Khamis, 11 Februari 2016

Siapa Yang Kaut Untung Kemasukan Bangla..?


Buat la apa pun..tapi kalau kepala di atas tu hanya berfikir ringgit dan sen maka apa jua dasar kerajaan akan di lihat dan dinilai dari sudut itu oleh mereka yang memegang tampuk kuasa..!

Pekerja Bangladesh sepatutnya mempunyai sijil bertutur bahasa kebangsaan sebagai salah satu syarat untuk masuk bekerja di Malaysia, kata Perkasa hari ini, mengkritik keputusan Putrajaya meluluskan kemasukan 1.5 juta pekerja dari negara itu baru-baru ini.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata di negara lain pekerja asing hanya boleh datang bekerja sekiranya lulus bahasa kebangsaan negara berkenaan, tetapi tidak di Malaysia.
"Daripada hotel sehingga warung, ambil pekerja asing. Yang menyedihkan, langsung tidak pandai bahasa kebangsaan. Sepatutnya mesti ada sijil boleh bertutur bahasa kebangsaan baru boleh masuk kerja di Malaysia.
"Belajar dulu di negara asalnya. Rakyat tempatan bagaimana? Pengangguran terus meningkat. Kerajaan kena ada dasar yang jelas dan tegas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baru-baru ini, Bangladesh meluluskan draf perjanjian persefahaman (MoU) berhubung penghantaran rakyatnya bekerja di negara ini.
Menurut setiausaha Kabinet Mohammad Shafiul Alam, warga Bangladesh kini boleh bekerja dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan di mana sebelum ini mereka hanya terhad bekerja dalam sektor perladangan, katanya seperti dilaporkan portal berita Bangladesh, bdnews24.com.

sumber
Untuk apa sampai begitu ramai? untuk siapa? bidang kerja apa? kesan pekerjaan kepada rakyat macam mana? Mana analisanya? mana kertas kerjanya?

Kalau sebelum ini hanya dibenarkan dalam sektor perladangan pun kita dapati Bangla berlambak di sektor yang lain...bagaimana nanti apabila dibenarkan di sektor lain?

Sedangkan realitinya...

Mereka yang sedang mencari pekerjaan akan melalui tempoh sukar mendapatkan peluang itu tahun ini, terutama graduan yang baru menamatkan pengajian, kata pakar kerjaya dan kumpulan majikan sektor swasta, ketika semakin banyak syarikat membekukan pengambilan.
Laman web kerjaya seperti JobStreet.com berkata, banyak syarikat masih mengiklankan kerja kosong pada suku pertama tahun ini, yang dianggap sebagai musim puncak pengambilan.
Laman lain seperti Monster.com bagaimanapun, menjangkakan akan melihat penurunan dalam tawaran kerja pada separuh pertama 2016 berbanding tempoh yang sama pada 2015.
Penurunan ini bersambung dari suku terakhir 2015, kata Pengarah Monster.com Sanjay Modi, kerana keadaan perniagaan di Malaysia terkesan akibat kelembapan ekonomi China dan ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Pergantungan negara kepada sektor minyak dan gas juga memberi kesan kepada aktiviti perniagaan dalam banyak sektor, kata Modi, pengarah urusan laman itu bagi India, Timur Tengah, Asia Tenggara dan Hong Kong.
"Majikan diminta mengenakan dasar pengambilan yang lebih ketat bagi mengoptimumkan sumber organisasi dan mengurangkan kos, ini melembapkan keseluruhan sentimen pengambilan pekerja," kata Modi dalam satu e-mel.
sumber

Ada pemimpin yang ambil peduli ke?

Lu Fikir La Sendiri!!!

9 ulasan:

  1. Begitulah...bila asyik pikir untung saja..kesannya pada rakyat jangka panjang mcm mana..? Berniaga orang lebih untung dari 1mdb...yg ada sekarang pun kerajaan tk mampu kawal..apalagi yg nk masuk 1.5 juta..!mungkin kah mereka akan diberi mykad untuk undi bn pru nanti..? Harus ditentang cadangan nii...apa kata nek tempoyak..? ProOO00ootTt

    BalasPadam
  2. Bayangkan seorang bangla perlu bayar rm 500 kepada agen pekerja asing dan ada 1.5 bangla yang akan bayar.

    Jawapannya RM 750 juta.

    Siapakah agen pekerja asing yang dilantik oleh Putrajaya.

    Jawapannya adik Zahid Komedi.

    Siapakah yang akan mendapat laba.

    Jawapannya ... Menteri UMNO.

    Apakah isu yang akan dipertahankan untuk mempertahankan menteri umno.

    Jawapannya ... pertahanankan ketuanan melayu.

    Apakah upah yang rakyat dapat apabila mempertahankan ketuanan melayu.

    Jawapannya ... sekampit beras, sekampit gula, satu tin susu, sardin, sebungkus biskut kering dan wang RM 50.00

    Apakah pengorbanan yang perlu rakyat buat untuk nikmati semua itu ....

    Jawapannya .... GST

    Falsafahnya mudah ... isi menteri rembat ... air sejuk rakyat hadap ...

    BalasPadam
  3. Rakyat tidak selesa dengan keputusan tersebut..bukan nak kata singapura baik...mereka ketat menjaga kehadiran pekerja asing ...kedai mamak mereka tak sama dgn kedai di msia. Hidup mereka lebih aman...mereka juga maju lebih dari kita.Pendatang haram boleh dikatakan tiada di sana..padahal lebih dekat dgn Indonesia. Menteri Malaysia tidak sayang negara dan bangsa...semua liberal.Yg letih polis dan imigresen...serbu sana sini...buang masa kerana keputusan menteri yg silap.

    BalasPadam
  4. Siapa mau jadi pengedar foreign worker Bangladesh mari?
    Angkat ramai ada diskaun. Boleh ceritaaa.

    BalasPadam
  5. Ada kenal dgn sorg bangla ni.. ejen bwk masuk kaum senegara.. skrg kaya raya.. kawin dgn melayu.. beli rumah bglo kt sek 7 shah alam.. bkk kedai runcit.. restoran.. ramai melayu kerja dgn bangla ni hari2 kena maki.. melayu bodoh.. melayu xpndai niaga.. kesian

    BalasPadam
  6. Singapura maju sebab negara dia tak ada UMNO.

    BalasPadam
  7. Sebelum merdeka, penjajah British membawa masuk rakyat India dari Tamilnadu dan rakyat Cina ke Malaysia, tetapi tidaklah sampai 1.5 juta. Akhirnya mereka menjadi warganegara selepas merdeka dan perkongsian kuasa, ekonomi, pendidikan, sosiol budaya menjadi wajah baru Malaysia merdeka. Kini setelah lebih 100t tahun berlalu melayu kian hilang identiti dan jatidiri.

    Bayangkan 100 tahun dari sekarang ... dengan 1.5 juta warga bangladesh yang baru masuk, dicampurkan dengan yang telah masuk, sama ada secara haram atau sah dan dengan pelbagai warga negara lain ... Bagaimana dengan sosiobudaya, sosioekonomi politik, ekonomi bangsa Melayu.

    Menteri memang tidak memikirkan perkara itu ... hanya tahu mengaut untung dengan kuasa yang ada. Kini melayu sedang merosakan bangsanya sendiri demi wang besar.

    Semoga kehancuran umno menjadi lebih cepat agar kemusnahan bangsa dapat dielakkan.

    BalasPadam
  8. PM bodoh menteri2 bongok negara mundur..

    Apa lagi nak di kato..

    Kalau boleh nak bising2 macm pekan Dhakar..

    Adik jual negara..

    BalasPadam
  9. 1.5 Juta tu utk menjadi Hantu masa PRU 14 nanti....hahahaaaa

    BalasPadam