Lagi huri hara bnyk bajet dh kene potong. Tu pun lps mkn duit gst

      Padam
    3. Mantan setiausaha umno bahagian...27 Februari 2016 pada 10:48 PTG

      Berdasar tulisan pak kader di atas..apandi tidak layak menjadi peguam negara kerana penglibatannya dgn umno.npernah bertanding atas tiket bn mewakili umno..pemegang jawatan dlm umno negeri..pernah jd peguam umno.......ini point nya utk mana mana peguam yg menyokong perjuangan turunkan najib..melihat peluang yg terhidang ini...MANA MUNGKIN APANDI BERLAKU ADIL DLM URUSAN SKANDAL NAJIB KERANA TERDAPAT CONFLIC OF INTEREST DALAM BEMBUAT KEPUTUSAN...YG APANDI SIASAT DAN MEMBERI PERTIMBANGAN UTK SEBARANG TINDAKAN SAMADA TERDAPAT KES UTK DI DAKWA ATAU TIDAK...ADALAH PERDANA MENTERI YANG JUGA PRESIDEN UMNO....TENTULAH NO FURTHER ACTION..NO CASE TO PROSECUTE....takkan nk dakwa presiden umno yg juga perdana menteri...
      Saya amat berharap sdra blogger hilight kes ini dan viralkan.utk memperlihatkan kpd masyarakat..bahawa tindakan apandi boleh di persoalkan..its BIAS

      Padam
  2. Sekarang ni mahyuddin pula digantung. Jangan harap BN nak dapat undi kami sekeluarga.

    Bye umno/bn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Muhyiddin memang kurang bijak...

      Berselindung disebalik kononnya menegakkan kebenaran...

      Dulu Anwar Ibrahim pun nak tegakkan kebenaran...kenpa bantai dia....hippokrit..

      Padam
    2. Kau nak sokong siapa???

      Pakatan harapa atau Pakatan rakyat??

      Nak sokong DAP la tu...

      Hanya org melayu bodoh saja yg akan sokong DAP parti tunggangannya

      Padam
    3. Sama2 kita kuburkan umno zalim. Ayuh semua.

      Padam
    4. Skrg baru fahm kenapa ramai skong dap. Betul zalim umno nih. Bila tak suka pecat n buang.

      Padam
  3. Awang Adek for gabenor BNM....tulus mulus fulus

    BalasPadam
  4. Sejujurnya saya sudah tidak mempercayai lagi institusi kerajaan sekarang ini. Negara ini sekaramg ini bukan lagi negara Malaysia, tetapi sudah menjadi negara Najib, kerajaan yang ada sekarang ini bukan lagi kerajaan Malaysiam tetapi kerajaan Najib, undang-undang yang ada kni bukan lagi undang-undang Malaysia, undang-undang Najib, perlembahaan yang berkuatkuasa sekarang ini bukan lagi Perlembagaan Malaysia, tetapi Perlembagaan Najib.

    Sudah tidak ada hak bagi kita semua sebagai rakyat Malaysia, negara Malaysua sudah ditukar sebagai negara Najib, kita kini hanya diperlakukan seperti hamba Najib sahajalah, tak ada hak sebagai rakyat lagi, Najib menguasai segalanya, seluruh negara ini, semua khazanah negara kini sudah menjadi harta persendirian Najib, kita sudah tak ada hak lagi.

    Apa sudah jadi dengan kita sekarang ini, negara kita dirampas menjadi harta persendirian Najib, harta negara kita turut dirampas menjadi harta persendirian Najib, kita sudah tiada apa-apa lagi, jika kita hendak selamat, maka turutlah apa yang Najib hendak, jika menentang, maka kita akan ditindas dengan seteruknya.

    Para Sultan dan Raja yang kononnya payung kepada rakyat pun tak boleh buat apa, kedudukan kuasa mereka tidak mereka gunakan untuk lindungi negara, apatah lagi untuk lindungi rakyat, janganlah diharap kepada mereka lagi, mereka golongan istana, tidak mengerti susah payah kita yang biasa hidup penuh cabaran, mereka dari lahir sampailah mati penuh dengan kesenangan, mereka tak akan faham dengan perjuangan rakyat.

    Para sultan dan raja pun sudah menjadi seperti tunggul, tiada apa yang mereka buat untuk pertahankan negara, tak ada apa yang mereka buat untuk lindungi rakyat, mereka hanya jaga kedudukan mereka sahajalah, kita semua diketepikan, cuma kita sahaja yang ada hati budi sebagai rakyat yang setia, merek para raja dan sultan tak peduli pun pasal kita semua.

    Bukanlah saya menulis ini untuk orang ramai menerbu ke istana minta para sultan dan raja letak jawatan, biarlah mereka dengan dunia bangsawan mereka.

    Apa yang ingin sampaikan adalah kita sebagai rakyat tidak boleh harap mana-mana institusi dalam negara ini untuk selamatkan kita, tetapi kita yang mesti berusaha sendiri, dengan rahmat Raja Segala Raja yakni Allah Taala, insya Allah kita akan berjaya.

    Siapa nak dakwa tuduh saya hasut memberontak bagai, lantak koranglah, sila beri tahu saya, apa lagi yang kami ada untuk pertahankan hak kami sebagai rakyat? Kini hanya Allah dan usaha kami sahajalah, agensi kerajaan, raja, sultan bukannya nak tolong kami pun.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru ko sedar ya abu bakar. Umno pun bukan ahli yg punya. Umno sekarang kepunyaan bugis juga. Siapa yg bersuara lebih akan dicantas.
      Kita hanya ada Allah.

      Padam
    2. Memang sangat pilu dengan apa yang berlaku, ahli-ahli UMNO sekalian, apakah kamu semua sayangkan parti, atau kamu dah kebanyakkannya rela membangsatkan diri menjadi hamba Najib di dalam parti?

      Saya menantikan respon ahli UMNO berhubung tindakan Najib dan kuncu membuat ainaya terbaharu terhadap Tan Sri Muhyiddin dalam mesyuarat majlis kuncu Najib siang tadi.

      Kita lihatlah berapa ramai ahli yang sayangkan parti sanggup berhadapan ancaman dan ugutan dari Najib dan kuncu, dan kita tengoklah para hamba abdi Najib yang membangsatkan dan mengharam jadahkan diri mereka kerana takutkan Najib.

      Sebagaimana yang saya tegaskan sebelum ini, Najib bukannya tuhan yang boleh memasukkan orang yang menentang kemungkarannya itu, bahkan Najib bukannya tuhan yang dapat menjamin rezeki melimpah ruah dan dapat masuk syurga kepada sesiapa yang mengampum membodek, menjadi hamba abdi yang sanggup membangsatkan diri kepada Najib.

      Kini bukan setakat raja dan sulta, agensi kerajaan, malahan para mufti dan orang-orang agama dalam kerajaan pun tak boleh diharap, mereka kini bukannya memberi nasihat yang betul kepada pemerintah, tetapi menjadi barua yang berhempas pulas mencari jalan untuk menghalalkan perbuatan jahat orang jahat dalam kerajaan sekarang ini, inilah jenis orang agama yang lebih mengharapkan dan menantikan habuan dilempar ke muka mereka oleh Najib, sedangkan mereka ketepikan dan tidak ambil pusing bahawa setiap rezeki adalah hak Allah sedangkan mereka tahu mengenai permara itu.

      Kepafa mufti dan orang kerajaan yang menjadi khadam kepada orang yang berkuasa sampai tidak peduli hukum hakam, jika nak maran atau tuduh saya fitnah kamu semua, sila cermin diri kamu semua, adakah kamu semua laksana tanggungjawab dengan betul dan amanah atau kamu semua ini lebih takutkan Najib lebih daripada kamu ingat akan tanggungjawab kamu kepada Allah dan masyarakat.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    3. apa kata kau pindah je dari Malaysia.. gunting I/c lepas tu pg pindah dari malaysia.. pi duduk india sana.. dasar manusia tak reti bersyukur.. sibuk salahkn org lain.. harap nama je abu bakar.. perangai mcm setan..

      Padam
    4. Itulah....baca berita yg tak sahih
      Lepas tu pemikiran dah korup
      Lepas buat kesimpulan bodoh...

      Yg merosakkan Negara adalah pembuat fitnah

      Padam
    5. Mangkuk 940 ptg, kalau kau tu sanggup membangsatkan di4 dan mengharam jadahkan diri menjadi hamba Najib, itu kau punya sukalah, teruskan jadi hamba Najib drngan penuh kebangsatan dan keharam jadahan tu.

      Cakap di mana saya sibuk cari salah orang konon, negara ini dirampas menjadi harta peribadi Najib, kau suruh aku berdiam diri begitu sajakah?

      Manusia macam bangsat 940 ptg ni kalau letak sebelah lembu, maka lebih tu nampak lagi cerdik dari dia. l

      Aku akan terus berjuang, malaun bertaraf bangsat macam mangkuk hayun 940 ptg tu boleh terus membaruakan diri kepada Najib, macamlah Najib tu tuhan dia sampaikan begitu teruk Najib pelingkup negara ini, itu pun masih disokong oleh mangkuk hayun 940 ptg itu lagi.

      Hoi mangkuk hayun 940 ptg, pergilah berdoa dan beribadat kepada Najib tu, doa korang adalah ampu mengampu, ibadat korang pula menyokong apa yang Najib buat, salah ke haram ke, semua korang sokong dengan penuh kebodohan.

      Malaysia negara aku, kau nak halau aku apa hal pula?

      Walaupun Najib dah jajah Malausia menjadi harta benda persendirian dia, aku akan berjuang untuk memerdekaka Malaysia dari penjajahan Najib ini, hak Malaysia dan hak aku sebagai watan tanah air ini.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    6. kesian aku tgk manusia mcm kau ni.. jiwa asyik nk memberontak je.. kesian mak bapak kau ade anak mcm ni.. ckp serupa manusia kafir laknat.. geli aku tgk manusia mcm kau.. malu weh malaysia ada warganegara mcm kau.. nasib baik manusia mcm kau ni kurang ada kt malaysia ni.. Alhamdulillah.. sekurang2nya aku tahu erti bersyukur.. hidup aman kt malaysia.. boleh kerja cari rezeki yg halal tanpa dikongkong oleh kerajaan lain.. boleh berniaga siang malam tanpa risau dihujani peluru.. perjuangan ABaTa konon.. geli la aku dgr...

      Padam
    7. Mangkuk 1030 ptg, kau patut kesian diri sendiri dan kesiankan mak bapak kau lah.

      Jawablah isu RM 2.6 bilion yang saya tanya. Duit SRC International RM 42 juta ada dalam akaun peribadi Najib, macam mana boleh jadi macam tu? Najib dah pulangkan ke wang itu semula kepada SRC International? Macam mana SRC International boleh ada butiran akaun peribadi Najib? Mereka dapat macam mana? Sila jelaskan perkara ini.

      Budak sekolah rendah pun akan geleng kepala dan berasa sangat musykil bila Apandi Ali tutup kes ini, sebab prima facie kes sangat jelas untuk dibicarakan di mahkamah.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    8. Mantan setiausaha umno bahagian...27 Februari 2016 pada 10:56 PTG

      Sdr abu.sila baca catatan saya di atas.nmmg terbukti bias.dan ini blh di bawa ke mahkamah..myb.nu lbh handal dlm urusan ini.n

      Padam
  5. "Dia (Najib) tidak lagi mengikut perjuangan parti. Dia fikir tentang dirinya sendiri.

    "Menjadi perdana menteri dan buat semua perkara, dan jika ia jenayah sekalipun, beliau masih dilindungi,"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa yg buat jenayah???

      Siapa yg fikir diri sendiri....Najib siang malam berfikir macam mana nak majukan Negara dan mengurangkan beban rakyat....

      Perosak Negara adalah pembuat fitnah

      Padam
    2. Majukan negara kepala otak kau sajalah, harta negara di lelong kepada negara asing seperti stesen jana kuasa dan tanah di Bandar Malaysia tu bukannya membangunkan negara, itu melingkup negara kerana nak tutup skandal jenayah Najib selama ini.

      Sila gunakan otak untuk berfikir, tapi Najib suka manusia bodoh, sebab gu Najib kutip si bebal 956 ptg ni sebagai cybertrooper.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    3. sejak bila najib pikir nak majukan malaysia.......dari dulu yang dia pikirkan 1 saja.......1mdb, Br1m, nasi lemak1m, 1telo.......ujung2.....1ajib.....sekarang menteri yg dia ambil semua mangkuk2.......ada gangster botak, ada tukang karut keruak, ada mat tiga suku....oopss..3.85, taiko bangla.....mcm2 dah.....belum pernah aku tengah menetri2 malaysia yang dah mengarut mcm sekarang......keje dia org senang je......apa2 hal......jaga najib......

      Padam
  6. Gembira sungguh nampak mt umno menggantung tsmy dengan serta merta, tanpa budi bicara dan sisatan dan dipanggil untuk membela diri. Takpe tsmy, masanya akan sampai nanti, bersabarlah.

    BalasPadam
  7. Najib.. najib..najib.. kah..kah cai blog haram jadah ni dh makin teruk kena sampok..

    sure dh kena sumpahan.. makin kronik sampai nampak telor anjing pon kire nk maki najib...

    gile weih puak meroyan abu kabar penjilat lendir madey kutty..


    perompak ke penyamun ke penyangak mcm khairudin muflis tu pon cai madey kutty snggup terima sbg Gabenor Bank Negara..sbb syaratnya mudah.. mesti ikut join jatuhkan Najib..

    matlamat mereka hnya siapa shj even pelacor pondan belakang lorong gelap pun akan di angkat asalkan org itu mesti support gerakan jatuhkan najib...

    gila..mmg gila puak2 ini...

    Syabas krn UMNo telah gantung sekor lagi si kitol pengkhianat.. si pengecut tp hanya berani di belakang2 tirai.. buang je lah telor ko Moheeden.. jantan xde maruah...

    kalau berani sgt lawan depan2 la..bkn main belakang2 mcm Nuar!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah sampai masa umno zalim dikuburkan. Dari aku...ahli umno.

      Padam
    2. Malaun 952 ptg, sila sanggah komen saya guna fakta, bukannya merapu tak tentu hala macam ni.

      Dalam kes jenayah Najib melibatkan RM 42 juta dan RM 2.6 bilion, duit tu ada dalam akaun peribadi Najib, itu pun Peguam Negara boleh buang kes, kononnya wang itu wang derma untuk UMNO, tapi simpan dalam akaun peribadi Najib, Najib joli wang itu sesuka hatinya, tak pernah beri ke akaun UMNO pun, sila kau beri penjelasan guna fakta pasal hal ini.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    3. kah kah kah.. nk tergelak aku baca komen kau ni lh... fakta konon... ni la akibatnya bila bukan org politik nk komen pasal politik... bodoh lagi sombong.. kau phm tak erti 'pemegang amanah'?? sure kau tak phm.. sebab tu la bebual longkang..

      Padam
    4. Pemegang amanah kepala otak kau sahajalah, itu akaun peribadi Najib, bukan akaun pemegang amanah, kalau akaun pemegang amanah, pasal apa akaun tu ditutup selepas beberapa bulan dibuka? Apa justifikasi akaun itu ditutup?

      Malahan Najib yang kknonnya pulangkan wang itu, ada dabat keizinan parti ke? Wang itu kononnya derma untuk parti, jadi wang itu harta parti, bukannya harta persendirian Najib untuk diperbuat sesuka hati.

      Itulah jawapan korang puak Naji pasal RM 2.6 bilion hanyalah merapu tak tentu hala menggunakan alasan bebal yang memalukan.

      Pemegang amanah konon, kalau pemegang amanah kena masuk akau amanah, bukannya akaun peribadi sendiri, itu harta parti, bukannya harta persendirian Najib, sedarlah diri.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  8. Salak jangan tak salak. .Kung .Kung. Kung Kung. ...cuba ko jadi PM pulak. ..nenek ko pon ko lantik kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dengan komen bertaraf sampah sarap macam ni ko ingat boleh menaikkan sokongan rakyat kepada Najib ke?

      Kalau Najib berjiwa besar, keturunan pahlawan bagai, sila adakan pemilihan parti pada tahun ini, tak payah tangguh lagilah, kita tengoklah bila lanun penyamun ni tersungkur dengan kuncu dan balacinya.

      Kau jangan ingat rakyat bodoh macam kau, rakyat kini bermaklumat dan lebih pandai sekarang ini.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  9. Nasib ko lah UMNO, beriya mendokong Biawak Hidup.

    BalasPadam
  10. Pemakan Pemakan Dedak Bugis Penyamun..bukan main bersungguh bagi komen syok sendiri.. semakin hari semakin bangang dan bangsat (pinjam ayat najib).. tak perasan atau buat buat tak perasan yg rakyat mengKAHAKkan ajer si bugis penyamun ni..

    BalasPadam
  11. Jom jom kita pakat ramai ramai hancur kan umno, parti penipu dari dulu kini dan selamanya...
    Umno parti sial haram jadah!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahli UMNO semua, parti kita dimaki begini hina, di manakah kesetiaan sebagai ahli?

      Jangan marahkan parti lawan maki UMNO, ahli UMNO yang patut tanya diri, sebagai ahli apa yang mereka buat untuk pertahankan maruah parti?

      Jika majoriti ahli UMNO lebih rela membangsatkan diri dan mengharam jadahkan diri menjadi hamba abdi kepada Najib sebab takut dipecat dari parti oleh Najib, maka nilailah apa guna jadi ahli sedangkan parti dimusnahkan pun, ahli UMNO tak berbuat apa-apa untuk selamatkan parti.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  12. bukan salah umno......najib yang dah membangsatkan umno........dia buat taik.....umno yang kena bau busok.....

    BalasPadam
  13. Baca catatan mantan su bhgn di atas..

    BalasPadam