Sabtu, 13 Februari 2016

Siapa Sebenarnya Panic..?


Ramai yang akan menjuih muncung apabila membaca kenyataan Ketua Penerangan UMNO yang baru ni..! 

Siapa sebenarnya yang panic bro? rakyat tak berkuasa nak memecat, membuang, menukar, menutup, membubar, mengugut malah membersih dan menyucikan akan isu yang sedang membelenggu..!

Rakyat pun tak melompat takut dengan pembongkaran demi pembongkaran skandal yang sedang menghantui dunia kewangan hari ini..!

Rakyat tak kalut..! Rakyat tak takut..! 


Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, meminta rakyat supaya tidak panik dengan beberapa isu melanda UMNO ketika ini berikutan ia adalah lumrah dan realiti politik. 

Annuar berkata, sebagai sebuah parti yang memerintah negara, UMNO tidak akan sunyi daripada diserang pelbagai isu, namun akhirnya ia akan mampu diselesaikan atas kapasiti pengalaman pemimpin sedia ada. 

"Sebenarnya dalam politik, isu sentiasa banyak dan hakikatnya isu sekarang tak sebanyak dulu iaitu ketika era pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lagi. 

"Habis satu isu, isu lain datang dan sebenarnya rakyat tak perlu panik kerana ini dianggap sebagai lumrah yang akan berakhir, malah rakyat juga akan tahu kebenarannya," katanya pada sidang media selepas majlis perjumpaan jentera penerangan di Kedah, di sini tadi.



Rakyat sedar akan tuntutan tanggungjawab  dalam memenuhi standart dan piawaian yang telah di tinggalkan oleh mantan Ketua Penerangan yang lalu maka tentunya penyandang perlu membuat 'aksi' yang setanding kalau tidak mampu mengatasi KPI mantannya..!

Seperkara lagi, strategi buat bodo, menyalahkan pihak lain serta menunjukkan keadaan terkawal adalah perlu dalam memenuhi watak dan rentak yang sedang dipalu..! Maka peranan mesti dimainkan..!

Kena pakai topeng la beb..! Kalau tak nampak pulak muka panic tu nanti..!

Siapa yang sebenarnya panic?

Lu FIkir La Sendiri!!!

13 ulasan:

  1. Mereka TAHU Isu Yang berbangkit... Tapi BUAT-BUAT TAK TAHU....yakin isu akan berlalu begitu sahaja...TAPI Mereka SILAP kalau berfikiran begitu...Rakyat Marhean akan INGAT..tunggu la bila masa yang ditetapkan..

    #OhMalaysiaku

    BalasPadam
  2. Annua's appointment is A WRONG CHOICE....he is equally a bum like ahmad maslan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak betul bro. Wrong choice ...

      Ahmad Maslan is in a class of his own.

      Padam
  3. Puiiii....syok sendiri..ProOO00ootTt

    BalasPadam
  4. "Sebenarnya dalam politik, isu sentiasa banyak dan hakikatnya isu sekarang tak sebanyak dulu iaitu ketika era pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.


    # penerangan yg diberi bukannya meredakan keadaan malah menambahkan lg meluat sebilangan ahli dan rakyat..

    BalasPadam
  5. Sebagai rakyaat saya tentulah panic,dimana kita akan lari bila bala bertimpa-timpa?.Bagi mereka yang merekacipta kelentong untuk menyejukan hati rayaat,mereka ini dah boleh dikatakan sudah ada negeri untuk berpindah.Cangkul sini lambak disana untuk bila pencen nanti.

    BalasPadam
  6. Betul betul betul, penyamun2 sedang menyamun semahunya skrg ni, peduli apa dgn rakyat, apa2 terjadi mereka dh ada bnyak duit dan rumah diseluruh pelusuk dunia, jom hapuskan penyamun2 umno...

    BalasPadam
  7. Yg panic menteri2 umno dan balaci2nya sbb mereka tau najib dn umno hampir menuju ke longkang....hihi

    BalasPadam
  8. Umno dah ketinggalan zaman...parti lain semua org muda sebagai jurucakap... Umno melantik org Yg dah expired...


    BalasPadam
  9. Nak cerita Najid dah disuci bersih, lagi tak masuk akal. Dah dilantik presiden mesti buat kerja,maka jadilah ketua penerangan UMNO Presiden.
    Macamana tak panik!!

    BalasPadam
  10. Macamana tak panik dah penat cuci najit tapi tk bersih2 makin cuci makin busuk makin cuci makin busuk,campur lagi dengan bau busuk bini lagi...
    Rakyat dah termuntah muntah hijau dah...

    BalasPadam
  11. Nampak sangat dia tk reti bezakan orang panik dengan orang muak. Bebal sungguh

    BalasPadam
  12. Ko tu yg bebal nasir jilat najib tk bersih2 le tu...
    Org muntah bukan sebab muak saja, bau busuk pun boleh buat orang muntah bahalol.

    BalasPadam